You are on page 1of 23

SMK PESANTREN ABDUL TAIB MAHMUD,

SADONG JAYA

KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN

2010

Amalan Kitar Semula Di Kampung Buntal

Kuhing, Sarawak

Nama Murid : Mohd. Nurhisyam Bin Talang

Nombor Kad Pengenalan: 950617135407

Tingkatan: 3 Maliki

Nama Guru: Cikgu Mataluddin

…………………… …………………….
Tandatangan murid Tandatangan guru

i
2.0 Senarai Kandungan

Bil. Tajuk Bab Muka Surat


1 Tajuk i
2 Senarai Kandungan ii
3 Penghargaan 1
4 Pendahuluan 2
5 Objektif Kajian 3
6 Kawasan Kajian 4
7 Kaedah Kajian 7
8 Dapatan Kajian 8
9 Rumusan Kajian 15
10 Lampiran 16
11 Rujukan 19
ii
3.0 Penghargaan
Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Encik Junaidi Bin

Zulkipli, Pengetua SMK Pesantren Abdul Taib Mahmud kerana memberi kebenaran dan

sokongan untuk menjalankan kajian ini.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Encik Mataluddin, guru

Geografi kerana telah memberikan tunjuk ajar dan panduan untuk menjalankan kajian ini.

Tidak lupa kepada kedua-dua ibubapa saya yang telah memberikan dorongan dan

sokongan sepanjang kajian ini dijalankan.

Selain itu, ucapan terima kasih juga saya tujukan kepada rakan saya Mohd Nabil

Fikri, Mohd Yazzid dan juga Mohd Farhan kerana membantu saya mendapatkan
maklumat untuk menjalankan kajian ini. Setinggi-tinggi penghargaan juga diberikan

kepada Hjh. Aton binti Sakop dan Luqman bin Fadir, penduduk Kampung Buntal yang

banyak memberikan maklumat. Sekian terima kasih.

Salam hormat daripada saya,

……………..........

MOHD NURHISYAM BIN TALANG

4.0 Pendahuluan

Saya telah memilih tajuk kursus Amalan Kitar Semula Di Kampung Buntal

Kuching, Sarawak untuk memenuhi syarat PMR 2010.

Saya memilih kawasan ini untuk menjalankan kajian kerana kawasan ini

berdekatan dengan tempat tinggal saya. Kawasan ini merupakan salah satu

perkampungan yang terdapat di Kuching. Saya beranggapan kawasan perkampungan ini

sesuai untuk menjalankan kajian ini kerana terdapat beberapa kawasan yang

mengamalkan amalan kitar semula.


Saya menjalankan kajian ini secara individu berdasarkan maklumat yang saya

perolehi. Kajian ini telah berjaya disiapkan dalam masa 4 minggu bermula dari bulan

Mac sehingga bulan April 2010.

5.0 Objektif Kajian

Kajian ini bertujuan untuk:

a) Mengenal pasti konsep kitar semula

b) Mengenal pasti jenis-jenis bahan dan amalan kitar semula

c) Mengenal pasti kepentingan amalan kitar semula

d) Mengenal pasti masalah / halangan amalan kitar semula

e) Mencadangkan langkah-langkah mengatasi masalah dalam melaksanakan amalan

kitar semula
f) Menerapkan unsur-unsur patriotisme dalam dapatan kajian

6.0 Kawasan Kajian

Kawasan yang saya kaji ialah Kampung Buntal, Kuching. Kampung Buntal adalah
merupakan sebuah Kampung nelayan yang telah dibuka kira-kira 300 tahun dahulu. Orang

yang pertama mendiami Kampung Buntal ialah "Datuk Tanggak". Beliau telah membawa

keluarganya berpindah ke Kampung Buntal memandangkan lokasinya agak sesuai untuk

dijadikan tempat perhentian semasa menangkap ikan. Nama kampung Buntal diambil

sempena sungai Buntal yang pada masa itu terkenal dengan ikan Buntal yang banyak terdapat

dalam sungai tersebut.

Kawasan ini terletak di tanah pamah yang rata yang berdekatan dengan pantai.

Terdapat juga kawasan hutan di sekeliling perkampungan ini.


Kampung Buntal terletak di dalam daerah Kuching dan berdekatan dengan Gunung

Santubong dan Kampung Budaya Sarawak. Kampung Buntal juga berdekatan dengan Laut

China Selatan. Jarak antara Kampung Buntal dan Bandaraya Kuching lebih kurang 27 KM

dengan menggunakan kemudahan jalan raya.

6.1 Peta

1) Peta daerah: Bandaraya Kuching U


5

2) Peta kawasan kajian: Kampung Buntal


6

7.0 Kaedah Kajian


Saya menjalankan kajian ini menggunakan kaedah-kaedah seperti yang berikut:
 Pemerhatian: Saya menggunakan kaedah ini untuk mengenal pasti aktiviti kitar

semula yang dijalankan di kawasan kajian serta memerhati jumlah orang yang

mengitar semula dalam seminggu.

 Temu bual: Saya telah mengumpul maklumat dengan menemu bual 5 orang

penduduk tempatan mengenai pandangan mereka mengenai kepentingan dan juga

masalah kitar semula di kawasan kajian.

 Rujukan: Saya mencari maklumat tambahan berkaitan dengan langkah-langkah

untuk mengatasi masalah dalam melaksanakan kitar semula.

8.0 Dapatan Kajian


8.1 Konsep kitar semula

 Konsep kitar semula melibatkan 3R iaitu:

1. Reduce yang membawa maksud mengurangkan jumlah apa yang kita

ambil atau gunakan setiap hari dan dihadkan apa yang perlu sahaja.

Contohnya kita boleh menggunakan satu plastik sahaja jika membungkus

barangan di mana-mana kedai bagi mengurangkan pernggunaan plastic.

2. Reuse yang bermaksud guna semula. Ianya amat mudah untuk diamalkan.

Contohnya tin minuman boleh di guna semula untuk dijadikan tempat

letak alat tulis.

3. Recycle yang bermaksud kitar semula. Kitar semula ialah proses mengitar

semula melibatkan usaha mengumpul, memproses dan mengguna semula

bahan-bahan yang pernah dianggap sebagai sampah.

8.2 Jenis bahan dan amalan kitar semula


 Antara jenis bahan yang boleh dikitar semula ialah semua jenis kertas sama ada

yang berwarna ataupun yang tidak berwarna, seperti suratkhabar lama, majalah

lama, buku dan juga katalog. Kaca seperti botol minuman dan juga bekas

makanan. Air seperti air selepas mencuci kereta. Plastik contohnya beg plastik

dan juga botol minuman plastik. Kayu yang telah lama dan juga tekstil.

Bil. Jenis bahan Bilangan orang yang

mengitar semula
1. Kertas 11
2. Kaca 7
3. Plastik 18
4. Kayu 4
20
18
16
14
1 Kertas
12
2 Kaca
10
3 Plastik
8
4 Kayu
6
4
2
0
Bilangan orang yang mengitar semula

Bilangan orang yang mengitar semula

1 Kertas
2 Kaca
3 Plastik
4 Kayu
10

 Terdapat beberapa jenis amalan kitar semula. Antaranya ialah dengan aktiviti jual

beli. Melalui amalan ini kita boleh mengurangkan pengeluaran bahan baru.

Amalan ini juga boleh mengeratkan hubungan antara kedua-dua belah pihak yang

mendorong ke arah perpaduan kaum.

Selain itu, amalan guna semula bahan terpakai juga boleh digunakan

seperti botol kaca dan juga bekas makanan. Kaedah guna semula boleh

menjimatkan wang serta sumber.

Di samping itu, kita juga boleh menghasilkan bahan baru melalui

bahan terpakai. Contohnya tekstil yang terpakai boleh menghasilkan bahan baru

seperti kain untuk mengelap tingkap.

Memberikan sumbangan kepada pihak lain juga merupakan amalan

untuk kitar semula. Selain daripada berfungsi sebagai langkah untuk menjaga

alam sekitar, ianya juga boleh mengurangkan bebanan rakyat kita yang hidup

dalam serba kekurangan.


11

8.3 Kepentingan kitar semula

Terdapat beberapa kepentingan kitar semula yang boleh kita perolehi. Antaranya ialah:

1. Mengurangkan pencemaran alam sekitar. Apabila ramai dikalangan masyarakat

yang mengamalkan amalan kitar semula ini masalah pencemaran boleh diatasi

dengan lebih efektif.

2. Memupuk sikap berjimat cermat. Sikap berjimat cermat memberikan banyak

faedah kepada pengamalnya. Kita boleh menabung ataupun mengurangkan

penggunaan sesuatu sumber.

3. Menceriakan persekitaran alam sekitar. Melalui kaedah guna semula, kita boleh

memanfaatkannya untuk menceriakan persekitaran kita. Contohnya kita boleh

menggunakan botol-botol yang terpakai untuk dijadikan pagar kawasan pokok

bunga.

4. Mengurangkan penggunaan sumber. Melalui kitar semula kita boleh

mengurangkan penggunaan sumber kerana kita boleh mengurangkan pembelian

untuk sumber yang baru dengan menggunakan sumber yang sedia ada.

5. Menambah pendapatan kita. Melalui amalan jual beli, kita boleh menambahkan

lagi pendapatan kita di samping memberikan peluang pekerjaan kepada

sesetengah pihak. Ini boleh mengurangkan kadar pengangguran rakyat di

Malaysia.
12

8.4 Masalah / halangan amalan kitar semula

Terdapat beberapa halangan kitar semula di kawasan kajian ini. Antaranya ialah:

1. Sikap penduduk sekitar yang malas untuk mengasingkan bahan kitar semula

dengan sisa buangan. Masyarakat sekitar seharusnya memahami hasrat kerajaan

untuk mengurangkan masalah kekurangan tapak pelupusan sampah. Hasrat ini

tidak akan tercapai sekiranya tiada sokongan daripada rakyat.

2. Kekurangan kemudahan telah menyebabkan penduduk sekitar sukar untuk

menjalankan aktiviti kitar semula. Berbanding dengan bandaraya kuching yang

mempunyai banyak kemudahan telah memudahkan penduduk setempat.

3. Kurang pengetahuan mengenai kitar semula juga telah menyebabkan penduduk

terus membuang sisa pepejal tanpa memikirkan dahulu mengenai kesannya

terlebih dahulu.

4. Kurang galakan telah menyebabkan masyarakat hanya mengambil jalan mudah

sahaja untuk membuangkan sisa pepejal ini.


13

8.5 Langkah / cadangan untuk mengatasi masalah dalam melaksanakan kitar

semula

Terdapat beberapa langkah-langkah untuk mengatasi masalah dalam melaksanakan kitar

semula di kawasan kajian. Langkah-langkah untuk mengatasi masalah ini ialah:

1. Mengadakan kempen kitar semula. Kaedah ini boleh mendedahkan lagi kepada

masyarakat dengan lebih mendalam mengenai kitar semula. Melalui kempen ini

juga masyarakat setempat untuk bertukar-tukar pendapat mereka mengenai kitar

semula.

2. Kerjasama dengan pihak berkuasa juga boleh dijalankan. Melalui kaedah ini

pihak berkuasa akan lebih mudah untuk mengetahui masalah penduduk. Kaedah

ini amat sesuai kerana pihak berkuasa lebih mudah mengetahui apa yang

diperlukan oleh masyarakat.

3. Gotong-royong untuk bersama-sama mengitar semula boleh dijalankan di

kawasan kajian ini kerana ianya boleh mengurangkan sampah-sarap di sekitar

kawasan kajian. Semangat kekitaan di kalangan masyarakat bagi menggalakkan

perpaduan kaum bedasarkan kempen 1 Malaysia yang dianjurkan oleh perdana

menteri.

4. Penubuhan Kelab Pencinta Alam Sekitar boleh ditubuhkan di kawasan kajian ini

untuk menyerapkan rasa pentingnya alam sekitar dalam kalangan masyarakat.

Kaedah kitar semula amat sesuai untuk memelihara alam sekitar.


14

9.0 Rumusan Kajian


Kampung Buntal merupakan antara salah sebuah kampung yang mengamalkan

kegiatan kitar semula iaitu yang melibatkan konsep 3R iaitu reuse,reduce dan juga

recycle. Terdapat beberapa barang yang boleh dikitar semula seperti botol kaca, kertas,

air dan juga tekstil.

Antara kepentingan kitar semula ialah mengurangkan pencemaran alam sekitar

dan juga menceriakan persekitaran. Apabila masalah pencemaran semakin berkurangan

dan persekitaran semakin kelihatan ceria kita akan hidup dalam keadan yang lebih

selesa.

Terdapat juga beberapa masalah ataupun halangan yang dihadapi seperti

kekurangan kemudahan dan juga sikap segelintir penduduk yang masih memandang

remeh terhadap amalan kitar semula ini.

Namun begitu terdapat beberapa inisiatif ataupun langkah yang boleh diambil

bagi mengatasi masalah ini. Antaranya ialah dengan mengadakan kempen kitar semula,

membuat kerjasama dengan pihak berkuasa dan menjalankan aktivi gotong-royong. Di

samping boleh mengatasi masalah kitar semula, langkah ini juga boleh memupuk

kesefahaman serta perpaduan di kalangan masyarakat.


15

10.0 Lampiran
16
17
18

11.0 Rujukan
Internet

1. http://www.kpkt.gov.my/kitarsemula/Malay/Why_m.asp

2. http://geogsmkt.blogspot.com/2010/02/contoh-kerja-kursus-geografi-pmr.html

3. http://www.scribd.com/doc/14336275/KERJA-KURSUS-PMR-GEOGRAFI-

2009

Orang sumber

1. Hjh. Aton binti Sakop (541028-13-5292)

2. Luqman bin Fadir (900909-13-6705)

Buku

1. Buku teks geografi tingkatan 3, muka surat 206 hingga 217, penulis Mohd. Jamil

bin Mohamed, Hj. Rodzli bin Hj. Hashim dan Hjh. Mahani binti Hj. Mahbar,

Johore Central Store Sdn. Bhd.


19

You might also like