You are on page 1of 1

BERSIH, CEKAP DAN AMANAH

- dilancarkan oleh Tun Dato Sri Dr Mahathir Mohamad pada April 1982
- sebagai asas kepada Kempen Kepimpinan Melalui Teladan (1983)
- Pembangunan dan kejayaan sesebuah negara adalah bergantung besar kepada sikap
yang positif serta moral yang tinggi
- kesedaran haruslah ditanamkan di jiwa pegawai-pegawai awam, pegawai-pegawai
swasta, pekerja-pekerja dan rakyat supaya mereka memahami tugas dan tanggungjawab
masing-masing dan melaksanakannya dengan cekap dan berkesan, di samping
mempunyai sikap bersih dan beramanah.

Objektif
Bagi mewujudkan satu etika kerja yang positif
Peningkatan hasil (produktiviti) dan mutu kerja.

Maksud
1. Bersih iaitu mempunyai moral yang tinggi, bertatatertib dan berdisiplin, tidak
menyeleweng dan tidak rasuah.
2. Cekap iaitu berani dan cepat membuat keputusan.
3. Amanah iaitu rela dan cuba menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan
dalam batas kuasa yang ditentukan dengan penuh gigih dan ikhlas bagi mencapai objektif
yang ditetapkan.
BPR Badan Pencegah Rasuah
Fungsi Badan Pencegah Rasuah Malaysia ialah ...
- Mengesan dan mengenal pasti perlakuan rasuah serta penyalahgunaan kuasa.
- Memperolehi dan mengumpul bukti-bukti yang kukuh dan lengkap untuk tindakan
punitif.
- Memastikan kepentingan awam dan keadilan sentiaa terjamin dalam urusan
pendakwaan.

You might also like