You are on page 1of 3

LATAR BELAKANG KEMUNCULAN TAMADUN ROM:

-Legenda Rom yang terkenal berkenaan bagaimana bermulanya petempatan ini: diasaskan oleh
saudara kembar Romulus dan Remus yang dipelihara serigala. Akibat pergaduhan antara
mereka, Romulus membunuh Remus. Rom dinamakan mengikut nama Romulus.

Berkembang di kawasan Bukit Palatine berhampiran Sungai Tiber, di lembah Latium

Empayar Rom

-Lembah ini didiami oleh masyarakat Latin. Semasa pemerintahan Romulus ( 753 S.M) lembah
ini didiami oleh masyarakat Latin dan berkembang maju.

-Pemerintah Rom mewujudkan majlis perbandaran di setiap bandar


-Majlis perbandaran telah mewujudkan kemajuan dan keselesaan hidup penduduk di Bandar.
-Pelbagai kemudahan disediakan di Bandar seperti bekalan air / rumah ibadat / teater/ rumah
mandi
awam / istana. Sebuah bandar contoh yang dilengkapi pelbagai kemudahan begini ialah
bandar Pompei.

Keistimewaan Bandar Pompei:

-merupakan Bandar contoh dengan pelbagai kemudahan


-mempunyai 50,000 penduduk pada tahun 80M.
-terdapat mahkamah,pejabat,dewan,perpustakaan,rumah ibadah,kedai,pintu gerbang,dan
colloseum.
-terdapat sistem saliran bawah tanah yang menyalurkan air melalui paip sejauh 165 km yang
melibatkan 14 buah terusan. Bekalan air ini dapat digunakan ketika aman dan peperangan,
selain digunakan untuk perindustrian dan pengangkutan.
Nota: Bandar ini bagaimana pun telah musnah kerana ledakan gunung berapi Vesuvius pada
tahun 79M.
POLITIK
PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN

Sistem pemerintahan beraja di Rom:


-bermula dengan system beraja
-diperintah oleh raja berketurunan Eruscan yang bukan berketurunan Latin
-golongan bangsawan dikenali sebagai Patrician telah memberontak terhadap pemerintahan
beraja mutlak

PERUNDANGAN
Prinsip undang-undang Rom:
-semua manusia sama di sisi undang-undang
-seseorang tidak akan bersalah sehingga dibuktikan kesalahannya
-keadilan terhadap setiap individu
-hukuman adalah berasaskan bukti yang mencukupi

SOSIAL

PENDIDIKAN

Ciri-ciri pendidikan dalam tamadun Rom:


-menekankan semangat setia kepada Rom
-Peringkat awal banyak mengambil unsure dari Yunani
-Pusat pendidikan telah melahirkan jurutera yang dapat membina system pengairan,bangunan
dan jalan raya

FALSAFAH
Ciri-ciri falsafah dalam tamadun Rom:
-Banyak mengambil dari tamadun Yunani. Salah seorang ahli falsafah Rom yang terkenal ialah
Zeno, memperkenalkan falsafah stoisime.
-Falsafah tersebut menekankan kehidupan sederhana, keadilan,perikemanusiaan
,tanggungjawab dan keberanian. Ia juga mempercayai dunia dikawal oleh seorang dewa. Selain
itu, mereka mempercayai nasib baik atau buruk seseorang bergantung kepada hubungan
harmonisnya dengan alam.

SAINS DAN TEKNOLOGI


Ciri-ciri sains dan teknologi: Juga dipengaruhi oleh Tamadun Yunani.
-contohnya, Beothius merupakan tokoh matematik Rom mengaitkan matematik dengan
muzik,astronomi dan geometri.
-pembinaan aqueduct memperlihatkan kemahiran masyarakat Rom dalam sains dan
matematik.

Pembinaan colloseum pula menunjukkan kemahiran masyarakat Rom dalam bidang seni bina.
Seni bina Rom juga terserlah dengan Pantheon - binaan berbentuk kubah dibina
ketika Maharaja Hadrian (117-138M) memerintah. Fungsi pantheon ialah tempat memuja dan
menyimpan dewa orang Rom dan kerja-kerja berkaitan awam.

Seni bina Rom dipengaruhi oleh seni bina Etruscan, Yunani dan Rom sendiri.Gabungan ini
dikenali dengan greco-roman.

You might also like