You are on page 1of 18

KA

JIAN KESAN TINDAKAN MANUSIA TERHADAP HUTAN


PAYA AIR MASIN DI PERSISIRAN PANTAI TOK BALI ,
PASIR PUTEH , KELANTAN .

Nama pelajar :Muhd. Amirul Afnan B. Mat Rani

Kelas :Tingkatan 1 Ibnu Sina

Sekolah :Sekolah Menengah Kebangsaan


Kamil , Pasir Puteh , Kelantan .

Nama Guru Geografi : Pn. Hjh Azizah Bt Abdullah

Tarikh : 1 Julai 2010

Kawasan kajian : Persisiran Pantai Tok Bali


TAJUK HALAMAN

►PENGHARGAAN …………………………………1

►PENDAHULUAN …………………………………2

►OBJEKTIF KAJIAN ………………………………2

►KAWASAN KAJIAN ……………………………..3

►KAEDAH KAJIAN ……………………………….7

►DAPATAN KAJIAN ……………………………...8

►RUMUSAN ………………………………………13

►LAMPIRAN ……………………………………...14

►RUJUKAN ……………………………………….18
Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada beberapa
individu yang telah membantu saya dalam pengumpulan maklumat
yang lengkap hingga terhasilnya laporan ini sama ada secara
langsung atau tidak langsung . Mereka yang dimaksudkan ialah :

(a) Ayah dan ibu yang memberikan sepenuhnya sokongan dan


dorongan .

(b) Puan Hajah Azizah Binti Abdullah , guru Geografi Tingkatan


1 Ibnu Sina Sekolah Menengah Kebangsaan Kamil .

(c) Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Kamil .

(d) Penduduk tempatan yang turut memberikan kerjasama dan


membantu saya mendapatkan maklumat semasa kajian dijalankan .
Cikgu Azizah memberitahu kami sekelas bahawa semua pelajar
Tingkatan 1 perlu menjalankan Kajian Geografi Tempatan (KGT) .
Beliau menyuruh kami semua supaya memilih tajuk kajian kesan
tindakan manusia terhadap hutan paya air masin . Ini kerana
kebanyakan pelajar tinggal berdekatan dengan hutan paya air
masin iaitu hutan paya air masin di persisiran pantai Tok Bali ,
Pasir Puteh , Kelantan . Cikgu Azizah memberi kami masa empat
minggu iaitu sebulan untuk melaksanakan kajian ini .
Persisiran pantai Tok Bali banyak dilitupi hutan paya air masin .
Hutan ini , khususnya pokok bakau mempunyai peranan penting
terhadap kawasan ini . Antaranya ialah sebagai penahan ombak
serta menjadi kawasan pembiakan hidupan laut . Saya bersyukur
kerana tinggal berdekatan dengan kawasan kajian .

(a) Mengkaji jenis – jenis flora dan fauna di kawasan kajian .

(b) Mengkaji jenis – jenis aktiviti yang dijalankan manusia di


kawasan hutan paya air masin .

(c) Mengkaji bagaimana kawasan hutan paya air masin


mempengaruhi aktiviti dan kegiatan manusia .

(d) Menjelaskan kepentingan hutan paya air masin


Kawasan kajian adalah Persisiran Pantai Tok Bali yang terletak di
daerah Pasir Puteh , Kelantan . Jarak rumah saya ke Pantai Tok
Bali ialah 5 kilometer atau lebih kurang 5 minit perjalanan .
Kawasan ini dapat ditujui melalui jalan raya pantai iaitu Jalan
Kulim dari Bandar Pasir Puteh .

Dari pandang darat fizikal ialah dari hutan kepada pembinaan


sekolah , chalet , jalanraya , bangunan dan sebagainya . Sebahagian
besar dari tanahnya merupakan tanah rata dan tanah rendah .
Di kawasan kajian , terdapat pelbagai tumbuhan seperti
pokok nipah , pokok bakau , paku pakis , pokok jongkong , dan
pokok nibung . Spesies tumbuhan utama di hutan paya air masin
ialah pokok bakau . Hutan paya air masin ialah malar hijau . Hutan
paya air masin ini tidak mempunyai tumbuhan bawah yang
banyak.

Bentuk muka bumi , saliran , tanih , dan iklim merupakan


faktor – faktor yang mempengaruhi pertumbuhan pokok – pokok
di hutan paya air masin .

Terdapat pelbagai kegunaan tumbuhan hutan paya air masin


di Pantai Tok Bali . Antaranya pokok bakau dan pokok nipah .
Pokok bakau menjadi benteng semula jadi untuk menghalang
hakisan ombak di pantai . Pokok nipah pula boleh dijadikan
kraftangan . Daun – daun nipah yang bersaiz besar digunakan
untuk membuat atap rumah serta untuk menganyam bakul dan
tikar .

Saya amat bersyukur kerana tinggal berdekatan dengan


kawasan kajian iaitu di Persisiran Pantai Tok bali . Ia memudahkan
saya untuk membuat kajian tentang kesan tindakan manusia
terhadap hutan paya air masin di kawasan kajian .
▲Peta negeri 1: Peta kawasan Pantai Tok Bali dalam negeri .
Sebelum memulakan kajian , saya telah mengenal pasti
beberapa kaedah yang akan digunakan untuk memudahkan
saya mengkaji secara terperinci dan bersistematik . Saya telah
menggunakan beberapa kaedah iaitu :

(1) Kaedah pemerhatian .


Saya telah membuat pemerhatian di kawasan sekeliling dan
mengenal pasti jenis tumbuh – tumbuhan semula jadi yang terdapat
di kawasan kajian .

(2) Kaedah rujukan kepustakaan .


Saya juga telah membuat rujukan kepustakaan tentang kepentingan
huatan paya air masin terhadap alam sekitar .

(3) Kaedah temu bual .


Selain itu juga , saya menemu bual 5 orang penduduk setempat
untuk mengetahui punca yang menyebabkan pokok – pokok bakau
di kawasan kajian terancam . Saya juga ingin mendapatkan
maklumat tentang kesan yang akan timbul daripada kemusnahan
pokok – pokok bakau terhadap alam sekitar dan terhadap kegiatan
perikanan .

(4) Kaedah soal selidik .


Oleh kerana 5 orang yang ditemu bual tidak memberi maklumat
yang mencukupi , saya telah menggunakan kaedah soal selidik di
kawasn kajian . Saya telah mengedarkan borang yang
mengandungi soalan – soalan ringkas untuk mereka jawab .
Tumbuh – tumbuhan semula jadi utama di Persisiran Pantai Tok
Bali adalah hutan paya air masin . Hutan paya air masin terdiri
daripada jenis pokok bakau yang terdapat di kawasan pinggir laut
yang berlumpur dan berpasir .

▲Foto 1 Pokok – pokok bakau di tepi laut ▲Foto 2 Pokok – pokok bakau ditepi
yang berpasir . laut yang berlumpur .

Hutan ini adalah malar hijau . Spesies tumbuhan yang terdapat di


hutan paya air masin selain pokok bakau ialah pokok nipah ,
lenggadai , tumu merah , paku pakis , gelam , ramin , jongkong dan
nibung .
Melalui pemerhatian , saya mendapati pokok – pokok bakau
di kawasan itu kelihatan jarang . Ada yang kelihatan kering dan
hanya tinggal tunggulnya saja . Terdapat juga pokok bakau yang
hanya tinggal bahagian pangkalnya kerana ditebang orang .

Daripada temu bual dengan penduduk setempat , saya


mendapati bahawa keadaan pokok bakau itu sedemikian kerana
diancam oleh beberapa kegiatan manusia iaitu nelayan yang
menebang pokok – pokok ini untuk membuat kelong , cerucuk dan
tiang perangkap ikan . Lama – kelamaan , pokok bakau di kawasan
kajian menjadi semakin kurang . Lihat Foto 3 .

▲Foto 3 Pokok – pokok yang kering


ditebang.

Daripada borang soal selidik yang telah saya berikan kepada


penduduk tempatan , kebanyakan penduduk mengatakan punca
utama pokok bakau itu mati dan kering disebabkan pencemaran
air. Pencemaran berlaku akibat pembuangan sampah ke dalam laut
oleh segelintir masyarakat dan juga disebabkan oleh kedai – kedai
yang membuang sisa – sisa makanan ke dalam laut . Air yang
tercemar ini telah menyebabkan pokok bakau mati . Lihat Foto 4 .
▲Foto 4 Pokok – pokok bakau mati
akibat pencemaran air .
Keadaan ini mendatangkan kesan buruk kepada nelayan .
Menurut beberapa orang nelayan , keadaan ini menjejaskan hasil
penangkapan ikan mereka . Hidupan lain seperti lokan , ketam ,
dan kepah juga semakin sukar dicari di kawasan ini . Lihat Foto 5 ,
Foto 6 , Foto 7 dan Foto 8 .

▲Foto 5 Ikan semakin berkurangan ▲Foto 6 Hidupan kepah semakin


setiap hari . sukar dicari di kawasan
ini .

▲Foto 7 Lokan juga semakin sukar ▲Foto 8 Ketam semakin hari semakin
dicari di kawasan ini . kurang .

Saya telah menemu bual seorang nelayan di kawasan ini , iaitu


Encik Mohammad Bin Abdullah . Katanya , hasil ini sudah banyak
berkurangan berbanding dengan hasil tangkapannya dua tahun
yang lalu . Dahulu , dia dapat menangkap lebih 250 ekor ikan
sehari . Kini , jumlahnya kira – kira 150 ekor ikan saja setiap hari .
Lihat Foto 9 .

▲Foto 9 Encik Mohammad menujukkan


hasil tangkapannya yang semakin
hari semakin sedikit .

Jadual 1 dan Graf 1 menunjukkan hasil tangkapan ikan oleh


Encik Mohammad .

HARI JUMLAH IKAN YANG DITANGKAP


(EKOR)
11.7.2010 (AHAD) 185
12.7.2010 (ISNIN) 155
13.7.2010 (SELASA) 175
14.7.2010 (RABU) 135
15.7.2010 (KHAMIS) 140
16.7.2010 (JUMAAT) 120
17.7.2010 (SABTU) 125

▲Jadual 1 Jumlah ikan yang ditangkap oleh Encik Mohammad .

JUMLAH IKAN YANG DITANGKAP

200 185

175

160
155 140
135
120 125
120

80

40

0
AHAD ISNIN SELASA RABU KHAMIS JUMAAT SABTU HARI

▲Graf 1 Jumlah ikan yang ditangkap oleh Encik Mohammad .

Daripada Jadual 1 dan Graf 1 , kita dapat melihat bahawa


jumlah tangkapan ikan oleh Encik Mohammad tidak sampai 200
ekor sehari . Jumlah tangkapan yang paling tinggi ialah 185 ekor
saja . Jumlah tangkapan yang paling rendah pula ialah sebanyak
120 ekor . Kekurangan jumlah tangkapan ikan di sini adalah kesan
daripada pencemaran dan kemusnahan hutan paya air masin .

Kehidupan manusia amatlah berkait secara langsung


mahupun tidak dengan hutan paya air masin ini , dari hutan itu
sendiri hinggalah kepada peranan hutan itu menstabilkan
geofizikal sesuatu kawasan .

Nilainya tidak kurang dari hutan jenis hutan tropika lain .


Lagipun kepentingan hutan ini bukannya hanya kepada nilai hutan
itu sendiri tetapi kerana kedudukannya strategik di perbatasan
antara lautan dan daratan .

Saya berpendapat bahawa hutan paya air masin ini perlu


diberi perhatian yang serius . Aktiviti – aktiviti manusia di kawasa
hutan paya air masin seperti aktiviti penebangan hutan paya air
masin , pembuangan sampah – sarap dan sisa – sisa toksik , serta
pembinaan jambatan , jalan raya dan bangunan boleh menjejaskan
pokok – pokok di hutan paya air masin , khususnya pokok bakau .
Oleh itu , pihak kerajaan haruslah mengurangkan aktiviti – aktiviti
di atas .

Adalah menjadi satu kerugian jika hutan ini dibiarkan begitu


sahaja , namun begitu jika eksploitasi berlebihan dilakukan , hutan
ini akan musnah . Namun begitu , membiarkan hutan ini begitu
sahaja kurang memberi manfaat , seelok – eloknya ambillah jalan
tengah agar kewujudannya berkekalan . satu sistem pengurusan
hutan paya air masin yang efisien perlu dilaksanakan supaya
tidaklah nanti yang dikejar tidak dapat , yang dikendong
berciciran.
• Buku teks Geografi Tingkatan 1 .

• Buku rujukan Nexus Geografi Tingkatan 1 , Chong Mui Sen,


SASBADI SDN. BHD.

• Penduduk kampung .
• www. hutanmalaysia. com

• http://maps.google.com.my

• http://ms.wikipedia.org/wiki/Pantai Tok Bali


• www.yahooimages,com

• www.scribd.com

• www.googleimages.com

You might also like