You are on page 1of 19

PENGAYAAN DAN PEMULIHAN

PENGENALAN

1.1.1 Konsep pemulihan

Program pemulihan merupakan langkah-langkah khusus yang dijalankan


untuk membantu murid-murid yang menghadapi masalah pembelajaran tertentu dalam
kemahiran asas 3M (membaca, menulis dan mengira). Mereka patut dipulihkan sebaik
sahaja masalah yang dihadapi itu dapat dikesan dan ditentukan oleh guru bilik darjah
atau guru mata pelajaran dengan langkah-langkah yang berbeza bergantung kepada
jenis masalah.
Kamus Dewan Edisi Keempat (2005: 1245,1246)

Pulih bermaksud kembali seperti biasa (keadaan semula). Pemulihan bermaksud


perbuatan memulihkan dan pengembalian kepada keadaan semula. Dalam konteks ini
konsep pemulihan merujuk kepada kanak-kanak yang menghadapi masalah dalam
pembelajaran. Pembelajaran pemulihan biasanya dikaitkan dengan usaha untuk
memperbaiki sesuatu kekurangan atau memperbetul sesuatu.
Blair (1956)

Pemulihan ialah program khas berbentuk tambahan bagi memenuhi keperluan kanakkanak yang menghadapi masalah pembelajaran agar ketidakupayaan yang
menghalangnya dapat diatasi. Aktiviti pemulihan tertumpu kepada penguasaan
kemahiran.
O. C. Simpson (1975)

Aktiviti pemulihan merupakan tindakan khas atau tindakan khusus yang diambil untuk
mengatasi keperluan pendidikan murid yang mengalami kesulitan dari segi
pembelajaran dalam kelas khas di sekolah biasa, di pusat-pusat khusus yang dihadiri
oleh murid secara sambilan, dan dalam darjah untuk pengajaran pembelajaran biasa.

Syarifah Alawiah Alsagoff (1983)

Pemulihan ialah satu tindakan yang diambil untuk mengatasi keperluan pendidikan
murid yang mengalami kesusahan dari segi pembelajaran dalam darjah khas di sekolah
biasa, di pusat khusus yang diasingkan daripada sekolah biasa dan dalam darjah untuk
pengajaran pembelajaran biasa.

Ishak Harun dan Koh Boh Boon (1983)

Pemulihan merupakan perkhidmatan khas untuk memenuhi keperluan kanak-kanak


yang menghadapi pembelajaran di sekolah biasa.
Pringle (1966)
Pengajaran yang mempunyai pendekatan khas yang diperlukan oleh semua murid
yang mundur dalam satu-satu mata pelajaran serta berkemahuan dan berkebolehan
belajar,melalui latihan yang sistematik dan dapat memenuhi keperluan-keperluan
mereka.
Albertwhite (1977)
Pengajaran pemulihan ialah suatu bentuk pengajaran yang diperlukan oleh kanakkanak yang bersifat ketidakupayaan yang disertai oleh gangguan-gangguan emosi .
Tansley (1967)
Pengajaran pemulihan ialah satu bentuk pengajaran yang mengutamakan langkahlangkah yang benar-benar teliti dan sistematis bagi membolehkan pengajaran
pemulihan dijalankan secara tersusun.
Collins (1961)
Pengajaran pemulihan ialah satu bentuk pengajaran yang mengutamakan mata
pelajaran asas. Malah beliau menegaskan pengajaran ini ialah satu kaedah pengajaran
yang istimewa bagi murid-murid yang gagal dalam mata pelajaran asas di sekolah
seperti membaca,menulis dan mengira.

Evans (1995)
Pengajaran pemulihan dianggap sebagai the ambulance of educational system .
Dengan sebab itu pengajaran pemulihan ini tidak boleh diambil kira sebagai satu
pekerjaan atau pengajaran yang dilakukan secara mengejut, mendadak atau digunakan
pada waktu kecemasan sahaja. Pengajarannya perlu dirancang dan disusun dengan
rapi berdasarkan aspek aspek kelemahan murid.
Menurut Ab. Rahman, et. al. (1997), dalam konteks Kurikulum Bersepadu
Sekolah Rendah (KBSR), program pemulihan merupakan langkah-langkah khas
yang diusahakan untuk membantu murid yang menghadapi masalah
pembelajaran tertentu dalam menguasai kemahiran asas 3M (membaca, menulis,
dan mengira). Mereka ini kemudiannya diberikan program pemulihan sebaik-baik
sahaja masalah mereka dapat dikesan dan dikenal pasti.
1.1.2 Rumusan Keseluruhan Konsep Pemulihan.

Pendidikan pemulihan ialah suatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran


alternatif untuk membantu murid-murid yang menghadapi masalah di dalam kelas.
Pelaksanaan program pemulihan ini bermatlamatkan supaya jurang perbezaan
pencapaian di antara murid dapat dikecilkan dan mereka dapat belajar bersama-sama
dalam suasana pembelajaran yang lebih baik di dalam kelas biasa.
1.1.3 Rasional Pendidikan Pemulihan.
Murid-murid merupakan indidvidu-individu yang berbeza dari segi pengalaman,
minat, dan kebolehan. Perbezaan-perbezaan tersebut jika tidak diberi perhatian boleh
menjadi punca masalahh yang utama kepada kegagalan pencapaian objektif-objektif
pembelajaran yang telah ditetapkan.
Dalam Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran
yang telah dikeluarkan, beberapa penetapan telah dibuat sebagai langkah untuk
mengatasi masalah-masalah yang terdapat dalam sistem persekolahan. Antaranya
ialah :
Kenaikan darjah secara automatik seperti yang berlaku sekarang dikekalkan dan
mereka yang lemah dalam bidang kemahiran tertentu diberi pendidikan pemulihan.
Kurikulum yang ada sekarang hendaklah disusun semula supaya dapat diubah suai
bukan sahaja untuk membolehkan murid-murid yang lemah mencapai kemahiran asas
bahkan membolehkan murid yang cerdas bertambah maju.
Keutamaan hendaklah diberikan kepada usaha-usaha untuk membaiki dan meninggikan
taraf pendidikan di kawasan-kawasan yang mundur sejajar dengan dasar kerajaan.
Usaha untuk merapatkan hubungan antara sekolah dengan masyarakat hendaklah
dijalankan dengan sepenuhnya melalui kegiatan-kegiatan PIBG.
Rancangan Amalan Makanan dan Pemakanan dan Rancangan Makanan Tambahan
diteruskan kerana faedah-faedah yang diperoleh.
1.1.4 Matlamat Pendidikan Pemulihan
Antara matlamat utama program pemulihan ialah :
Membantu murid-murid yang mempunyai masalah pembelajaran untuk menguasai
kemahiran tertentu.
Membantu murid-murid membetulkan sikap yang negatif dan tingkah laku yang
menjejaskan pembelajaran.
Memupuk serta mengembangkan keyakinan diri dan sikap positif terhadap
pembelajaran.
1.1.5 Objektif Pendidikan Pemulihan
Program ini bertujuan untuk membolehkan murid-murid :
Menguasai kemahiran tertentu dengan mengikuti aktiviti-aktiviti yang dipilih dan
menggunakan bahan-bahan yang bersesuaian dengan kemampuan murid.

Mendapatkan layanan dan kemudahan yang sesuai dengan keupayaan dan


perkembangan mental individu.
Mengurangkan beban masalah yang dihadapi oelh murid-murid yang lemah melalui
bantuan guru dan pihak yang berkenaan (pihak sekolah dan ibu bapa).
Mengembangkan potensi dan minat mereka dalam pelajaran ke tahap yang lebih
maju.
Memperoleh serta mengukuhkan keyakinan diri dan sifat berdikari apabila berada
dalam kumpulan dan masyarakat.
Mendapat peluang yang sama seperti rakan-rakan mereka dengan melibatkan diri
dalam aktiviti-aktiviti social di dalam dan di luar bilik darjah
Meneruskan pelajaran dalam sistem persekolahan biasa atau sekolah khas yang
bersesuaian dengan keperluan masing-masing.
1.1.6 Kumpulan Sasaran Pendidikan Pemulihan
Pendidikan pemulihan diajalankan untuk menampung keperluan-keperlaun murid di
dalam kelas biasa yang menghadapi masalah-masalah berikut, bukan masalah
kecacatan akal atau terencat akal :
Masalah pembelajaran:
i.
ii.
iii.
iv.

Ketidaksesuaian bahan dan teknik pengajaran guru


Sering tidak hadir ke sekolah
Cuai menjalankan aktiviti-aktiviti pembelajaran
Leka dan lambat
Masalah-masalah yang menghalang pembelajaran :

i.
ii.
iii.

Masalah peribadi
Masalah psikologi
Kurang kecerdasan iaitu lambat berfikir dan bertindak, cepat lupa, sukar memahami dan
lemah pengamatan

1.1.7 Prinsip Pendidikan Pemulihan


Terdapat beberapa prinsip yang perlu dipatuhi dalam melaksanakan pendidikan
pemulihan. Antaranya ialah :
Menentukan objektif pendidikan pemulihan
Guru perlu mengetahui objektif yang hendak dicapai semasa pendidikan pemulihan
dijalankan bagi membantu murid-murid mengatasi masalah pembelajaran, membimbing
mereka mengubah sikap negatif dan tingkah laku yang menghalang pembelajaran dan
mewujudkan keyakinan dalam diri. Guru juga harus memastikan aktiviti pengajarannya
melibatkan deria rasa, penglihatan, pengdengaran dan pertuturan.

Menyusun strategi pendidikan pemulihan


Terdapat beberapa cara dalam menyusun strategi pendidikan pemulihan antaranya:
1. Mengenal pasti murid-murid yang memerlukan pemulihan melalui ujian saringan, ujian
diagnostik, laporan guru dan sekolah serta maklum balas daripada temu duga yang
dibuat dengan ibu bapa.
2. Mengenal pasti masalah pembelajaran yang dihadapi oleh murid yang antaranya terdiri
daripada masalah dalam kemahiran lisan (mendengar dan bertutur), membaca dan
menulis.
3. Mengenal pasti punca-punca yang menjadikan murid-murid bermasalah dalam
pembelajaran dari aspek fizikal, intelek, emosi dan pembelajaran.
4. Merancang pelbagai aktiviti untuk menolong murid lemah sama ada secara individu,
kumpulan kecil atau melalui rakan sebaya.
5. Membuat penilaian untuk menentukan kemajuan yang bertujuan untuk mengekalkan
pelajar dalam kelas biasa atau dihantar ke kelas pemulihan.
6. Menjalinkan hubungan mesra antara guru dengan murid dan murid dengan rakan
sebayanya.
Merancang dan menyusun aktiviti pendidikan pemulihan
Dalam merancang dan menyusun aktiviti pendidikan pemulihan terdapat beberapa
kreteria yang perlu diikuti antaranya:
1. Pemilihan dan aktiviti hendaklah berdasarkan kebolehan murid.
2. Aktiviti hendaklah menekankan penggunaan bahan pelbagai bentuk untuk
membolehkan murid menggunakan deria yang ada pada mereka.
3. Matlamat hasil kerja daripada aktiviti hendaklah disampaikan dengan segera.
Memilih pendekatan, kaedah dan teknik yang sesuai

1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.

Terdapat pelbagai pendekatan, kaedah dan teknik yang boleh digunakan dalam
melaksanakan aktiviti pemulihan. Antaranya :
Pendekatan Deduktif
Pendekatan Induktif
Pendekatan Elektif
Kaedah Komunikatif
Pendekatan Main Sambil Belajar
Teknik Bercerita
Teknik Latih Tubi
Teknik Bersoal Jawab
1.2 CARA MENGESAN MURID-MURID YANG BERMASALAH PEMBELAJARAN.
Terdapat beberapa cara bagi mengesan murid yang bermasalah pembelajaran
antaranya ialah seperti yang ditunjukkan dalam rajah 1 di bawah:

Rajah 1: Pengesanan Murid Bermasalah

Pemerhatian
Guru boleh membuat pemerhatian secara tidak langsung dalam bilik darjah masingmasing. Guru boleh memerhatikan wajah murid-muridnya sama ada berwajah ceria,
takut, sedih, takut, bingung dan sebagainya. Sekiranya wujud murid yang menunjukkan
wajah yang bermasalah, guru perlu mengenal pasti masalah mereka dengan lebih teliti
dengan membuat pemerhatian secara berterusan dan berulang kali serta memerhatikan
setiap perubahan yang berlaku.
Pentafsiran rekod prestasi
Rekod prestasi ialah rekod yang menyimpan maklumat tentang pencapaian akademik
murid, khususnya dari segi kemahiran-kemahiran yang perlu dikuasai pada sesuatu
peringkat pembelajaran secara berterusan. Tujuan utama penyimpanan rekod-rekod ini
adalah untuk membekalkan maklumat dan keterangan yang tepat dan lengkap tentang
pencapaian murid-murid dalam kelas.
Rekod profil
Rekod profil ialah rekod yang memberi maklumat tentang pencapaian murid-murid
dalam semua mata pelajaran yang diikuti di sekolah. Pencapaian ini ditunjukkan
dengan menggunakan markah dan gred. Rekod ini mencatatkan prestasi murid-murid
pada setiap penghujung semester. Biasanya catatan dibuat pada awal tahun,
pertengahan tahun dan akhir tahun atau mengikut semester. Pencapaian daalm rekod
ini berdasarkan satu ujian sumatif pada akhir setiap semester. Rekod profil yang
disarankan dalam KBSR dan KBSM adalah bentuk senarai kemahiran, minat, bakat dan
lain-lain yang tidak begitu formal bentuknya. Segala maklumat tentang murid-murid
haruslah didasarkan kepada penilaian yang dibuat dalam bentuk pemerhatian yang
dilakukan secara tidak formal. Walau bagaimanapun, ujian kertas dan pensel yang
biasanya dibuat secara formal juga dilaksanakan.
Ujian kertas dan pensel
Ujian bentuk ini melibatkan penggunaan perkataan secara tidak langsung menguji
penguasaan bahasa murid. Ujian kertas dan pensel terdiri daripada ujian objektif dan
ujian subjektif. Ini bermakna dalam sesuatu ujian, soalan-soalan itu memerlukan murid
membaca, meneliti, mengkaji dan menulis jawapan.
Temu bual dengan guru darjah
Perbincangan dengan guru darjah dapat member maklumat tentang seseorang murid
yang hendak dikenal pasti. Melalui temu bual dengan guru darjah atau guru mata
pelajaran, kita boleh mendapatkan maklumat-maklumat seperti rekod kedatangan,
ketepatan masa, pencapaian kerja akademik, ciri-ciri tingkah laku yang khusus dan
perbezaan-perbezaan individu dalam kalangan murid-murid yang lain. Makluamtmaklumat ini dianalisis dan hasilnya akan dapat membantu guru mengesan masalh
pembelajaran murid.
Temu bual dengan ibu bapa

Ibu bapa seharusnya bekerjasama dengan guru untuk memberikan maklumat tentang
masalah pembelajaran murid, terutamanya murid Tahun Satu. Melalui temu bual
dengan ibu bapa, guru dapat mengetahui banyak maklumat contohnya tentang latar
belakang keluarga, aspek kesihatan, pemakanan, kemudahan pembelajaran dan
kemudahan asas yang lain di rumah. Dengan adanya maklumat ini, guru dapat
mengenal pasti punca-punca masalah pembelajaran murid dan dapat merangka suatu
perancangan yang berkesan untuk membantu murid-murid bermasalah.
1.3 PROGRAM PEMULIHAN DI SEKOLAH
Konsep pendidikan pemulihan di sekolah dapat dibahagikan kepada tiga jenis iaitu :
1. Pendidikan pemulihan kelas biasa
Pendidikan pemulihan kelas biasa dirancang dan dilaksanakan oleh guru mata
pelajaran, khususnya guru bahasa Melayu. Objektifnya adalah untuk mengatasi
kelemahan murid-murid menguasai kemahiran yang diajar dalam setiap pembelajaran.
Waktu memulihkan murid-murid berkenaan adalah secara berterusan sepanjang
pengajaran-pembelajaran dan diteruskan selepas tamat waktu mengajar pada hari
biasa
2. Pemulihan bagi program kajian tindakan
Kelas pemulihan bagi program kajian tindakan difokuskan kepada murid-murid yang
akan mengambil peperiksaan khususnya Ujian Pencapaian Tahap Satu dan Ujian
Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Program ini dilaksanakn berasaskan masalah yang
dihadapi oleh murid yang mungkin menjelaskan pencapaian yang baik dalam ujian
penilaian.
3. Kelas pemulihan khas
Kelas pemuliahn khas merupakan kelas yang diwujudkan khusus untuk mengatasi
masalah murid-murid yang lemah dalam penguasaan kemahiran asas, khususnya 3M.
Kelas ini dikendalikan oleh seseorang guru khas yang terlatih. Murid-murid daripada
pelbagai perbezaan umur tetapi menghadapi masalah yang sama dikelompokkan
dalam satu kelas untuk memudahkan pengajaran-pembelajaran.
Konsep pendidikan pemulihan diperjelaskan lagi seperti rajah 2 di bawah:

Rajah 2: Program Pemulihan di Sekolah

1.4

PELAKSANAAN PROGRAM PEMULIHAN


Ujian Saringan Binaan Guru

Kenal pasti dan menganalisis:

murid bermasalah melalui pemerhatian dan keputusan ujian;


masalah
pembelajaran
yang
dihadapi
oleh
murid
melaluiUjian
Saringan dan Diagnostik;
punca masalah dari aspek fizikal, intelek, dan emosi yang mengganggu pembelajaran.

Merancang aktiviti pemulihan yang bersesuaian dengan masalah yang dihadapi.

Menyediakan bahan pengajaran dan pembelajaran.

Melaksanakan aktiviti pemulihan yang telah dirancang.

Membuat penilaian untuk menentukan kemajuan yang telah dicapai.

Menjalankan tindakan susulan seperti memindahkan semula murid berkenaan ke


dalam kumpulan murid yang biasa atau merancang semula aktiviti pemulihan yang baru
sekiranya murid berkenaan belum pulih.

Langkah-langkah yang dinyatakan di atas boleh digrafikkan sebagaimana rajah 3


yang berikut:

Kenal Pasti Murid


Analisis Masalah

Membuat Perancangan

Melaksanakan Pengajaran
Membuat Penilaian
Tindakan Susulan

Rajah 3: Langkah Langkah Pelaksanaan Program Pemulihan

CARTA ALIR PELAKSANAAN


PROGRAM PEMULIHAN KHAS
Pencalonan & Pengumpulan Maklumat
Kelas Biasa (Kerja Susulan)
Penilaian & Tindaksusul

Penyediaan Rancangan Pengajaran


Pengajaran & Pembelajaran
Ujian Diagnostik & Ujian Pengamatan
Analisis Ujian Diagnostik & Pengamatan

Ujian
Saringan

Sudah Menguasai 3M

Belum Menguasai 3M

Belum
Menguasai
3M Meneruskan
P & P Pemulihan

1.5 PROGRAM PENGAYAAN


1.5.1 Konsep Pengayaan
Pengayaan ialah aktiviti-aktiviti tambahan kepada aktiviti-aktiviti asas
pembelajaran yang dijalankan sama ada dalam atau luar waktu sekolah. Pengayaan
mengandugi unsur-unsur untuk meluaskan pengetahuan dan pengalaman serta
mengukuhkan kemahiran yang sedang dipelajari. Melalui aktiviti-aktiviti ini murid
mengembangkan potensi mereka sesuai dengan bakat, minat dan kreativiti. Di samping
itu dapat memupuk sifat ingin tahu, sikap berdikari, kepimpinan serta melibatkan diri
dalam membuat sesuatu keputusan untuk diri sendiri, kumpulan dan masyarakat.
Kamus Dewan Edisi Keempat (2005: 693)
Pengayaan sebagai perihal (usaha, proses, dsb) mengayakan, misalnya
mengayakan atau meluaskan kosa kata. Pengayaan merupakan aktiviti tambahan
kepada aktiviti asas pembelajaran yang dilakukan sama ada semasa sesi persekolahan
atau di luar waktu persekolahan.
Mok Soon Sang (1990: 55)
Aktiviti pengayaan disediakan untuk semua murid di dalam kelas, sama
ada di peringkat sekolah rendah, menengah, sama ada dalam kumpulan cerdas,
sederhana, atau lambat. Menurutnya lagi, melalui aktiviti pengayaan, murid-murid akan
dapat memperluas pengalaman dan pengetahuan sejajar dengan kebolehan dan minat
mereka dalam sesuatu bidang pelajaran tertentu. Justeru, tujuan program pengayaan
adalah untuk memperluas pengetahuan dan pengalaman di samping memperkukuh
kemahiran yang sedang dipelajari. Penglibatan murid-muird dalam aktiviti ini
membolehkan mereka mengembangkan lagi sifat ingin tahu, minat, kreativiti, sikap
berdikari dan bakat kepimpinan serta melibatkan diri dalam membuat sesuatu
keputusan untuk diri sendiri, kumpulan, dan masyarakat.

1.5.2 Rasional Pengayaan


Guru akan mengelaskan murid mereka dengan kumpulan-kumpulan sama ada
secara diketahui umum ataupun hanya diketahui oleh guru sendiri sahaja.
Dibahagikan kepada kumpulan cerdas, kumpulan sederhana dan kumpulan
lambat.

Kumpulan cerdas dan kumpulan sederhana akan bosan terhadap pelajaran kerana
aktiviti pembelajaran tidak sejajar dengan minat dan perkembangan mental mereka
Berpeluang menikmati pelbagi pengalaman, seterusnya menimbulkan minat mereka
dalam proses pembelajaran.
1.5.3 Objektif Pengayaan
Menggunakan kemahiran-kemahiran yang telah dikuasai dalam pelajaran biasa
untuk memperluaskan pengalaman dan pengetahuan mereka dalam pelajaranpelajaran tertentu.
Menjalani aktiviti-aktiviti pembelajaran yang menarik dan mencabar untuk
mempertingkatkan pencapaian mereka.
Menggunakan masa lapang untuk memperkembangkan minat dan bakat mereka.
Memupuk tabiat membaca malalui suatu program membaca dalam bentuk
pengayaan dengan tujuan memperolehi ilmu pengetahuan.
Menyemai sifat berdikari dan minat belajar dalam aktiviti pembelajaran dan
seterusnya membolehkan merekan terus mencari ilmu pengetahuan sendiri dalam
seumur hidup.
Memperkembangkan bakat-bakat ciptaan serta keupayaan menilai sesuatu hasil
kerja mereka melalui aktiviti-aktiviti pengayaan seperti kerja projek, lukisan, ukiran,
binaan dan sebagainya.
Memperkembangkan bakat kepimpinan kepada peringkat yang lebih tinggi melalui
cara kumpulan mengikut pelbagai kebolehan.
1.5.4 Jenis-Jenis Pengayaan
Aktiviti pengayaan boleh dikelaskan kepada dua jenis:
Pengayaan mendatar
Pengayaan menegak

1. Pengayaan Mendatar
Pengayaan mendatar merupakan aktiviti pengayaan berdasarkan kebolehan muridmurid dalam sesuatu kumpulan. Aktiviti pengayaan dilaksanakan berdasarkan kepada
tahap pencapaian murid.

Murid-murid dalam kumpulan lambat diberi aktiviti pengayaan yang lebih mudah
dan kurang mencabar daripada aktiviti pengayaan yang diberi kepada kumpulan
sederhana dan cerdas.

2. Pengayaan Menegak
Pengayaan menegak merupakan aktiviti pengayaan berdasarkan minat dan bakat
murid dalam kumpulan cerdas sahaja. Aktiviti pengayaan akan dirancang dan
dilaksanakan dalam bentuk yang lebih kompleks, mencabar dan dalam peringkat yang
lebih tinggi daripada taraf pencapaian murid darjah biasa.

Rajah 4 : Jenis jenis Pengayaan


1.5.5 Prinsip program pengayaan
Prinsip program pengayaan terbahagi kepada enam yang digambarkan seperti rajah 5
di bawah;
Rajah 5: Prinsip Program Pengayaan
1.
2.
3.
4.
5.
6.

Memberi penekanan kepada aktiviti yang bersifat kreatif dan eksperimental.


Membuat kerja sendiri dan hasilan kendiri.
Menggunakan daya usaha sendiri.
Memberi peluang untuk mengembangkan sifat kepimpinan sosial.
Menggunakan kaedah dan organisasi yang mudah ubah.
Melibatkan pembacaan luas.

1.5.6 Strategi Pelaksanaan Aktiviti Pengayaan.


Aktiviti Pengayaan Kumpulan Mengikut Kebolehan.
Kelas dibahagikan kepada tiga kumpulan: cerdas, sederhana dan
lambat. Setiap kumpulan menjalankan aktiviti pengayaan dengan menggunakan
kemahiran yang sama tetapi kadar kesukaran yang berbeza
Aktiviti Pengayaan berjalan serentak dengan aktiviti pemulihan.
Semasa murid-murid cerdas dan sederhana menjalankan aktiviti
pengayaan, murid-murid lambat menjalankan aktiviti pemulihan. Arahan yang diberikan
kepada kumpulan cerdas dan sederhana perlu jelas agar mereka dapat menjalankan
aktiviti pengayaan secara individu tanpa bimbingan guru. Guru boleh memberi
perhatian atau membantu murid-murid lambat menjalani aktiviti pemulihan.

Aktiviti Pengayaan melalui kumpulan pelbagai kebolehan


Murid-murid cerdas akan dilatih membantu murid-murid lambat
menjalankan aktiviti pengayaan yang disediakan Murid-murid cerdas dapat
menambahkan pengalaman memimpin danmemupuk semangat kerjasama antara
murid dalam kumpulanmasing-masing. Cara ini amat sesuai untuk menjalankan
pelbagai aktiviti yang berlainan dalam masa yang sama. Antara aktiviti yang boleh
dilaksanakan ialah: kerja projek, permainan dan rekreasi dan sebagainya.
Rajah 5 menunjukkan strategi pelaksanaan program pengayaan:

PENGELOLAAN AKTIVITI PENGAYAAN


Bagi
menjalankan
aktiviti
pengayaan
beberapa
dititikberatkan,seperti yang digambarkan dalam rajah 7 di bawah:

perkara

perlu

Rajah 7:Pengelolaan Aktiviti Pengayaan


OBJEKTIF
Aktiviti pengayaan harus diberikan kepada semua peringkat murid dalam bilik
darjah, peringkat cerdas, sederhana dan lambat. Memandangkan kebolehan tiap-tiap
kumpulan adalah berbeza, maka objektif aktiviti pengayaan haruslah berlainan
mengikut kesesuaian dan kebolehan serta taraf pencapaian kumpulan masing-masing.
BIDANG
Memandangkan kebolehan dan taraf pencapaian adalah berbeza, maka aktiviti
pengayan haruslah berlainan.
Murid-murid dalam kumpulan cerdas dan sederhana diberikan aktiviti pengayaan
yang lebih kompleks dan mencabar. Bagi kumpulan yang lambat, aktiviti yang lebih
mudah tetapi menarik.
MASA

Setiap hari; 20-30 minit.


Selepas murid-murid menguasai sesuatu atau beberapa kemahiran.
Selepas murid-murid menguasai semua kemahiran dalam sesuatu unit pembelajaran.
AKTIVITI
Aktiviti pengayaan haruslah dijalankan secara tidak formal. Segala aktiviti pengayaan
haruslah secara bersendirian atau secara kumpulan.
Bagi aktiviti kumpulan, guru boleh menyuruh murid yang cerdas membimbing muridmurid dalam kumpulannya atau kumpulan lambat. Cara ini memberikan peluang
kepada murid yang cerdas menambah pengalaman dan mengasah bakat kepimpinan
mereka.
Corak aktiviti haruslah menarik, mencabar bdan sesuai dengan kebolehan, minat dan
bakat murid.
Selepas aktiviti pengayaan selesai dijalankan, guru boleh berbincang dengan muridmurid mengenai dengan hasil aktiviti mereka serta memberikan penghargaan sebagai
galakan.
BAHAN
Bahan yang biasanya digunakan untuk aktiviti pengayaan;
Kad-kad bacaan tambahan, lembaran kerja dan alat-alat bantu mengajar.
Bahan-bahan pengajaran haruslah mengandungi arahan atau penerangan yang
jelas supaya murid boleh menjalankannya tanpa banyak bergantung daripada tunjuk
ajar guru.
RUANG / TEMPAT
Penyusunan meja dan kerusi murid adalah berdasarkan kepada aktiviti kumpulan.
Biasanya kumpulan dibahagikan kepada tiga iaitu kumpulan cerdas, sederhana dan
lambat. Tiap-tiap kumpulan mempunyai bilangan murid yang berbeza, biasanya
kumpulan sederhana lebih ramai dariapada kumpulan yang lain.
Murid-murid dalam sesuatu kumpulan tidaklah semestinya kekal dalam kumpulan itu.
Mereka boleh dipindahkan mengikut kemajuan mereka dalam sesuatu mata pelajaran.

1.7 AKTIVITI PENGAYAAN


Aktiviti pengayaan biasanya terbahagi kepada 3 iaitu bacaan tambahan,kerjakerja projek dan permainan & rekreasi .
1.7.1

Bacaan Tambahan

Kad-kad bacaan mengikut tajuk dan tema


Buku pengetahuan dan cerita kanak-kanak
Majalah pelajar
Surat khabat / keratan
Risalah-risalah
1.7.2 Kerja kerja Projek
Lawatan
Melapor Peristiwa
Menulis Cerita
Membuat Zoo Mini Sekolah
Mengumpul setem, gambar, keratan akhbar Buku Skrap
Mengadakan pameran bilik darjah
Minggu Bahasa [ Kuiz, Teka Silang Kata ]

1.7.3 Permainan & Rekreasi.


Teka Silang Kata
Teka Benda
Teka Teki
Mencari Jalan Keluar
Menyambung Titik
Mencari tajuk kepada sesuatu gambar /cerita

Mencari benda tersembunyi


Meneka bunyi
Dam
Catur
Sahiba
Bingo
Ular dan Tangga
Jigsaw Puzzle
Bermain bentuk geometri

1.8

PELAKSANAAN AKTIVITI PENGAYAAN

Aktiviti-aktiviti pengayaan boleh dilaksanakan:


1.
2.
3.
4.

Dalam masa yang telah ditentukan setiap hari.


Selepas menjalankan aktiviti-aktiviti asas untuk sesuatu kemahiran
Selepas menguasai sesuatu kemahiran atau sekumpulan kemahiran
Selepas menguasai semua kemahiran dalam sesuatu unit pembelajaran

1.9 BAHAN BAHAN UNTUK AKTIVITI PENGAYAAN


Biasanya bahan bahan untuk aktiviti pengayaan terbahagi kepada 3 bentuk
seperti yang ditunjukkan seperti rajah 8 di bawah:

Rajah 8: Ciri ciri Bahan Pengayaan


1.10 KESIMPULAN
Sebagai kesimpulanya pendidikan pemulihan suatu aktiviti pengajaran dan
pembelajaran alternatif untuk membantu murid murid yang menghadapi masalah di
dalam kelas.Ianya bertujuan untuk mengecilkan jurang perbezaan pencapaian di

kalangan murid murid di dalam kelas dan mereka dapat belajar bersama sama
dalam suasana pembelajaran yang lebih baik di dalam kelas biasa.
Manakala program pengayaan pula merupakan satu aktiviti yang banyak
membantu untuk cekap dan menguasai sesuatu pembelajaran dengan lebih
bermakna.Jika aktiviti pengayaan ini di jalankan dengan cara yang berkesan,murid
akan dapat banyak manfaatnya.Ini kerana mereka bukan sahaja didedahkan dengan
pelbagai bahan dan aktiviti yang dapat mengukuhkan pengetahuan sedia ada mereka
malah mereka juga didedahkan dengan pelbagai pengetahuan baharu yang boleh
meningkatkan rasa minat dan lebih bermotivasi untuk

You might also like