You are on page 1of 9

Pemansuhan aliran Sains Tulen.

Mulai tahun 2020, pakej mata


pelajaran (MP) baharu bagi Tingkatan Empat dan Lima telah
diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan (KPM).
Pakej ini disusun berdasarkan keperluan murid untuk meneruskan pengajian ke peringkat lepasan menengah seperti
universiti, matrikulasi, Tingkatan Enam, kolej komuniti, politeknik dan setaraf dengannya.

Walaupun disusun berdasarkan minat dan kebolehan murid, ia masih bergantung kepada kemudahan dan tenaga
pengajar di sekolah.

Dari segi pelaksanaan, murid masih perlu mengikuti 3 kumpulan


MP iaitu MP teras, MP wajib dan MP elektif.
MP teras ialah BM, BI, Sejarah, Matematik, Sains dan PI/PM. Manakala MP wajib ialah PJPK. Bagaimanapun terdapat
juga pengecualian bagi subjek teras (rujuk gambar).

Bagi MP elektif pula menawarkan 2 pakej utama iaitu pakej Sains, Teknologi, Kejuruteraan & Matematik (STEM) dan
pakej Sastera & Kemanusiaan.

Pakej STEM terdiri daripada 3 kriteria:


1. Mengambil semua MP Sains Tulen iaitu Fizik, Kimia, Biologi dan Matematik Tambahan,
2. Mengambil mana-mana 2 MP Sains Tulen dan Matematik Tambahan dan sekurang-kurangnya 1 MP elektif
STEM Sains Gunaan dan teknologi ATAU MP bukan daripada elektif STEM; atau
3. Mengambil mana-mana 2 MP elektif STEM Sains Gunaan dan teknologi atau mengambil mana-mana 1 MP
Vokasional (MPV).

Pakej Sastera dan Kemanusiaan

Gabungan MP yang terdiri daripada kumpulan elektif Bahasa, Pengajian Islam serta Kemanusiaan dan Sastera
Ikhtisas.

Rujukan: Surat Pekeliling Ikhtisas KPM Bil 6 2019

Terima kasih cikgu atas perkongsian ini. Semoga bermanfaat buat semua.

Sumber : Cikgu Wan Hazim

You might also like