You are on page 1of 7

1.

TUJUAN

Satu perkembangan yang amat ketara dalam dunia masa kini ialah berlakunya
ledakan teknologi maklumat. Dengan adanya kemajuan dalam telekomunikasi, komputer
yang dihubungkan dengan jaringan internet telah membolehkan banyak maklumat
diperolehi dengan cepat.
Sejajar dengan teknologi ICT juga, kerajaan telah menubuhkan sekolah bestari yang
telah

memperlihatkan

kesungguhan

Kementerian

Pelajaran

Malaysia

untuk

mentransformasikan pendidikan agar bangsa Malaysia abad ke-21 ini bukan sahaja
menguasai

teknologi

maklumat

malah

berupaya

merealisasikan

Wawasan

2020.

Transformasi ini telah mengubah anjakan paradikma guru dan murid dalam proses
pengajaran dan pembelajaran dalam pendidkan negara khususnya dalam meningkatkan
minat murid, meningkatkan kreativiti dan pengetahuan murid melalui penggunaan teknologi
multimedia dan jaringan seluruh dunia.
Pihak sekolah melihat ICT sebagai suatu alat untuk merevolusikan pembelajaran,
memperkayakan kurikulum, memperkembangkan pedagogi, menstrukturkan organisasi
sekolah dengan lebih berkesan, melahirkan hubungan yang lebih kuat di antara sekolahsekolah dan masyarakat, dan meningkatkan penguasaan murid. Konsep ICT dalam
pendidikan merangkumi 3 polisi utama:
i) ICT untuk semua murid, bermaksud bahawa ICT digunakan sebagai sesuatu yang boleh
mengurangkan jurang digital antara sekolah.
ii) Fungsi dan peranan ICT di dalam pendidikan adalah sebagai suatu alat pengajaran dan
pembelajaran, sebagai sebahagian daripada subjek tersebut, dan sebagai sesuatu
subjek tersendiri.
iii) Menggunakan ICT untuk meningkatkan produktiviti, kecekapan dan keberkesanan
sesuatu sistem pengurusan.

2. LATARBELAKANG SEKOLAH

Sekolah Kebangsaan Taman Seri Gombak 2 atau nama ringkasnya SKTSG2,


merupakan sebuah Sekolah Kebangsaan yang terletak di Jalan Sg 1/1 Taman Seri
Gombak. Ia telah ditubuhkan pada 1 Disember 2001.

Ianya merupakan satu detik

bersejarah bagi kawasan Seri Gombak khasnya kerana wujudnya sebuah institusi
pendidikan rendah kedua di kawasan Seri Gombak.
Bangunan sekolah ini mula dibina pada tahun 2000 oleh pihak pemaju berdasarkan
konsep designand build dan siap sepenuhnya pada Januari 2003. Sekolah yang
mempunyai empat bangunan, dilengkapi dengan pelbagai kemudahan mula beroperasi
mulai 1 Januari 2003. Pada tarikh ini juga Puan Ainon Jariah Hj Zainal Abidin yang
merupakan Guru Besar yang pertama telah menerima kunci bangunan sekolah dan pada
tanggal itu juga tenaga pendidik SKTSG2 telah berazam untuk mencipta kecemerlangan
dari pelbagai bidang khususnya dalam bidang akademik.
Walaupun, pengambilan murid pada tahun pertama hanya menampung 12 kelas,
berpaksikan konsep kerjasama, warga SKTSG2 seramai 42 orang ketika itu telah bersedia
menyambut kedatangan murid seramai 480 orang. Pada tahun 2007, perubahan legasi
peneraju sekolah diketuai Puan Che Junainah Binti Rahman telah membawa banyak
perubahan positif dalam pembangunan sekolah, bagaimanapun setahun kemudian
pertukaran berlaku lagi namun ia tidaklah mematahkan tenaga pendidik yang bersemangat
jitu, bersedia menyahut cabaran mendidik anak bangsa dan mencurahkan bakti kepada
masyarakat di sekelilingnya
Kini usia Sekolah Kebangsaan Taman Seri Gombak 2 telah menjangkau 14 tahun
mewarnai dunia pendidikan. Dengan tenaga guru seramai 113 orang dan murid yang
menjangkau bilangannya hampir 1950 orang, Puan Hajah Daunah Bte Sitam sebagai guru
besar telah memimpin Sekolah Kebangsaan Taman Seri Gombak 2 sehingga muncul
antara sekolah yang berpotensi tinggi khasnya di Daerah Gombak. Warga SKTSG2 tidak
akan berhenti di sini, malah akan meneruskan langkahnya untuk melengkapi diri menjadi
Sekolah Bestari pada masa kini.

3. OBJEKTIF

Menurut Pisapa (1994), integrasi ICT dalam PdP bermaksud penggunaan teknologi
pembelajaran untuk memperkenal, mengukuh dan menambah kemahiran. Penggunaan
teknologi mesti digabungkan jalin bersama kaedah pengajaran. Guru boleh mengintegrasi
ICT untuk memberi nilai tambah kepada aktiviti PdP.
Integrasi ICT dalam pengajaran dan pembelajaran perlu dilihat dari perspetif yang
lebih luas iaitu menggunakan ICT secara berfikrah, terancang dan bersesuaian untuk
meningkatkan kecekapan proses dan keberkesanan dalam PdP (Pusat Perkembangan
Kurikulum, 2001).
Matlamat utama mengintegrasi ICT dalam kurikulum adalah untuk membantu murid
memperkembangkan kebolehan daripada segi mengguna, mengurus dan memahami ICT.
Peranan ICT dalam PdP akan membawa kepada kaedah-kaedah yang baru dan inovatif
dalam pembelajaran dan penilaian. Integrasi ICT dalam PdP akan memberi manfaat seperti
berikut:
i) Berupaya meningkatkan kefahaman dan penguasaan murid terhadap pelajaran.
ii) Memberi peluang pembelajaran yang sama kepada semua murid yang pelbagai
keupayaan.
iii) Meningkatkan motivasi murid.
iv) Membolehkan pembelajaran bersendiri ( individualise learning ).
v) Membolehkan murid mengakses maklumat yang sukar diperolehi.
vi) Membolehkan murid mengumpul maklumat yang perlukan masa yang lama atau terlalu
mahal diperoleh.
vii) Mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan mencabar.
viii)

Membolehkan murid mencuba atau melaksanakan eksperimen yang sukar, terlalu


mahal, mustahil atau bahaya untuk dilaksanakan dengan cara biasa.

ix) Meningkatkan

daya

kreativiti

dan

imaginasi

murid.

Memberi peluang kepada murid belajar secara berkesan dengan bimbingan yang
minimun.
x) Meningkatkan kemahiran ICT.

4. JUSTIFIKASI CADANGAN PEROLEHAN PERKAKASAN

Untuk menjayakan pelaksanana integrasi teknologi informasi dan komunikasi dalam


PdP, kemudahan-kemudahan dan peralatan-peralatan ICT perlu disediakan dengan
mencukupi. Pada masa kini cabaran yang sering dihadapi pihak sekolah ialah:
I.

Pengendalian Makmal Komputer


Masalah-masalah

mengekalkan

kelancaran

penggunaan

makmal

komputer

tidak

diambilberatkan. Ini termasuk pembaiki komputer yang rosak, pembaruan versi sistem
aplikasi peranti dan versi perisian. Terdapat juga perisian yang dibekalkan oleh KPM tidak
dapat digunakan oleh komputer sekolah. Kerana semua ini bergantung kepada kontraktor
yang dilantik KPM yang tidak kunjung tiba.
II.

Kelengkapan Komputer
Kemudahan komputer yang dibekalkan kepada sekolah amatlah terhad berbanding
bilangan murid yang terlalu ramai menggunakan komputer pada satu-satu masa Tambahan
pula peralatan teknologi sekolah kebanyakkannya ketinggalan versi, pemprosesan
mengambil masa dan lambat. Kekurangan dan ketidakkeberkesanan peralatan komputer
dan mesin pencetak serta gangguan yang dihadapi oleh server telah menyebabkan
banyak masalah. Guru dan murid terpaksa bergilir-gilir menggunakannya.

III.

Kurang Pengetahuan Penyelenggaraan Komputer


Guru

merupakan

pengasuh

murid-murid

di

sekolah.

Guru

memainkan

peranan

menghasilkan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Seseorang guru itu
haruslah mempunyai literasi komputer dan maklumat dan sentiasa bersikap mengejar
pengetahuan ICT dan maklumat yang terkini. Bagaimanapun ramai guru belum menguasai
kemahiran dalam sesuatu program malahan sekadar menjalankan kerja taip-menaip
dokumen. Mereka tidak scan device terlebih dahulu sebelum menggunakannya sehingga
mengakibatkan sistem maklumat diancam virus. Ada pula guru tidak tahu cara mengguna
komputer dan Shut down sesuka hati menyebabkan kerosakan komputer. Murid-murid
yang tidak mengikut arahan semasa mengguna peralatan ICT juga adalah punca utama
kerosakan peralatan komputer.
IV.

Pengajaran dan Pembelajaran

Setiap guru dikehendaki mengajar beberapa subjek dan beberapa waktu sehari. Mereka
tidak ada masa untuk menyediakan BBM atau mencari bahan yang sesuai dengan topik
yang diajar. Kadang kala bahan yang dikehendaki susah diperolehi dan kemungkinan tidak
dapat mendatangkan manfaat yang optimum. Pemasangan laptop dan projektor untuk
pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah memerlukan masa dan kemahiran. Guru
semakin jarang menjalankan pengajaran dan pembelajaran berasaskan komputer kerana

merasa beban dan ambil masa dalam pemasangan alat teknologi yang canggih itu.

5. CADANGAN PEROLEHAN DAN ANGGARAN PERUNTUKAN

BIL

PERKAKASAN

BILANGAN
UNIT

Komputer meja

40

server

Layar

LCD Projektor

ANGGARAN
HARGA
SEUNIT (RM)

ANGGARAN
KOS (RM)

JUMLAH

6. PENUTUP
Pada abad ke-21 di mana masyarakat sentiasa berkembang dengan pesat. Semua
warga sekolah perlu melengkapi dengan pengetahuan dan kebolehan dari aspek kognitif,

afektif dan psikomotor Integrasi teknologi ICT dan komunikasi dalam PdP perlu
dilaksanakan secepat mungkin di sekolah. Kejayaan pelaksanaan teknologi ini adalah
tergantung kepada semua warga sekolah dan pihak swasta. Murid-murid merupakan bakal
pemimpin negara. Oleh itu, adalah penting bagi murid merebut peluang yang ada untuk
mempelajari pengetahuan ICT samada dalam. kelas komputer ataupun di rumah. Ibubapa
atau masyarakat.
Untuk melengkapkan sekolah dengan kemudahan infrastruktur maklumat, sokongan
ibubapa dan pihak swasta tidak boleh diabaikan. Kita semua tahu bahawa kemampuan
kerajaan adalah terhad untuk menanggung perbelajaan pengurusan ICT di semua
sekolah,iaitu lebih kurang 8000 buah sekolah di seluruh negara. Oleh itu, pihak swasta
seharusnya melibatkan diri secara langsung atau tidak menolong sekolah Ini termasuklah
memberi sumbangan seperti kepakaran, kebendaan atau kewangan.
Disediakan oleh;

Disemak dan disahkan oleh;

..

Yusri Bin Ahmad

(Hj. Abdul Hamid Bin Mohamed Yusof)

Setiausaha Kehormat PIBG

Yang Dipertua PIBG

SK Taman Seri Gombak 2.

SK Taman Seri Gombak 2

You might also like