You are on page 1of 11

Learning To Score 2006

KERTAS 2 SET 2
Skema Jawapan

BAHAGIAN A

1. ‘Italian Affair – Batik Expression’ yang telah diadakan pada tahun 2005 merupakan
satu permulaan penting bagi mempopularkan batik ke seluruh dunia. Namun, terdapat
halangan-halangan tertentu bagi merealisasikan impian ini.
Bincangkan.

Pengenalan
Industri Batik telah mula mendapat perhatian masyarakat umum setelah kerajaan
memperkenalkan pemakaian batik kepada kakitangan kerajaan. Namun, penggiat industri
batik harus berusaha untuk menghadapi cabaran untuk mempopularkan batik ini di negara
ini dan seterusnya ke seluruh dunia.

Bil Idea Huraian


A Kepentingan
1. Sumber pendapatan Lakaran batik yang indah boleh dikomersialkan dan
negara meningkatkan pendapatan negara melalui cukai.
2. Peluang pekerjaan Mewujudkan peluang pekerjaan dalam industri batik.
Pendapatan yang diperoleh mampu meningkatkan taraf
hidup daripada pelbagai sumber dalam industri batik.
3. Memperkembangkan Kajian dibuat untuk mempelbagaikan produk batik, di
penyelidikan dan samping menghasilkan corak baru yang bermutu.
pembangunan Memperkembangkan bakat semulajadi di samping
mewujudkan institusi formal yang menawarkan kemahiran
seni batik.
4. Mengekalkan warisan Kemahiran pemprosesan batik perlu diperturunkan kepada
kraftangan tempatan generasi muda. Mengekalkan corak batik yang bertemakan
budaya setempat.
5. Memperkenalkan identiti Melambangkan imej negara yang berunsurkan alam semula
negara jadi seperti motif pucuk rebung yang berunsur tradisional
yang dipelbagaikan dan disesuaikan dengan kehendak
pasaran dalam dan luar negara.
B Cabaran
6. Persaingan Negara-negara jiran seperti Thailand, Filipina dan Indonesia
juga menghasilkan batik. Wujud persaingan pasaran dan
harga daripada industri tekstil yang lebih murah.
7. Kekurangan modal Sukar mendapat pinjaman dari institusi kewangan kerana
dianggap pelaburan berisiko/ kurang menguntungkan/
pulangan lambat
8. Sikap pengguna. Batik bukan menjadi pilihan utama kerana menganggap
produk tempatan tidak berkualiti. Mengutamakan produk lain
dan yang berjenama.
9. Tenaga buruh. Tenaga buruh kurang mahir – di kalangan keluarga sendiri.
Golongan tua yang mewarisi bakat semakin ramai yang
meninggal dunia sedangkan golongan muda tidak berminat
mewarisinya. Tenaga kerja sukar dicari kerana kebanyakan
mereka menerima upah yang rendah.
10. Teknologi. Industri batik menggunakan teknologi yang kurang
canggih. Masih menggunakan peralatan tradisional.
Produktiviti berkurangan.

1
Learning To Score 2006

Penutup
Industri batik harus dikekalkan bagi mengekalkan budaya tempatan. Segala cabaran harus
ditangani dengan segera agar industri ini dapat berkembang.

Skema : 2+2.

2. Peraturan berkaitan kesihatan dan keselamatan pekerjaan sebenarnya sudah jelas.


Namun demikian, bilangan kemalangan di tempat kerja terus meningkat. Huraikan.

Pengenalan
Kemalangan di tempat kerja boleh berlaku dalam semua situasi kerja. Fenomena ini
disebabkan kecuaian pelbagai pihak yang terlibat.

Bil. Idea Huraian


1. Majikan berorientasikan Menjadikan keuntungan sebagai satu
keuntungan daripada matlamat perniagaan.Menjimatkan
kos dengan meletakkan aspek kesihatan
dan keselamatan pekerja pada tahap
keutamaan rendah.Penyediaan ciri-ciri
keselamatan memerlukan kos yang tinggi
2. Kurang memahami peraturan Peraturan sedia ada sudah jelas – Akta
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan.
Majikan tidak arif tentang keperluan dan
kebajikan pekerja. Pekerja pula tidak
mengetahui hak mereka.
3. Penguatkuasaan yang lemah Pihak berkuasa kurang tenaga kerja bagi
menguatkuasakan peraturan / pemeriksaan.
Majikan tidak tahu keperluan dan
mengenepikan peraturan keselamatan dan
kesihatan di tempat kerja. Denda yang
dikenakan tidak setimpal dengan kesalahan
yang dilakukan.
4. Sikap Pekerja Pekerja menganggap pemakaian peralatan
keselamatan menganggu keselesaan diri.
Pekerja yakin dengan kemahiran mereka
untuk mencegah sebarang kemalangan.
5. Pekerja kurang mahir Tahap akademik yang rendah. Tidak cekap
menguasai jentera. Lamabat menguasai
kemahiran. Pekerja bawah umur.

Penutup
Majikan harus peka dengan isu ini. Peningkatan tahap keselamatan dan kesihatan akan
meningkatkan kualiti dan menguntungkan perniagaan dalam jangka masa panjang.

Skema : 4+0

2
Learning To Score 2006

Bahagian B

3. Penyumbang utama penyakit kardiovaskular ialah arteriosklerosis iaitu gumpalan


lemak yang terkumpul dalam saluran darah. Jelaskan punca dan langkah penyakit
kardiovaskular.

Pengenalan
Penyakit kardiovaskular merupakan antara pembunuh utama masyarakat Malaysia.
Amalan gaya hidup seseorang dikatakan faktor penyumbang penyakit ini.

Bil Idea Huraian


A Punca
1 Amalan pemakanan / diet Pengambilan makanan yang mengandungi
yang tidak seimbang lemak, kolesterol dan gula yang berlebihan.
Darah pekat, arteri / salur darah tersumbat.
Memberi tekanan kepada jantung – lemah.
Kekurangan oksigen ke otak – menyebabkan
strok.
2 Obesiti Jantung gagal berfungsi dengan baik untuk
mengepam darah.Memaksa jantung bekerja
keras untuk menghantar darah ke seluruh
badan.
3 Gaya hidup Pengambilan alkohol, rokok boleh menjejaskan
fungsi jantung. Nikotin / tar dalam rokok
menyebabkan denyutan jantung menjadi laju,
memekatkan darah serta menyempitkan salur
darah.Kurang bersenam – melambatkan kadar
metabolisme dan menyebabkan sistem badan
dan organ dalaman tidak dapat berfungsi
dengan sempurna.
4 Tidak menjalani Pemeriksaan awal tidak dilakukan. Tidak
pemeriksaan awal menyedari tanda-tanda awal / simpton penyakit.
Penyait yang tidak dirawat secara berkala
mengakibatkan serangan angin
ahmar/strok,lumpuh
5 Tekanan / stress Bebanan kerja, kekangan masa. Memendam
perasaan boleh menyebabkan tekanan dan
kadar jantung tidak stabil. Menyebabkan
serangan neurosis dan psikosis .
B Langkah-langkah
6 Diet yang seimbang Pengambilan makanan yang sihat dan
seimbang berdasarkan piramid makanan.
Mampu membekalkan kandungan khasiat yang
diperlukan oleh badan.
7 Amalan gaya hidup sihat Menjauhi amalan merokok, pengambilan alkohol
secara berlebihan. Melakukan senaman,
pergerakan psikomotor, riadah secara
sistematik.
8 Mendapatkan pemeriksaan Mendapatkan pemeriksaan untuk mengesan
awal tanda-tanda awal / simpton penyakit. Dapat
mengawal penyakit dan mengelakkan serangan
tahap kritikal.

3
Learning To Score 2006

Penutup
Diet yang seimbang dan amalan hidup yang positif mampu mencegah penyakit ini.

Skema 2+2

4. Teknologi pembiakbakaan atau pengklonan sememangnya mampu membangunkan


sektor pertanian dan penternakan. Huraikan.

Pengenalan
Teknologi pembiakbakaan ialah kaedah percantuman kebakaan. Kaedah ini boleh dilakukan
dengan matlamat mengubah genetik asal tumbuhan atau ternakan, menghasilkan baka baru
yang lebih berkualiti.

Bil. Idea Huraian


Kepentingan
1 Meningkatkan pengeluaran Penemuan baka baru hasil pembiakbakaan seperti
pertanian tanaman padi MR 74, baka baru ternakan seperti
Selembu dapat meningkatkan pengeluaran. Daya
ketahanan yang tinggi, lebih berkualiti dan berupaya
mengeluarkan hasil dalam jangka masa singkat.
2 Menambahkan sumber Menghasilkan kepelbagaian produk makanan
makanan tempatan berasaskan buah-buahan yang lebih berkhasiat.
Buah mempelam boleh dipelbagaikan menjadi jem
dan jus.
3 Meningkatkan Menghasilkan penemuan baka baru dalam bidang
Penyelidikan dan pertanian. (MARDI) Penggunaan teknologi
Pembangunan ( P & P) berasaskan nuklear mampu menghasilkan baka
tumbuh-tumbuhan yang baik dan bermutu – mutasi
aruhan. Dapat meningkatkan ilmu berkaitan
bioteknologi.
Dapat melahirkan pakar-pakar dalam bidang
teknologi bioteknologi pertanian.
4 Pemindahan teknologi Melibatkan peningkatan tahap kejuruteraan biologi
pertanian dalam bidang kajian klinikal, teknik proses
pembiakbakaan. Akan berlaku perpindahan ilmu
sains dan teknologi pembiakbakaan.
5 Mengurangkan Melalui kaedah rekombinan DNA, penggunaan
penggunaan pestisid racun serangga dikurangkan. Gen tumbuh-
tumbuhan tertentu rintang terhadap serangga
perosak. Serangga jadi imun kepada semburan
racun secara berkala. Mengurangkan kehilangan
nutrien serta memelihara struktur tanah.

Penutup
Teknologi pembiakbakaan mampu membuka era baru kepada sektor pertanian. Oleh itu
segala kemajuan sains dan teknologi haruslah dieksploitasi sewajarnya untuk kegunaan
bersama.

Skema 4+0

4
Learning To Score 2006

Bahagian C
5(a)
(i) PSS merupakan nadi penggerak untuk menyuburkan tabiat suka membca.
(ii)
1. kegagalan dalam peperiksaan yang memberi kesan kepada kerjaya masa hadapan
2. wujud generasi muda yang lemah minda dan kurang produktif / lahir pemimpin
negara yang tiada wawasan dan mudah dipengaruhi
3. Menjejaskan sektor pekerjaan – tidak dapat melahirkan guna tenaga pakar / mahir
dalam bidang profesionall
4. terpaksa mengimport tenaga pakar luar negara – menjejaskan pertumbuhan
ekonomi / pengaliran keluar nilai wang negara

5(b)
(i) Persembahan dalam bentuk grafik yang menghasilkan karakter manusia dengan
berbantu perisian dan teknologi perkomputeran
(ii)
1. Bidang pelajaran – proses penjelasan konsep suatu mata pelajaran / pelajar seronok
belajar / meningkatkan pemahaman pelajar dalam tempoh yang singkat
2. Bidang perfileman - kesan khas yang sukar dilakonkan boleh dilaksanakan melalui
animasi 3D / menarik penonton menyaksikan aksi dalam filem / simulasi kemalangan
kelihatan benar menggunakan animasi 3D
3. Bidang pengiklanan – persembahan yang memikat dan mendorong pelanggan
membeli produk
4. Bidang perubatan – simulasi 3 D dapat memperlihatkan imej yang jelas dan benar
seperti sistem saraf, pembedahan dan diagnosis penyakit

6(a)
(i) Bahan radioaktif dapat mengesan dan merawat penyakit kronik
(ii)
1. Menghasilkan mutasi genetik bagi semua jenis tumbuhan supaya dapat
menghasilkan kepelbagaian baru dalam meningkatkan hasil pengeluaran, contoh
pisang dan padi
2. Teknik penyinaran ke atas makanan daripada produk pertanian untuk dieskport bagi
mencegah wujud tunas baru, melambatkan jangka masa masak dan mengelak
serangga perosak.
3. Kaedah Pertanian Pintar – teknik penyurihan isotop merupakan alternatif untuk
menentukan jenis baja yang sesuai untuk meningkatkan keberkesanan penggunaan
baja nitrogen dan fosforus
4. Menganalisis dan menentukan sisa baki pestisid ( semburan serangga perosak )
dalam makanan, tanah atau alam sekitar yang boleh memudaratkan kesihatan
manusia ( teknik dalam bidang agromik )

6(b)
(i) Kaedah rawatan Botox merupakan kosmetik merawat wajah supaya kelihatan muda
dan cantik
(ii)
1. Mengancam nyawa – boleh menyebabkan kematian apabila tisu muka dan kulit
merosakkan sistem saraf / mata / daya tahan yang lemah akan memberi kesan
kepada kesihatan dalam jangka masa panjang
2. kesan berpanjangan – rawatan akan meninggalkan parut berkekalan
3. memerlukan rawatan dan suntikan berkala / kerap – akan merosakkan lapisan muka
dan membantu mempercepatkan risiko jangkitan.

5
Learning To Score 2006

Bahagian D

7. Bar Kompaun

MALAYSIA: PENGELASAN PINJAMAN MENGIKUT SEKTOR BAGI


TAHUN 2000 HINGGA 2002

SEKTOR 2000 2001 2002


(RM JUTA) (RM JUTA) (RM JUTA)
Getah 284.0 282.7 226.2
Kelapa Sawit 5 442.8 6 165.3 6 491.8
Koko 62.7 66.0 67.4
Ternakan 776.1 820.0 948.1
Lain-lain 1 413.8 1 188.6 886.0
(Sumber: Dipetik dan diubahsuaikan daripada Buku Tahunan
Perangkaan,Jabatan Statistik Malaysia, 2003)

MALAYSIA : PENGELASAN PINJAMAN MENGIKUT SEKTOR


BAGI TAHUN 2000 HINGGA 2002

Pinjaman (RM Juta)

7000
6500
6000
5500
5000
4500
4000
3500
3000
2500
2000
1500
1000
500
0
2000 2001 2002
Tahun
Skala : 1cm=RM 500 Juta
Petunjuk :

Getah
Kelapa Saw it
Koko
Ternakan (Sumber: Dipetik dan diubahsuaikan daripada Buku Tahunan
Lain-lain Perangkaan,Jabatan Statistik Malaysia, 2003)

6
Learning To Score 2006

8. Bar gabungan

MALAYSIA: JENIS-JENIS PENGUNAAN DAN JUMLAH TENAGA ELEKTRIK YANG


DIBELANJAKAN BAGI TAHUN 2000 HINGGA 2002.

Jenis-jenis 2000 2001 2002


Pengguna Juta Kwh RM Juta Juta Kwh RM Juta Juta Kwh RM Juta
Pernigaan 843.1 232.6 974.0 271.6 997.7 289.3
Kediaman 786.9 163.2 806.2 183.2 970.0 231.1
Perindustrian 665.2 152.5 682.8 165.3 748.3 172.2
Lampu awam 46.7 13.1 35.6 10.2 55.4 16.6
Jumlah 2341.9 561.4 2498.6 630.3 3769.1 709.2

(Sumber: Dipetik dan diubahsuaikan daripada Buku Perangkaan


Tahunan,Jabatan Statistik Malaysia, 2003)

MALAYSIA : JENIS-JENIS PENGGUNAAN DAN JUMLAH TENAGA ELEKTRIK YANG DIBELANJAKAN


BAGI TAHUN 2000 HINGGA 2002

Jumlah
Penggunaan
(RM Juta)
(Juta Kwh)
1000
1000

800 800

600 600

400 400

200
200
0 0
2000 2001 2002
Tahun
Skala : 1 cm = 100 juta Kwh
1 cm = RM100 juta
Petunjuk :
Perniagaan
Kediaman
Perindustrian
Lampu Awam
(Sumber: Dipetik dan diubahsuaikan daripada Buku Perangkaan
Jumlah tenaga elektrik
Tahunan,Jabatan Statistik Malaysia, 2003)

7
Learning To Score 2006

Bahagian E

9.

Pengenalan
Jadual menunjukkan jumlah kebakaran mengikut jenis dari tahun 1999 hingga tahun 2002
yang dipetik daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

A:
1. Pola Keseluruhan didapati meningkat
1999 – 11,673 kes
2001 – 13,287 kes (Meningkat sebanyak 1614 kes dari tahun 1999)
2002 – 19,881 kes (Meningkat sebanyak 6594 kes dari tahun 2001)
Peratus peningkatan 1999 – 2002 ialah sebanyak 70.32% atau 8208 kes

2. Pola Meningkat Berterusan


i. Kawasan Setinggan
ii. Bangunan lain dan isinya
iii. Kebun/Hutan/Belukar/Lalang

i. Kawasan Setinggan
1999 – 102 kes
2001 – 145 kes (Meningkat sebanyak 43 kes dari tahun 1999)
2002 – 167 kes (Meningkat sebanyak 22 kes dari tahun 2001)
Peratus peningkatan 1999 – 2002 ialah sebanyak 63.73% atau 65 kes

ii. Bangunan lain dan isinya


1999 – 386 kes
2001 – 428 kes (Meningkat sebanyak 42 kes dari tahun 1999)
2002 – 454 kes (Meningkat sebanyak 26 kes dari tahun 2001)
Peratus peningkatan1999 – 2002 ialah sebanyak 17.62% atau 68 kes

iii. Kebun/Hutan/Belukar/Lalang
1999 – 4927 kes
2001 – 6560 kes (Meningkat sebanyak 1633 kes dari tahun 1999)
2002 – 13,047 kes (Meningkat sebanyak 6487 kes dari tahun 2001)
Peratus peningkatan 1999 – 2002 ialah sebanyak 164.81% atau 8120 kes

3. Pola Menurun Berterusan


i. Kilang
ii. Kenderaan

i. Kilang
1999 – 246 kes
2001 – 195 kes (Menurun sebanyak 51 kes dari tahun 1999)
2002 – 161 kes (Menurun sebanyak 34 kes dari tahun 2001)
Peratus penurunan 1999 – 2002 ialah sebanyak 34.55% atau 85 kes

ii. Kenderaan
1999 – 1055 kes
2001 – 1002 kes (Menurun sebanyak 53 kes dari tahun 1999)
2002 – 956 kes (Menurun sebanyak 46 kes dari tahun 2001)
Peratus penurunan1999 – 2002 ialah sebanyak 9.38% atau 99 kes

8
Learning To Score 2006

4. Pola tidak konsisten


i. Rumah Kediaman
ii. Lain-lain

i. Rumah Kediaman
1999 – 1242 kes
2001 – 1207 kes (Menurun sebanyak 35 kes dari tahun 1999)
2002 – 1445 kes (Meningkat sebanyak 238 kes dari tahun 2001)
Peratus penurunan dari 1999 hingga 2001 ialah sebanyak 2.82%
Peratus peningkatan dari tahun 2001 hingga 2002 ialah sebanyak 19.72%

ii. Lain-lain
1999 – 3715 kes
2001 – 3750 kes (Meningkat sebanyak 35 kes dari tahun 1999)
2002 – 3651 kes (Menurun sebanyak 99 kes dari tahun 2001)
Peratus peningkatan dari 1999 hingga 2001 ialah sebanyak 0.94%
Peratus penurunan dari tahun 2001 hingga 2002 ialah sebanyak 2.64%

B:
Punca Peningkatan Beberapa Kes:

1. Kecuaian manusia – membuang puntung rokok merata-rata


- pembakaran terbuka
- tiada alat pemadam api
2. Sistem pendawaian yang usang/tiada penyelenggaraan – bangunan lama
3. Faktor cuaca - kemarau
4. Aktiviti pertanian tradisional – pembakaran jerami, penerokaan tanah secara haram
5. Penggunaan bahan kimia yang mudah terbakar
6. Litar pintas
7. Tidak mematuhi peraturan – guna lilin/memasak di asrama/ubat nyamuk

Penutup:
Semua pihak harus bersikap prihatin bagi mengelak kejadian kebakaran yang boleh
menyebabkan kehilangan nyawa dan harta benda.

Skema: 3 + 1

Isi - 4
Huraian - 8 (4x2)
Bahasa - 1
Rumusan - 2

Nota:
Calon mesti mengemukakan nilai mutlak dan peratus sebagai bukti data mengikut
tahun

9
Learning To Score 2006

10.

Pengenalan
Jumlah perokok di Malaysia didapati berbeza mengikut had umur.

1. Jumlah Keseluruhan
- Menunjukkan pola meningkat berterusan

1980 – 7,800,000 orang


1990 – 8,200,000 orang
2000 – 8,600,000 orang
- peratus peningkatan dari tahun 1980 hingga 2000 ialah 10.26% atau 800 000
orang.

Sebab:
• Kegagalan kempen anti merokok dan penyakit berkaitan dengan merokok
• Kurang kesedaran di kalangan perokok
• Harga rokok secara relatif masih rendah dan mampu dibeli.

2. Pola Meningkat
i. Umur 29 hingga 38 tahun
ii.Umur 39 hingga 48 tahun
iii.59 tahun ke atas

Umur 29 - 38 tahun:
1980 – 14.10%
1990 – 14.63% (Meningkat sebanyak 0.53% atau 99860 orang)
2000 – 15.11% (Meningkat sebanyak 0.48% atau 99800 orang)

Umur 39 – 48 tahun:
1980 – 15.39%
1990 – 17.07% (Meningkat sebanyak 1.68% atau 199320 orang)
2000 – 17.44% (Meningkat sebanyak 0.37% atau 100100 orang)

Sebab:
• Kedudukan ekonomi /pendapatan yang stabil
• Mereka telah menjadi perokok tegar

Umur 59 tahun ke atas

1980 – 16.67%
1990 – 18.29% (Meningkat sebanyak 1.62% atau 199520 orang)
2000 – 19.79% (Meningkat sebanyak 1.5% atau 202160 orang)

Sebab:
• Merupakan perokok aktif/ketagihan – terus menjadi perokok hingga ke akhir
hayat / perokok tegar.
• Golongan yang sukar menerima nasihat dan pandangan orang lain berkaitan
kesihatan dan lain-lain.

3. Pola Menurun
i.Umur 49 – 58 tahun
1980 – 17.94%
1990 – 15.85% (Menurun sebanyak 2.09% atau 99620 orang)

10
Learning To Score 2006

2000 – 12.79% (Menurun sebanyak 3.06% atau 199760 orang)

Sebab:
• Golongan yang sudah mula mengidap pelbagai jenis penyakit berbahaya
akibat faktor usia dan kesan merokok. Telah ada kesedaran tentang
penjagaan kesihatan

4. Pola Tidak Konsisten


i.18 tahun ke bawah
ii.19 – 28 tahun

18 tahun ke bawah:
1980 – 15.39%
1990 – 13.41% (Menurun sebanyak 1.98% atau 100800 orang)
2000 – 16.27% (Meningkat sebanyak 2.86% atau 299600 orang)

19 – 28 tahun:
1980 – 20.51%
1990 – 20.75% (Meningkat sebanyak 0.24% atau 101720 orang)
2000 – 18.60% (Menurun sebanyak 2.15% atau 101900 orang)

Sebab:
• Bukan daripada golongan perokok aktif (Masih di alam persekolahan) –
merokok hanya apabila dipengaruhi oleh rakan-rakan, untuk melepaskan
tekanan belajar.
• Golongan yang masih menuntut sama ada di sekolah atau di institusi
pengajian tinggi – tidak mempunyai pendapatan tetap untuk membeli rokok.
Bergantung kepada pinjaman / ibubapa

Penutup
Merokok merupakan satu tabiat yang merugikan kerana ia bukan sahaja menyebabkan
perbelanjaan meningkat malah boleh menjadi penyebab pelbagai jenis penyakit kronik.

11

You might also like