You are on page 1of 9

Apa Itu Sains?

1. Sains ialah kajian secara sistematik berkenaan alam semulajadi tentang bagaimana ianya memberi kesan
kepada kita dan juga persekitaran kita.
2. Fenomena alam semulajadi yang berlaku di sekeliling kita boleh dijelaskan melalui sains. Seekor berudu yang
bertukar menjadi seekor katak dewasa, sebiji buah kelapa yang jatuh ke tanah dan seketul ais yang sedang
mencair, adalah merupakan antara contoh-contoh fenomena alam semula jadi.
3. Semua ini boleh difahami melalui kajian sains. Pengetahuan saintifik sentiasa berkembang. Pengetahuan ini
boleh diperolehi melalui pemerhatian yang teliti, kajian yang mendalam dan juga melalui penyelidikan secara
saintifik.
4. Sains merupakan sebahagian daripada kehidupan seharian kita. Makanan, pakaian serta peralatan yang kita
gunakan juga mempunyai dengan sains.
5. Sains juga banyak membantu kita dalam menghasilkan lebih banyak makanan, bahan-bahan baru serta
peralatan-peralatan yang berguna bagi kita.
6. Melalui kajian sains juga, banyak pengetahuan serta penemuan baru diperolehi. Ini dapat meningkatkan taraf
hidup serta kualiti alam sekitar kita.
7. Sains meliputi bidang kajian yang sangat meluas. Antaranya adalah seperti berikut:
i)
ii)
iii)
iv)
v)
vi)

Bilologi - Kajian mengenai benda-benda hidup.


Fizik - Kajian interaksi antara bahan dan tenaga.
Kimia - Kajian mengenai komposisi dan sifat-sifat bahan kimia serta tindak balas mereka, dan
penggunaannya.
Geologi Kajian mengenai batuan dan mineral.
Astronomi Kajian mengenai bintang-bintang dan planet-planet.
Meteorologi Kajian mengenai cuaca dan iklim.

8. Sains juga menawarkan pelbagai pilihan kerjaya. Orang yang berkerjaya lazimnya memilih bidang kerjaya
bergantung kepada kepentingan serta apa yang mereka minati dalam bidang sains.
9. Bidang perubatan dan bidang kejuruteraan adalah merupakan antara contoh kerjaya yang menjadi pilihan ramai.

Makmal Sains
1. Kita juga boleh mempelajari sains di makmal sains.
2. Makmal sains adalah merupakan sebuah bilik atau bangunan dimana penyelidikan secara saintifik dijalankan.
3. Kebanyakan sekolah mempunyai makmal-makmal dimana pelajar boleh menjalankan eksperimen.
4. Adakah anda tahu tentang peraturan-peraturan dan langkah-langkah keselamatan yang perlu dipatuhi apabila
anda berada di dalam makmal sains?
5. Adakah anda tahu mengapa anda perlu mengikut peraturan-peraturan dan langkah-langkah keselamatan
tersebut?

Peraturan am dan langkah-langkah keselamatan

Makanan dan minuman tidak dibenarkan dibawa masuk


ke dalam makmal.

Bahan-bahan mestilah dikendalikan dengan


betul.

Peraturan-peraturan keselamatan dan langkah berjaga-jaga di dalam makmal

1. Anda cuma boleh masuk ke dalam makmal sains hanya dengan kebenaran guru sahaja.
2. Anda tidak boleh membawa masuk makanan dan minuman ke dalam makmal sains.
3. Anda tidak dibenarkan untuk masuk ke bilik persediaan dan stor.
4. Anda tidak boleh membawa alat radas atau bahan kimia keluar dari makmal.
5. Anda cuma boleh menggunakan alat radas dan bahan kimia hanya dengan kebenaran guru sahaja.
6. Semua alat radas dan bahan-bahan kimia yang digunakan mestilah mengikut seperti apa yang diarahkan oleh
guru anda sahaja.
7. Bahan-bahan mestilah dikendalikan dengan betul.
8. Anda tidak boleh merasa apa-apa bahan kimia kecuali guru anda meminta untuk berbuat demikian.
9. Anda mesti sentiasa memeriksa label pada botol untuk memastikan bahawa anda menggunakan bahan kimia
yang betul.
10. Jika berlaku keadaan bahan kimia secara tidak sengaja termasuk kedalam mulut, anda hendaklah meludah
keluar bahan tersebut dan basuh mulut anda dengan air bersih berulang kali.
11. Jika bahan kimia terkena pada kulit atau pakaian anda, basuh dengan menggunakan air.
12. Anda hendaklah melaporkan semua kemalangan dan kecederaan (contoh: seperti luka atau terbakar) kepada
guru anda dengan segera.
13. Anda tidak boleh bermain atau bergurau di dalam makmal.
14. Anda tidak boleh bermain dengan alat radas dan bahan kimia.

Alat-alat radas yang biasa terdapat di makmal sains


1. Terdapat pelbagai jenis alat radas di dalam makmal sains. Rajah di bawah menunjukkan beberapa jenis alat
radas yang biasa digunakan.
2. Anda harus tahu apa itu alat radas. Anda juga perlu mengetahui tentang kegunaan am pelbagai alat radas.

Mangkuk pijar (Crucible)


- Untuk memanaskan bahan
kimia.

Tabung uji (Test tube)


- Untuk mengisi bahan kimia.

Penyubat gabus & penyumbat


getah
Digunakan untuk menyumbat
tabung uji atau kelalang kon.

Pemegang tabung uji (Test tube


holder)
Kegunaan: Untuk memegang tabung
uji.

Slaid kaca (Glass slide)

Untuk meletak spesimen bagi


tujuan pemerhatian di bawah
mikroskop.

Kelalang kon (Conical flask)


- Untuk mengisi bahan kimia dan
cecair.

Kasa dawai & tungku kaki tiga


(Wire gauze & tripod stand)
- Untuk menyokong radas semasa
pemanasan.

Mangkuk penyejat
- Untuk mengewap cecair daripada
larutan.

Picagari (Syringe)

Bikar (Beaker)
- Untuk mengisi bahan kimia dan
cecair.

Jam randik (Stop watch)


- Untuk mengukur masa.

Corong penuras/penapis (Filter


funnel)
- Untuk menapis campuran pepejal
dan cecair.

Kelalang berdasar rata (Flatbottomed flask)


Untuk mengisi bahan kimia yang
digunakan dalam penyediaan gas
yang mana proses tersebut tidak
memerlukan pemanasan.

Penunu Bunsen (Bunsen burner)


- Untuk menyediakan nyalaan.

Untuk memindahkan cecair dalam


jumlah yang kecil.

Rak tabung uji (Test tube rack)

Untuk memegang tabung uji dalam


kedudukan yang tegak.

Rod kaca (Glass rod)

Digunakan untuk mengacau


larutan didalam bekas.

Balang gas (Gas jar)


- Untuk mengisi gas.

Kaki retort & pengapit (Retort stand


& retort clamp)
Untuk memegang alat radas semasa
eksperimen dijalankan.

Penyepit mangkuk pijar (Crucible


tongs)
Untuk memegang objek panas.

Silinder penyukat (Measuring


cylinder)
- Untuk menyukat isipadu larutan
dengan tepat.

Buret (Burette)
- Untuk menyukat isipadu larutan
dengan tepat.

Pipet (Pipette)
Untuk menyukat isipadu larutan
dengan tepat.

Jangka suhu (Thermometer)


- Untuk menyukat suhu.

Simbol-simbol Amaran Tentang Bahaya


1.

Bahan kimia yang terdapat di dalam makmal sains mestilah dikendalikan dengan berhati-hati.

2.

Sesetengah bahan kimia yang amat berbahaya dan juga boleh membahayakan kesihatan kita. Ada yang
meletup, menghakis, sangat mudah terbakar atau beracun/toksik.

3.

Kita boleh mengetahui sifat bahan kimia tersebut dengan melihat label pada bekas atau botol yang
mengandungi bahan-bahan kimia.

4.

Rajah di bawah menunjukkan beberapa simbol yang terdapat pada label bekas atau botol yang mengandungi
bahan-bahan kimia.

Meletup (Explosive)
- Contoh: Natrium, kalium.

Toksik / Beracun (Toxic / Poisonous)


Contoh: Raksa, plumbum,
sodium cyanide, hidrogen
sulfida.

Berbahaya atau Perengsa (Harmful


or Irritant)
Contoh: Ammonia, klorin, klorofom.

Radioaktif (Radioactive)
Contoh: Uranium, torium, radium.

Kuantiti Fizik Dan Unit-unitnya


1. Kuantiti fizik (physical quantity) adalah kuantiti yang boleh diukur. Kuantiti fizik bukan sahaja digunakan
dalam kajian saintifik tetapi ianya juga penting dalam kehidupan seharian kita.
2. Terdapat lima kuantiti fizikal yang kerap digunakan dalam pengukuran.
i) Panjang (Length)
ii) Jisim (Mass)
iii) Masa (Time)
iv) Suhu (Temperature)
v) Arus Elektrik (Electric current)
3. Setiap kuantiti fizikal yang diukur dalam unit SI (International System of Units @ SI units), yang mana ianya
adalah unit yang seragam digunakan dalam pengukuran di kebanyakan negara.

4. Nilai sesuatu kuantiti boleh ditulis dengan 'imbuhan awal @ awalan' (prefix). Setiap imbuhan awal mempunyai
simbol-simbolnya tersendiri. Kita menulis sesuatu nilai dengan menggunakan imbuhan awal (prefix) untuk
membuat ia lebih mudah bagi merekodkan kuantiti fizik.

Berat & Jisim


1.

Berat (weight) sesuatu objek boleh diukur dengan menimbang (weighing). Kaedah ini juga digunakan untuk
mengukur jisim (mass) sesuatu objek.

i)
ii)

2.

Dengan sebab itu, berat dan jisim sering dianggap sebagai sama. Walau bagaimanapun, ia sebenarnya
merupakan dua kuantiti yang berlainan.

3.

Unit sukatan berat dan jisim ialah;


Berat - Newton / N
Jisim - kilogram / kg

4.

Berat sesuatu objek adalah tarikan graviti bumi pada objek tersebut. Manakala, jisim sesuatu objek pula
adalah kuantiti jirim dalam objek tersebut.

5.

Dengan sebab itu, kita perlu menggunakan penimbang / neraca yang berbeza untuk mengukur berat dan
jisim sesuatu objek.
Menyukat berat
- Berat (weight) sesuatu objek boleh diukur dengan neraca spring / neraca mampatan (spring balance /
compression balance). Ini adalah kerana tarikan graviti bumi bertindak memanjangkan spring.

6.

Neraca spring (Spring balance)


7.

Neraca mampatan (Compression balance)

Menyukat jisim
- Neraca tiga palang / neraca tuas / neraca elektronik (triple beam balance / lever balance / elektronic
balance) digunakan untuk mengukur jisim (mass) sesuatu objek. Jisim sesuatu objek itu adalah sama
seperti 'jisim standard' (standard mass) yang diperlukan untuk mengimbangi objek tersebut. Sukatan
neraca untuk jisim tidak dipengaruhi oleh tarikan graviti (Jisim objek adalah sentiasa tetap).

Neraca tiga palang/alur (Triple beam balance)

Neraca tuas (Lever balance)

Alat-alat Pengukuran

1.

Merujuk kepada rajah di atas, nyatakan pensel yang manakah yang lebih panjang. Kemudian, pastikan
semula jawapan anda dengan mengukur panjang setiap pensel itu menggunakan pembaris.

2.

Apa yang boleh dipelajari daripada keadaan di atas? Sesuatu objek itu boleh kelihatan menjadi lebih
panjang atau lebih pendek daripada keadaan sebenarnya.

3.

Kita perlu menggunakan alat-alat pengukur yang sesuai untuk mengukur kuantiti seperti panjang dengan
lebih tepat. Penggunaan teknik-teknik yang betul juga penting dalam mendapatkan bacaan yang tepat.

4.

Pengukuran panjang (Measurement of length)

Panjang (length) adalah jarak antara dua titik. Di dalam makmal sains, panjang sesuatu objek itu diukur
dengan menggunakan pembaris meter.

Panjang pembaris meter (metre ruler) ialah satu meter (m) atau 100 sentimeter (cm). Setiap sentimeter
dibahagikan kepada 10 millimeter (mm). Jadi, panjang pembaris meter tersebut adalah juga bersamaan
dengan 1000 millimeter (mm).
1 cm = 10 mm
1 m = 100 cm = 1000 mm
1 km = 1000 m

5.

Diameter sesebuah objek tidak dapat diukur dengan tepat jika hanya menggunakan pembaris. Angkup
(calipers) digunakan untuk mengukur diameter sesbuah objek dengan lebih tepat.

6.

Terdapat dua jenis angkup, iaitu angkup luar (external calipers) dan angkup dalam (internal calipers).
Kedua-dua angkup tersebut digunakan untuk mengukur diameter luaran dan dalaman sesebuah objek.

Pengukuran luas kawasan (Measurement of area)


1.

Luas (area) sesebuah permukaan adalah luas kawasan di antara pinggir-pinggir permukaan tersebut. Unit
SI untuk luas adalah meter persegi (square metres, m2).

2.

Luas dalam skala yang besar boleh diukur sebagai kilometer persegi (square kilometres, km2). Manakala
luas dalam skala yang kecil pula boleh diukur dalam unit sentimeter persegi (square centimetres, cm2)
dan milimeter persegi (square millimetres, mm2).

1 cm = 100 mm
1 m = 10 000 cm
1 km = 1 000 000 m

Contoh:

Pengukuran isipadu (Measurement of volume)


1.

Isipadu (volume) sesuatu objek adalah ruang yang boleh diisi atau dikandungi oleh objek tersebut.
Unit SI bagi isipadu adalah meter padu (cubic metres, m3).

2.

Isipadu juga boleh disukat dengan milimeter padu (mm3), sentimeter padu (cm3), mililiter ( l ) dan
liter ( l ).

3.

Isipadu pepejal (solids) diukur dalam sentimeter padu (cm3) dan meter padu (m3).
1 ml = 1 cm
1 l = 1000 cm = 1000 ml
1 m = 1 000 000 cm = 1 000 000 ml

Kepentingan Unit Piawai (Standard Units)


1.

Penggunaan unit piawai (standard units) dalam pengukuran boleh memudahkan komunikasi antarabangsa
dan kehidupan seharian kita.

2.

Masalah mungkin timbul jika unit piawai tidak digunakan. Sebagai contoh, harga sesuatu barang itu
ditentukan berdasarkan berat atau isipadu barangan tersebut. Jika unit berat atau isipadu yang berbeza
digunakan, ia akan menyebabkan kerumitan dalam meletakkan harga barang tersebut.

3.

Satu kilogram unit piawai bagi jisim adalah kuantiti jirim dalam silinder aloi platinum-Iridium.

4.

Oleh itu, apabila kita mengatakan sesuatu objek itu mempunyai jisim 5 kg, sebenarnya ia merujuk kepada
jumlah jirim objek tersebut dalam bentuk silinder piawai (standard cylinder).

5.

Sebelum Sistem Antarabangsa (International System, SI) diperkenalkan, sistem unit piawai yang digunakan
adalah 'foot-pound-second (FPS)'.

6.

Dalam sistem unit ini, foot (kaki), pound (paun) dan second (saat) digunakan sebagai unit piawai untuk
mengukur panjang, jisim dan masa.

7.

Pelbagai unit pengukuran yang digunakan diseluruh dunia:

8.
-

Unit piawai pengukuran digunakan untuk tujuan yang berikut:


untuk membolehkan pengukuran yang diambil oleh ahli sains yang berbeza supaya lebih selaras.
untuk membolehkan pertukaran maklumat menjadi lebih mudah dan kurang mengelirukan.
untuk memperbaiki koordinasi antara ahli sains dari tempat yang berbeza.
untuk membolehkan analisis dan perbandingan data yang berbeza menjadi lebih mudah kerana unit yang
sama digunakan.
untuk mengelakkan masalah yang berkaitan dengan penggunaan unit yang berbeza, seperti penukaran
unit.

9.
-

Antara masalah yang akan timbul jika unit piawai tidak diguna pakai antaranya adalah;
Timbul masalah kejituan dan kepersisan (accurate and precise) dalam pengukuran.
Manusia dari negara-negara berlainan akan menghadapi masalah komunikasi terutama dalam interaksi
seperti perdagangan dan pengangkutan.
Kajian saintifik yang dijalankan oleh para saintis sukar dibandingkan.

You might also like