You are on page 1of 8

BAHAGIAN A (20 markah)

Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan A,B,C dan D.Bagi setiap soalan,pilih satu
jawapan sahaja.Kemudian,tandakan jawapan kamu dengan menghitamkan ruangan pada kertas
jawapan.
Soalan 1 hingga soalan 20
Pilih jawapan yang paling sesuai.

4. Kita perlu _______________ alam


sekitar dengan menanam pokokpokok di kawasan perumahan.
A
menanam
B
membersihkan
C
menghormati
D
mencintai

1. Siti, _______________ mesti


pulang ke rumah sebelum waktu
petang, pesan ibu kepada Siti.
A
kamu
B
kami
C
dia
D
kalian

5. Buah durian belanda mempunyai isi


yang berwarna putih dan mempunyai
biji yang ____________.

2. Air _________ yang mengalir di


kawasan perkhemahan itu sangat
jernih.

A
B
C
D

A
B
C
D

hutan
haiwan
sungai
khemah

Soalan 6 berdasarkan gambar di


bawah.

Soalan 3 berdasarkan gambar di bawah.

3. "Baru sebentar tadi adik bermain di


______," kata Rozita kepada ibunya.
A
B
C
D

lembut
keras
tajam
manis

6. Hafiz telah memenangi tempat pertama


dalam acara lari dalam _________.

ini
itu
sini
sana

A
B
C
D

plastik
guni
kotak
bekas

10. ______________ cari maklumat


tambahan tentang tokoh bahasa di
Internet, kata Cikgu Zue.

Soalan 7 berdasarkan gambar di


bawah.

A
B
C
D

11. Kaki Jamal luka dan berdarah


kerana dia ______________ duri
pokok bunga mawar di hadapan
rumah.

7. Zi Hui terjun ke dalam sungai


________________ terlihat seorang
budak lemas di dalam sungai.
A
B
C
D

A
B
C
D

apabila
jika
walaupun
supaya

memijak
terpijak
dipijak
berpijak

Soalan 12 berdasarkan gambar di


bawah.

8. _______________ Inspektor Sabrina


bertugas?
A
B
C
D

Sila
Jangan
Tolong
Harap

Apakah
Dimanakah
Mengapakah
Bagaimanakah

Soalan 9 berdasarkan gambar di


bawah.
12. Kumar berlari _____________
kerana dikejar oleh anjing semasa
pulang dari sekolah.
A
B
C
D

13. Sulaiman membeli _____________


untuk rakannya sebelum pulang dari
Cameron Highlands.

9. ______________, sakitnya kakiku


ini! kata seorang anggota tentera
yang cedera semasa bertugas.
A
B
C
D

kelam-kabut
bengkang-bengkok
lintang-pukang
huyung-hayang

A
B
C
D

Oh
Amboi
Aduhai
Aduh
2

buku cerita
tudung saji
kraf tangan
kaca mata

14. Pameran tentang sejarah kepolisan di Malaysia telah diadakan di ________.


A
Tugu Negara
B
Masjid Negara
C
Muzium Negara
D
Bank Negara Malaysia

15. _________ telah dikejarkan ke tempat kebakaran itu sebaik sahaja menerima aduan
orang ramai.
Polis Bukit Aman
Bomba Jalan Pudu
Doktor Hospital Kuala Lumpur
Askar Melayu DIraja Malaysia

A
B
C
D

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberi.

16. Si Pari-Pari memberi kapak emas kepada Pak Tua kerana sikapnya yang jujur.
A
B
C
D

Pak Tua yang jujur memberi kapak emas kepada Si Pari- pari.
Kapak emas yang jujur diberi oleh Si Pari-pari kepada Pak Tua.
Sikap Pak Tua yang jujur menyebabkan Si Pari-pari diberi kapak emas.
Oleh sebab sikapnya yang jujur, kapak emas diberi kepada Pak Tua oleh Si Pari-pari.

Soalan 17 hingga 20
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Lim Wei Eng,
9, Taman Maju Jaya,
35500 Bidor,
Perak.
1 Oktober 2015.
Menemui sahabatku, Herina yang berada di Melaka. Semoga sihat sejahtera di
samping keluarga tersayang.
Sahabatku,
Tujuan saya menulis surat ini adalah untuk menceritakan pengalaman saya
bercuti di Air Terjun Lata Kinjang pada cuti sekolah yang lalu. Perjalanan menuju
ke sana mengambil masa lebih kurang satu jam dari tempat tinggal saya.
Untuk pengetahuan saudari, pemandangan Air Terjun Lata Kinjang ini sangat
menarik. Hal ini kerana tempat ini juga merupakan tempat perkelahan. Di samping
dapat mandi-manda, saya juga dapat meluncur air menggunakan gelongsor yang
disediakan.
Selain itu, pelbagai kemudahan disediakan untuk keselesaan pengunjung. Ada
gerai makanan, pondok rehat, tempat mandi dan tempat meletak kenderaan yang
selamat.
Sampai di sini dahulu coretan saya pada kali ini. Saya berharap dapat
membawa saudari ke sini satu hari nanti.
Sekian, terima kasih.
Sahabatmu,
Lim Wei Eng
17. Siapakah yang dimaksudkan sahabatku dalam surat di atas?
A
Jiran
B
Herina
C
Lim Wei Eng
D
Kawan sekelas
18. Apakah tujuan penulis menulis surat kepada sahabatnya?
A
menceritakan pengalaman bercuti di Air Terjun Lata Kinjang
B
menceritakan perjalanan ke Air Terjun Lata Kinjang
C
bertanyakan kesihatan Aina dan keluarga
D
menyatakan pemandangan Air Terjun Lata Kinjang
19. Apakah kemudahan yang ada di Air Terjun Lata Kinjang?
A
pelampung dan jaket
B
bilik air dan gerai buah
C
pondok rehat dan kedai makanan
D
tempat mandi dan kedai mainan

20. Perkataan coretan dalam petikan bermaksud


A
nasihat
B
cerita
C
tulisan
D
bebelan

BAHAGIAN B (30 markah)


Soalan 21-Soalan 25
Soalan 21
Garisi kata nama khas tak hidup yang paling sesuai dalam ayat yang di bawah.
1. Keluarga Amirul sangat gembira dapat bermandi-manda di _______________________
(Pantai Port Dickson / Muzium Negara / Bukit Bendera)

2. Husna berasa gementar sewaktu menaiki __________(Perigi Hang Tuah / Menara Taming Sari /
Pulau Langkawi) yang mempunyai ketinggian 80 meter.
3. Aliyah bercerita tentang percutiannya ke _____________ (Pulau Tioman / Pulau Pinang / Pulau
Langkawi) yang terletak di negeri Kedah kepada Hafizah.
4. Banyak pelancong tidak melepaskan peluang menyaksikan penyu bertelur di _________________
(Rantau Abang / Pulau Pangkor / Menara Berkembar Petronas) yang terletak di negeri Terengganu.
[4 markah]

Soalan 22
a. Tulis ayat tanya yang paling sesuai bagi jawapan yang diberi.
Ayat tanya:

[2 markah]
Jawapan: Saya dan keluarga telah pergi bercuti di Pulau Langkawi pada cuti sekolah yang lalu.

b. Tulis dialog yang sesuai bagi watak di bawah.


Tahniah, kamu telah
berjaya mendapat
tempat pertama dalam
pertandingan
bercerita!

[2 markah]
5

C. Padankan kata dengan gambar yang sesuai untuk membentuk bandingan semacam.
Rajin macam
Garang seperti
Bulat macam
Besar macam
(2markah)
Soalan 23
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Mengapakah kita membaca? Kita akan mendapat pengetahuan dalam pelbagai


aspek dengan membaca. Membaca juga menjadikan kita seorang yang berilmu dan
tidak mudah diperbodohkan oleh orang lain. Melalui pembacaan yang luas, kita boleh
bercakap tentang pelbagai topik dan tidak akan wujud rasa rendah diri.
Pendapat umum mengatakan bahawa orang yang banyak membaca itu pandai
dan tahu tentang banyak perkara. Walau bagaimanapun, pendapat ini tidak semestinya
diguna pakai oleh semua orang. Memang ada orang yang rajin belajar tetapi tidak
pandai. Ini berlaku kerana mereka membaca bahan-bahan yang tidak bermutu dan
tidak mengandungi ilmu pengetahuan.
Kesimpulannya, untuk menjadi seorang yang berilmu, kita mesti banyak belajar
dan membaca. Semasa belajar dan membaca, kita harus berfikir sama ada pengetahuan
tersebut dapat digunakan dalam kehidupan seharian atau tidak.

a. Apakah faedah yang diperoleh daripada amalan membaca ?


_____________________________________________________________________
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
[2 markah]
b. Mengapakah seseorang itu rajin membaca namun masih tidak pandai?
________________________________________________________________
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
[2 markah]
c. Perkataan rendah diri bermaksud ________________________________________.
[2 markah]
6

Soalan 24
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Malaysia terkenal sebagai negara yang unik. Hal ini demikian kerana,
Malaysia memiliki pelbagai aset yang menjadi tarikan pelancong.
Antara aset yang telah dikenal pasti adalah dengan adanya pulau yang
menarik seperti Pulau Langkawi di Kedah, Pulau Redang di Terengganu dan Pulau
Sipadan di Sabah. Pulau-pulau ini terkenal kerana pantainya yang bersih dan putih. Di
samping itu, keindahan alam semula jadi pulau-pulau ini masih terpelihara sehingga
kini.
Malaysia juga merupakan sebuah negara yang banyak mempunyai tinggalan
sejarah. Antaranya seperti Kota A Famosa, Perigi Hang Tuah, Candi Lembah
Bujang, dan Makam Mahsuri. Hal ini turut menggamit pelancong untuk datang ke
sini. Tempat-tempat ini sentiasa terpelihara supaya generasi akan datang dapat
mengenali sejarah negara dengan jelas.
Permainan tradisional seperti wau, congkak, gasing dan galah pusing turut
menjadi daya penarik. Permainan tradisi ini wajar diketengahkan untuk diwarisi oleh
anak bangsa Malaysia, supaya mereka berasa bangga dan mencintai budaya Melayu
a. Mengapakah Malaysia dikatakan sebuah negara yang unik?
_____________________________________________________________________
____________________________________________________________________.
[2 markah]
b. Apakah aset pelancongan yang terdapat di Malaysia?
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
[2 markah]
c. Mengapakah tinggalan sejarah penting dan perlu dipelihara?
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
[2 markah]
d. Pada pendapat kamu, mengapakah pulau-pulau peranginan di negara kita amat diminati
oleh pelancong asing?
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
[2 markah]
7

Soalan 25
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

LAWATAN KE RUMAH ORANG TUA KELANA JAYA


Anjuran :

Persatuan Bahasa Malaysia SK Bangsar 1

Tarikh :

18 April 2015 (Sabtu)

Masa :

8.00 pagi - 5.00 petang

Tempat berkumpul :

Dewan SK Bangsar 1
Atur Cara

8.45 pagi :

Tiba di pusat jagaan dan rawatan

8.50 pagi :

Taklimat oleh pengasas pusat, Puan Muji

9.00 pagi :

Menolong
membersihkan
KERTAS
SOALANpenghuni
TAMATdi situ

9.30 pagi

Mengedarkanhmkkkkkk
sarapan kepada penghuni

10.00 pagi :

Gotong-royong membersihkan kawasan pusat

12.30 tengah hari :

Makan tengah hari bersama dengan penghuni

1.30 petang :

Persembahan

2.30 petang :

Penyampaian cenderamata kepada penghuni

3.30 petang :

Minum petang

4.15 petang :

Bertolak pulang

a. Di manakah ahli Persatuan Bahasa Malaysia SK Bangsar 1 perlu berkumpul sebelum


melawat Rumah Orang Tua Kelana Jaya?
_________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________

[2 markah]
b. Apakah perkara yang dilakukan setelah aktiviti mengedar sarapan kepada penghuni
dilakukan?
____________________________________________________________________
________________________________________________________________
[2 markah]

c. Apakah maksud cenderamata dalam atur cara di atas?


____________________________________________________________________
[2 markah]

KERTAS SOALAN TAMAT


8

You might also like