You are on page 1of 2

UNDANG-UNDANG PERMAINAN ATURAN PERMAINAN 1.

Permainan sukaneka Si Kudung Mencari Gelang Getah merupakan permainan yang memerlukan ketelitian dan kesabaran yang tinggi dalam diri pemain untuk melaksanakannya. Di samping itu, pemain juga diminta untuk memikirkan pelbagai cara yang kreatif untuk mendapatkan gelang getah di dalam tepung dengan hanya menggunakan sebatang straw. 2. Untuk mengendalikan permainan ini, beberapa jenis peralatan diperlukan. Di antara, peralatan yang diperlukan dalam melaksanakan permainan ini ialah straw, tepung dan gelang getah. 3. Setiap ahli kumpulan yang terdiri daripada 3 orang diberi sebatang straw setiap seorang dan dikehendaki bergilir-gilir mencari gelang getah yang telah disembunyikan di dalam tepung menggunakan straw. 4. Pemain dikehendaki memegang straw dengan menggunakan mulut sahaja. Pemain yang memegang straw dengan menggunakan tangan atau mana-mana anggota badan yang lain, kelayakannya akan serta merta dibatalkan. 5. Setiap kumpulan dilepaskan serentak dan ahli kumpulan tersebut hendaklah berlari ke tepung yang telah disediakan dan kemudiannya mencari gelang getah yang telah disembunyikan di dalam tepung. 6. Setiap kumpulan diberikan 15 minit untuk mencari gelang getah di dalam tepung dengan menggunakan straw yang diletakkan di mulut. 7. Setelah 15 minit berlalu, permainan dihentikan dan kumpulan yang mempunyai gelang getah terbanyak akan dikira pemenang.

You might also like