You are on page 1of 5

NAMA PELAJAR: ROSNIZA BINTI MOHAMED ABDULLAH

NO.MATRIK: JEA080174

KURSUS: PENGAJIAN MELAYU

LECTURER: PROF. AMRAN BIN MUHAMAD

Fakulti: pengajian melayu

BIOGRAFI TOKOH IBNU SINA

Nama sebenar ibnu sina ialah Abu Ali Al-Hussain Ibn Sina. Gelaran yang diberikan

kepada beliau ialah bapa sejarah sains. Beliau lahir pada sekitar 980 M atau 370 H. beliau

wafat pada 1037 M atau 480 H. beliau mengikut mazhab Ismaili. Beliau merupakan salah

seorang etnik Tajik di rantau Parsi. Beliau mengambil bidang

perubatan,astronomi,etika,logic,matematik,metafizik,falsafah,fizik,sains dan teologi. Antara

karya-karya yang dihasilkan ialah Alqanun fi altibb,kitab al-shifa,Al najat. Tokoh-tokoh


seperti Omar Khayyam,Ibnu Rushd,Thomas Aquinas banyak menpengaruhi beliau. Beliau

juga mendapat ilham daripada Aristotle dan Al-Farabi. Ibnu sina juga dikenali sebagai

Avicenna di dunia barat dan merupakan salah seorang pakar sains dari iran yang hidup antara

tahun 980-1037 M.

FALSAFAH IBNU SINA

Beliau pernah menulis sebuah buku berjudul al-Najah yang membicarakan persoalan

falsafah. Pemikiran beliau banyak dipengaruhi oleh aliran falsafah al-Farabi yang telah

menghidupkan pemikiran Aristotle. Pengaruh pemikiran yunani bukan sahaja dapat dilihat

dalam pandangan Ibnu Sina mengenai kesihatan dan perubatan malahan juga dalam bidang

falsafah. Pemikiran falsafah dan konsep ketuhanannya ditulis oleh beliau dalam bab “Himah

Ilahiyyah” dalamn fasal “tentang adanya susunan akal dan nufus langit dan jirim atasan.

Pemikiranya telah mencetuskan kontroversi dan telah disifatkan sebagai satu percubaan untuk

membahaskan zat Allah. Beliau juga berpendapat bahawa matematik boleh digunakan untuk

mengenal Tuhan. Beliau tidak pernah menolak kekuasaan Tuhan yang terdapat di dalam
bukunya iaitu An-Najah yang menyatakan bahawa pencipta yang dinamakan sebagai Wajib

al-Wujud sebab Dia berkehendak bukan mengikut kehendak namun ia tidak menghalang

Wajib al-Wujud untuk melimpahkan atau menerbitkan segala yang wujud sebab

kesempurnaan dan ketinggian-Nya.

Ibnu sina juga merupakan tokoh sains islam yang terkemuka dengan ilmu-ilmu

sains.Beliau lebih menonjol dalam bidang perubatan sama ada sebagai seorang doctor

atau pun mahaguru ilmu kedoktoran. Beliau mula menjadi terkenal apabila beliau

berjaya menyembuhkan penyakit putera Nub Ibn Nas al-Samani yang gagal diubati

oleh doctor yang lain.kehebatan dan kepakaran beliau dalam bidang perubatan tiada

tolok bandingnya sehingga mendapat gelaran al-Syeikh al-Rais(Mahaguru Pertama).

perubatan Yunani berasaskan teori empat unsur yang dinamakan humours iaitu

darah,lendir(phlegm),hempedu kuning(yellow bite)dan hempedu hitam(black bile).

Keempat-empat unsur hendaklah berada dalam keadaan yang seimbang dan apabila

terganggu boleh membawa penyakit.

kemasyhurannya melangkaui wilayah dan Negara islam dalam bukunya al-

Qanun fi al-Tibb yang diterbitkan di rom pada tahun 1593 sebelum dialihkan bahasa ke

dalam bahasa inggeris dengan judul Precepts of Medicine. dalam jangka masa tidak sampai

100 tahun buku itu telah dicetak ke dalam 15 buah bahasa. buku-buku menjadi rujukan di

universiti Itali dan Perancis. beliau juga telah menghasilkan sebuah buku yang diberi judul

(Remedies for The Heart) yang mengandungi sajak-sajak perubatan. beliau telah

menceritakan dan menghuraikan 760 jenis penyakit bersama dengan cara untuk

mengubatinya.
KESIMPULAN

falsafah beliau meningkatkan lagi dalam bidang perubatan. perkembangan falsafah

islam tidak mungkin dapat dinafikan. beliau dianggap sebagai orang yang bertanggungjawab

menyusun ilmu falsafah dan sains dalam islam. sesungguhnya beliau tidak sahaja unggul

dalam bidang perubatan tetapi kehebatan dalam bidang falsafah mengatasi gurunya sendiri.

iaitu al-Farabi. pemikiran beliau banyak menjurus aliran falsafah al-farabi yang telah

menghidupkan pemikiran Aristotle. ini kerana pandangan perubatan beliau turut dipengaruhi

oleh asas dan teori khususnya Hippocrates.


BIBLIOGRAFI

http://ms.wikipedia.org/wiki/Abu_Ali_Al-hussain_Ibn_Abdallah_Ibn_s

You might also like