Professional Documents
Culture Documents
Kegiatan Ekonomi Malaysia
Kegiatan Ekonomi Malaysia
Pendapatan Negara
Tahun 1960 1965 1970 1975 1980 1985 1990 Sektor Pertama 43.7 40.5 37.2 32.3 32.8 31.3 28.0 Sektor Kedua 41.8 44.8 43.4 46.0 41.0 44.6 42.0 Sektor Ketiga 15.2 14.7 19.4 21.8 26.2 24.1 31.0
Jadual 1: Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) mengikut sektor 1960 - 1990 (%)
Pekerjaan
Tahun 1960 1965 1970 1975 1980 1985 1990 Sektor Pertama 61.3 54.6 49.8 47.4 41.4 32.1 28.0 Sektor Kedua 28.9 33.5 35.1 34.3 37.3 41.4 46.0 Sektor Ketiga 9.8 11.9 15.1 18.3 21.3 26.5 26.0
Pembangunan
Kepentingan dan sumbangan kegiatan ekonomi terhadap pembangunan negara boleh dilihat daripada dua aspek iaitu:
Dapat meningkatkan taraf hidup penduduk desa Sektor industri desa dapat meningkatkan taraf hidup penduduk desa daripada serba kekurangan kepada kehidupan yang lebih sempurna.
Meningkatkan taraf hidup rakyat Kegiatan ekonomi bandar yang pesat membolehkan penduduk bandar memperoleh sumber pendapatan yang tinggi yang dapat meningkatkan taraf hidup.
Mencapai Dasar Ekonomi Baru Mempelbagaikan industri dan mengembangkannya ke seluruh negara Mengurangkan import barabg-barang Menambah pertukaran wang asing Mengeksploitasikan pertanian Mengukuhkan keupayaan teknologi dalam sektor industri.
Menjelang tahun 1980-an, kerajaan telah memberi perhatian kepada pembangunan perindustrian berat. Kerajaan telah merangka beberapa dasar seperto Pelan Induk Perindustrian dan Dasar Industri Berat untuk mewujudkan negara yang bercorak industri. Oleh itu industri-industri berat seperti industri membuat kereta, industri besi dan keluli, industri membuat simen dan lain-lain telah dimulakan di negara ini. Walau bagaimanapun, sektor pertanian dan perlombongan tetap diberi perhatian oleh kerajaan. Hal ini demikian kerana sektor pertanian dan sektor perindustrian sama-sama memainkan peranan yang penting dalam pembangunan negara. Kini Wawasan 2020 yang dilancarkan oleh Perdana Menteri telah memforkuskan Malaysia ke arah negara maju.
(2) Faktor-faktor Yang Mendorong Perubahan Struktur Ekonomi Ketidakstabilan Harga Hasil Keluaran Sektor Pertama Sektor pertama sering mengalami turun naik harga yang ketara di pasaran dunia. Kejatuhan harga yang mendadak akan menyebabkan sektor ini kurang produktif. Ketidakmampuan Sektor Pertama Untuk Mencapai Pembangunan Negara Kebimbangan timbul terhadap keupayaan perancangan sektor pertama bagi mencapai kadar pertumbuhan dan taraf pembangunan yang dikehendaki. Kadar penyerapan guna tenaga adalah rendah dalam sektor pertama. Pengangguran sering berlaku dalam sektor ini. Usaha Mempelbagaikan Ekonomi Negara Usaha-usaha mempelbagaikan ekonomi negara telah menyebabkan perubahan dalam struktur ekonomi negara. Kerajaan telah memberikan berbagai-bagai galakan kepada industri-industri yang mengeluarkan barang-barang penggantian import. Selain itu, tanaman-tanaman yang mempunyai potensi yang baik telah diperkenalkan juga, seperti kelapa sawit, koko dan lada hitam. Peningkatan Pendapatan dan Taraf Hidup Penduduk Tempatan Peningkatan pendapatan penduduk menyebabkan bertambahnya permintaan terhadap perkhidmatan seperti perkhidmatan kewangan, insurans, pengangkutan, dan perhotelan. Hal ini telah membawa kepada perkembangan sektor peringkat ketiga.
ekonomi telah banyak menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat. Ekoran daripada itu, pendapatan penduduk bertambah dan taraf hidup meningkat. Dapat Mengatasi Masalah Kejatuhan Harga Komoditi Langkah kerajaan mempelbagaikan ekonomi telah meningkatkan jenis-jenis barang yang dieksport. Hal ini dapat mengatasi masalah kejatuhan harga komoditi kerana kejatuhan harga sesuatu komoditi akan dapat diganti dengan komoditi yang lain. Peningkatan Penghijrahan Penduduk Desa Ke Bandar Perkembangan sektor kedua telah banyak menawarkan peluang-peluang pekerjaan kepada penduduk di bandar-bandar. Hal ini telah menarik ramai belia berhijrah ke bandar untuk mencari rezeki.
Ketidaksetabilan ekonomi dunia akan menjejaskan ekonomi negara yang bergantung kepada keluaran sektor pertama dan memberi kesan kepada peluang pekerjaan. Apabila terjadi kejatuhan harga barang-barang utama, maka pendapatan penduduk dalam sektor ini akan terjejas. Selain daripada itu kejatuhan harga yang teruk menyebabkan banyak orang yang hilang pekerjaan. Hal ini demikian kerana firma yang ingin meminimumkan kos operasi akan bertindak mengurangkan bilangan pekerjanya akibat kejatuhan harga tersebut. Masalah kepupusan sumber Sektor utama akan mengalami kepupusan sumber jika diteroka secara berterusan. Keupayaan menyerap tenaga buruh adalah terbatas. Oleh kerana daya pengeluaran dan peluang pekerjaan di sektor pertama biasanya rendah, maka sudah tentu keupayaan sektor ini menyerap tenaga buruh adalah terbatas.