You are on page 1of 6

Kajian Inovasi Rekabentuk Struktur Rasuk Jenis Besi (Beam with End Moment & Lateral Restraints) dengan

Menggunakan Microsoft Excel.


Ahmad Hariss Faizohar b. Ab. Fatah
Jabatan Kejuruteraan Awam, POLISAS hariss@polisas.edu.my

Mohd Hafiz b. Hussin


Jabatan Kejuruteraan Awam, POLISAS hafizhussin@polisas.edu.my

Abstrak
Pembangunan teknologi komputer dan IT telah memberikan impak yang besar dalam kehidupan masyarakat manusia masa kini. Teknologi komputer telah memainkan peranan yang penting dalam membangunkan pelbagai bentuk industri termasuk industri pembinaan sebagai salah satu alat bantuan dalam proses penyelesaian masalah yang berhubung kait dengan analisis dan rekabentuk struktur besi dan keluli. Terdapat banyak perisian komputer seperti ini telah berada di pasaran dunia dan kebanyakannya dibangunkan oleh warga asing, disamping harganya yang agak mahal. Oleh yang demikian, projek yang dibangunkan ini telah melebarkan pembangunan perisian kos sederhana bagi rekabentuk struktur binaan terutamanya industri pembinaan tempatan. Projek ini melibatkan evaluasi terhadap teknologi rekabentuk berkomputer melalui penggunaan Microsoft Excel diikuti penaikan taraf perisian, pengiraan secara jitu dan penghasilan data yang

rekabentuk struktur binaan. Hasil pengiraan tersebut akan dapat membantu seseorang perekabentuk dalam menganggarkan secara berkesan saiz atau rekabentuk rasuk besi dalam masa yang singkat.

1. Pengenalan
Kajian ini adalah penting dalam proses membina rasuk bagi sesebuah bangunan yang terutamanya dalam mengetahui saiz dan panjang rentang kerana ia akan menentukan keselamatan dan ketahanan sesuatu struktur itu serta ekonomik dari segi harganya. Proses rekabentuk struktur ini boleh dibahagikan kepada 2 bahagian, iaitu; i. ii. Analisis beban. Rekabentuk struktur

lebih tepat untuk kegunaan dalam proses rekabentuk struktur yang seterusnya. Perisian
Microsoft Excel ini dibangunkan melalui Microsoft Office dan berkeupayaan dalam menghasilkan rekabentuk tiang, rasuk, kekuda dan struktur sambungan berdasarkan kepada BS 5950-1:2000. Walaubagaimanapun, kajian ini lebih memberikan penumpuan kepada analisis dan rekabentuk rasuk besi. Matlamat utama kajian ini adalah bagi membantu Jurutera Struktur dan Pensyarah Kejuruteraan Awam dalam proses rekabentuk dan analisis beban dalam masa yang singkat. Selain itu, secara tidak langsung kajian ini dapat menghasilkan penyelesaian kepada gambarajah daya ricih dan momen terhadap keratan yang dapat membantu proses

Analisis beban dibuat untuk mengetahui daya yang bertindak ke atas bahagian struktur. Daya yang sering digunakan ialah daya momen dan daya ricih. Proses ini melibatkan perkiraan dan formula-formula yang rumit dan ia memerlukan kepada kepakaran dan pemahaman yang mendalam dalam bidang kejuruteraan awam. Rekabentuk struktur pula ialah proses kedua selepas mendapatkan daya-daya daripada analisis beban berkenaan. Peringkat ini melibatkan pemilihan saiz-saiz element struktur serta komponen struktur seperti rasuk , bolts, wall plug, braket penyambung dan lain-lain. Proses rekabentuk ini seharusnya mematuhi kod-kod amalan jurutera yang dipraktikkan di Malaysia serta negara-negara lain seperti British standard dan Code of practice.

Untuk melalui kedua-dua peringkat ini iaitu peringkat analisis dan peringkat rekabentuk, seseorang perekabentuk atau jurutera perlulah mempunyai ilmu pengetahuan yang mendalam tentang teori struktur terutama berkenaan hukum statik dan dinamik. Disamping penggunaan teori serta formula yang banyak, seseorang perekabentuk akan melalui proses pengiraan matematik yang rumit. Justeru dengan wujudnya kajian ini, maka diharap akan memudahkan kumpulan perekabentuk untuk membuat analisis serta merekabentuk struktur kerana seseorang perekabentuk hanya perlu memasukkan beberapa data sahaja. Seterusya, secara automatic Microsoft Excel akan generate data yang dimasukkan sehingga mendapatkan keputusan yang diperlukan. Kod amalan merupakan suatu piawaian yang telah dihasilkan menerusi kajian-kajian dan pengalaman yang telah dilalui oleh jurutera-jurutera dan penyelidik dalam bidang ini. Kod amalan ini akan digunapakai dalam kajian ini sebagai garis panduan yang perlu dipatuhi oleh Jurutera dan Pensyarah yang ingin menghasilkan rekabentuk sesuatu struktur agar struktur berkenaan mempunyai kekuatan yang cukup dan selamat untuk menanggung beban yang dikenakan. Kod amalan British (BS 5950) ini merangkumi pelbagai aspek yang berkaitan dengan kerja keluli termasuk rekabentuk, pengeluaran dan perlindungai kebakaran struktur keluli (fire resistance). Selain itu, spesifikasi untuk bahan, kemahiran dan binaan juga terdapat di dalam kod piawai ini. BS 5950 mengandungi Sembilan bahagian, iaitu; i. ii. Bahagian 1 : Kod amalan rekabentuk keratan digelek dan dikimpal. Bahagian 2 : Spesifikasi untuk bahan, pengeluaran dan pemasangan keratan digelek dan dikimpal. Bahagian 3 : Rekabentuk dalam pembinaan komposit seksyen 3.1 : kod amalan untuk rasuk komposit mudah dan selanjar. Bahagian 4 : Kod amalan untuk rekabentuk lantai komposit dengan profil kepingan keluli. Bahagian 5 : Kod amalan untuk rekabentuk keratan berbentuk sejuk. Bahagian 6 : Kod amalan untuk rekabentuk kepingan keluli.

vii. Bahagian 7 : Spesifikasi untuk bahan pengeluaran dan pemasangan keratan berbentuk sejuk dan kepingan. viii. Bahagian 8 : Kod amalan untuk perlindungan kebakaran. ix. Bahagian 9 : kod amalan untuk rekabentuk keluli bertegasan.

Menurut BS 5950-1:2000, faktor beban dan kombinasinya perlu dikira berdasarkan perkara dibawah : i. ii. iii. Kombinasi Beban 1 : 1.4 Beban Mati + 1.6 Beban Hidup Kombinasi Beban 2 : 1.0 Beban Mati + 1.4 Beban Angin (daya angkat) Kombinasi Beban 3 : 1.0 Beban Hidup ( untuk tujuan rekabentuk pesongan )

Dalam melakukan analisis beban dan daya, seseorang perekabentuk perlu mengambil kira kesemua daya-daya atau beban-beban yang wujud kerana daya atau beban merupakan agen yang menghasilkan pergerakan atau agen yang memusnahkan sesuatu binaan. Daya ini wujud dalam dua keadaan iaitu daya dalaman dan daya luaran. Daya-daya ini juga boleh terbentuk dalam arah yang berlainan dan dipanggil sebagai daya mampatan dan daya tegangan. Jenis-jenis daya dalaman dan luaran adalah seperti berikut.

i.

Daya Paksi.

Daya yang bertindak bersudut tepat dengan luas keratan jasad. P P

iii.

iv. v. vi.

ii. Daya Ricih Daya yang bertindak berserenjang/selari dengan luas permukaan keratan.

P iii. Daya Lentur. Dua momen yang senilai dan berlawanan arah pada kedua-dua hujung. M

3. Skop Kajian
Skop kajian ini adalah seperti berikut: i. Perisian yang digunakan hanyalah Microsoft Excel. ii. Analisis dan rekabentuk hanya akan tertumpu bagi struktur rasuk sokong mudah, rasuk julur dan rasuk selanjar.

iii. Jenis atau material bagi stuktur rasuk pula


adalah dari jenis besi. M iv. Kod amalan jurutera yang hanyalah BS5950-1:2000. digunapakai

4. Methodologi Kajian
iv. Daya Putiran Daya yang mengandungi dua momen yang sama nilai yang bertindak pada arah yang berlawanan di kedua-dua hujungnya. M Kajian Awal Terhadap Perisian Microsoft Excel

Membina Kod-kod Perisian Microsoft Excel

2. Objektif Kajian
Kajian rekabentuk struktur kerangka bumbung ini bertujuan untuk: i. Menyiapkan Microsoft Excel supaya mampu untuk calculate bagi analisis beban serta merekabentuk struktur rasuk besi (Beam with end moments and lateral restraints).

Penambahan Fungsi

ii. Mengaplikasikan kaedah menganalisis dan


merekabentuk struktur rasuk besi ke dalam perisian Microsoft Excel. iii. Mempercepatkan jurutera sesuatu struktur rasuk besi merekabentuk

iv. Memudahkan pensyarah kejuruteraan awam dalam menyediakan skema jawapan kepada pelajar terutama bagi modul rekabentuk struktur keluli dan modul teori struktur.

Membangunkan Keseluruhan Perisian

Pengujian Perisian

Masalah Analisis

Semakan Rekabentuk

Pengujian Parameter

Penentuan Saiz Rasuk

Kelebihan dan Kekurangan

5. Keputusan & Analisis

6. Kesimpulan
Kemajuan yang pesat dalam industri pembinaan kini telah mendorong untuk menghasilkan perisian tempatan yang mampu untuk memudahkan proses merekabentuk. Ini kerana perisian yang terdapat dipasaran merupakan perisian yang dibangunkan oleh orang luar dan memerlukan kos yang tinggi untuk mendapatkan lesen penggunaanya. Saranan yang telah diwarwarkan oleh YH Dato Abu Bakar b. Ahmad, agar semua Pensyarah POLISAS menggunakan teknologi dan ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran telah mencetuskan idea kepada kami untuk membangunkan Microsoft Excel sebagai pemudah cara kepada proses analisis dan rekabentuk struktur. Dengan adanya kajian ini, diharap agar para pensyarah dalam bidang kejuruteraan awam akan dapat melakukan kerja-kerja analisis dan rekabentuk dalam konteks P&P dengan lebih mudah dan tepat. Ini penting terutama dalam penyediaan skema soalan kepada para pelajar selain dapat memperkayakan lagi mutu soalan. Kajian ini juga secara jelas dapat memberikan manfaat kepada jurutera-jurutera awam dan struktur dalam merekabentuk struktur rasuk dengan lebih cepat dan produktif. Ini sekaligus dapat menyumbang kepada usaha untuk memajukan negara agar setanding dengan negara-negara maju seantero dunia terutama dalam industri pembinaan. Diharap pembangunan perisian ini dapat diteruskan dari semasa ke semasa bagi menghasilkan perisian tempatan yang bertaraf antarabangsa dan mampu dikomersilkan. Ini bukan sahaja dapat memajukan lagi teknologi komputer dalam bidang kejuruteraan awam bahkan dapat menaikkan nama politeknik dipersada dunia dalam bidang kejuruteraan awam.

6. Rujukan
British Standard Institution (2000).Structural Use of Steelwork in building Part 1: Code of Practice for design. London: (BS5950-1:2000). John F Fleming.Analysis of Structure System. Upper Sadder River, New Jersey: Practice Hall. R.C. Hibbeller. Structural Analysis Fifth Edition. Upper Sadder River, New Jersey: Practice Hall. Julia Case Bradley.Programming in Visual Basic. McGraw-Hill

You might also like