You are on page 1of 9

PENDIDIKAN PRAUNIVERSITI

- MATRIKULASI
ELISA NATASHA
(3222000661)
PENGENALAN MATRIKULASI

Program Matrikulasi diwujudkan pada tahun 1998 merupakan satu program persediaan bagi pelajar
Bumiputera untuk melayakkan mereka melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah pertama dalam bidang
sains, teknologi dan sastera ikhtisas ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dalam dan luar negara. Berdasarkan
keperluan semasa bagi menampung pertambahan jumlah pelajar cemerlang, mengisi kekosongan tempat di
bidang-bidang sains, profesional dan kritikal khususnya pelajar Bumiputera di Institusi Pengajian Tinggi Awam
(IPTA), pada tahun 1998, Yab Dato’ Sri Najib bin Tun Haji Abd. Razak, yang pada ketika itu Menteri Pendidikan
telah mencetuskan idea mewujudkan Program Matrikulasi di bawah kendalian Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM) bagi menyeragamkan semua Program Matrikulasi/Asasi yang selama ini dikendalikan oleh
IPTA.
Pada peringkat awal pengambilalihan sehingga tahun 2002, sejumlah 21 buah IPTS
telah diberi kepercayaan untuk mengendalikan Program Matrikulasi KPM.
Pemilihan kolej-kolej ini dibuat melalui satu jawatankuasa khas (Jawatankuasa
Validasi) yang merupakan gabungan tenaga pegawai daripada Jabatan Pendidikan
Swasta dan Bahagian Matrikulasi, Kementerian Pendidikan Malaysia (BMKPM).
Pemilihan berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan oleh BMKPM. Bilangan
pelajar yang ditempatkan di IPTS pada setiap sesi berbeza, bergantung kepada
bilangan tempat yang boleh disediakan oleh kolej matrikulasi KPM.
Program Matrikulasi KPM terus berkembang dengan perubahan tempoh masa pengajian dari 1 tahun 6
bulan kepada 1 tahun (Program Matrikulasi Satu Tahun-PST) pada tahun 2002. Program Matrikulasi telah
membuka ruang 10% kepada pelajar bukan Bumiputera untuk mengikuti program ini. Pada tahun 2008
pula, Program Matrikulasi Dua Tahun (PDT) bagi Jurusan Sains telah ditawarkan khas kepada pelajar
Bumiputera. Kemudiannya Program Matrikulasi telah memperluaskan Jurusan Sains dengan menawarkan
Aliran Teknikal pada tahun 2009. Ini bertepatan dengan matlamat Teras 2 Pelan Induk Pembangunan
Pendidikan (PIPP) iaitu mengadakan lebih banyak pilihan kepada pelajar dan memberi peluang yang sama
kepada semua pelajar lepasan SPM.Tiga (3) buah kolej matrikulasi telah diamanahkan untuk
mengendalikan program ini iaitu Kolej Matrikulasi Teknikal Kedah (KMTK), Kolej Matrikulasi Teknikal
Pahang (KMTPh) dan Kolej Matrikulasi Teknikal Johor (KMTJ).
Program Matrikulasi menawarkan empat jurusan iaitu:
a) Jurusan Sains (Dua Semester dan Empat Semester):
i. Aliran Sains Hayat
ii. Aliran Sains Fizikal
iii. Aliran Sains Komputer
b) Jurusan Kejuruteraan (Dua Semester):
i. Aliran Asas Kejuruteraan
ii. Aliran Kejuruteraan Awam
iii. Aliran Kejuruteraan Elektrik & Elektronik
iv. Aliran Kejuruteraan Mekanikal
c) Jurusan Perakaunan (Dua Semester)
d) Jurusan Perakaunan Profesional (JPPro) (Dua Semester)
Keistimewaan Program Matrikulasi ialah:
a) Program ini diiktiraf oleh semua UA dan turut diiktiraf oleh universiti terkemuka
luar negara.
b) Program ini menawarkan pendidikan yang menyeluruh merangkumi bidang
akademik dan pembangunan kemahiran insaniah. Pelajar Program Matrikulasi
berpeluang menyertai aktiviti-aktiviti sehingga ke peringkat kebangsaan dan
antarabangsa.
c) Lulusan Program Matrikulasi akan menerima Sijil Matrikulasi yang melayakkan
mereka memohon berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam pada Gred 29 dalam 39
skim perkhidmatan (Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 tahun 2016 yang
berkuat kuasa mulai 1 Januari 2017).
d) Kos pengajian dan penginapan ditanggung oleh Kerajaan.Semua pelajar Program
Matrikulasi hanya perlu membayar yuran pendaftaran sahaja semasa mendaftar.
kelebihan matrikulasi

tajaan penuh KPM


penekanan kurikulum yang seimbang
laluan pintas ke degree
boleh digunakan untuk memohon
pekerjaan sektor awam

You might also like