You are on page 1of 3

NILAI MURNI

Nilai-nilai murni yang saya dapati daripada novel ‘Pahlawan Pasir Salak’ adalah
keberanian. Dimana ianya dapat dilihat semasa penduduk Kampung Pasir Salak mencuba
sedaya upaya untuk menentang penjajah Inggeris yang lengkap dengan pelbagai jenis
senjata yang moden. Selain itu, saya mendapati nilai taat setia juga dapat dilihat di dalam
novel ini kerana semua penduduk Kampung Salak Tinggi amat mentaati ketua mereka dalam
mempertahankan tanah air. Contohnya, para pengikut Datuk Maharaja Lela yang sanggup
berjuang bersama-sama pemimpin mereka. Mereka juga setia dengan arahan Datuk
Maharaja Lela yang meminta mereka untuk tidak terlalu terburu-buru untuk menyerang
pihak Inggeris. Kemudian, penduduk Kampung Pasir Salak juga sentiasa mengamalkan sikap
bekerjasama untuk memastikan keselamatan kampung mereka. Mereka bekerjasama
mendirikan pondok kawalan dan bergilir-gilir membuat rondaan untuk menjaga keselamatan
kampung.

TEMA

Tema bagi novel Pahlawan Pasir Salak ialah semangat perjuangan orang-orang
Melayu yang berjuang untuk menentang campur tangan Inggeris dalam urusan pungutan
cukai. Hal ini, dapat dilihat melalui permuafakatan penduduk Kampung Pasir Salak yang
sama sekali tidak mahu untuk menurut sebarang arahan daripada pihak Inggeris walaupun
diseksa. Malahan, mereka lebih berani untuk menentang pihak Inggeris dan membunuh
pegawai-pegawai Inggeris yang menganggu mereka.

PERSOALAN

Persoalan di dalam novel Pahlawan Pasir Salak adalah semangat patriotisme.


Semangat patriotisme yang ditujukan oleh Datuk Maharaja Lela dan pengikutnya yang tidak
mudah mengalah ataupun berrputus–asa walaupun diancam oleh pihak Inggeris demi
menjaga Kampung Pasir Salak daripada terlepas ke tangan anjing penjajah. Selain itu,
semangat kerjasama yang ditunjukkan oleh semua penduduk Kampung Pasir Salak termasuk
Deli dapat dilihat ketika mereka bersama-sama membina pondok kawalan dan membuat
rondaan. Seterusnya, penduduk Kampung Pasir Salak ini patuh kepada pemimpin Kampung
Pasir Salak, Datuk Maharaja Lela dimana mereka telah mengikut arahan beliau untuk
mengadakan latihan silat dan mempertingkatkan rondaan dan kawalan dengan lebih kerap.
PLOT

Plot di dalam novel ‘Pahlawan Pasir Salak’ adalah di mana permulaannya, Pak Wan
dan Lamin pulang dari Kampung Durian Sebatang. Dalam perjalanan mereka pulang, Pak
Wan telah dipukul oleh tali barut Inggeris kerana dia enggan membayar cukai. Kemudian,
orang-orang Inggeris mendirikan pondok untuk mengutip cukai di tebing sungai. Tetapi,
pondok tersebut telah dibakar oleh Datuk Maharaja Lela bersama anak buahnya kerana
mereka berkeras untuk tidak mahu membayar cukai. Selepas itu, Datuk Maharaja Lela telah
menyuruh penduduk kampung mendirikan pondok kawalan untuk mengawal kampung.
Seterusnya, Birch telah pergi ke Kampung Pasir Salak untuk menampal surat kenyataan
pungutan cukai. Akan tetapi, Residen Birch dan Mat Arshad telah dibunuh oleh Pandak
Endut. Pembunuhan tersebut mencetuskan peperangan diantara penduduk Kampung Pasir
Salak dengan pihak Inggeris di Bandar Tua. Tentera Inggeris telah menyerang Kampung Pasir
Salak. Datuk Maharaja Lela dan penduduk kampung telah berjaya mengalahkan pihak
Inggeris. Di dalam peperangan tersebut Kapten Innes dan tali barut, Lamsah telah terbunuh
dan semua tentera terpaksa berundur.

LATAR MASYARAKAT

Latar masyarakat di dalam novel ‘Pahlawan Pasir Salak’ adalah masyarakat kampung
yang tinggal di Kampung Pasir Salak. Masyarakat ini juga amat mengutamakan hal agama.
Hal ini dapat dibuktikan, semasa Deli tergesa-gesa untuk menutup warung ayahnya kerana
ingin bersolat Maghrib di rumah. Selain itu, masyarakat Kampung Pahlawan Pasir Salak juga
adalah masyarakat yang melakukan beberapa pekerjaan seperti peniaga, nelayan, dan
pejuang tanah air malah penjajah.

WATAK UTAMA DAN PERWATAKAN

Deli adalah seorang remaja berumur belasan tahu. Beliau merupakan anak tunggal
kepada pasangan suami isteri, Pak Itam dan Mak Jah. Beliau seorang yang sanggup bergadai
nyawa untuk melawan tentera Inggeris yang ingan memungut cukai. Deli adalah anak yang
rajin, dimana dia sentiasa membantu ayahnya berniaga di warung. Deli juga seorang yang
baik hati, buktinya adalah pada waktu dia telah membantu Lamin dan Pak Wan yang
diserang oleh pihak Inggeris yang ingin memaksa mereka untuk membayar cukai.
UNSUR SASPENS

Unsur saspens yang saya dapati di dalam novel ‘Pahlawan Pasir Salak’ adalah pada
waktu nasib atau masa depan penduduk Kampung Pasir Salak yang menjadi tanda tanya
sama ad akan menjalani kehidupan yang aman ataupun sebaliknya. Selain itu. Unsur saspens
yang saya dapati juga adalah semasa pihak Inggeris menghantar wakilnya untuk mengutip
cukai di Pasir Salak, pada waktu itu, kita semua tertanya-tanya akan tindakan yang bakal
diambil oleh penduduk kampung. Kemudian, pada waktu selepas peristiwa Birch dibunuh,
pembaca swmua saspens tentang apa yang akan berlaku seterusnya kerana seorang pegawai
tetinggi telah dibunuh oleh penduduk tempatan.

LATAR TEMPAT

Latar tempat di dalam novel ‘Pahlawan Pasir Salak’ adalah rumah Datuk Maharaja
Lela, dimana adalah tempat berkumpul para pengikutnya, serta tempat di mana para
pemuda pengikut setianya berlatih bersilat bergurukan Datuk Maharaja Lela pada waktu
malam. Seterusnya, adalah di tebing sungai. Tempat berlakunya peristiwa pembunuhan
Residen Birch. Semasa perahu yang dinaikinya ditambat, dia telah dibunuh oleh Seputum
disitu. Selain daripada di tebing sungai, warung Pak Itam juga adalah latar tempat novel ini,
buktinya adalah apabila Mamat datang ke warung Pak Itam untuk menceritakan akan
kedatangan pihak Inggeris ke Kampung Pasir Salak.

You might also like