You are on page 1of 10

SOALAN STPM 1 KERTAS 1 2007

1.(a) Bincangkan setiap perkara yang berikut dari segi aspek, iaitu prinsip dan amalan
perakaunan yang terlibat, tindakan wajar yang perlu diambil agar sesuai dengan prinsip
perakaunan yang diterima umum, dan kesan terhadap untung rugi, aset, liabiliti, dan ekuiti jika
tindakan yang sewajarnya diambil.

(i) Pendapatan faedah yang terdapat dalam akaun untung rugi termasuk faedah
atas ambilan rakan kongsi yang tertunggak.
(ii) Pendapatan sewa yang ditunjukkan dalam penyata untung rugi bagi tahun
berakhir 31 Disember 2006 meliputi pendapatan sewa sebanyak RM18,000
bagi tempoh 1 April 2006 hingga 31 Mac 2007.
(iii) Beberapa peralatan khemah yang dibeli pada tahun semasa yang bernilai
RM400,000 telah dimasukkan ke dalam akaun belanja walaupun khemah itu
mempunyai tempoh hayat selama 5 tahun. Khemah dianggap sebagai belanja
selaras dengan keputusan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang tidak
memberikan sebarang potongan terhadap belanja itu. Polisi syarikat
menggunakan kadar garis lurus bagi semua asetnya.
(iv) Sejenis inventori dagangan dinilai berdasarkan nilai kos. Walau
bagaimanapun, nilai pasaran inventori itu lebih rendah daripada kos asalnya.
Penilaian inventori akhir dibuat melalui penghitungan fizikal pada setiap 31
Disember.

(b) Yang berikut ialah penyata kewangan yang telah diaudit bagi tahun 2005 dan 2006 untuk
Syarikat Kuchai Berhad. Syarikat mula beroperasi pada 1 Januari 2005.

Syarikat Kuchai Berhad


Penyata Pedapatan
bagi tahun berakhir 31 Disember
2006 2005
RM ‘000 RM ‘000
Perolehan (semua secara kredit) 649,234 907,652
Kos barang dijual 389,594 544,591
Untung kasar 259,730 363,061
Belanja operasi 83,666 356,513
Untung sebelum cukai 176,064 6,548
Cukai - (7,720)
Untung/(rugi) selepas cukai
sebelum perkara luarbiasa 176,064 (1,172)
Perkara luarbiasa 2,000 -
Untung/(rugi) tahun semasa 178, 064 (1,172)
Untung dibawa ke hadapan 28,480 45,652
Untung boleh diagihkan 206,544 44,480
Dividen (16,000) (16,000)
Untung tidak diagihkan dibawa ke hadapan 190,544 28,480
SOALAN STPM 2 KERTAS 1 2007

Sarikat Kuchai Berhad


Kunci Kira-Kira pada 31 Disember
2006 2005
RM’000 RM’000
Modal saham 160,000 160,000
Rizab 246,544 118,824
406,544 278,824
Liabiliti jangka panjang:
Pinjaman 4,012 3,556
Cukai tertunda 9,088 9,088
13,100 12,644
419,644 291,468
Diwakili oleh:
Aset tetap 253,056 51,740
Pelaburan 60,000 88,676
313,056 140,416
Aset semasa:
Inventori 16,548 137,244
Penghutang dagangan 856 45,372
Bayaran terdahulu dan deposit 8,824 2,784
Syarikat subsidiari 143,400 59,596
Simpanan tetap 72,212 101,572
Tunai dan baki bank 1,748 22,400
Jumlah aset semasa 243,588 368,968

Liabiliti semasa
Pemiutang perdagangan 60,400 24,656
Pemiutang lain 13,368 9,904
Pinjaman jangka pendek 42,688 157,484
Cukai 4,544 9,872
Dividen cadangan 16,000 16,000
Jumlah liabiliti semasa 137,000 217,916
Aset semasa bersih 106,588 151,052
Jumlah aset bersih 419,644 291,468

Dikehendaki:
Hitung setiap yang berikut bagi Syarikat Kuchai berhad untuk tahun 2006 dan tahun
2005. Berikan ulasan bagi setiap perubahan.
(i) Nisbah semasa
(ii) Pulangan atas ekuiti
(iii) Pusing ganti inventori
(iv) Nisbah pengearan hutang atas ekuiti
(v) Pusing ganti akaun belum terima
(vi) Kadar pulangan atas jumlah aset [12]
SOALAN STPM 3 KERTAS 1 2007

2 (a) Penambahan kepada akaun aset dan akaun liabiliti tidak semestinya memberikan
kesan kepada aliran tunai. Berikan tiga contoh urus niaga yang melibatkan penambahan aset dan
tiga contoh urusniaga yang melibatkan pengurangan liabiliti tanpa melibatkan aliran tunai [6]

(b) Yang berikut ialah imbangan duga belum terlaras bagi Syarikat Juniper Sendirian
Berhad pada 31 Disember 2006.

RM RM
Bangunan 234,000
Susut nilai terkumpul bangunan 46,800
Kenderaan 35,000
Susut nilai terkumpul kenderaan 3,600
Hasil jualan 196,000
Pulangan jualan 8,900
Inventori 1 Januari 2006 14,000
Balanja gaji 23,700
Balanja sewa 6,700
Pinjaman bank 50,000
Belian 64,300
Simpanan tetap 20,000
Tunai di bank 17,600
Belanja pentadbiran dan jualan 8,000
Belanja utiliti 2,300
Insurans pejabat 600
Penghutang 32,000
Pemiutang 18,900
Modal saham 200,000
Rizab hasil 53,200
Rizab modal 5,000
Jumlah 520,300 520,300

Maklumat tambahan yang berikut belum diambil kira dalam penyediaan imbangan duga di atas.

(1) Syarikat telah berjaya mendapatkan pinjaman bank pada 30 Jun 2006 dengan
faedah yang berkadar 8% setahun. Belanja faedah untuk tahun semasa belum lagi
diambil kira.

(2) Peruntukan hutang ragu ialah 2% daripada jualan secara kredit. Sebanyak 80%
daripada jumlah jualan syarikat ialah jualan secara kredit.

(3) Peruntukan sust nilai tahunan untuk bangunan dan kenderaan masing-masin
adalah kadar 10% dan 20% daripada kos belian aset tersebut.

(4) Insurans adalah untuk tempoh tiga bulan, iaitu untuk Disember 2006, Januari
2007, dan Februari 2007.
SOALAN STPM 4 KERTAS 1 2007

(5) Gaji Penyelia Jualan dan Kerani Akaun untuk Disember 2006 yang masing-
masing sebanyak RM1,500 dan RM800 belum diambil kira.

(6) Kos inventori pada 31 Disember 2006 ialah RM15,800. Polisi syarikat adalah
untuk menilai inventori pada yang terendah antara kos dengan nilai pasaran. Pada
tahun semasa, nilai pasaran bagi inventori ialah RM10,800.

Dikehendaki:

(i) Sediakan catatan jurnal untuk merekodkan maklumat tambahan tersebut. [11]

(ii) Sediakan penyata pendapatan Syarikat Juniper berhad bagi tahun berakhir 31
Disember 2006. [8]
SOALAN STPM 5 KERTAS 1 2007

3 (a) Untung bersih yang diperoleh dalam sesuatu syarikat perniagaan boleh diagihkan kepada
pemegang saham dalam bentuk dividen tunai atau dilaburkan semula ke dalam perniagaan.
Nyatakan kelebihan jika untung bersih diagihkan sebagai dividen dan jika dilaburkan semula ke
dalam perniagaan. [2]

(b) Nyatakan dua kelebihan bagi pemegang saham keutamaan boleh tukar berbanding
pemegang saham biasa . [2]

(c) Jelaskan kesan pengiystiharan dividen saham dan dividen tunai terhadap rizab dan ekuiti
di Kunci Kira-Kira. [4]

(d) Yang berikut ialah petikan dari Kunci Kira-Kira Syarikat arif Berhad pada 1 Januari 2006

Saham modal dibenarkan:


5,000,000 saham biasa @ RM1.00 setiap satu 5,000,000
1,000,000 saham keutamaan 8% kumulatif boleh tebus
@ RM2.00 setiap satu 2,000,000

7,000,000

Saham modal diterbitkan dan berbayar penuh:


2,000,000 saham biasa @ RM1.00 setiap satu 2,000,000
1,000,000 saham keutamaan 8% kumulatif boleh tebus
@ RM2.00 setiap satu 2,000,000
Rizab 723,800
_________
4,723,800

Rizab:
Rizab hasil 23,000
Rizab Penilaian Semula 300,800
Premium saham 400,000

Urusniaga terpilih Syarikat Arif berhad sepanjang tahun 2006 adalah seperti berikut:

(1) Tanah yang dibeli 8 tahun lepas dengan harga RM230,000 telah dinilai semula oleh
penilai bebas kepada RM300,000
(2) Pada awal tahun semasa, syarikat telah membeli tanah dan bangunan yang masing-
masing bernilai RM400,000 dan RM250,000. Untuk membiayai pembelian aset ini,
syarikat telah menerbitkn 2,500 unit debentur dengan setiap unit bernilai RM1.00 dan
selebihnya dengan menerbitkan terbitan hak bagi 1 saham untuk setiap 5 saham biasa
pegangan lama. Semua terbitan debentur dan terbitan hak telah dilanggan sepenuhnya
pada nilai par.
(3) Pada tahun semasa, syarikat telah memperoleh keuntungan yang boleh diagihkan
sebanyak RM865,000.
SOALAN STPM 6 KERTAS 1 2007

(4) Pada awal tahun, syarikat telah menebus 500,000 unit saham keutamaan pada premium
10%. Untuk pembiayaan penebusan, syarikat telah menerbitkan saham biasa secukupnya
pada nilai par.
(5) Pada 31 Disember 2006, ahli lembaga pengarah syarikat telah bersetuju membayar
dividen tunai kepada pemegang saham biasa pada kadar RM0.10 sesaham. Dividen tunai
untuk tahun 2005 masih belum dibayar kepada pemegang saham keutamaan.
Walaubagaimanapun, semua dividen dibayar sepenuhnya pada 31 Januari 2007.

Dikehendaki:

(i) Sediakan semua catatan jurnal bagi setiap urusniaga untuk tahun 2006
[11]

(ii) Sediakan bahagian ekuiti pemilik kunci kira-kira Syarikat Arif Berhad pada 31
Disember 2006 mengikut format Jadual 9 Akta Syarikat 1965
[6]
SOALAN STPM 7 KERTAS 1 2007

4 (a) Syarikat Perdana Sendirian Berhad merupakan syarikat yang menjual peralatan
komputer di sekitar bandar Melaka.Syarikat menggunakan sistem inventori secara berterusan.
Yang berikut ialah urus niaga belian dan jualan inventori syarikat dalam tahun 2006.

Tarikh Urus niaga Baki unit


Belian Jualan
1 Januari (inventori awal) 200 unit@RM100 200
1 Februari 100 unit@RM150 100
15 Mac 400 unit@RM90 500
30 Jun 200 unit@RM85 700
30 Julai 400 unit@RM120 300
20 September 600 unit@RM70 900
30 Disember 300 unit@RM50 1,200
31 Disember 700 unit@RM100 500

Maklumat tambahan:
Belanja operasi: RM12,000

Dikehendaki:
(i) Hitung inventori akhir dan kos barang jualan dengan menggunakan kaedah Masuk Dulu
Keluar Dulu (MDKD) dan Masuk Kemudian Keluar Dulu (MKKD). [7]
(ii) Sediakan penyata pendapatan bagi kedua-dua kaedah tersebut. [4]
(iii) Nyatakan dua kelebihan dan dua kelemahan kaedah MKKD berbanding dengan kaedah
MDKD. [4]

(b) Yang berikut ialah maklumat aset tetap Syarikat Perkasa Sendirian Berhad pada 31
Disember 2006.
Aset Tarikh belian Kos Nilai sisa Usia guna Kaedah susut
(RM) (RM) (tahun) nilai
Mesin 31 Dis 2005 50,000 8,000 5 Unit aktiviti
Van BDH 8712 1 Apr 2005 35,000 5,000 4 Baki
berkurangan
Bangunan 30 Jun 2006 100,000 10,000 20 Garis lurus
Peralatan pejabat 1 Okt 2006 10,000 Tiada 5 Garis lurus

Mesin dijangka dapat mengeluarkan hingga 400,000 unit output. Pada tahun semasa,
mesin telah mengeluarkan sebanyak 50,000 unit output.
Dikehendaki:

(i) Syarikat Perkasa Sendirian Berhad menggunakan kaedah susut nilai berbeza untuk aset
tetap yang dipunyainya. Bincangkan sama ada tindakan ini dibenarkan dalam
perakaunan. [2]
(ii) Berdasarkan maklumat di atas, sediakan catatan jurnal untuk merekodkan belanja susut
nilai bagi tahun 2006. [8]
SOALAN STPM 8 KERTAS 1 2007

5 (a) Nyatakan satu perbezaan antara saham syarikat dengan saham koperasi. [1]
(b) Bagaimanakah asas dividen koperasi ditentukan? [2]
(c) Imbangan duga berikut diambil daripada rekod Koperasi Lembah Keriang Berhad
bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2006.

Koperasi Lembah Keriang Berhad


Imbangan Duga pada 30 Jun 2006

Debit RM Kredit RM
Bangunan 141,700
Perabot dan kelengkapan pejabat 137,700
Aset lain 739,000
Peruntukan susut nilai
Bangunan 66,280
Perabot dan 52,420
kelengkapan perabot
Aset lain 362,300
Pelaburan saham tak tersenarai 4,000
Penghutang dagangan 2,170,000
Skim pinjaman ahli 715,500
Simpanan tetap 215,000
Tunai runcit 1,200
Tunai di bank 1,066,500
Penghutang dan deposit lain 45,200
Pemiutang dagangan 2,437,900
Pemiutang dan akaun lain 174,740
Modal saham ahli 104,000
Modal yuran ahli 200,000
Kumpulan Wang Penebusan Saham 148,900
Rizab modal 600
Keuntungan terkumpul 754,810
Kumpulan Wang Rizab Berkanun 312,500
Tabung Kebajikan 76,400
Jualan 10,103,800
Belian 7,406,500
Stok awal 1,864,310
Yuran perkhidmatan skim pinjaman 26,500
Komisen diterima 30,500
Faedah bank 12,100
Pendapatan daripada perniagaan usaha sama 7,800
Pendapatan sewa 65,000
Pelbagai pendapatan 9,700
Belanja operasi 411,440
Elaun lembaga pengarah 28,200
14,946,250 14,946,250
SOALAN STPM 9 KERTAS 1 2007

Maklumat tambahan
(1) Penghitungan stok perniagaan pada 30 Jun 2006 menunjukkan baki berjumlah
RM2,674,200.

(2) Perkara berikut belum diambil kira:


(i) Yuran juruaudit RM9,800
Caruman kepada KWSP RM2,500
Sewa kedai RM1,500

(ii) Belanja utiliti prabayar RM3,700

(iii) Belanja susut nilai diperuntukkan pada kadar berikut:


Bangunan 2%
Perabot dan kelengkapan pejabat 10%
Aset lain 20%

(iv) Peruntukan untuk pembahagian berkanun adalah 12%,2% dan 1% daripada


keuntungan koperasi masing-masing untuk pindahan ke dalam Kumpulan Wang Rizab
Berkanun, Kumpulan Wang Amanah Pendidikan Koperasi, dan Kumpulan Pembangunan
Koperasi.

(v) Selepas ditolak pembahagian berkanun di atas, koperasi juga memperuntukkan 1%,
4%, 2.5%, dan 5% masing-masing untuk Kumpulan Wang Penebusan Saham,
honorarium lembaga pengarah, zakat perniagaan, dan tabung kebajikan.

(vii) Lembaga pengarah koperasi juga mencadangkan dividen sebanyak 12% daripada
modal saham lain dan yuran ahli.

(viii) Berdasarkan perhitungan yang dibuat oleh perunding cukai, koperasi perlu
memperuntukkan RM450,000 untuk tujuan cukai pendapatan tahun semasa.

Dikehendaki:
(i) Sediakan penyata pendapatan Koperasi Lembah Keriang Berhad bagi tahun
berakhir 30 Jun 2006. [11]
(ii) Sediakan penyata pembahagian keuntungan Koperasi Lembah Keriang Berhad
bagi tahun berakhir 30 Jun 2006. [11]

6 (a) Apakah yang dimaksudkan dengan belanja terakru dan belanja terdahulu dalam
penyediaan akaun penamat? Jelaskan mengapa pelarasan perlu dibuat untuk kedua-dua item ini.
SOALAN STPM 10 KERTAS 1 2007

[4]
(b) Jelaskan mengapa peruntukan hutang lapuk dan peruntukan diskaun perlu diwujudkan
dalam buku akaun. [4]

(c) Mengapakah hutang lapuk pulih dianggap sebagai pendapatan? [4]

(d) Ketika menyediakan akaun penamat Syarikat Teras Maju Sendirian Berhad bagi tahun
berakhir 30 September 2006, akauntannya mendapati bahawa pelarasan perlu dibuat terlebih
dahulu bagi perkara yang berikut:

1) Upah dan gaji pekerja terakru yang perlu dibayar pada 7 Oktober 2006 masing-
masing ialah RM5,800 dan RM6,900.
2) Peruntukan hutang ragu perlu ditingkatkan daripada RM6,020 kepada RM8,050.
3) Peruntukan untuk diskaun yang dibenarkan kepada penghutang perlu dikurangkan
daripada RM2,450 kepada RM1,260.
4) Seorang pelanggan didapati muflis dan gagal menjelaskan hutangnya. Syarikat
mengambil tindakan untuk melupuskan hutang berkenaan yang berjumlah RM5,300.
5) Hutang seorang pelanggan yang berjumlah RM1,470 telah dihapus kira pada tahun
lepas. Walau bagaimanapun, pada hujung bulan September 2006, pelanggan
berkenaan telah membayar semua hutangnya melalui satu cek.Cek itu belum lagi
ditunaikan di bank dan belum lagi direkodkan ke dalam akaun.
6) Terdapat kesilapan dalam memberikan diskaun tunai kepada salah seorang pelanggan
syarikat. Pelanggan itu telah diberi diskaun sebanyak 8% daripada nilai jualan kasar
yang berjumlah RM4,900. Diskaun yang sepatutnya ialah 10%.Pelanggan itu telah
memaklumkan syarikat bahawa dia berhak menerima baki diskaun berkenaan.
7) Syarikat membayar sewa premis perniagaan untuk tempoh empat bulan
sekaligus.Pada 1 September 2006, sejumlah RM19,200 telah dibayar untuk sewaan
hingga Disember 2006.Syarikat telah merekodkan bayaran itu sebagai belanja sewa
ketika bayaran dibuat.
8) Syarikat membayar bil elektrik semasa pada 29 September 2006 yang berjumlah
RM1,900. Belum ada sebarang catatan tentang urus niaga ini.
9) Pada pertengahan tahun 2006, syarikat telah membelanjakan RM2,500 sebagai
belanja pembaikian kenderaan perniagaan. Walaubagaimanapun, kerani akaun
membuat kesilapan dengan mendebitkan jumlah ini ke dalam akaun kenderaan.
Syarikat membuat peruntukan susutnilai kenderaan pada kadar 10% setahun secara
garis lurus tanpa nilai sisa.

Dikehendaki:
Sediakan catatan jurnal pelarasan yang sesuai untuk setiap urus niaga tersebut pada 30
September 2006. [13]

You might also like