You are on page 1of 1

SISTEM SARAF

1) Huraikan bahagian yang terdapat dalam sistem saraf.

Sistem saraf terbahagi kepada 2 iaitu sistem saraf pusat dan sistem saraf pinggir
atau periferi. Sistem saraf pusat terdiri daripada otak dan saraf tunjang manakala
sistem saraf pinggir terdiri daripada saraf kranium dan saraf spina. Otak dan saraf
tunjang terletak pada kaviti dorsal. Sistem ini berperanan sebagai pusat integrasi
dan kawalan sistem saraf.

Sistem saraf pinggir atau periferi pula terdiri dari saraf-saraf unjuran dari otak dan
saraf tunjang.saraf-saraf sensori (aferen) membawa impuls dari reseptor sensori
pelbagai bahagian tubuh ke sistem saraf pusat sementara saraf motor (eferen)
membawa impuls dari sistem saraf pusat ke organ-organ, otot-otot dan kelenjar
untuk menghasilkan sesuatu perlakuan. Sistem saraf pinggir juga boleh
diklasifikasikan kepada sistem saraf somatik dan sistem saraf autonomik. Sistem
saraf somatik membolehkan kawalan otot-otot rangka. Sistem saraf autonomik
mengawal atur aktiviti-aktiviti otot-otot kardiak dan licin serta kelenjar yang di luar
kawalan. Saraf autonomik pula terbahagi kepada dua iaitu simpatetik dan
parasimpatetik.

You might also like