You are on page 1of 4

Pendidikan Jasmani dan Sukan untuk Sekolah-sekolah Malaysia

KABBADI
SEJARAH DAN PERKEMBANGANNYA Walaupun kabbadi adalah sejenis permainan kaum India, namun asal usulnya tidak diketahui tetapi ia telah dimainkan sejak 4,000 tahun dahulu. Ia merupakan permainan berpasukan yang memerlukan tenaga, kemahiran dan mempunyai ciri-ciri permainan gusti dan ragbi. Pada awalnya, kabbadi adalah untuk mempertahankan diri daripada seseorang atau kumpulan. Ia adalah sejenis permainan yang mudah lagi murah dan tidak memerlukan peralatan yang mahal ataupun kawasan permainan yang luas. Inilah sebabnya ia begitu popular di pedalaman India. Sekarang ini kabbadi dimainkan di seluruh Asia dengan beberapa penyesuaian. Kabbadi juga dikenali dengan beberapa nama yang berbeza. Ia bukan sahaja semakin popular di Asia tetapi juga di Eropah dan Amerika Syarikat. Kejohanan Kabbadi Sedunia yang Pertama telah diadakan di Hamilton, Ontario, Kanada, dengan empat belas ribu penonton berkumpul untuk menyaksikan pemain-pemain terkenal dari India, Pakistan, Kanada, England dan Amerika Syarikat beraksi.

95

FAIL SUMBER LENGKAP GURU PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

BAGAIMANA KABBADI DIMAINKAN Dalam permainan Kabbadi, dua pasukan yang bertanding untuk skor tertinggi dengan menyentuh atau menangkap pemain-pemain pihak lawan. Setiap pasukan mempunyai 12 pemain, 7 orang di gelanggang dan 5 orang lagi di bangku simpanan. Gelanggang permainan mempunyai keluasan 12.50 meter X 10 meter dengan dibahagi dua oleh satu garisan tengah. Selepas Undian dijalankan, pasukan yang menang undian akan menghantar penyerang-penyerangnya memasuki gelanggang dan menyebut perkataan Kabbadi berulang kali. Tugas penyerang ialah untuk menyentuh sesiapa sahaja atau semua pihak lawan dan kembali ke petaknya semua dengan satu pernafasan sahaja. Pemain lawan yang berjaya disentuh akan dikeluarkan. Tugas pihak lawan pula sebagai pertahanan, ialah cuba menahan penyerang daripada pihak lawan untuk kembali ke petak atau kawasannya. Jika penyerang tidak kembali ke petaknya dengan sekali pernafasan semasa menyebut Kabbadi, dia akan dikehendaki keluar daripada permainan. Setiap pasukan secara bergilir-gilir memasukkan pemain-pemainnya ke gelanggang. Jika seorang pemain menyentuh kawasan di luar gelanggang atau sebahagian daripada anggotanya semasa permainan sedang berjalan, dia akan dikeluarkan kecuali perkara tersebut berlaku semasa pergelutan. Skor atau mata akan dikira setiap kali penyerang dapat melepaskan diri ke petaknya semula. Penyerang akan bertukar menjadi pertahanan apabila semua penyerang dapat dimatikan. Masa permainan adalah selama 20 minit bagi setiap separuh masa.

10 m

12.50 m

Gelanggang Kabbadi

96

Pendidikan Jasmani dan Sukan untuk Sekolah-sekolah Malaysia

LATIHAN KEMAHIRAN KABBADI

1. Lukis bulatan di atas padang dengan kapur atau tali.

2. Seseorang berdiri di dalam bulatan dan mengawal bola tenis di tengah-tengahnya. Dia tidak boleh menyentuh atau meninggalkan bulatan.

97

FAIL SUMBER LENGKAP GURU PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

3. Sebagai penyerang, tugas kamu ialah cuba masuk ke dalam bulatan untuk merampas bola tenis itu tanpa dapat disentuh oleh penjaganya. Jika dapat disentuh, kamu akan ditukar menjadi pengawal untuk mengawal bola itu pula.

Antara Aksi Pertandingan Kabbadi

98

You might also like