You are on page 1of 11

Proposal Tajaan PESTA KONVOKESYEN 2008…… 1

SEKRETARIAT PESTA KONVOKESYEN 2008


U N I V E R S I T I T U N H U S S E I N O N N M A L A Y S I A

PROPOSAL
TAJAAN
22-25 OGOS 2008

A N J U R A N
SEKRETARIAT PESTA KONVOKESYEN 2008

D E N G A N K E R J A S A M A
PEJABAT HAL EHWAL PELAJAR

“ M A H A S I S W A H A R A P A N N E G A R A ”
Proposal Tajaan PESTA KONVOKESYEN 2008…… 2

PROPOSAL TAJAAN
PESTA KONVOKESYEN 2008
SEKRETARIAT PESTA KONVOKESYEN 2008
UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

1.0 NAMA IPTA

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA(UTHM)

2.0 TUJUAN

PROPOSAL TAJAAN ini bertujuan untuk mendapatkan sumbangan tajaan bagi


membiayai sebahagian daripada kos penganjuran program sama ada dalam bentuk wang
ringgit, barangan, penaja keseluruhan aktiviti/program tertentu termasuklah penajaan
penyiaran atau slot khas (siaran langsung), atau membeli ruang pengiklanan dalam buku
program. Proposal ini berperanan sebagai sokongan dan justifikasi kepada syarikat-
syarikat korporat, agensi-agensi dalam memberi penajaan kepada Sekretariat PESTA
KONVOKESYEN 2008 bagi membolehkan penganjuran PESTA KONVOKESYEN
2008.

3.0 MAKLUMAT PENTING

3.1 LATAR BELAKANG UTHM

3.1.1 Sejarah Penubuhan

Sejarah Universiti Tun Hussein Onn Malaysia bermula pada 16


September 1993 dengan penubuhan Pusat Latihan Staf Politeknik (PLSP)
yang bertujuan melahirkan dan melatih tenaga pengajar yang
berpengetahuan dan berkemahiran dalam pelbagai bidang kejuruteraan
untuk sistem politeknik di negara ini. Penubuhan ini mencatatkan satu
lembaran baru dalam perkembangan pendidikan negara. Pusat ini
dikendalikan oleh Universiti Teknologi Malaysia dengan kerjasama
Kementerian Pendidikan Malaysia melalui memorandum persefahaman
yang telah ditandatangani pada 28 Jun 1993.
Proposal Tajaan PESTA KONVOKESYEN 2008…… 3

Sebagai pengiktirafan kepada sebuah institusi teknologi yang


cemerlang dalam mengharungi perkembangan pendidikan negara
terutamanya menangani isu pembangunan sumber manusia teknikal di
negara ini membawa kepada pengisytiharan nama baru iaitu Institut
Teknologi Tun Hussein Onn (ITTHO) pada 12 April 1996 oleh Y.B.
Menteri Pendidikan Malaysia pada masa itu, Dato’ Seri Najib bin Tun
Abdul Razak.
Dengan kelebihan dan kejayaan melaksanakan tanggungjawab
sebagai penyumbang kepada tamadun saintifik dan teknologi dalam
membantu merealisasikan peranan negara sebagai peserta sejagat serta
kepercayaan oleh Kerajaan Malaysia, maka kabinet pada 27 September
2000 telah bersetuju menaik taraf ITTHO kepada sebuah Universiti Awam
di bawah Seksyen 20 AUKU dan dikenali sebagai Kolej Universiti
Teknologi Tun Hussein Onn (KUiTTHO). Pengumuman bersejarah ini
telah dibuat oleh Y.B. Tan Sri Dato’ Seri Musa bin Mohamad, Menteri
Pendidikan Malaysia pada 30 September 2000. Selaras dengan
penjenamaan semula nama Kolej – kolej universiti, KUiTTHO kini dikenali
sebagai Universiti Tun Hussein Onn Malaysia ( UTHM ). Majlis
perisytiharan tersebut telah dirasmikan oleh Dato’ Sri Hishammuddin bin
Tun Hussein, Menteri Pelajaran Malaysia pada 2 Februari 2007.

3.1.2 Kebanggaan Universiti

3.1.2.1 Sebagai salah sebuah kampus Universiti dengan bidang


tumpuan bidang kejuruteraan terbesar di Malaysia dan telah
memiliki kampus tetap di Parit Raja, Batu Pahat, Johor.
3.1.2.2 Salah seorang Pensyarah UTHM merupakan pelajar pHD
pertama Malaysia diberikan peluang membentangkan hasil
kajian di Parlimen Britain dalam bidang nanoteknologi.
3.1.2.3 Menjadi satu-satunya Universiti yang melahirkan pensyarah dan
tenaga pengajar Sekolah Menengah Teknik, Kolej Komuniti
dan Politeknik terbesar seluruh Malaysia melalui Fakulti
Pendidikan Teknikal (FPTek).
Proposal Tajaan PESTA KONVOKESYEN 2008…… 4

3.1.2.4 Sejumlah besar graduan UTHM merupakan tenaga penggerak


utama Politeknik dan Kolej Komuniti seluruh negara pada masa
kini sama ada sebagai pensyarah mahupun Pegawai Tadbir
Diplomatik (PTD).
3.1.2.5 Memiliki Fakulti Pengurusan Teknologi (FPT) yang mana akan
mengeluarkan graduan sebagai Pengurus Eksekutif dalam
bidang Harta Tanah, Pengeluaran & Operasi dan sebagainya.
3.1.2.6 Memiliki beberapa pusat kecemerlangan kejuruteraan yang
terulung dan bertaraf satu-satunya di Institut Pengajian Tinggi
Malaysia iaitu
 Pusat Keserasian Elektromagnet (EMC)
 Pusat Kajian Tanah Lembut (RECESS)
 Pusat Wayarles dan Sains Radio (WARAS)

3.2 POTENSI UTHM

UTHM menawarkan pelbagai Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Sarjana dan


Ijazah Kedoktoran dalam pelbagai bidang Kejuruteraan, Teknologi, dan
Pendidikan melalui enam fakulti dan satu Pusat Pengajian Siswazah. Fakulti
tersebut adalah, Fakulti Kejuruteraan Awam dan Alam Sekitar, Fakulti
Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik, Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan
Pembuatan, Fakulti Pengurusan Teknologi, Fakulti Pendidikan Teknikal dan
Fakulti Teknologi Maklumat dan Multimedia. Universiti ini menitikberatkan
kaedah pembelajaran hands on yang mana dipercayai sebagai satu kaedah
pembelajaran yang berkesan. Selain fakulti, Universiti juga mempunyai 10 buah
Pusat Kecemerlangan yang berperanan sebagai perunding dan penyelidikan.

Dengan jaminan persijilan MS ISO 9001:2000, selaku IPTA pertama di


Malaysia yang menerimanya pada Disember 2001, UTHM berjaya untuk
mempertahankan anugerah ini sehingga Disember 2007. Ini berdasarkan
penyediaan akademik UTHM yang mencontohi fachhochschule dari Jerman dan
inilah keistimewaan UTHM yang ditawarkan kepada pelajar-pelajarnya.
Proposal Tajaan PESTA KONVOKESYEN 2008…… 5

Sebagai persediaan untuk menjadi Universiti Bertaraf Dunia pada 2013,


selain pembinaan kewibawaan pelajarnya yang diketahui umum sebagai aset
terpenting negara, UTHM juga telah bersedia untuk menubuhkan bidang pengajian
yang lebih mencabar, seperti yang telah dibentangkan oleh Y. Bhg. Naib Canselor
untuk Rancangan Malaysia ke-Sembilan, 3 buah fakulti baru akan dibina iaitu;
Fakulti Kejuruteraan Bioteknologi, Fakulti Kejuruteraan Pertahanan dan Fakulti
Kejuruteraan Aeroangkasa dan Maritim.

Di samping hubungan yang rapat dengan masyarakat sekitar, UTHM juga


berbangga apabila Universiti ini mempunyai jalinan yang erat dengan pihak Istana
di negeri Johor Darul Takzim khususnya Tengku Mahkota sebagai Canselor
Universiti.

3.3 RASIONAL / FAKTOR PENAJAAN

3.3.1 Kenapa mesti menaja PESTA KONVOKESYEN 2008?

Sebagai Universiti Awam ke 15 di Malaysia, UTHM boleh


berbangga dengan aset-aset dan graduan-graduannya. Justeru, pihak
Sekretariat Pesta Konvokesyen 2008 telah menggariskan 10 sebab kenapa
Pesta Konvokesyen 2008 ini harus ditaja.

1.   Konvokesyen Universiti kini adalah yang ke tujuh.


2.   UTHM secara tradisi menjana jurutera berkualiti & mahir.
3.   Pensyarah/Guru graduan UTHM sangat berdedikasi.
4.   Pelajar-pelajar UTHM mampu mengoptimumkan sumber yang ada.
5.   UTHM juga kini akan melahirkan pengurus-pengurus Industri.
6.   Warga UTHM juga mampu menjadi usahawan teknokrat.
7.   Anda boleh percaya kepada hampir semua graduan UTHM.
8.   Anda akan mendapat pelepasan cukai (LHDN) dengan penajaan ini.
9.   Syarikat atau organisasi anda akan mendapat publisiti yang meluas.
10. Anda juga akan turut dijemput menghadiri Pesta Konvokesyen ini.

3.3.2 Faedah Umum


Proposal Tajaan PESTA KONVOKESYEN 2008…… 6

Dengan penajaan ini, pastinya syarikat anda akan dikenali oleh


warga UTHM dan ini secara tidak langsung membuka peluang kepada anda
untuk menerima graduan-graduan UTHM untuk bekerja dengan anda. Di
samping itu, selaku syarikat yang menaja, pihak universiti juga akan
memberikan setinggi penghargaan kepada anda, mungkin juga urusan
syarikat anda akan diberikan keutamaan dalam sebarang urusan dengan
pihak Bendahari. Keikhlasan anda menaja program ini, sesungguhnya akan
membantu syarikat anda untuk lebih berjaya pada masa hadapan. Hal ini
kerana keikhlasan itulah punca kecemerlangan di dalam perniagaan. Kami
doakan kejayaan anda.

4.0 MAKLUMAT PROGRAM

4.1 OBJEKTIF PROGRAM

4.1.1 Meraikan dan menyambut graduan-graduan dengan pelbagai acara dan


aktiviti menarik untuk pelajar, graduan dan keluarga yang menyaksikan
majlis konvokesyen.
4.1.2 Membuka peluang untuk para pelajar yang berminat dengan aspek
keusahawanan bagi membina karakter berniaga dalam diri mereka.
4.1.3 Sebagai alternatif santai kepada warga siswa untuk hiburan, pengisian
rohani dan sebagainya setelah menelaah pelajaran.
4.1.4 Menggalak dan menyemai semangat integrasi kaum dan budaya di
kalangan warga UTHM serta masyarakat luar.
4.1.5 Memperkenalkan universiti (Universiti Tun Hussein Onn Malaysia)
sebagai sebuah IPTA Malaysia yang menjadi pilihan.

4.2 MATLAMAT PROGRAM

Pesta Konvokesyen pada kali ini menetapkan agar ia bukanlah sekadar satu aktiviti
sisipan wajib sewaktu Konvokesyen Universiti malah pihak Sekretariat Pesta
Konvokesyen 2008 menyasarkan agar di akhir program ini, karakter-karakter
pelajar universiti dapat dibentuk sesuai dengan persekitaran kerja yang menuntut
komitmen tinggi. Selain itu, sebarang interaksi antara graduan dan siswa yang
pernah terbina dapat diteruskan dan sedikit sebanyak peluang berjumpa pasca
Proposal Tajaan PESTA KONVOKESYEN 2008…… 7

pengajian ini dapat membantu para pelajar yang belum bergraduat untuk bersedia
memasuki alam pekerjaan, selanjutnya agenda mempromosikan Universiti ini nanti
berjaya menarik perhatian masyarakat Malaysia

4.3 TARIKH PROGRAM


22-25 OGOS 2008

4.4 LOKASI PROGRAM


Padang Golf dan Sekitar Kampus UTHM

4.5 JANGKAMASA PROGRAM


4 Hari

5.0 TENTATIF PROGRAM


LAMPIRAN 1

6.0 BELANJAWAN PROGRAM


LAMPIRAN 11

7.0 KESIMPULAN

“ Bulat air kerana pembetung, bulat kata kerana muafakat ”

Program Pesta Konvokesyen 2008 ini dilihat oleh Majlis Perwakilan Pelajar UTHM
sebagai perlu dilaksanakan bukan sahaja sebagai memenuhi matlamat dan hala tuju
Majlis Perwakilan Pelajar sesi ini malah ia lebih kepada merupakan wadah ekspresi diri
siswa UTHM dan pembentukan graduan Universiti ini yang disasarkan akan memenuhi
sektor kerajaan dan swasta seluruh negara. Justeru, di atas dasar permuafakatan dan
integriti yang terbina, besarlah harapan kami untuk melihat keberkesanan aktiviti yang
akan dijalankan ini nanti akan memberi manfaat kepada sesiapa sahaja yang terlibat di
dalam program ini. INSYA-ALLAH!

“ MAHASISWA HARAPAN NEGARA”


BORANG MAKLUM BALAS
Proposal Tajaan PESTA KONVOKESYEN 2008…… 8

NAMA SYARIKAT : ____________________________________________________________________


ALAMAT : ____________________________________________________________________
____________________________________________________________________
____________________________________________________________________
NO. TELEFON : ____________________________________________________________________
NO. FAKS : ____________________________________________________________________

TAJAAN KEWANGAN

Dengan ini, syarikat ________________________________________________________________________


Menyumbang wang berjumlah RM ____________________________________________________________
(Ringgit Malaysia:__________________________________________________________________________ )
untuk menampung kos perbelanjaan __________________________________________________________
__________________________________________________________________________________________
Bersama-sama ini disertakan MO/PO/Cek/ Bank Draf NO. ________________________________________
Berjumlah RM_____________ (Ringgit Malaysia: ________________________________________________ )
atas nama “NAIB CANSELOR UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA”.

PILIHAN PAKEJ A B C D E

PERINCIAN PENAJAAN

PERKARA UNIT NILAI (RM)

JUMLAH

JUMLAH KESELURUHAN TAJAAN YANG DIBERIKAN (RM)

COP RASMI
TANDATANGAN : _____________________________
NAMA : _____________________________
JAWATAN : _____________________________
TARIKH : _____________________________

p/s : Sila sertakan maklumat syarikat (profil) kepada pihak penganjur termasuklah logo dan kad perniagaan

“ MAHASISWA HARAPAN NEGARA”

FAEDAH PENAJAAN
Proposal Tajaan PESTA KONVOKESYEN 2008…… 9

PAKEJ A

 Wang Ringgit / Barangan Bernilai RM 10 000.00 dan ke atas


 Keistimewaan
 Dianggap sebagai Penaja Utama
 Pengerusi / Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) akan dijemput sebagai VIP ke Majlis
Perasmian CONVAIR ’08
 Diumumkan dalam majlis utama dan akhbar
 Diumumkan dalam setiap event
 Logo Syarikat dipamerkan dalam laman web MPP selama 3 bulan
 Logo Syarikat dipamerkan dalam laman web Pesta Konvokesyen
 Logo Syarikat dipamerkan pada kain rentang dan poster
 Logo syarikat dipamerkan pada backdrop konsert
 Logo syarikat dipamerkan pada belon udara
 Ditawarkan satu tapak pameran/gerai secara percuma
 Maklumat syarikat turut diedar semasa promosi diadakan di sekitar UTHM termasuk
daerah Batu Pahat, Kluang dan Air Hitam
 Proster dan maklumat syarikat akan di masukkan dalam beg cenderamata dan diedarkan
 Mempunyai peluang untuk memasarkan barangan atau perkhidmatan dalam kampus
sepanjang tahun melalui permohonan rasmi
 Disediakan ruang pengenalan syarikat berwarna dalam buku cenderamata
( satu muka surat belakang buku cenderamata)

PAKEJ B

 Wang Ringgit / Barangan Bernilai RM 5 000.00 dan ke atas


 Keistimewaan
 Diumumkan dalam majlis utama
 Logo Syarikat dipamerkan dalam laman web MPP selama 1 bulan
 Logo Syarikat dipamerkan dalam laman web Pesta Konvokesyen
 Logo Syarikat dipamerkan pada kain rentang dan poster
 Ditawarkan satu tapak pameran/gerai secara percuma
 Disediakan ruang pengenalan syarikat berwarna dalam buku cenderamata
( satu muka surat dalam buku cenderamata )

PAKEJ C

 Wang Ringgit / Barangan Bernilai RM 1 000.00 dan ke atas


 Keistimewaan
Proposal Tajaan PESTA KONVOKESYEN 2008…… 10

 Diumumkan dalam majlis utama


 Sewaan gerai diberi diskaun sebanyak 50%
 Logo Syarikat dipamerkan dalam laman web Pesta Konvokesyen
 Logo syarikat dipamerkan pada kain rentang
 Disediakan ruang pengenalan syarikat berwarna dalam buku cenderamata
( setengah muka surat dalam buku cenderamata)

PAKEJ D

 Berbentuk Tajaan Keseluruhan Program


 Keistimewaan
 Dianggap sebagai Penaja Khas Program
 Diumumkan dalam kenyataan akhbar dan majlis utama
 Logo syarikat akan dipamerkan pada hadiah pemenang dalam program.
 Logo Syarikat dipamerkan pada kain rentang, poster dan dalam laman web pesta
konvokesyen.
 Disediakan ruang khas pengenalan syarikat berwarna dalam buku cenderamata
( satu muka surat dalam buku cenderamata )

PAKEJ E

 Iklan dalam buku cenderamata

HALAMAN PADA BUKU


SPESIFIKASI KADAR BAYARAN
CENDERAMATA

Warna Penuh RM 3,000.00


Kulit Depan dan Belakang (Dalam)
Hitam Penuh RM 2,000.00

Warna Penuh RM 1,000.00


Muka Surat Dalam (Penuh)
Hitam Putih RM 800.00

Warna Penuh RM 600.00


Muka Surat Dalam (Separuh)
Hitam Putih RM 400.00

Warna Penuh RM 300.00


Muka Surat Dalam (Suku)
Hitam Putih RM 250.00

Warna Penuh RM 150.00


Proposal Tajaan PESTA KONVOKESYEN 2008…… 11

Saiz Kad Perniagaan


Hitam Putih RM 75.00

You might also like