You are on page 1of 5

ANALISA DAN IDELISMA STRUKTUR

Analisa struktur adalah proses pengiraan daya dalaman yang berlaku pada sebuah
struktur akibat beban yang terkena pada struktur tersebut.
Sebuah struktur boleh diwakili oleh elemen elemen yang dapat menyenangkan /
memudahkan pendekatan analisa kita.

Rasuk kayu /
keluli

Tiang kayu /
keluli

sebuah struktur kerangka 2 dimensa diatas yang mengandungi elemen rasuk dan tiang
boleh di analisa dengan lakaran bebas elemen 2D(free body diagram)

Elemen rasuk

Tupang dari
tiang.

beban keatas rasuk jika hanya berat sendirinya juga boleh diidelismakan sebagai garisan
beban seragam.

Beban seragam (berat


sendiri rasuk ) N/m
Elemen rasuk

Tupang dari
tiang.

Adakala beban tumpu seperti rasuk melintang atau beban hidup boleh diwakilkan
sebagai garisan pugak keatas elemen rasuk.
Beban tumpu

Elemen rasuk

Tupang dari
tiang.

Terdapat juga struktur kerangka yang lain seoerti kekuda sesatah yang boleh
diidelismakan sebagai elemen garisan . Bebanan keatas kekuda daripada purlin dan
kepingan bumbung juga boleh diwakilkan sebagai elemen garisan dalam lakaran
analisa struktur tersebut.

beban

Tindakbalas
ditupang.

Elemen garisan yang mewakili kekuda

Struktur bangunan 3D pun boleh dilakarkan sebagai elemen garisan planar (2D)untuk
menganalisa rasuk dan tiang struktur tersebut.
Bangunan dalam
bentuk 3D.

Lakaran struktur
dalam sesatah 2D.

Sambungan dan tupang / penahan pada struktur sebenar juga perlu diidlismakan
/wakilkan dalam menjalankan analisa pada sebuah struktur .
Secara asas terdapat dua jenis sambungan pada struktur bangunan iaitu :
a) sambungan tegar
b) sambungan ensel

Ciri utama sambungan tegar adalah bahawa lenturan dalam suatu ahli boleh diagihkan
kepada ahli yang berdekatan serta sudut anatara ahli itu tidak berubah semasa ini
berlaku.

Sambungan tegar
Ciri utama sambungan ensel pula adalah lenturan suatu ahli tidak memberi kesan
kepada ahli lain disambungan itu.

Sambungan
ensel

Tupang pada struktur pula boleh diedelismakan dalam beberapa bentuk ia itu:
a) bina dalam
b) ensel (Mz=0 )
c) roler ( Vx = 0 )

Bina dalam

ensel

roler

Sebuah struktur planar / sesatah boleh mempunyai 3 reaksi / tindakbalas pada


tupangnya ia itu
i) daya arah pugak Vy
ii) daya arah mendatar Vx dan
iii) daya momen Mz
y
z

Tupang jenis a) boleh memberikan 3 tindakbalas Vx , Vy dan Mz oleh sebab penahanan


nya adalah dalam arah x, y & Z .
Tupang jenis b) pula boleh memberikan 2 tindakbalas dan putaran (Mz=0) dibenarkan.
Tupang jenis c) pula hanya mempunyai 1 tindakbalas oleh kerana pergerakan mendatar
dan putaran dibenarkan.

Rajah jasad
bebas.

• tupang roler boleh bergerak selari dengan permukaan datar dan membangkitkan
tindakbalas secara normal dari permukaan ini.
• tupang ensel tidak boleh bergerak tetapi memberikan tindakbalas arah memugak
dan mendatar.
• tupang bina dalam tidak membenarkan pergerakan sama sekali.
• kabel hanya boleh menahan dalam arahnya secara tegangan.

Sebagai perekabentuk kita harus meneliti tentang sambungan dan tupang yang
digunakan dalam sebuah struktur supaya analisa yang dijalankan seterusnya adalah
tepat.Dalam keadaan dimana sesuatu sambungan itu tidak dapat dipastikan jenisnya
dengan tepat adalah dinasihatkan bahawa suatu pendekatan yang konservatif digunakan
( eg. anggap sebagai ensel atau roler dan bukanya bina dalam ).

You might also like