You are on page 1of 1

Novel yang saya kaji ialah novel Pahlawan Pasir Salak, karya Mohd.

Ismail Sarbini. Terdapat beberapa nilai yang ada pada Deli.


Antaranya ialah cinta akan tanah air. Dia membina pondok kawalan
untuk menjaga keselamatan penduduk Kampung Pasir Salak dan
menyertai beberapa peperangan menentang Inggeris. Selain itu,
Deli juga rajin. Dia membantu ayahnya di warung kopi yang terletak
di tepi sungai Perak. Dia membina pondok kawalan dan membantu
Dato Maharaja Lela dalam urusan pentadbiran. Akhirnya, Deli juga
seorang yang berani. Dia menentang tiga orang pegawai Inggeris
yang memaksanya membayar cukai warung kopi. Berlaku
pergaduhan antara Deli dengan ketiga-tiga pegawai tersebut.

Novel yang saya kaji ialah novel Pahlawan Pasir Salak, karya Mohd.
Ismail Sarbini. Terdapat beberapa nilai yang terdapat pada Dato
Maharaja Lela. Antaranya ialah bersemangat nationalism. Beliau
meniup semangat antipenjajah dalam kalangan penduduk
Kampung Pasir Salak kerana beliau tidak mahu melihat penduduk
kampong dipaksa membayar cukai. Beliau juga berjiwa
kepemimpinan. Beliau telah melatih ilmu persilatan kepada
pemuda dan pemudi kampong supaya mereka dapat menggunakan
ilmu pertahanan diri itu pada bila-bila masa apabila berhadapan
dengan musuh seperti orang Inggeris. Akhirnya, beliau juga gigih
berusaha. Beliau merancang untuk menyerang Residen Birch
semasa Birch berada di atas rakitnya di tengah-tengah sungai.
Beliau bertindak demikian supaya Birch tidak dapat melarikan diri.

You might also like