You are on page 1of 3

FORMAT PROPOSAL PROJEK

1. Muka depan
a. Tajuk
b. Nama dan No. Pendaftaran
c. Nama kursus
d. Sesi

2. Isi Kandungan
a. Pengenalan
i. Penyataan Masalah
Pelajar memulakan dengan
mengemukakan sesuatu permasalah
yang ingin diketahui atau diselesaikan.

ii. Objektif
Pelajar perlu menyenaraikan objektif
yang ingin dicapai selepas projek
dilaksanakan (sekurang-kurang tiga (3)
objektif)
iii. Skop
Pelajar perlu menjelaskan skop atau
had-had perlaksanaan projek yang
dijalankan. Ini bertujuan untuk
memastikan perlaksanaan projek tidak
terkeluar daripada skop yang
ditetapkan.

b. Metodologi
Pelajar perlu menerangkan secara ringkas
kaedah-kaedah atau tatacara yang
digunakan bagi menjalankan projek.

c. Jadual perancangan kerja (Gantt Chart)


Pelajar perlu menyediakan jadual
perancangan sepanjang semester
berdasarkan kepada jadual projek semester
yang dikeluarkan oleh penyelaras projek
jabatan.

d. Peralatan, Bahan dan Kos ( Jika Perlu)


Pelajar perlu menyenaraikan peralatan-
peralatan atau bahan yang perlu digunakan
serta kos bahan yang terlibat.

e. Lampiran
Pelajar perlu menyertakan lampiran-
lampiran yang berkaitan dengan
perancangan pada perlaksanaan projek
seperti lukisan kejuruteraan, carta atau
jadual dan sebagainya.

You might also like