You are on page 1of 2

GBSB/SUKMA/06 (12)

03hb Mei 2006

SEKRETARIAT SUKMA XI- Kedah 2006


ARAS 2, MENARA BINA DARUL AMAN
LEBUHRAYA DARUL AMAN
05100 ALOR STAR,
KEDAH DARUL AMAN.

U/P: TUAN HAJI MOHAMAD BIN CHE NAI

Tuan,

PERMOHONAN KEBENARAN UNTUK PENJUALAN CENDERAMATA DI


SUKMA XI- KEDAH

Merujuk perkara di atas, saya mewakili Syarikat Graduan Bersatu Sdn Bhd
(GBSB), ingin memohon jasa baik dan sokongan pihak Tuan untuk
membenarkan GBSB mempromosi dan menjual barangan cenderamata di
temasya Sukma XI Kedah

Graduan Bersatu Sdn Bhd (GBSB) merupakan sebuah syarikat yang menjadikan
penjualan t-shirt dan sweater bagi sekolah-sekolah, kolej-kolej dan IPTA/IPTS di
seluruh negara sebagai teras utama perniagaan. GBSB mempunyai pengalaman
selama 4 tahun berurusniaga dengan para pelajar dari peringkat sekolah
menengah hingga ke universiti serta korporat.

Produk-produk yang ingin dijual oleh syarikat kami semasa temasya tersebut
adalah seperti t-shirt, jaket, pelekat kereta dan topi

Sehubungan dengan itu, syarikat kami berasa amat berbesar hati sekiranya
pihak Tuan dapat menyokong hasrat kami untuk mempromosi dan menjual
cenderamata di temasya Sukma XI Kedah. Saya boleh dihubungi di talian +6012
238 8084 sekiranya pihak Tuan memerlukan penjelasan lanjut.

Sekian, terima kasih.


“USAHAWAN PROAKTIF, NEGARA PROGRESIF”

Yang benar,

GRADUAN BERSATU SDN BHD

__________________________
(ASYEEQ MOKHTAR)
Pengurus Pembangunan Perniagaan

SEKRETARIAT SUKMA XI- Kedah 2006


ARAS 2, MENARA BINA DARUL AMAN
LEBUHRAYA DARUL AMAN
05100 ALOR STAR,KEDAH DARUL AMAN.

NO. TELEFON : 04-7302006, 04-7312006, 04-7342006 & 04- 7352006


NO. FAX : 04-7357003 & 04- 7357004
email : sekretariat@sukmakedah.com.my
Tuan Haji Ketua Pegawai (DL) 04- mcn@sukmakedah.com.my
7312006
Penyelaras SUKMA XI - (HP) 019-
Mohamad b. Che Kedah 2006 4772006         

Nai, BCK

You might also like