You are on page 1of 2

TAMADUN ROM

Latar Belakang Tamadun *1. Bukit Palatine dekat Sg Tiber, Lembah Latium- masyarakat Latin 2. Wujud Majlis Perbandaran - 2SM Perintah sendiri. Perancangan bandar terancang ada bekalan air, sistem pemanas, rumah ibadat, teater, sarkas berdialog (forum ), rumah mandi awam dan istana. 3. Bandar pemerintahan Pompei ada pejabat, dewan, pintu gerbang, kedai, dan colleseum tempat pertandingan pahlawan Rom 4. 80m 50000 penduduk. Saliran air bawah tanah 165 km libat 14 terusan. Tujuan bekalan harian, perindustrian dan pengangkutan. *Tamadun Rom lahir di kawasan Bukit Palatine yang terletak berhampiran dengan Sungai Tiber,di
Lembah Latium. Lembah ini didiami oleh masyarakat Laitum.Semasa pemerintahan Romulus pada tahun 753 S.M., lembah ini telah berkembang dan menjadi penting. Pada abad kedua Masihi, pemerintahan Rom telah mewujudkan majlis perbandaran di setiap bandar.Majlis perbandaran tersebut akan menjalankan pentadbiran tanpa diganggu oleh pentadbiran pusat di Rom. Kewujudan majlis perbandaran juga telah membawa kepada kemajuan dan keselesaaan hidup di bandar. Pembinaan bandarnya adalah terancang dengan pelbagai kemudahan seperti bekalan air, sistem pemanas,rumah ibadat,teater,sarkas,tempat berdialog(forum),rumah mandi awam dan istana. Antara bandar di bawahpemerintahan Rom termasuklah Pompei yang merupakan bandar contoh disebabkan wujudnya pelbagai kemudahan di bandar ini.Misalnya,di Pompei terdapat pejabat,dewan orang ramai,mahkamah,perpustakaan,rumah ibadat,kedai,pintu gerbang dam colloseum(binaan bulat tanpa atap,tempat pertandingan bagi pahlawan Rom).Pada tahun 80 M.,bandar Pompei mempunyai penduduk seramai 50000 orang. Selain itu,terdapat juga sistem saliran bawah tanah yang menyalurkan air melalui paip sejauh 165 kilometer yang mellibatkan 14 buah saliran atau terusan. Dengan adanya saliran tersebut, bekalan airdapat diberikan kepada penduduk di Pompei pada waktu aman dan semasa peperangan,selain digunakan untuk tujuan perindustrian dan pengangkutan.

Pemerintahan dan Pentadbiran

1. Bermula sistem beraja 773 sm. Secara mutlak ketrunan Etruscan bukan latin tempatan. Tidak disenangi msyk Latin tempatan. Menentang bersama bangsawan ( Partrician ). Wujud Republik. 2. Republik tiada kuasa mutlak. Kuasa tertinggi 2 org Konsul. Dilantik Senat utk tempoh tertentu. Senat di wakili bangsawan. Bantu Konsul. 3. Sebelum ahli senat jadi konsul, dia ialah Praeotor pemerintah tentera. 4. Bawah Senat Dewan Perhimpunan wakili semua rakyat Rom. Keputusan Senat di serah ke Dewan Perhimpunan utk kelulusan.

5. Berubah dalam zaman Julius Ceasar. Wujud pemerintahan berpusat Empayar . Takluk Macedonia, Yunani, Syria, Mesir, Perancis, Britain, dan beberapa wilayah Jerman. Jadi Diktator. 6. Kuasai tentera dan senat guna gelaran Maharaja. Diteruskan oleh Augustus 27 14 sm. Bawa keamanan dan keagungan. Kekal 200 tahun Digelar Pax Romana Tiga Benua. Asia, Afrika dan Eropah.
Pendidikan

1. Menekankan ilmu praktikal dan semangat setia kepada Rom. Terkenal dengan penyediaan infrastruktur dan kemudahan yang beri kesejahteraan hidup. 2. Peringkat awal banyak tiru Yunani. Pusat pendidikan lahirkan jurutera , ahli falsafah, dan sejarawan. Dapat membina sistem pengairan, bangunan, jalan raya dan penulisan kegemilangan Rom.
Bahasa dan Kesusasteraan

1. Dua penyajak Rom : Cicero ( 106 43M ) dan Virgil ( 70 19M ). Meningkatkan semangat patriotisme. Capai keagungan zaman Augutus Caesar ( 27 14 SM )

You might also like