You are on page 1of 2

PERMAINAN TIPU MUSLIHAT KALKULATOR GHAIB HARI JADI

Permainan in sangat mudah dan menarik. Ia hanya memerlukan kalkulator dan salah
seorang rakan anda. Anda hanya perlu memastikan bahawa rakan anda menekan butang
bersamaan (=) selepas dia melakukan setiap langkah yang diberi di bawah.
Masukkan nombor 7
Darab dengan bulan kelahiran anda
Tolak nombor 1
Darab dengan nombor 13
Tambah dengan hari kelahiran anda
Tambah nombor 3
Darab dengan nombor 11
Tolak dengan bulan kelahiran anda
Tolak dengan hari kelahiran anda
Bahagi dengan nombor 10
Tambah nombor 11
Bahagi dengan nombor 100
Sekarang hari jadi kawan anda akan kelihatan pada skrin kalkulator! Contohnya, jika kawan
anda dilahirkan pada bulan April 5. Di bawah, saya akan mengulangi arahan-arahan,langkah
demi langkah. Keputusan untuk setiap langkah dalam akan muncul dalam warna merah.
Masuk nombor 7 (7)
Darab dengan bulan kelahiran (7x5=35)
Tolak dengan nombor 1 (35-1=34)
Darab dengan nombor 13(34x13=442)
Tambah dengan hari kelahiran anda (442+5=446)
Tambah nombor 3 (446+3=449)
Darab dengan nombor 11 (449x11=4939)
Tolak dengan bulan kelahiran (4939-4=4935)
Tolak dengan hari kelahiran kawan anda (4935-5=4930)
Bahagi dengan nombor 10 (4930/10=493)
Tambah dengan nombor 11 (493+11=504)
Bahagi dengan nombor 100 (504/100 = 5.04)
Formula ini sememangnya membuahkan hasil yang tepat setiap kali digunakan. Anda pun
cubalah! Permainan ini tentu akan menarik minat hati semua orang yang berada di
sekeliling anda. Terdapat satu perkara yang harus diberi perhatian semasa anda melakukan
muslihat ini dengan rakan anda. Perkara tersebut adalah:
Jangan membenarkan rakan anda membuat tiga langkah terakhir! Anda yang kena
mengiranya dalam minda anda.
Jangan sesekali memberi peluang kepada orang lain mengetahui muslihat kita... Itu
merupakan satu perkara yang sangat penting.
Permainan ini adalah sesusi dengan teori pembelajaran Wolfgang Kohler iaitu
pembelajaran celik akal. Murid-murid harus dilatih menyelesaikan sesuatu masalah melalui
percubaan yang berterusan. Guru perlu memberi peluang kepada murid berdikari
menyelesaikan sesuatu masalah kerana ia amat membantu meningkatkan motivasi intrinsik
murid.

You might also like