You are on page 1of 18

PENGANTAR PEMASARAN

EPPM2073

‘‘AIDIJUMA GIFT SET’’

Spread the love with gift…

NURSHAZWANA BINTI MOHAMAD RAJNIKANI


GA04070
HASLINDA BINTI ABDUL LATIF MERDEKA
GA04045
GANGGADEVI A/P KARUPUSAMY
GA04044
MONISHA A/P B.MOHAN
GA04053
NURULHIDAYAH BINTI ALI
GA04071

0
ISI KANDUNGAN

1.0 Ringkasan Eksekutif (Executive Summary)…………………………………………………. 2

2.0 Analisis Situasi (Situational Analysis)

2.1 SWOT Analisis (SWOT Analysis )……………………………………………………… 3

2.2 Analisis persaingan (Competitor Analysis)……………………………………………… 5

3.0 Visi

3.1 Produk ………………………………………………………………………………....... 6

3.2 Perkhidmatan yang diberi………………………………………………………………... 7

4.0 Segmen,target dan kedudukan Analisis (Segmentation, Targeting and Positioning Analysis
(STP)…………………………………………………………………………………………… 10

4.1 Pemasaran dan Objektif Produk ……………………………………………………….. 10

4.2 Target Pasaran……………………………………………………………………….…. 11

4.3 Pemetaan Kedudukan Posisi…………………………………………………………… 12

5.0 Strategi Pemasaran ………………………………………………………………………… 13

5.1 Strategi Produk………………………………………………………………………..... 13

3.2 Strategi Harga…………………………………………………………………………... 14

3.3 Strategi Promosi………………………………………………………………………... 15

3.4 Strategi Tempat………………………………………………………………………… 16

6.0 Kesimpulan…………………………………………………………………………………. 17

1
1.0 RINGKASAN EKSEKUTIF (EXECUTIVE SUMMARY)

Aidijuma ditubuhkan pada tahun 2012 dan merupakan


sebuah jenama tudung bawal yang terkenal di Malaysia yang
diasaskan oleh Datin Norjuma habib Mohamed melalui syarikat
Colors Addictions Sdn Bhd.
Dua jenama produk tudung ini adalah Aidijuma dan
Blossom Box. Aidijuma bawal menawarkan pelbagai pilihan reka
bentuk dalam empat label yang berbeza iaitu label hitam, label biru,
label hijau dan label putih. Keunikkan Aidijuma adalah boleh
digayakan dengan pelbagai cara sperti twoway,twistandwear dan
lain-lain. Manakala blossom box pula merupakan menawarkan rekaan terkini seperti
Blossomscarf dan Blossom shawl yang menggunakan material cotton polyster.
Aidijuma juga memperkenalkan konsep perniagaan baru ”ScraftMachine” iaiatu
penjualan tudung menggunakan trak yang mengabungkan elemen penjualan menerusi talian dan
runcit sekaligus memudahkan pelanggan melakukan pembelian secara langsung.selepas
pelanggan melakukan pembelian atas talian,pihak
Aidijuma akan menghantar barangan terbabit
menggunakan trak yang turut mengandungi pelbagai
pilihan rekabentuk tudung aidijuma.Konsep ini juga
memberi peluang kepada pelanggan untuk melihat
segala produk yang dibawa malah boleh membuat
pembelian serta merta jika berminat.Konsep ini merupakan langkah baru Aidijuma dalam
mendekati pelanggan disamping menawarkan produk terbaharu.
Untuk mengembangkan lagi sayapnya dalam industri ini Aidijuma telah mewujudkan
satu produk berbentuk “Gift Set”. Di dalam Aidijuma Gift Set ini mengandungi empat barangan
iaitu Tudung Aidijuma, scraf, minyak wangi dan butang tudung.
Produk ini dikeluarkan untuk semua lapisan masyarakat. Ia boleh dijadikan sebagai
hadiah atau cenderahati semasa sesuatu majlis atau hari istimewa seperti, hari jadi, hari ibu dan
sebagainya.Produk ini ditawarkan dalam beberapa pakej mengikut kesesuaian pembeli dengan
harga yang ditawarkan adalah sangat berpatutan.

2
2.0 SITUATIONAL ANALYSIS

2.1 SWOT Analisis

STRENGTH (Kekuatan)
 Material yang selesa untuk diguna dan tidak panas (fabrik kapas) memandangkan cuaca
di negara kita, Malaysia dikategorikan agak panas. Material yang selesa selalunya
menjadi ciri-ciri setiap pengguna di Malaysia ini supaya sentiasa selesa untuk dipakai.
 Senang untuk dipakai dan menarik minat orang untuk memakai hijab dengan gayanya
yang menampakkan lebih feminin dan remaja. Tudung bawal adalah tudung yang senang
digayakan selepas tudung sarung. Tetapi kebanyakan remaja tidak mahu menggunakan
tudung sarung kerana ianya dianggap tudung yang dipakai oleh golongan yang lebih
berumur. Oleh itu, ramai lagi remaja perempuan dan wanita masih mengekalkan gaya
fesyen tudung bawal ini.
 Antara pengeluar tudung yang terkenal yang meletakkan harga terendah. Ini lebih
menarik minat pembeli tidak kira peringkat umur. Jika lihat pada senarai pengeluar yang
ternama di Malaysia, Aidijuma adalah tudung paling murah di antara tudung-tudung yang
lain yang berkualiti dengan harga serendah RM 10.00.
 Pembelian yang lebih mudah (dari laman web). Pembeli menghadapai masalah kekangan
masa untuk pergi ke stokis untuk mendapatkan tudung Aidijuma, dengan pembelian
dalam talian dapat memudahkan pembeli dengan lebih mudah dan cepat untuk membeli
tudung Aidijuma.
 Corak yang lebih keremajaan dan ceria. Kalau dilihat tudung-tudung yang dikeluarkan
oleh Aidijuma mempunyai corak yang lebih ceria, moden dan mengikut tren.
Memandagkan kebanyakkan tudung-tudung yang ada di pasaran sekarang lebih memberi
tumpuan kepada wanita yang bekerjaya, berusia dan matang.
 Lokasinya yang strategi juga memudahkan pembeli untuk mendapatkan tudung
Aidijuma. Stokis-stokis diletakkan di pusat membeli belah yang besar dan juga
mempunyai stokis yang bergerak untuk memudahkan pembeli mendapatkan Aidijuma.

3
WEAKNESS (Kelemahan)
 Cara pemakaian tudung bawal yang terhad. Kalau nak dibandingkan dengan pemakaian
shaw, tudung bawal tidak dapat dipakai dengan cara yang lebih banyak. Tutorial yang
disediakan dalam Youtube, Facebook dan sebagainya juga tidak banyak berbanding
pemakaian shawl.
 Lokasi yang terhad dan kurang pengedar Aidjijuma. Sememangnya stokis Aidijuma
terletak di tempat yang strategik tetapi tidak cukup untuk menampung kehendak pembeli.
Pembeli perlu ke kawasan yang lebih jauh untuk mendapatkannya. Begitu juga dengan
pengedar Aidijuma, tidak banyak dilantik memandangkan komisennya yang kecil dan
tidak dapat menarik minat orang untuk menjadi pengedar.
 Dari segi promosi dan pengiklanan yang amat kurang.
 Aidijuma masih kurang mantap dari segi pembaharuan produk. Pengguna sekarang
sentiasa membeli mengikut tren semasa, jika tiada pembaharuan yang drastik
dilakukan,ianya akan memberi kesan untuk mengekalkan kestabilan syarikat Aidijuma itu
sendiri.

THREAT (Ancaman)
 Harga input yang lebih tinggi akan menjejaskan harga yang perlu yang ditetapkan untuk
penjualan.
 Pengedaran tren yang terlalu cepat dan persaingan yang tinggi membuatkan pemilik
Aidijuma perlu lebih agresif dalam penciptaan rekaan-rekaan baru supaya dapat
menandingi keluaran yang sedia ada di pasaran.
 Pandangan rendah terhadap produk disebabkan harga yang murah,ada sesetengah
pembeli menganngap produk yang murah adalah tidak berkualiti, ini memang sukar
untuk dikawal oleh pengeluar memandangkan ini adalah pendapat individu itu sendiri.

OPPORTUNITIES (Peluang)
 Melantik lebih ramai pengedar
 Lebihkan promosi dan pengiklanan
 Melakukan pembaharuan produk

4
 Mencipta corak dan rekabentuk yang lebih banyak supaya pembeli tidak bosan dan
sentiasa menyokong jenama ini

2.2 Analisi persaingan (Market Analysis)

Aidijuma bukan satu-satunya pengeluar tudung bawal yang ada dalam pasaran Malaysia.
Persaingan dari segi perkembangan tren yang terlalu cepat, pelbagai rekaan yang dikeluarkan
oleh pesaing dan promosi yang dibuat oleh pesaing sangat hebat.

Bagi produk set hadiah, mungkin masih lagi belum ramai pengeluar mengeluarkan produk
seperti Aidijuma Gift Set, terdapat juga pengeluar hijab yang lain menghasilkan set hadiah
yang hampir serupa, iaitu :

1. Naelofar Hijab (Pesaing utama)


Produk Naelofar boleh dikatakan antara jenama yang
mempunyai pengguna dan peminat yang tegar,boleh
dikatakan apa jua produk yang dikeluarkan oleh
Naelofar Hijab mempunyai tempat di hati setiap
penggunanya. Berbezanya gift set yang dikeluarkan
oleh Naelofar Hijab adalah ia hanya mengandungi set
minyak wangi dalamnya dengan harga RM 95.00.
Berbeza dengan produk yang kami keluarkan mempunyai set 5
dalam 1 kotak hadiah yang menarik. Naelofar perfume gift set ini
juga mempunyai had pengeluaran yang sangat terhad dan sukar
untuk didapati.

2. Ariani Signature Magnet Gift Box


Berbeza juga pada Ariani yang mengeluarkan produk hadiah
yang berisikan pin magnet untuk tudung yang berharga RM
30.00. Walaupun harganya jauh lebih murah, Aidijuma Gift Set
lebih berbaloi memandangkan di dalamnya terdapat kelengkapan
set untuk wanita yang berhijab dan pewangi.

5
3.0 Visi serta Produk atau Perkhidmatan yang hendak dikenalkan

3.1 Visi dan misi

3.1.1 Visi Syarikat Aidijuma

 Menjadi pengusaha tudung muslimah yang terkenal serta menjadi contoh kepada pengusaha
tudung yang lain

3.1.2 Misi Syarikat Aidijuma

 Menjamin kualiti fabrik, rekaan dan jahitan tudung serta manik dan sulaman akan sentiasa
terjamin dan menambat hati pelanggan
 Memberikan perkhidmatan yang eksklusif dan yang terbaik dengan corak rekaan yang
moden dan terkini.
 Memberi inspirasi kepada kaum wanita masa kini khususnya beragama Islam yang
mementingkan penampilan anggun dan bergaya.

3.1.3 Tujuan Utama

 Memperkenalkan corak terbaru tudung dengan pelbagai gaya dan warna yang mampu
menarik minat para pelanggan.
 Meningkatkan kualiti dan mutu tudung
 Membuktikan kepada syarikat pesaing bahawasanya syarikat Aidijuma juga mampu
menandingi syarikat – syarikat diluar sana dan syarikat kami juga boleh menyumbang
kepada ekonomi negara
 Menarik minat para wanita untuk menutup aurat dan mampu melahirkan muslimah yang
lebih ramai.

3.1.4 Objektif

 Mencapai dan mengekalkan aspek kesetiaan pelanggan terhadap rekaan – rekaan yang
dihasilkan di samping sentiasa diperbaharui dari semasa ke semasa

6
 Menarik wanita muslimah yang tidak mengira umur agar memakai tudung mengikut syariat
yang telah ditekankan dalam Al – Quran As-Sunnah
 Menyahut seruan Islam iaitu 90% sumber rezeki adalah melalui perniagaan
 Memberikan peluang pekerjaan kepada anak – anak muda yang sedang menganggur

3.1.5 Rasional

 Untuk menarik ramai pelanggan datang ke kedai tudung kami.


 Untuk memperkenalkan koleksi – koleksi menarik yang terdapat di kedai tudung kami
 Membuka lebih banyak lagi kedai tudung di setiap negeri
 Memperkenalkan imej muslimah solehah yang mengikut syariat Islam kepada seluruh
dunia
 Meningkatkan ekonomi Malaysia dalam sektor perniagaan
 Untuk menarik masyarakat supaya berpakaian bersesuaian dengan gaya hidup muslimah
moden masa kini.

3.2 Produk serta Perkhidmatan yang ditawarkan

3.2.1 Aidijuma Gift Set

Aidijuma bukan satu-satunya pengeluar tudung bawal yang


ada dalam pasaran Malaysia. Persaingan dari segi
perkembangan tren yang terlalu cepat, pelbagai rekaan yang
dikeluarkan oleh pesaing dan promosi yang dibuat oleh
pesaing sangat hebat. Bagi produk set hadiah, mungkin
masih lagi belum ramai pengeluar mengeluarkan produk
seperti Aidijuma Gift Set. Aidijuma Gift Set ini merangkumi
segala keperluan yang diperlukan oleh muslimah moden
masa kini. Muslimah pada masa kini sangat sibuk sehingga
tidak mempunyai masa untuk membeli keperluan mereka
sendiri seperti tudung, anak tudung, minyak wangi serta

7
kerongsang. Maka kami rasa bahawa ini adalah satu peluang yang sangat mengalakkan
untuk memperkenalkan Aidijuma Gift Set, dengan tagline iaitu “Spread the Love with
Gifts”. Aidijuma Gift Set ini boleh dibeli oleh semua golongan sebagai kegunaan peribadi
serta boleh dijadikan cenderahati kepada orang tersayang. Selain itu, para pelanggan boleh
membuat pilihan warna tudung, bau minyak wangi serta warna kerongsang sebelum
dimasukkan dalam kotak cenderahati

Tudung Aidijuma

Dewasa ini terdapat pelbagai jenis tudung di


pasaran sehinggakan ramai yang rambang mata
untuk memilih tudung mana yang bersesuaian.
Ini termasuklah tudung bawal yang sejak
dahulu hingga sekarang sentiasa menjadi
pilihan. Ramai wanita Malaysia kini
menggemari tudung bawal. Penggemarnya
tidak kira usia, tua dan muda, di mana-mana
dilihat anggun saja memakai tudung bawal yang mempunyai pelbagai warna. Biasanya
tudung bawal ini dibuat daripada kain jenis "voile". Kain jenis "voile" ini adalah berasal
daripada kain kapas yang nipis dan lembut. Ia mudah diurus dan dijaga. Walau apa pun
kategori tudung tudung bawal tidak menjadi masalah kepada pemakai, kerana apa yang
penting ialah keindahan sulam pada tudung bawal itu.
Fabrik yang baik dan sulaman yang cantik pasti
membuatkan si pemakai berasa anggun sentiasa.

Anak tudung Aidijuma

Sebagai seorang wanita yang menjaga penampilan,


anak tudung atau terma trend terkini “inner” adalah
pakaian yang paling wajib dikenakan jika ingin
bergaya pada masa yang sama memastikan aurat
rambut terjaga dan tidak terkeluar dari tudung. Juga dikenali sebagai anak tudung, inner ini
adalah inner classic yang telah wujud sejak sekian lama sebelum wujudnya trend inner
yang berfesyen. Kelebihan inner ini adalah ianya memberikan aliran udara yang baik

8
kerana menggunakan benang kait yang tebal. Teksturnya yang tebal menyebabkan kain
tudung tidak bergerak. Walaupun penggunaanya semakin berkurangan, ia tetap mendapat
tempat dikalangan wanita-wanita khasnya warga veteren.

Minyak Wangi Aidijuma

Minyak Wangi Aidijuma menggunakan konsep Eau de Toilette


(EDT). Wangian ini satu tahap lebih tinggi di atas cologne. Kadar
alkoholnya juga tinggi, walaupun tidak setinggi cologne, sementara
kadar pewanginya hanya sekitar 12 peratus. Bila mahu mendapat
kesegaran yang boleh bertahan cukup lama, jenis wangian ini
merupakan pilihan yang paling ideal, kerana aromanya ringan,
tidak terlalu tajam serta boleh bertahan hingga 3-4 jam, sesuai
untuk semua keadaan. EDT ni lebih ringan dan masih dijual dalam bentuk spray. EDT lebih
banyak kandungan alkohol dan ini bermakna EDT tak tahan lama. Selalunya orang guna
EDT ni dan sembur banyak-banyak dan untuk kegunaan seharian.

Kerongsang Aidijuma

Kerongsang dan wanita memang tidak dapat dipisahkan lebih – lebih lagi bagi mereka yang
bertudung. Sebenarnya kerongsang ini memainkan peranan penting dalam penataan gaya.
Bukan sahaja sebagai pengikat tudung tetapi boleh dijadikan perhiasan lain seperti pada
blaus, beg tangan, kasut dan sebagainya. Ciri kerongsang yang sering menarik perhatian
wanita adalah pada kilauan batunya selain keunikan mutiara yang menyinar

9
4.0 SEGMENTATION, TARGETING AND POSITIONING ANALYSIS (STP)

4.1 Pemasaran dan strategi produk

Bagi meningkatkan penjualan produk ini pelbagai strategi pemasaran akan dilakukan.
Antaranya ialah:
1) Menjalankan Promosi
Promosi Aidijuma akan dilakukan dengan menjalankan pengenalan produk atau promosi
kepada pelanggan dengan cara yang kreatif. Contohnya mengedarkan brosur dan
pamplet berisi produk untuk diberikan kepada orang yang dituju, keluarga, rakan kerja,
ataupun disebarkan di tempat-tempat umum.
Promosi juga boleh dilakukan dengan membuka booth di pasaraya ataupun acara-acara
yang tertentu seperti Mood Republik, BazaarRaya dan sebagainya selain daripada
promosi di butik Aidijuma sendiri.

2) Menggunakan Pasaran di Internet


Salah satu strategi pemasaran yang sedang hangat dilakukan ialah internet marketing.
Dengan memperkenalkan produk di dalam laman sosial, maka secara pantas produk yang
dihasilkan dapat diketahui umum. Antara medium yang dapat digunakan adalah seperti
laman web Aidijuma, promosi dan pengenalan produk di Instagram, Facebook Aidijuma,
laman YouTube dan sebagainya.

3) Menjalin Hubungan Yang Baik Dengan Pengguna


Pengguna ialah raja. Slogan ini patut dipertahankan bagi menjaga kelangsungan suatu
usaha dalam menjalinkan hubungan yang baik dengan pengguna. Pihak Aidijuma akan
memperkenalkan Program Kesetiaan iaitu dengan menawarkan kad keahlian kepada
pembeli dan pengguna Aidijuma. Melalui sistem pangkalan data, segala maklumat
pengguna yang berdaftar sebagai ahli dapat diperolehi. Ianya amatlah menjimatkan masa
dan membuka peluang kepada pihak Aidijuma untuk menjalinkan hubungan yang baik
dengan cara menghubungi pengguna untuk bertanyakan testimoni mengenai produk
selain daripada memberitahu produk terbaru yang dikeluarkan dan promosi yang sedang
dijalankan.

10
4.2 Kenalpasti sasaran pasaran produk (TARGET MARKET)

Asas Geografi
Bagi produk Aidijuma Gift Set yang dikeluarkan ini, kami mensasarkan pengguna yang
akan menggunakan produk ini adalah terdiri daripada semua golongan remaja perempuan
dan wanita yang tinggal sama ada di bandar ataupun luar bandar di seluruh Malaysia dan
luar negara. Hal ini kerana, produk ini masih boleh didapati secara dalam talian
meskipun berada di mana sahaja.

Asas Demografi
Kami mensasarkan pengguna yang akan menggunakan produk ini adalah terdiri daripada
semua golongan remaja perempuan dan wanita yang berumur di antara 15 tahun sehingga
50 tahun yang juga memiliki pendapatan sederhana tanpa mengira bangsa dan agama.

Asas Psikografi
Meskipun sasaran pengguna kami adalah golongan remaja perempuan dan wanita, sudah
tentunya produk ini disesuaikan dengan mereka yang mementingkan gaya hidup yang
penuh bergaya dan kecantikan sebagai seorang wanita.

Asas Gelagat
Oleh kerana produk Aidijuma Gift Set ini merupakan produk mampu milik dan mudah
digayakan, maka kami amat yakin bahawa produk ini akan menepati citarasa semua
pengguna yang menggunakan produk ini. Ianya akan memberi jaminan kesetiaan kepada
pengguna berikutan produk ini merupakan produk mesra pengguna kerana dibungkuskan
di dalam kotak yang sedia untuk dibawa ke mana sahaja selain daripada mempunyai
harga yang berpatutan di samping tinggi kualiti.

11
4.3 Pemetaan Kedudukan Posisi

Tinggi Kualiti

dUCk

ARIANI
NAELOFAR

AIDIJUMA

Harga Mahal
Harga Murah

MUAZ

Rendah Kualiti

Berdasarkan peta di atas, jelas menunjukkan bahawa produk Aidijuma Gift Set ini masih
lagi merupakan produk yang mempunyai kriteria harga mampu milik walaupun berada di
dalam kedudukan harga yang rendah. Hal ini kerana, produk ini masih mempunyai
kualiti tersendiri yang tinggi berdasarkan pilihan pengguna yang sedia ada sekarang.

12
5.0 STRATEGI PEMASARAN (MARKETING STRATEGIC)

5.1 Strategi Produk

Strategi pemasaran adalah strategi produk, harga, promosi dan tempat. Semua strategi ini
adalah startegi yang digunakan kali ini oleh Aidijuma.

Perihal produk

Produk yang ditawarkan oleh Aidijuma adalah set hadiah 4 dalam 1. Sememangnya
Aidijuma membuatkan kelainan pada kali ini dengan mengeluarkan set hadiah ini
memandangkan belum ada lagi pesaing yang mengeluarkan set hadiah sebegini dengan
harga yang rendah.

Di dalam Aidijuma Gift Set tersebut terdapat produk yang dikeluarkan oleh Adijuma itu
sendiri iaitu tudung bawal Adijuma,dua biji keronsang, anak tudung dan minyak wangi.
Tudung yang diletakkan dalam kotak hadiah tersebut boleh dipilih oleh pembeli dari segi
warna , corak dan sebagainya. Tudung Aidijuma adalah terdiri daripada tudung bawal
basic, bawal fullprinted, dan bawal Aidijuma.

Keunikan produk

Aidijuma merupakan pengeluar tudung yang mengeluarkan set hadiah yang mempunyai
kelengkapan dari tudung sehingga aksesorinya. Ini akan memudahkan kita untuk
membeli set hadiah Aidijuma ini sebagai hadiah pilihan pada hari-hari yang istimewa
seperti hari ibu, hari wanitan dan sebagainya. Set hadia ini yang mampu dimiliki ini amat
berbaloi untuk dimiliki dengan kelengkapan yang ada dalam set hadiah tersebut.
Aidijuma Gift Set ini juga dibungkuskan dalam kotak yang sangat menarik dan elegan
menampakkan produk tersebut lebih ekslusif dan berharga. Di samping itu, produk
Aidijuma juga sesuai untuk semua fungsi seperti hadiah cabutan bertuah,musim perayaan
dan sebagainya.

Ciri Produk

Kualiti yang digunakan oleh tudung Aidijuma boleh dikategorikan sebagai berkualiti
berpadanan dengan harga yang diletak. Keronsang yang diletak juga lebih menarik

13
dengan manik kilat yang berada atas keronsang tersebut. Itu menonjolkan lagi
keesklusifan produk tersebut. Begitu juga dengan minyak wangi yang diletakkan dalam
set hadiah tersebut juga merupakan produk yang senang dan mudah dibawa. Minyak
Wangi tersebut terdapat dalam wangian Sweet fruity, ianya juga halal dan mesra solat,
dan juga tahan lebih 8 jam. Aidijuma mementingkan kepuasan pelanggan dari segi
kemudahan untuk dipakai,dibawa dan tidak merumitkan
pengguna.

Label logo

Setiap bungkusan Aidijuma Gift Set mempunyai logo di atas


bungkusan hadiah tersebut bagi menaikan lagi nama
Aidijuma dan setiap produk yang diletakan di dalam kotak
hadiah tersebut sudah semestinya mempunyai label.

Pembungkusan

Setiap pembelian Aidijuma Gift Set akan mendapat sebuah beg


kertas bagi memudahkan pelanggan untuk membawa dan tidak
perlu mencari beg hadiah lagi. Ini juga akan menampakkan
Aidijuma mementingkan kepuasan pelanggan dalam
menggunakan produk Aidijuma. Beg kertas ini bersifat tahan
lama dengan kertas yang berkualiti berwarna merah jambu dan
krim yang lebih menampakkan sifatnya yang lebih lembut dan
sesuai untuk diberikan kepada yang tersayang.

5.2 Strategi Harga

Harga yang ditawarkan untuk Aidijuma gift set ialah RM 95.90, harga ini diletakkan
berdasarkan konsep mark-up price. Peratusan markup sebagai kenaikan harga jualan asal.
Penanda markup dinyatakan sebagai peningkatan peratusan untuk mencuba dan
memastikan bahawa syarikat boleh menerima jumlah margin kasar atau keuntungan yang
tepat. Jumlah produk Adijuma berharga $ 79.91 maka harga jualan dengan markup 20%
akan menjadi RM 95.90.

14
Kad kesetiaan

Aidijuma boleh memperkenalkan kad penebusan mata untuk menarik lebih banyak
pelanggan. Menebus kad adalah kad yang mengumpul mata dari sebarang pembelian
pelanggan. Apabila pelanggan membeli, mereka juga boleh mendapatkan satu mata dan
boleh menebus mata dengan mendapatkan tudung bawal Aidijuma mengikut terma dan
syarat. Selain itu, pelanggan juga boleh membeli dengan kerap untuk mendapatkan lebih
banyak mata dan menebusnya kemudian. Pembeli yang membeli setiap satu Aidijuma
Gift Set ini akan mendapat point sebanyak 20 mata ke dalam kad loyalty masing-masing.

Hari Keahlian

Aidijuma akan membuat satu hari keahlian untuk ahli-ahlinya. Ia juga boleh dilaksanakan
setiap bulan untuk menjadikan ahli-ahlinya berasa puas dan setia. Pada members day
tersebut, pelanggan mungkin akan dapat harga mungkin harga sebenar atau harga
diskaun.

5.3 Strategi promosi

Dari segi promosi dan pengiklanan sangat memainkan peranan memandangkan Aidijuma
sangat kurang dari segi promosi. Oleh itu, beberapa idea dihasilkan dan cara untuk
menaikkan lagi taktik pemasaran Aidijuma.

Iklan yang lebih tinggi

Aidijuma telah melakukan banyak iklan untuk menarik pelanggan baru dan
memaklumkan kepada pelanggan mereka tetapi dalam keadaan sederhana. Aidijuma
harus melakukan iklan yang agresif di televisyen, radio atau papan iklan di lebuh raya ini
adalah untuk mencari lebih ramai pelanggan baru.

Terlibat dalam Acara Besar

Aidijuma juga boleh melibatkan diri dalam acara besar seperti di Jom Heboh, Hal
Festival, Maha dan Himpunan Belia. Ia adalah untuk membuat pelanggan sedar dan lebih
dekat dengan Aidijuma.

15
Tutorial Video

Aidijuma boleh melakukan tutorial video tentang cara memakai bawal dengan pelbagai
cara dan memuat naiknya ke laman web mereka supaya pelanggan boleh belajar dan
mengaplikasikannya dalam pemakaian tudung seharian mereka.

Tambah ikon

Banyak pengeluar produk sekarang menggunakan artis yang popular untuk melariskan
produk mereka dan memperkenalkan produk mereka. Aidijuma boleh menambah ikon
baru seperti Nabila Razali atau yang lebih segar dan muda dari ikon sedia ada. Ia adalah
untuk memenuhi usia yang lebih muda untuk memakai seperti ikon. Generasi Y selalu
ingin meniru ikon mereka. Jadi ia adalah strategi terbaik untuk dilaksanakan.

Tingkatkan tag line

Aidijuma telah menggunakan tag line untuk menjadikannya mudah dan mudah diingat
oleh pelanggan. Tag line akan dicetak dan diletakkan di pembungkusan Aidijuma Gift
Set.

5.4 Strategi tempat pemasaran

Kami mengutamakan untuk memperkenalkan produk kami di laman social terlebih


dahulu kerana pengguna online juga agak tinggi . terutamanya di facebook , instagram
dan lamn web Aidijuma. Penjualan online boleh membawa pulangan yang agak lumayan
kerana tidak melibatkan kos yang tinggi seperti sewa stokis, pekerja yang ramai dan kos-
kos lain.

Aidijuma juga menjadikan scraftmachine sebagai platform untuk memasarkan produk


Aidijuma Gift Set ini. Tidak lupa juga diletakkan di stokis-stokis yang ada di seluruh
Malaysia. Tujuan produk ini dikeluarkan adalah untuk memberi peluang kepada pembeli
untuk menberi idea kepada pembeli untuk membahagiakan dan menggembirakan insan
yang tersayang dengan pemberian Aidijuma Gift Set ini. Oleh itu, pihak Aidijuma akan
memastikan produk ini mudah untuk didapat oleh orang ramai.

16
6.0 KESIMPULAN

Kesimpulan yang bole kita dapat di sini, walaupun Aidijuma telah mendapat nama dan
telah mencapai target pasaran, namun Aidijuma cuba mewujudkan satu produk baru iaitu
Aidijuma Gift Set. Aidijuma mempercayai dengan penghasilan produk ini dapat
mengekalkan dan menaikan lagi keuntungan dan nama Aidijuma itu sendiri memandangkan
terlalu ramai pesaing di pasaran yang sentiasa merebut peluang yang ada.

Dengan strategi yang digunakan, tidak mustahil produk ini dapat mencapai target yang
diinginkan. Aidijuma menyatakan tiada seorang pun wanita berhijab di dunia ini yang tidak
punya hatta sehelai tudung empat segi sebagai koleksi mereka. Hakikatnya, pemilik
Aidijuma itu sendiri mengembalikan trend tudung empat segi dengan nafas lebih segar,
dalam bentuk dan rekaan baru yang lebih fashion forward. Oleh itu, Aidijuma masih
menggunakn tudung bawal Aidijuma sebagai salah satu item yang ada di dalam
pembungkusan Aidijuma Gift Set.

Strategi pemasaran merupakan suatu cara untuk memasarkan produk yang dihasilkan agar
produk tersebut dapat menarik pembeli. Strategi pemasaran Aidijuma mempunyai peranan
penting dalam pemasaran, guna mencapai target penjualan yang diiginkan.

6.1 Saranan

Aidijuma perlu bergerak lebih agresif untuk menaikkan lagi pasaran dan mencapai target
yang tinggi untuk duduk di dalam pasaran fesyen atau lain-lain dengan lebih lama. Hasil
kajian mendapati jika sesebuah organisasi atau pengusaha tidak melakukan perubahan dalam
perniagaan, kedudukan dalam pasaran akan merosot berikutan lebih ramai pesaing giat
mengembangkan perniagaan masing-masing.

17

You might also like