You are on page 1of 7

Permainan nombor ini telah menarik perhatian saya semasa saya melawati satu blog yang

bertajuk " Helping Little Hands".

Permainan ini menarik sebab ia melibatkan kemahiran berfikir dan kemahiran psikomotor.
Nombor bermula daripada 1 hingga 10 telah diletak di atas lantai. Murid akan melompat dan
memijak nombor mengikut teknik menaik atau menurun. Permainan ini akan mengukuhkan lagi
konsep rangkaian nombor. Ia sesuai dijalankan di kelas Pra Sekolah dan juga Tahun 1.

Nombor disusun dalam garisan lurus terlebih dahulu untuk membina konsep membilang nombor
secara menaik.

Nombor disusun secara rawak, Murid perlu memikir dan mencari nombor yang seterusnya.

Permainan ketinting menggunakan nombor.

Susunan nombor dalam bentuk bulatan.

PERMAINAN MATEMATIK
Permainan Matematik

a) Apakah permainan Matematik?


Sejak kebelakangan ini pelbagai pihak mula sedar peranan dan keupayaan matematik
dalam menjayakan hasrat murni negara dalam mencapai status sebuah negara
perindustrian pada tahun 2020. Penekanan kepada bidang matematik mula dirasakan
apabila Y.A.B Mantan Perdana Menteri Malaysia Tun Dr. Mahathir Mohamad
memperkenalkan Wawasan 2020 pada 28 Februari 1991. Y.A.B Tun Dr. Mahathir Mohamad
juga pernah menyatakan bahawa salah satu faktor yang menjejaskan kejayaan seseorang
ialah kelemahannya dalam menguasai bidang matematik. Matematik dikatakan suatu
subjek yang sangat kompleks dan memerlukan bahan atau kaedah khas untuk
mempelajarinya. matematik juga sering dikaitkan sebagai subjek yang mempunyai taraf dan
jenis matapelajaran yang tinggi. Isi kandungannya juga adalah sangat berturutan dan
berhiraki iaitu melibatkan proses mental yang tinggi dan perlu memenuhi turutan kognitif
iaitu berfikir secara analisis, rasional, logik, berupaya membuat penaakulan dan mahir
dalam menyelesaikan sebarang masalah.
Kaedah main sambil belajar.
Aktiviti ini dijalankan secara spontan untuk faedah perbuatan itu sendiri. Ini bermakna
kaedah tersebut memberi kepuasan dalam keadaan sedar atau tidak. Terdapat unsur-unsur
kespontanan, kurang berstruktur, tiada paksaan, dan menimbulkan kepuasan. Sebagai
contoh kanak-kanak bermain batu seremban, mereka bukan sahaja seronok tetapi juga
dapat membina ketelusan dalam mengira mata yang diperolehi.
Tujuan kaedah bermain sambil belajar adalah untuk mendatangkan keseronokan dan
hiburan di samping merangsang individu mempelajari sesuatu dengan cara yang aktif
dalam keadan yang tidak formal. Kaedah ini membantu perkembangan fizikal, sosio-emosi
dan mental di mana mereka juga dapat meningkatkan kekekuatan dan ketangkasan, dapat
berinteraksi juga mempelajari nilai nilai sosial yang positif seperti bertolak-ansur,
bertimbang rasa dan lain-lain lagi. Kesan keseronokan daripada bermain dapat
mempercepatkan lagi proses pembelajaran di mana maklum balas yang di beri serta merta

tentang betul atau salah akan mengukuhkan lagi pembentukan satu-satu konsep.
Di dalam melaksanakan aktiviti permainan, ia harus berkaitan dengan objektif
pembelajaran. Permainan tersebut mesti sesuai dengan umur, pengalaman, kebolehan
serta kecenderungan murid-murid. Arahan tentang permainan mestilah jelas, tepat dan
mudah difahami. Kaedah ini harus melibatkan senua murid sekiranya dijalankan di dalam
kelas. Maklum balas tentang betul atau salah dalam sesutu permainan hendaklah diberi
dengan serta merta agar murid-murid bermotivasi untuk meningkatkan lagi motivasi
mereka. Tempoh permainan tidak boleh pendek dan tidak boleh terlalu panjang. Ia
seharusnya mengambil masa yang sederhana dan sesuai. Permainan harus melibatkan
aspek psikomotor, kognitif dan efektif. Ia harus menekankan nilai kerjasama, keadilan,
keseronokan dan kemahiran sosial. Permainan dijalankan dalam bentuk yang boleh
menarik minat murid-murid dan merupakan satu bentuk pengajaran bukan sebagai
pengganti guru.
Ibu bapa memainkan peranan penting dalam memupuk minat terhadap bidang Matematik.
Ibu bapa perlu menyediakan banyak permainan Matematik dan alat mainan Matematik
yang banyak bagi membantu anak-anak memahami kepentingan konsep Matematik .
Nombor, bentuk, saiz, aritmetik, logik dan lain-lain. Pendek kata, proses pembelajaran
kanak-kanak adalah paling optimum semasa mereka bermain.
Kanak-kanak tidak seharusnya melepaskan peluang keemasan bermain permainan
Matematik. Anak-anak anda (jika anda ialah para ibu bapa) atau pelajar (jika anda ialah
para guru) mesti diberi peluang agar dapat menjadikan minat terhadap Matematik berakar
umbi dalam diri kanak-kanak melalui aktiviti permainan Matematik sekolah rendah yang
disediakan. Kanak-kanak tidak perlu melepaskan peluang keemasan ini.
Kanak-Kanak Tadika Belajar Matematik Melalui Pengalaman Seharian Bukan melalui
penghafalan! Cuba anda meneliti pemahaman anda terhadap konsep asas Matematik. Satu
soalan yang paling digemari dan sering ditanya ialah: Kenapakah dua campur dua jadi
empat? Jawapannya ialah empat dan tidak ada alasan kenapa jawapannya bukan empat.
Saya berpendapat bahawa adalah lebih baik sekiranya kanak-kanak diajar Matematik
melalui pendedahan masing-masing terhadap nombor dalam kehidupan seharian mereka.
Contohnya melalui permainan dan keriaan. Sama ada anda ialah seorang guru atau ibu
bapa, permainan tersebut akan dapat membantu kanak-kanak kesayangan anda
mempelajari Matematik melalui pendedahan yang berulang, aritmetik, saiz dan konsep
Matematik yang lain.
Permainan Tambahan Satu Pancingan ialah satu permainan yang mempunyai peraturan
yang mudah dan permainan ini boleh digunakan untuk mengajar fakta operasi asas operasi
tambah seperti 3+1=4. Permainan ini boleh dimainkan dengan hanya menggunakan
sebarang kad yang bernombor, seperti kad UNO. Apabila kanak-kanak berjaya menguasai
kemahiran menambah nombor 1 kepada nombor -nombor lain, anda boleh menggalakkan
mereka bermain permainan Tambahan Dua Pancingan, permainan Tambahan Tiga
Pancingan atau bermain permainan Tambahan Tambahan Pancingan! Ini akan mendorong
kanak-kanak explore permainan ini dan gembira dengan permainan Matematik ini.
Permainan Matematik untuk kanak-kanak Tadika atau kertas kerja operasi tambah,
bukanlah kerja kerja yang biasa dijumpai. Walau bagaimanapun, kanak-kanak tentu suka
akan permainan Matematik kerana permainan ini Menggabungkan konsep Matematik
dengan visual gambar yang berwarna-warni. Kanak-kanak memang gemar kepada

permainan yang ada visual dan berwarna-warni. Jika permainan operasi tambah tadika
dapat mengajar kanak-kanak menguasai operasi tambah, maka kamu boleh
memperkenalkan permainan tadika operasi tolak kepada kanak-kanak pula. Yang paling
penting ialah objektif pembelajaran matematik tercapai sepenuhnya dan pelajar atau anakanak gembira dan menyukai subjek Matematik.

b) Mengapa perlu permainan Matematik?


Bagi pendapat saya permainan Matematik perlu diwujudkan kerana adanya permainan ini
dapat merapatkan jurang kebimbangan pelajar kepada mata pelajaran Matematik. Pelajar
harus belajar mengenal pasti soalan dan menentukan fakta yang di fahami. Dalam proses
mengenal pasti masalah, kaedah,teknik, rujukan dan sumber yang sesuai perlu ditekankan.
Pertama sekali pelajar perlu mengkaji ramalan kerana ia dapat membantu memandu muridmurid mendapatkan maklumat yang paling mudah. Ia juga memandu murid-murid membuat
ramalan tentang apa yang mungkin berlaku, bagaimana masalah ini boleh diselesaikan dan
apakah langkah yang perlu dilakukan. Kedua mengumpul maklumat, setelah maklumat
dikumpul murid dapat menyusun maklumat mengikut urutan. Di sini murid dapat membuat
ramalan, memeriksa maklumat dan menentukan kebenarannya. Seterusnys murid-murid
harus merangka prosedur dan urutan untuk menyelesaikan masalah melalui uji kaji. Ketiga
ialah menganalisis, di mana murid-murid membuat analisis dan ujian tentang ramalan yang
dibuat. Di sini murid murid cuba menyelesaikan masalah, membuat penilaian kreatif untuk
pengsahan. Akhir sekali membuat rumusan iaitu murid-murid seharusnya sudah
mempunyai rumusan dan kesimpulan tentang masalah atau fenomena yang dikaji.

KAEDAH PERMAINAN MATEMATIK

kaedah permainan matematik


(1) Pengeluaran idea individu
Merupakan tindakan kanak-kanak mengeluarkan idea dalam mengatasi masalah di mana
penyelesaian yang betul diperolehi daripada pengunaan sumber-sumber ingatan dan
pesekitaran walaupun penyelesaian masalah yang betul tidak diketahui oleh kanak-kanak
tersebut.
(2) Pencapaian konsep
Dimana kanak-kanak perlu mencari perhubungan mengenai pelbagai pekara dalam
masalah tersebut dimana hasil daripada perhubungan atau penjelasan tentang masalah
tersebut maka lahirlah konsep untuk menyelesaikan masalah tersebut.
(3) Kerja kreatif.
Tidak semua penyelesaian masalah dapat digolongkan sebagai masalah yang begitu jelas.
Ada juga keadaan-keadaan yang dapat diselesaikan dengan berbagai-bagai cara dan tidak
ada satu cara pun dianggap terbetul sekali. Tetapi dalam permainan matematik pasti dapat
menyelesaikan masalah kerana kanak-kanak perlu berfikir dengan kreatif .

(4) Membuat keputusan


Dalam menyelesaikan masalah, kanak-kanak dikehendaki membuat pilihan, dan pemilihan
tersebut tidak semestinya bergantung kepada peraturan-peraturan tertentu tetapi
bergantung kepada tekaan atau keinginan kanak-kanak semata-mata. Permainan
matematik memang memerlukan kana-kanak berfikir kendiri agar permainan dapat
dilangsungkan dan tamat mengikut apa yang dikehendaki oleh permainan tersebut. Ini
dapat meningkatkan kecekapan kanak-kanak membuat keputusan tanpa rasa bimbang dan
rasa terpaksa.
(5) Menyelesaikan masalah dalam kumpulan
Sesuatu masalah boleh juga diselesaikan dalam kumpulan, kaedah penyelesaian ini
diminati oleh para psikologis. Teknik ini juga boleh diubahsuai dalam bentuk permainan
agar semangat kerjasama dalam kumpulan dapat diaplikasikan.

4 langkah untuk menghayati permainan Matematik


Dalam situasi pengajaran di dalam bilik darjah merupakan cara yang paling berkesan untuk
mengajar teknik hafalan dengan berpandukan kepada 4 langkah, Guru dapat menggunakan
permainan matematik agar pengukuhan ini dapat diteruskan dengan cara tidak langsung.
Murid-murid dapat aplikasikan 4 langkah ini dengan penuh penghayatan.

(1) Memikirkan
pelajar harus memikirkan tentang sesuatu pekara dengan lebih mendalam samaada sifir
atau formula matematik ini bermakna murid lebih menumpukan kepada isi kandungan
yang harus diingati.

(2) Mengulang
pelajar harus mengulangi bahan yang telah dipelajari, bahan-bahan tersebut diulang-ulang
hingga murid tidak lagi teragak-agak apabila mengeluarkan idea tentang maklumat yang
dipelajari.

(3) Menyemak
pelajar juga harus pastikan segala bahan yang telah dipelajari dengan menyemak dan
memperbetulkan sekiranya terdapat sebarang kesalahan.

(4) Mengingatkan
pelajar harus mengingat secara bersendirian bahan-bahan yang telah dipelajari supaya

segala ilmu yang dipelajari lebih kekal dan ini merupakan peringkat terakhir dalam proses
hafalan.
Lee LH 9:29 PTG
E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest

Tiada ulasan:

You might also like