You are on page 1of 1

Apakah pandangan anda tentang artikel barefoot management?

Artikel barefoot management ini mengenai faktor sebuah sekolah orang asli di Ringlet,
Pahang yang berjaya menjadi sebuah sekolah paling membangun di dalam Malaysia. Pada
pandangan saya, artikel ini cuba untuk mencungkil kaedah dan teknik pengurusan Sekolah
Kebangsaan Lemoi supaya cara ini boleh dicontohi oleh sekolah lain di dalam negara. Jika
dilihat dari segi pendekatan yang digunakan oleh penulis untuk mengenal pasti faktor-faktor
kejayaan SK Lemoi daripada guru besarnya, kita boleh lihat bahawa penulis cuma mahukan
idea-idea En. Omardani, iaitu guru besar SK Lemoi yang berjaya membangunkan sekolah
hanya dalam tempoh 4 tahun. Artikel ini seharusnya dijadikan panduan kepada guru besar
sekolah yang lain dalam membangunkan sesebuah sekolah dan cuba suaikan kaedah yang
digunakan oleh En. Omardani mengikut latar belakang sekolah itu sendiri.

You might also like