You are on page 1of 8

SULIT *

910/2
SEPTEMBER 2010

PEPERIKSAAN PERCUBAAN

SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA

JABATAN PELAJARAN NEGERI PAHANG 2010

BAHASA MALAYSIA

KERTAS 2
(ESEI)

(Tiga jam)

Arahan kepada calon:

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA ANDA DIBENARKAN BERBUAT


DEMIKIAN.

Jawab satu soalan daripada Bahagian A, soalan dalam Bahagian B, satu soalan daripada
Bahagian C, dan soalan dalam Bahagian D.

Gunakan lembaran kertas yang berasingan untuk tiap-tiap jawapan.

Markah untuk tiap-tiap soalan diberikan dalam tanda kurung [ ].

Kertas soalan ini terdiri daripada 6 halaman bercetak.

STPM 910/2
*Kertas soalan ini sulit sehingga peperiksaan kertas ini tamat. [Lihat sebelah
SULIT
SULIT *
Bahagian A

Tulis sebuah karangan yang panjangnya antara 650 hingga 700 patah perkataan dengan
berdasarkan satu daripada tajuk-tajuk di bawah ini. [ 50 m ]

1. Sebagai Setiausaha Jawatankuasa Bertindak Bencana Alam Negeri anda diminta


menyediakan satu laporan tentang punca-punca berlakunya bencana alam dan
mengemukakan cadangan untuk mengatasi masalah tersebut.
Sediakan laporan itu.

2. Ramai kanak-kanak yang hilang dianggap angkara orang-orang yang tidak


bertanggungjawab dan semakin terhakisnya nilai-nilai kemanusiaan.
Bincangkan punca-punca berlakunya kejadian tersebut dan cadangkan langkah-
langkah untuk menanganinya.

3. Kerajaan bercita-cita untuk menjadikan negara Malaysia sebagai ‘Negara Industri’


menjelang tahun 2020. Pada pendapat anda, mampukah Malaysia menjadi sebuah
negara perindustrian baru yang maju menjelang tahun 2020?

4. Filem merupakan salah satu elemen seni budaya yang diminati ramai. Huraikan peranan
filem dalam masyarakat.

910/2
* Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat [Lihat Sebelah

SULIT*

Bahagian B

5. Fahami petikan di bawah ini dan kemudian rumuskan petikan ini dengan padat dan ringkas
tanpa menjejaskan isi kandungannya. Rumusan hendaklah dibuat tidak lebih daripada tiga
perenggan dan panjangnya antara 180 hingga 190 patah perkataan. Jumlah perkataan dalam
jawapan hendaklah ditulis pada akhir jawapan. [20]

Krisis tenaga mungkin akan mengancam manusia pada masa akan datang sekiranya
pergantungan ke atas tenaga berasaskan fosil berpanjangan. Sumber fosil termasuk minyak,
gas, dan arang batu memerlukan masa bertahun-tahun untuk wujud di bawah permukaan bumi,
sedangkan manusia tidak pernah berhenti daripada menggunakan bahan fosil tersebut. Sejak
sekian lama, minyak dan bahan berasaskan hidrokarbon seperti gas dan arang batu merupakan
penyumbang terbesar dalam industri tenaga di dunia.

Penggunaan bahan fosil seperti minyak lebih tertumpu kepada kenderaan, iaitu sebanyak 50
peratus berbanding penggunaan industri sebanyak 17 peratus. Masalahnya, penggunaan
bahan api berasaskan hidrokarbon bukan sahaja mengancam krisis sumber tersebut pada
masa akan datang tetapi juga menyebabkan manusia terpaksa menanggung risiko daripada
pencemaran bahan buangan yang dihasilkan. Oleh sebab itu, manusia telah lama memikirkan
untuk beralih kepada sumber tenaga lain yang boleh diperoleh secara mudah, murah, dan tidak
mendatangkan masalah pencemaran.

Ada banyak sumber tenaga yang dikenali sebagai tenaga yang diperbaharui atau renewable
energy (TD), antaranya tenaga solar, tenaga angin, ombak, dan biojisim (biomas). TD dan
kecekapan tenaga merujuk kepada tenaga yang boleh diganti pada sepanjang masa. Teknologi
penghasilan tenaga daripada sumber-sumber berkenaan sudah lama dinikmati oleh
kebanyakan negara berdasarkan kemampuan kepakaran dan kewangan yang dimiliki. Malaysia
tidak ketinggalan telah bergerak ke arah itu, malah telah memiliki Polisi Sumber Tenaga Kelima
atau sumber tenaga diperbaharui pada tahun 1998 yang menentukan hala tuju penggunaan
tenaga TD. Menurut Pengarah Pusat Pendidikan, Latihan, dan Penyelidikan Tenaga
Diperbaharui dan Kecekapan Tenaga (CETREE) Universiti Sains Malaysia, Prof. Dr.
Kamarulazizi bin Ibrahim, sumber tenaga kelima itu merujuk kepada tenaga alternatif selain
minyak, gas, arang batu, dan hidro (air). Malaysia memberi tumpuan kepada penyelidikan tiga
sumber penting, iaitu solar, biomas, dan angin. Menurut Prof. Dr. Kamarulazizi lagi, ada dua
faktor penting yang membolehkan sumber-sumber tertentu diperbaharui, iaitu boleh dihasilkan
sepanjang hayat manusia dan tidak mencemarkan alam sekitar. Oleh itu katanya, nuklear tidak
dianggap sebagai TD kerana nuklear boleh mencemarkan alam sekiranya berlaku masalah
pada loji nuklear, sedangkan TD boleh dianggap sebagai ‘sahabat alam’. Pada masa ini,
sumber tenaga solar paling berpotensi untuk dimajukan di negara ini, dan penyelidikan
mengenainya telah lama dijalankan.

910/2
* Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat [Lihat Sebelah
SULIT*

Malaysia mampu menghasilkan tenaga alternatif bagi menggantikan tenaga fosil. Sebagai
contoh, tenaga elektrik dapat dihasilkan daripada tenaga solar dan tenaga biojisim. Sekiranya
panel solar diletakkan di sepanjang laluan Lebuh Raya Utara Selatan, dalam tempoh lima
tahun, kos subsidi daripada penggunaan tenaga elektrik dapat ditampung daripada kos
pembinaan panel-panel tersebut. Selain itu, sisa bahan pepejal boleh ditukar kepada bahan
bakar alternatif. Walau bagaimanapun, masih banyak perkara perlu diambil kira untuk
menjadikan tenaga alternatif sebagai tenaga utama negara. Para saintis perlu mencari dan
membangunkan sumber tenaga alternatif memandangkan sumber tenaga fosil akan kehabisan
pada suatu hari nanti.

(Disesuaikan daripada Estidotmy, Utusan Malaysia, Rabu, 27


September 2006, halaman 4-5)
910/2
* Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat [Lihat Sebelah

SULIT*

Bahagian C

6. Alih bentuk bahasa petikan di bawah ini kepada dalam bentuk prosa biasa dengan
memindahkan bentuk dialog kepada bentuk cakap pindah. [ 15 ]

“Semek!” panggilnya.
Semek muncul di pintu. Di belakangnya berdiri ibunya.
“Ada apa?” soal ibunya.
“Lading. Ladingku terlupa.”
Semek tidak menanti suruhan lanjut abangnya. Dia masuk ke dalam bilik lalu mengeluarkan
sebilah lading yang panjang. Semaun menyambut lading itu. Api jamung yang garang itu
menyebabkan mata lading berkedip-kedip.
“Hendak ke mana?” Ibunya menyoal meskipun dia tahu anaknya dijemput oleh Pak Senik.
“Rumah Pak Senik.”
“Jangan-jangan terpelesong ke lain?”
Semaun faham pesanan ibunya itu. Takut kalau-kalau dia memesongkan tujuan ke lain; ke
rumah Dogol barangkali.
Semaun menganggukkan kepala dan terus berjalan hala ke bendang. Pemergiannya diikuti
oleh dua pasang mata yang mengandung harapan. Mata Semek adiknya dan mata ibunya.
Ketibaannya disambut Pak Senik dengan memberi salam. Pak Senik lantas membuka
perbualan .
“Harimau itu wajib dibunuh. Dia akan mengganas dan kampung kita tentu jadi porak-peranda
kalau Pak Belang sudah turun minyak.”

(Dipetik daripada cerpen “Rentung” dalam antologi


Koleksi Terpilih Sasaterawan Negara, Shahnon Ahmad, hlm 155-156, DBP, 1995)
910/2
* Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat [Lihat Sebelah

SULIT*

7. Alih bentuk teks prosa klasik di bawah ini kepada bentuk bahasa Melayu prosa moden.
[15 ]

Maka setelah didengar oleh baginda Raja Muda akan madah Tuan Puteri itu, maka baginda
segeralah turun keduanya pergi menyembah Tuan Puteri Rakna Dewi. Maka disambut tuan
puteri Rakna Dewi seraya bersabda.’Ayuhai adinda, janganlah adinda bersusah hati. Pada
fikiran kakanda baiklah adinda sempurnakan seperti adat raja yang besar.’ Maka sembah
baginda,’Yang niat adinda demikianlah juga, mana-mana titah kakanda sekalian adinda
junjunglah di atas otak batu kepala adinda, kerana adinda ini sudah sepenuh-penuh kesalahan;
walaupun dibunuh ayahanda bonda, syukurlah juga; sudah untung nasib adinda; apa hendak
dikatakan lagi?’ Maka sabda Tuan Puteri Bidadari Segerba, ‘Ayuhai kakanda, pada fikiran
adinda pun demikianlah juga, pertama-tama kakanda orang yang sudah mengetahui khatam
Quran, nahu tafsir, sah batal, halal haramnya, dosa pahala; tiada patut melalui hukuman yang
jadi kesalahan itu. Jikalau begitu, silakanlah kakanda bakar kemenyan mandung jati ini hendak
persilakan ayahanda bonda, dayang-dayang, inang pengasuh adinda serta kadi akan
menikahkan.’

(Dipetik dan diubahsuai daripada Hikayat Raja


Muda, Pawang Ana dan Raja Haji Yahya, hlm 28, Fajar Bakti, 1983)
910/2
*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat [Lihat Sebelah

SULIT*

Bahagian D

8. Kenal pasti kesalahan bahasa dalam petikan di bawah ini. Bagi setiap kesalahan, jelaskan
sebab kesalahan dan kemudian buat pembetulan. [ 15 ]

Bahasa Melayu menjadi bahasa ibunda kepada sebahagian besar penduduk di empat buah
negara, yakni Malaysia, Indonesia, Brunei, dan Singapura. Selain menjadi bahasa ibunda,
bahasa Melayu juga merupakan bahasa kebangsaan dan bahasa resmi di keempat-empat
negara tersebut. Dalam konteks kepentingan di persada antarabangsa, bahasa Melayu kini
dipelajari sebagai bahasa asing di 100 buah institusi pengajian tinggi di seluruh dunia. Justeru,
didapati tidak kurang 30 buah negara yang menawarkan kursus Pengajian Melayu pada
peringkat pasca siswazah. Antara negara-negara menawarkan kursus ini adalah Amerika
Syarikat, Kanada, Australia, New Zealand, Perancis, China, Korea Selatan, dan Jepun.
910/2
*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat [Lihat Sebelah

You might also like