You are on page 1of 4

Konsep dan fakta sains

1. Bayang-bayang terbentuk apabila cahaya dihalang oleh suatu objek legap.


2. Sifat cahaya ialah:
i) cahaya bergerak lurus
ii) cahaya boleh dipantulkan
iii) cahaya boleh dibiaskan
3. Semakin jauh jarak antara objek dengan skrin, semakin bertambah saiz bayang-bayang.
4. Semakin dekat jarak antara objek dengan skrin, semakin berkurang saiz bayang-bayang.
5. Semakin jauh jarak antara objek dengan sumber cahaya, semakin berkurang saiz bayangbayang.
6. Semakin dekat jarak antara objek dengan sumber cahaya, semakin bertambah saiz
bayang-bayang.

Perhatikan gambar dan jadual yang diberikan dan jawab soalan berikut:-

Soalan
1. Nyatakan pemboleh ubah:i)

Dimanipulasi: .

ii)

Bergerak balas: ..

iii)

Dimalarkan:

2. Nyatakan dua maklumat yang dikumpulkan daripada penyiasatan ini.


..
..

3. Apakah tujuan penyiasatan ini.

4. Apakah hubungan di antara dua maklumat yang dikumpul dalam penyiasatan ini.

5. Apakah yang akan berlaku kepada saiz bayang-bayang jika objek itu diletakkan lebih
dekat dengan sumber cahaya (lampu suluh).

6. Tulis satu pemerhatian untuk penyiasatan di atas.

7. Nyatakan hipotesis untuk penyiasatan dia atas.

8. Berikan satu inferens (sebab) bagaimana terbentuknya bayang-bayang.

9. Nyatakan corak perubahan bagi saiz bayang-bayang apabila jarak antara objek dengan
skrin semakin bertambah jauh.

10. Apakah kesimpulan yang boleh dibuat daripada penyiasatan ini.

You might also like