You are on page 1of 1

KATA ALU-ALUAN

Assalammualaikum Warahmatullahhi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera,

Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan izinNya,serta dengan jemputan daripada
Pengerusi dan Ahli-Ahli Jawatankuasa Koperasi Penternak Tenusu Negeri Kedah Berhad, maka saya
diberi kesempatan untuk berucap didalam Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Koperasi Penternak
Tenusu Negeri Kedah kali ketiga ini.

Sesungguhnya saya amatlah sukacita dan berbangga di atas usaha yang ditunjukkan oleh semua pihak di
dalam penubuhan Koperasi Penternak Tenusu Negeri Kedah Berhad ini. Seperti yang sedia maklum,
koperasi ini beroperasi sejak tahun 2006 dan mempunyai ahli sebanyak 65 orang.

Keahlian koperasi adalah terbuka kepada semua penternak-penternak tenusu Negeri Kedah serta
kakitangan –kakitangan JPV Kedah terutama sekali dari PPIT yang turut terlibat secara langsung iaitu
PPIT Jitra, PPIT Kulim, PPIT Kuala Muda dan PPIT Kuala Ketil. Ahli-ahli koperasi disaran memberikan
kerjasama yang sewajarnya di dalam aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan. Ia adalah bertepatan dengan
matlamat utama penubuhan koperasi ini iaitu untuk meningkatkan kepentingan ekonomi ahli-ahli secara
usahasama. Koperasi yang berjaya adalah lambang kepada usahasama erat yang berkesan di kalangan
ahli.

Koperasi ini perlulah dijadikan sebagai satu landasan kerjasama erat di antara Jabatan dan pengusaha
tenusu terutama sekali di dalam penyelesaian isu serta masalah-masalah yang berbangkit dalam industri
ini. Jabatan akan sentiasa menyokong segala inisiatif ahli-ahli koperasi di dalam usaha meningkatkan
taraf perusahaan mereka dan berbesar hati memberi peluang dan bantuan seperti tunjuk ajar dan
bimbingan yang diperlukan dalam bidang ini. Antara projek-projek yang sedang dijalankan adalah jualan
susu serta makanan ternakan dan projek terbaru yang sedang giat diusahakan ialah projek Heifer’s Park
(Taman Lembu Dara), Bukit Selambau. Untuk membantu koperasi, Jabatan telah memperuntukan tanah
sebanyak 20 ekar di Ladang Bukit Selambau bagi tujuan pemeliharaan lembu yang mana setelah lembu-
lembu ini bunting, ternakan ini akan dijual kepada penternak-penternak tenusu Negeri Kedah dan
keutamaan diberi kepada ahli-ahli koperasi.

Di samping itu, pengendalian dan penubuhan projek-projek baru perlulah dipergiatkan lagi supaya
gerakan koperasi ini berhasil memberi manfaat kepada ahli-ahlinya.

Akhir kata, saya ucapkan selamat maju jaya kepada semua ahli koperasi dan diharapkan agar kerjasama
antara ahli koperasi dan jabatan dapat diteruskan lagi dalam mencapai kecemerlangan di masa kini dan
masa hadapan.

Sekian, terima kasih.

DR MOHD TERMIZI BIN GHAZALI


Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kedah

You might also like