Nota Sivik Tingkatan 5 UNIT 7

You might also like

You are on page 1of 2

UNIT 7 : MENGEKALKAN KEDAULATAN NEGARA

7.1 KONSEP NEGARA BERDAULAT


a. Perkataan daulat berasal daripada perkataan Arab iaitu ‘ daulah ‘ yang beerti kerajaan atau negeri
Malaysia sebuah Negara yang berdaulat kerana mempunyai ciri-ciri berikut:
b.
 Mempunyai satu sistem pemerintahan yang terancang dan sistematik, sistem perundangan dan undang-
undang yang boleh menjamin keselamatan, kemakmuran dan kedaulatan Negara

 Bebas mentadbir dan mengurus pemerintahan Negara sendiri tanpa campur tangan kuasa asing

 Menjalin hubungan diplomatik yang baik dengan Negara luar

 Bersuara dan memberi pendapat dalam persidangan antarabangsa


c. Kepentingan Negara berdaulat :

 Untuk kestabilan politik

 Untuk kepercayaan dan kesetiaan rakyat kepada Negara


d. Pengamalan Rukun Negara dapat menjamin kedaulatan dan perpaduan Negara Malaysia yang terdiri daripada
masyarakat yang berbilang kaum.

7.2 LIMA PRINSIP RUKUN NEGARA


a. Rukun Negara mempunyai lima prinsip iaitu :

 Kepercayaan kepada Tuhan

 Kesetiaan kepada Raja dan Negara

 Keluhuran Perlembagaan

 Kedaulatan Undang – undang

 Kesopanan dan Kesusilaan


7.3 MATLAMAT RUKUN NEGARA
a. Matlamat Rukun Negara adalah seperti berikut :

 Mencapai perpaduan dalam kalangan rakyat

 Memelihara dan mengekalkan cara hidup yang demokratik

 Mewujudkan satu masyarakat yang adil iaitu kemakmuran Negara dinikmati bersama secara adil
dan saksama

 Melahirkan masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden

 Menjamin satu cara hidup yang liberal terhadap tradisi – tradisi kebudayaan yang pelbagai

b. Kesan – kesan yang timbul jika Rukun Negara tidak dipatuhi:

 Jenayah bertambah
 Huru – hara dalam Negara

 Masyarakat majmuk tiada hala tuju

Meningkatkan ketaatan

rakyat kepada ajaran agama

Meningkatkan ketaatan dan Meningkatkan perpaduan

kesetiaan rakyat kepada dan keharmonian dalam

Raja dan negara kalangan rakyat


Kepentingan

Rukun Negara

Meningkatkan kepatuhan Meningkatkan amalan atau

rakyat kepada undang- budaya bersopan- santun

undang dan perlembagaan dan bertatasusila dalam

negara kalngan rakyat

7.4 KEDAULATAN NEGARA


a. Berikut adalah cara – cara untuk mengekalkan kedaulatan Negara :

 Tidak mengkhianati Negara

 Mematuhi undang – undang dan peraturan Negara

 Menghormati sistem pemerintahan Negara

 Mempertahankan Negara daripada dicerobohi/dijajah oleh kuasa asing

 Melibatkan diri dalam usaha mengekalkan kedaulatan Negara

 Kemakmuran Negara dinikmati bersama secara adil dan saksama

 Mengamalkan cara hidup yang liberal terhadap tradisi – tradisi kebudayaan yang pelbagai

You might also like