You are on page 1of 9

PAKAIAN

Menurut Kamus Melayu Global (2006), pakaian ialah sesuatu yang diperbuat daripada

kain. Pakaian masyarakat Baba berbeza dari masyarakat Cina, malah lebih mirip

dengan pakaian masyarakat Melayu, ini dapat dilihat pada beberapa jenis pakaian

kaum Nyonya.

Misalnya, menurut Jasman Ahmad dan Rosnah Ramli pakaian berikut adalah

seperti baju cekak musang, antara pakaian yang hampir serupa dengan baju kurung

namun pakaian tersebut lebih ketat mengikut saiz bentuk badan pemakai. Warna yang

sering menjadi pilihan kaum nyonya adalah seperti warna-warna yang terang dan

berbunga kecil, seperti warna kelabu, putih, merah hati adalah menjadi kegemaran

utama. Baju cekak musang ini akan dipadankan dengan kain sarong atau kain pelikat,

kadangkala ada juga kaum wanita masyarakat Baba yang meletakkan kain batik di

bahu untuk di jadikan selendang ketika memakai baju cekak musang.

Selain itu, Jasman Ahmad dan Rosnah Ramli wanita masyarakat Baba juga

gemar memakai baju kebaya labuh. Baju kebaya labuh ini akan dihiasi dengan

pelbagai jenis kerongsang dan dipadankan dengan kain batik sarong, manakala rambut

pula akan disanggulkan dengan sanggul yang menarik. Warna yang menjadi

kegemaran untuk dipilih antaranya ialah biru muda, merah jambu dan putih, dan pada

kebiasaanya sulam bunga di baju kebaya mempunyai warna yang sama dan amat

menarik. Baju kebaya labuh ini kelihatan lebih lembut dan nipis, oleh itu amat sesuai

dipakai oleh golongan wanita muda masyarakat Baba supaya kelihatan sopan.
Menurut Jasman Ahmad dan Rosnah Ramli bagi masyarakat Baba, mereka

mempunyai baju khas bagi kaum wanita masyarakat Baba yang perlu dipakai ketika

hari pertama dalam perkahwinan, iaitu baju Koon. Baju Koon berbentuk panjang dan

labuh serta akan dihiasi dengan sulaman pada kain baldu. Ketika memakai baju ini

rambut akan dihias, berbentuk sanggul bunga yang dihiasi dengan ikatan dipanggil

buntut belangkas kerana cucuk sanggulnya berbentuk lintang bulat.

Manakala pakaian yang selalu dipakai bagi lelaki masyarakat Baba ialah teng

sah beh kuah, iaitu baju cekak musang yang berbutang kain sangkut dan berseluar kilat

kosong dan dipadankan dengan topi berwarna hitam. Baju ini dinamakan teng sah yang

bermaksud baju labuh panjang, beh kuah pula membawa maksud baju pendek yang

dipakai diluar teng sah.

Rekaan kasut yang unik dan amat digemari oleh masyarakat Baba ialah kasut

manek. Kasut manek ialah alas kaki buatan tangan yang dihasilkan dari jalinan manik

kaca bersegi-segi halus yang dijahit pada kain terpal. Rekaan kasut manek tradisional

ini sering memperlihatkan motif bunga Eropah dan warnanya dipengaruhi oleh tembikar

Peranakan dan sarong batik. Kini kasut manek diberi rekaan moden serta ditambah

tumit.
Lelaki memakai Baju Kurung potongan
moden dengan samping dan ikat kepala.
Wanita pula memakai Baju Kurung Teluk
Belanga sutera yang dipadankan dengan
kain sarung tapak catur

Lelaki memakai Baju Sikap sebagai pakaian


pembesar dilengkapi samping dan tengkolok
broked.
Wanita pula berbaju Kurung Teluk Belanga broked
yang dipadankan dengan kain sarung satin. Dada
dihiasi sibar layang dari baldu bertekad manik dan
labuci. Kepala memakai sanggul lintang
Wanita Chettiar menggayakan Baju
Kebaya sulam kasa dan kain batik wiron
serta berselendang 

Lelaki menggayakan Baju Melayu


Cekak Musang sedondon yang
dilengkapi dengan Baju Sikap baldu
serta samping ikatan tindih bertemu
Baju Kurung Teluk Belanga broked yang
dipadankan dengan kain sarung satin. Dada
dihiasi sibar layang dari baldu bertekad
manik dan labuci. Kepala memakai sanggul
lintang

Baju Kebaya Labuh Kuning polos


berkerongsang tiga dipadankan dengan
kain batik dan selendang renda putih
bersulam benang emas
Baju Kebaya Labuh biru
dipadankan dengan selendang
panjang renda hitam keemasan

Baju Kebaya Panjang dari kain les dan


Baju Kecik juga dipadankan dengan kain
batik lazimnya dari Perkalongan
Baju Panjang Nyonya dari kain les dan
memakai Baju Kecik kolar tinggi. Baju
panjang dipadankan dengan kain batik
gerus dan sapu tangan batik Jawa

Baju Melayu Teluk Belanga yang


sudah dipermodenkan, digandingkan
dengan samping corak geometrik dan
bengkung
Lelaki Chettiar memakai jaket putih polos
berkain pelikat dan berselempang serta
bersongkok Jawa yang diubahsuai

Pengantin lelaki memakai Jubah Labuh dari kain


broked, sibai bertekat dan hiasan kepala tarbus
berhias tajuk mahkota. Pengantin perempuan
berbaju kurung broked dan kain songket, siba
layang dari baldu bertekad benang emas, manik
dan labuci. Hiasan kepala

You might also like