You are on page 1of 3

Kelebihan dan kelemahan Apple iPad

Kategori: Info ICT, Review Produk   Tags: apple, ipad, tablet PC   

X
Hello there! If you are new here, you might want to subscribe to the RSS feed for updates on
this topic.
Powered by WP Greet Box WordPress Plugin

 Powered by Max Banner Ads 

Syarikat Apple (Apple Inc.) akhirnya telah melancarkan produk Tablet PC diberi nama iPad
yang telah lama dinanti-nantikan oleh peminat produk jenama Apple. Sebelum iPad dilancarkan,
peminat-peminat produk Apple berharap supaya iPad dapat menandingi iPhone sebagai gajet
digital yang terbaik dalam kelasnya. Namun, selepas iPad dilancarkan, ramai orang yang berasa
kecewa dan mengatakan bahawa hanyalah iPod Touch / iPhone versi besar; tiada sebarang
kreativiti, keunggulan atau beza.

Sebelum ini terdapat banyak gambar yang diwar-warkan sebagai iPad dipaparkan di internet,
sesetengah rekaan betul-betul serupa dengan iPhone tetapi dalam versi yang lebih besar. Apabila
CEO Syarikat Apple, Steve Jobs menunjukkan identiti sebenar iPad, ia memang merupakan versi
besar untuk iPhone 2G; tetapi badannya lebih nipis, dengan ketebalan hanya 13.4mm, jauh lebih
nipis daripada netbook atau Tablet PC lain yang sedia ada di pasaran. Dengan ketebalan
sebagitu, ia mudah dibawa kemana sahaja dan sesuai digunapakai tidak kira samada anda pelajar,
ahli perniagaan, eksekutif mahupun suri rumah.

Penerapan skrin multi-sentuhan


Dari segi fungsi dan spesifikasi, iPad amat
menyerupai iPhone. Misalnya, terdapat fungsi accelerometer, multi-sentuhan dan banyak lagi.
Tetapi skrinnnya bukan sahaja sebesar 9.7 inci, malahan ia turut menyokong resolusi XGA (1024
x 768 piksel), menggunakan panel IPS (intrusion prevention system), serta sudut penglihatan
(viewing angle) setinggi 178 darjah; dimana pengguna dapat memperoleh efek yang jelas tanpa
perlu memandang skrin secara menegak.

Selain itu, permukaan skrinnya disaluti lapisan kalis minyak “Fingerprint Resistant Oleophobic
Coating”, berfungsi bagi mengurangkan kesan cap jari pada skrin. Fungsi pelarasan kecerahan
automatik pula memastikan iPad sentiasa memaparkan kualiti yang terbaik.

HD 3D terhandal

Bagi meningkatkan fungsi iPad, pihak Apple telah menghasilkan prosesor


baru diberi nama Apple A4. Prosesor ini mempunyai struktur ARM, frekuensinya mencapai
1GHz. Walaupun tidak dipasang dengan sistem operasi Mac OSX atau Windows, dengan sistem
operasi yang khas, ia mampu berfungsi dengan lancar seperti iPhone.

Core paparan yang terbina dalam prosesor menyokong penyiaran video H.264 HD 720p. Selain
itu, ia menyokong Open L; jika digunakan untuk permainan 3D seperti Need For SpeedL SHIFT,
SNowCross dan lain-lain, kualitinya akan mendahului iPhone sekarang dengan agak berbeza dan
menghampiri tahap PSP. iPad menggunakan Flash memory untuk menyimpan data dan
membekalkan 3 pilihan kapasiti iaitu 16GB, 32GB dan 64GB.

Kelemahan iPad

Setakat ini, iPad hanya menyokong 9 bahasa sahaja iaitu Inggeris, Perancis, Jerman, Jepun,
Belanda, Itali, Sepanyol, Cina (Simplified) dan Russsia. Sistem operasinya tidak menyokong
pengendalian multi-tugasan (multi-function); pengguna tidak dapat menggunakan dua perisian
serentak dalam satu masa.
Fungsi sambungan iPad jugak agak terhad. Ia TIADA port sambungan USB, alat pembaca kad,
port HDMI, mahupun webcam. Hanya terdapat satu port sambungan diberi nama Dock
Connector.

You might also like