You are on page 1of 3

TAJUK : SISTEM SARAF

SOALAN

1. Nyatakan dua fungsi sistem saraf.


2. Nyatakan dua bahagian utama dalam sistem saraf.
3. Bezakan antara saraf sensori (aferen) dan saraf motor (eferen) dalam sistem saraf
periferi.
4. Apakah yang dimaksudkan dengan saraf somatik dan saraf autonomik.
5. Nyatakan lima fungsi sistem saraf
6. Secara keseluruhan, bincangkan kepentingan sistem saraf dalam tubuh badan
manusia.
SKEMA JAWAPAN

Jawapan 1

 Mengintegrasi rangsangan yang diterima


 Menyimpan maklumat yang diterima

Jawapan 2

Sistem saraf pusat Sistem saraf periferi


 Terdiri daripada otak dan saraf  Terdiri daripada saraf-saraf unjuran
tunjang. dari otak dan saraf tunjang.
 Berperanan sebagai pusat intergrasi  Terbahagi kepada dua bahagian
dan kawalan sistem badan. iaitu :
1. Saraf sensori (aferen)
2. Saraf motor (eferen)

Jawapan 3

Saraf sensori (aferen) Saraf motor (eferen)


 Membawa impuls dari reseptor  Membawa impuls dari sistem saraf
sensori pelbagai bahagian tubuh ke pusat ke organ-organ, otot-otot, dan
sistem saraf pusat. kelenjar untuk menghasilkan
sesuatu perlakuan.

Jawapan 4

Saraf somatik Saraf autonomik


 Membolehkan kawalan otot-otot  Mengawalatur aktiviti-aktiviti otot-
rangka. otot kardiak dan licin serta kelenjar
yang di luar kawalan.

Jawapan 5

i. Mengintegrasi rangsangan yang diterima.


ii. Menterjemah rangsangan.
iii. Mencetuskan pergerakan motor.
iv. Menyimpan maklumat.
v. Menjana pemikiran dan idea.
Jawapan 6

 Sistem saraf bertanggungjawab mengintegrasi dan mengawal semua fungsi sistem


badan.
 Berkebolehan untuk menerima dan bertindak balas terhadap impuls dari
persekitaran dan internal.
 Menghantar impuls ke sistem saraf pusat dan di hantar melalui satu neuron ke
neuron yang lain.

You might also like