You are on page 1of 3

http://www.ppdkmy.net/news.php?item.

975 Page 1/3

PENERUSAN PELAKSANAAN DASAR 60:40 (60 % PELAJAR ALIRAN SAINS DAN TEKNOLOGI, 40 % PELAJAR BUKAN ALIRAN SAINS DAN TEKNOLOGI)

admin, Monday 05 January 2009 - 13:20:45

1. Kementerian Pelajaran Malaysia akan meneruskan usaha untuk meningkat bilangan pelajar yang mengambil pengkhususan Sains dan Teknologi (ST) bagi memenuhi keperluan sumber manusia dalam bidang ini pada masa hadapan. Bagi mencapai matlamat ini, nisbah 60:40 pelajar ST dan bukan ST hendaklah dicapai. Sasaran Kementerian Pelajaran Malaysia untuk memastikan dasar ini dapat dicapai pada Tahun 2010 bagi merealisasikan hasrat kerajaan mencapai negara maju menjelang Tahun 2020.

2. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah hendaklah memainkan peranan untuk memastikan pelajar-pelajar yang mendapat kelulusan Sains dan Matematik sekurang-kurangnya gred C dalam PMR supaya mengambil sekurang-kurangnya 2 mata pelajaran Elektif Sains Tulen dan atau mata pelajaran Teknologi. Bagi pelajar-pelajar lain yang tidak memenuhi syarat ini harus juga digalakkan dan bagi yang berminat terima mereka seadanya. Untuk tujuan ini, semua pentadbir, kaunselor dan guru-guru perlulah memain peranan sepenuhnya dengan memberi peransang, bimbingan dan nasihat kepada pelajar-pelajar berkenaan supaya memilih mata pelajaran ST. Sekiranya sekolah tuan tidak menawarkan mata pelajaran ST, pihak tuan hendaklah membenarkan perpindahan pelajar ke sekolah yang menawarkan mata pelajaran tersebut.

Definisi pelajar ST ialah seperti berikut:

3.1 Sekurang-kurangnya 2 mata pelajaran Elektif Sains Tulen (Fizik, Biologi, Kimia) atau 3.2 Sekurang-kurangnya 2 mata pelajaran Elektif Teknologi(Matematik Tambahan, Sains Pertanian, Lukisan Kejuruteraan, Teknologi Maklumat, Reka Cipta, Teknologi Kejuruteraan, Pengajian Elektrik & Elektronik, Pengajian Kejuruteraan Awam, Pengajian Kejuruteraan Jentera), atau 3.3 Sekurang-kurangnya 2 mata pelajaran Elektif Sains Tulen dan atau Teknologi, atau 3.4 Sains Tambahan dan Sains Teras atau Mata Pelajaran Vokasional (MPV) tidak termasuk dalam pakej ST.

4. Bagi merealisasikan dasar tersebut, pihak sekolah disarankan memberi perhatian kepada perkara-perkara berikut: 4.1 Menubuhkan Jawatankuasa program dan membuat perancangan strategik serta Forward Planning berpandukan panduan dan bahanbahan rujukan daripada JPN, KPM dan sumber-sumber lain. 4.2 Menawarkan pelajar-pelajar sekolah tuan dan sekolah-sekolah yang berhampiran (melalui PPD) untuk memenuhi kelas ST. Pelajar-pelajar tersebut hanya perlu memilih sekurang-kurangnya 2 mata pelajaran ST sahaja daripada 9 atau 10 mata pelajaran lain yang ditawarkan. 4.3 Melaksanakan program peningkatan prestasi mata pelajaran Sains dan Matematik PMR. 4.4 Mengintegrasikan dengan Program Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). 4.5 Memohon peruntukan untuk menambah bilangan makmal, menaik taraf makmal dan kerja-kerja penyelenggaraan / baik pulih makmal serta peralatan daripada JPN. 4.6 Mengadakan kempen secara besar-besaran, berterusan dan berulangkali bagi mempromosikan bidang ST seperti Program Penggalakkan Sains dan Teknologi (PPST) dengan mengadakan hari, minggu atau bulan ST, pameran/ ceramah kerjaya ST dan aktiviti kokurikulum ST (Puisidra Sains, projek, Kem dan lain-lain). 4.7 Memastikan P&P mata pelajaran ST menyeronokkan, menarik dan berkesan dengan mempelbagaikan pendekatan, kaedah, strategi,

http://www.ppdkmy.net/news.php?item.975 Page 2/3

aktiviti dan teknik. 4.8 Meningkatkan profesionalisme dan motivasi guru-guru mengenai kesedaran tentang kepentingan agenda merialisasikan dasar ini, pengetahuan pedagogi, ICT dan sebagainya. 4.9 Mengadakan perbincangan dan refleksi dari semasa kesemasa di semua peringkat mengenai pelaksanaan dasar ini. 4.10 Meneliti dan mengambil tindakan kandungan surat pekeliling dan surat siaran berikut: i) Dasar Peningkatan Pelajar Sains dan Teknikal Di Sekolah Menengah, KP(BPPP) 4/189 Jld.II(1) bertarikh 19.03.1997. ii) Pelaksanaan Penggunaan Peralatan Antara Muka Komputer dalam P&P Sains Menengah, KP(BS)8591/Jld.XIVI (11), bertarikh 14.05.1998. iii) Pemilihan Mata Pelajaran Elektif Sekolah Menengah Atas, KP(PPK)01810/Jld.9 (32), bertarikh 29.12.1999. iv) Pemilihan Mata Pelajaran Elektif di Tingkatan Empat, KP(BS/MEN) 8510/ Jld.3(10), bertarikh 20.01.2000. v) Lawatan Pendidikan Murid Di Hari Persekolahan, KP(BS)8591/Jld.XVI(12), bertarikh 28.07.2000. vi) Pemilihan Pakej Pengkhususan Sains dan Teknologi Menengah Atas, SPI Bil. 1/2001, KP(BS)8591/Jld.XVII(1), bertarikh 12.01.2001.

CONTOH KOMBINASI MATA PELAJARAN PAKEJ SAINS DAN TEKNOLOGI (ST)YANG MINIMA BAGI PELAJAR YANG MENDAPAT C/C DALAM SAINS DAN MATEMATIK

Pakej Sains Tulen Biologi + Kimia + Matematik Tambahan Fizik + Kimia + Matematik Tambahan

Pakej Sains Tambahan Matematik Tambahan + Sains Tambahan

Pakej Teknologi Matematik Tambahan + Teknologi Maklumat Matematik Tambahan + Reka Cipta Matematik Tambahan + Lukisan Kejuruteraan Matematik Tambahan + Sains Pertanian Matematik Tambahan + Tekonologi Kejuruteraan Matematik Tambahan + Pengajian Kejuruteraan Jentera Matematik Tambahan + Pengajian Kejuruteraan Awam Matematik Tambahan + Pengajian Elektrik & Elektronik

Pakej Sains Tulen + Teknologi Fizik+ / Kimia + Matematik Tambahan + Lukisan Kejuruteraan Fizik+ / Kimia + Matematik Tambahan + Pengajian Kejuruteraan Awam Fizik+/ Kimia + Matematik Tambahan + Teknologi Kejuruteraan Fizik +/ Kimia + Matematik Tambahan + Pengajian Elektrik & Elektronik

Pakej Sains Tulen + Sastera Ikhtisas Fizik +/ Kimia + Matematik Tambahan + Prinsip Akaun +/ Perdagangan Fizik +/ Kimia + Matematik Tambahan + Ekonomi Asas +/ Prinsip Akaun Biologi +/ Fizik +/ Kimia + Matematik Tambahan + Ekonomi Asas +/ Prinsip Akaun

http://www.ppdkmy.net/news.php?item.975 Page 3/3

Pakej Teknologi + Sastera Ikhtisas Matematik Tambahan+ Prinsip Akaun +Sains Pertanian/m/p Teknologi

*Kombinasi berikut adalah BUKAN ST Matematik Tambahan + Prinsip Akaun + Perdagangan/Ekonomi Asas/ERT Matematik Tambahan + Prinsip Akaun Matematik Tambahan + ERT Prinsip Akaun + Perdagangan/Ekonomi Asas/ERT dan lain-lain yang setara

You might also like