You are on page 1of 1

MRSM Serting

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas. Maktab Rendah Sains MARA Serting (singkatan: MRSM Serting) terletak di Serting, Negeri Sembilan. Ia telah ditubuhkan di bawah Akta Majlis Amanah Rakyat Bil. 20 Tahun 1966 sebagai satu usaha untuk mencapai matlamat MARA dalam bidang latihan dan pendidikan. [sunting]Sejarah Ia dibuka pada 1 Disember 1993. Tarikh Pecah Tanahnya pada 1985. Menteri yang terlibat dalam Perasmian Pecah Tanah itu adalah Timbalan Perdana Menteri Tun Ghafar Baba. Keluasan maktab ini adalah 22 hektar. Pada mulanya MRSM Serting hanya mempunyai guru seramai 35 orang dan bilangan kakitangannya seramai 21 orang sahaja. Bangunan asrama terbahagi kepada Asrama Putera dan Puteri. Asrama Putera terdiri daripada 2 blok iaitu At-Tarmizi dan Al-Khawarizmi manakala Asrama Puteri terdiri daripada Blok Rabiatul Adawiyah dan Blok Fatimah Az-Zahrah. Setiap bangunan asrama mengandungi 60 bilik. Antara kemudahan-kemudahan yang terdapat di maktab ini ialah Surau Al-Huda, Dewan Sri Masyitah (Dewan Selera), Kafeteria, Pusat Sumber Pembelajaran (PSP), Studio Seni Reka, Makmal-makmal Sains, Bilik Sakit dan Pondok Istirehat (Pondok Suluh Budiman). Seterusnya keistimewaan utama maktab ini adalah terletak dalam suasana persekitaran yang menghijau. Suasana ini adalah pengetua yang terdahulu, antaranya ialah Tuan Haji Mohamed Idhan b. Mamat (Pengetua MRSM Pengkalan Chepa, Kelantan) hasil dari bekas Pengetua dan merupakan Pengetua MRSM Serting yang pertama iaitu (Pengetua MRSM Pengkalan Chepa, Kelantan). Suasana keceriaan yang menarik ini telah memberi kesedaran dan ilham yang terbaik kepada para pelajar maktab dalam mentelaah pelajaran. Namun, kedudukan maktab ini yang strategik dan jauh dari kesibukan kota menjadikan maktab ini amat sesuai untuk warga pelajar belajar disini. Kawasan Felda yang senyap dan sunyi menambahkan lagi keselesaan persekitaraan maktab ini. Pada masa itu motto maktab ialah MERINTIS KECEMERLANGAN. Pada era Dr. Fatanah Bt. Mohamed, Pengetua Ke-2 MRSM Serting (Dis 1997 - 2000) motto telah ditukar sebagai Juara Gemilang secara tidak langsung motto tersebut telah menaikkan semangat pelajar di MRSM Serting dan digunakan sehingga kini sebagai maktab Juara Gemilang. Pada tarikh 1 Januari 2003 bersamaan (27 Syawal 1423), MRSM Serting telah dinaikkan taraf sebagai MRSM Bitara Serting. [sunting]

You might also like