You are on page 1of 3

Zim Zam

Permainan ini akan membantu para pelajar operasi darab sifir tujuh
Ada permainan lagi dalam edisi Bahasa Inggeris Saya menggemari permainan ini semasa di sekolah rendah. Permainan ini amatlah menarik terutamanya, bagi pelajar yang ingin bantuan memahami operasi darab. Peraturan permainan ini adalah mudah. Tetapi permainan ini akan memastikan pemain dengan segera menganalisa nombor dalam beberapa aspek. Permainan ini juga membantu membentuk ingatan jangka masa panjang terhadap beberapa konsep operasi darab, melalui emosi yang terhasil semasa bermain - perasaan gembira atau perasaan kecewa semasa mendapat jawapan yang salah. Selain daripada itu, permainan ini boleh juga digunakan di kalangan orang dewasa untuk menghilangkan perasaan segan dan kekok supaya mereka mula bergaul mesra kecuali bagi orang dewasa mereka biasanya menghadapi lebih banyak masalah memberi jawapan yang betul jika dibandingkan dengan kanak-kanak semasa bermain permainan ini. Untuk bermain "Zim Zam", anda memerlukan beberapa pemain. Para pemain haruslah berdiri atau duduk dalam bulatan. Satu pemain akan dipilih untuk memulakan permainan tersebut, setiap pemain akan mengambil giliran dalam bulatan untuk bermain. Pemain akan memulakan permainan dengan mengatakan salah satu nombor daripada nombor 1 sehingga nombor 99.( Dalam proses pembelajaran di kelas, guru adalah digalakkan untuk memulakan permainan ini daripada nombor 1.)

Pemain yang kedua mestilah mengatakan nombor yang berikutnya. Setiap pemain mengambil giliran untuk mengatakan nombor yang seterusnya mengikut jujukan .....tetapi.... Permainan ini akan menjadi menarik apabila,

Jika nombor itu ialah nombor yang boleh dibahagi dengan 5, pemain tersebut tidak akan mengatakan nombor tersebut, sebaliknya dia akan mengatakan "ZIM!" Selain itu, jika nombor itu mengandungi angka 5 , pemain tersebut mesti juga mengatakan "ZIM!" Jika nombor itu ialah nombor yang mengandungi angka 7 atau nombor itu boleh dibahagi dengan 7, pemain mesti mengatakan "ZAM!" Contohnya bagi nombor 35, pemain akan mengatakan "ZIM, ZIM, ZAM!" kerana nombor itu mengandungi nombor 5, boleh dibahagi dengan 5 dan nombor itu boleh dibahagi dengan tujuh. Apabila "ZIM!" atau "ZAM!" dinyatakan, haluan permainan akan berbalik (daripada lawan arah jam kepada ikut arah jam atau sebaliknya). Pemain yang memberikan jawapan yang salah akan didenda. Contohnya pemain yang telah memberi 3 jawapan yang salah tidak akan berpeluang untuk bermain lagi.

Sekiranya penerangan saya setakat ini tidak jelas, java applet di bawah akan dapat membantu anda memahami penerangan saya - ia akan mempamerkan kata-kata "zim-zami" untuk setiap nombor positif yang anda masukkan. Permainan ini akan menjadi semakin genting apabila nombor yang digunakan telah melepasi nombor 49. Selepas itu, timbulnya cabaran bagi pemain untuk memikirkan berapa banyak "ZIM!" dan "ZAM!" yang harus dikatakan dan setiap pemain haruslah mengingati nombor yang telah dikatakan oleh pemain sebelumnya! Contohnya,

46! "ZAM!" 48 "ZAM!" "ZAM!" (49 adalah hasil darab 7 x 7)

"ZIM!" "ZIM!" "ZIM!" (50 boleh dibahagi dengan 5 sebanyak 2 kali dan nombor 50 mengandungi angka 5) "ZIM!" "ZIM!" "ZIM!" "ZIM!"(Nombor yang ke berapakah sekarang??) "ZIM!" "ZIM!" "ZIM!" (55 boleh dibahagi dengan 5 dan mengandungi 2 angka 5) "ZIM!" "ZAM"! "ZIM!" "ZAM"! "ZIM!" "ZIM!" "ZIM!" 61! (Nasib baik, kami tidak didenda) 62! 63! Semua pemain mengatakan "kamu telah didenda!!!"

Saya tidak ingin memikirkan bagaimanakah situasi permainan sekiranya permainan tersebut bermula dengan nombor 699! Di bawah terdapatnya idea-idea untuk mempelbagaikan permainan ini.

Selain daripada menggunakan nombor 5 untuk ZIM dan nombor 7 untuk ZAM, anda boleh juga menggunakan nombor 7 untuk ZIM dan nombor 9 untuk ZAM. Ini bergantung kepada anda yang mungkin ingin melatih pelajar mempelajari sifir 7 dan 9 di dalam kelas. Jika anda ingin sesuatu yang lebih mencabarkan, anda boleh menggunakan nombor yang mempunyai 3 angka yang berbeza. Contohnya, nombor 5 untuk "ZIM!", nombor 7 untuk "ZAM!" dan nombor 9 untuk "ZAZA!". Anda sebagai pengajar cubalah memberi cabaran kepada pelajar anda supaya mereka akan memikirkan nombor yang paling "berzim" dan "berzam"

You might also like