Professional Documents
Culture Documents
Asal dan sejarah awal Rom tidak dapat dipastikan. Sedangkan terdapat keterangan-
keterangan yang khusus tentang asal dan sejarah Rom, pemerian-pemerian itu cenderung
bersifat mitologi, dan tidak dapat merupakan sejarah objektif ketika diperlakukan dengan
analisis moden.
Terdapat juga temuan arkeologi di kota Rom yang wujud sebelum tarikh pengasasan yang
ditentukan oleh mitologi. Sebaliknya, kesan-kesan penempatan yang benar tidaklah sehingga
tarikh itu. Bagaimanapun, mitos asal Rom mungkin mengandungi beberapa aspek kebenaran
dan bertanggungjawab untuk membentukkan pandangan diri orang Rom.
Pengasasan kota
Tradisi membekalkan beberapa tarikh yang berbeza tentang pengasasan Rom. Yang paling
terkenal ialah tarikh yang diberikan oleh ahli sejarah dan pentertib tarikh Rom, M. Terentius
Varro: 753 SM, tetapi ini bergantung kepada kronologi tradisi raja-raja Rom yang terlalu
meragukan. Terdapat beberapa penemuan arkeologi yang lebih lama daripada tarikh Varro;
tetapi kesan-kesan terawal penempatan berterusan biasa ditarikhkan pada awal abad ke-6 SM.
Pemerintahan beraja (abad ke-6 SM)
Pada permulaan, Rom mempunyai raja-raja. Tradisi lebih menggambarkan raja-raja ini
sebagai pahlawan budaya berbanding tokoh sejarah, dengan setiap baginda dikatakan mereka
sesuatu aspek budaya Rom; umpamanya, Numa Pompilius mencipta agama Rom, dan Ancus
Martius mencipta seni-seni perang. Tradisi juga memberikan kebanyakan pemerintahan
jangka masa sebanyak lebih kurang empat puluh tahun. Ini mungkin disebabkan oleh
numerologi berbanding sejarah. Perincian lain dilihatkan sebagai cerita-cerita mengenai asal
bagi pelbagai keluarga bangsawan Rom.
Bagaimanapun, terdapat persetujuan umum bahawa Rom mempunyai satu siri raja-raja
(sebilangan daripada baginda itu berasal daripada Etruria; pengaruh orang Etruria masih
dapat dilihat dalam seni dan seni bina Rom awal) dan raja-raja ini kemudian digantikan oleh
golongan bangsawan Rom pada sekitar 500-450 SM.
Penubuhan Republik
Tarikh tradisional untuk revolusi terhadap raja-raja ialah 509 SM (untuk ceritanya, sila lihat
Penggulingan raja-raja). Tarikh ini juga diragui; penyusunan fasti konsul yang menyokong
tarikh ini menyelitkan enam orang konsul dalam tahun pertama Republik, dan mempunyai
tempoh-tempoh panjang yang langsung tidak mempunyai sebarang konsul. Adalah mungkin
sebagai kebanggaan negara bahawa ahli-ahli Rom mengubahkan kronologi republik awal
untuk menyebabkan Rom kelihatan membebaskan diri sebelum Cleisthenes membawa
kebebasan kepada Athens. Juga dicurigai bahawa keluarga-keluarga yang berpengaruh
"menyisipkan" nenek moyang konsul ke dalam senarai itu untuk menyokong kedudukan
politik keluarga mereka, dan oleh itu mengawalkan tarikh pengasasan republik.
Konsul-konsul awal mengambil alih peranan-peranan raja kecuali peranan sami besar yang
menyembah Optimus Maximus Jupiter di kuil suci yang terletak di Bukit Capitoline. Untuk
tanggungjawab itu, orang-orang Rom memilih seorang Rex sacrorum — "raja untuk perkara-
perkara suci". Adalah menarik untuk memperhatikan bahawa Rex Sacrorum Rom dilarang
daripada menjadi ahli Senat; seseorang tidak boleh menjadi Senator dan Rex Sacrorum pada
waktu yang sama. Rom Republik menjauhi "raja" sekelumit ini daripada sebarang
kemungkinan mencapai kuasa. Sehingga akhir Republik, tuduhan bahawa seseorang yang
berkuasa berhasrat untuk membuatkan diri sebagai "Rex" (raja) merupakan satu tuduhan
yang amat menjejaskan kerjaya orang itu (pembunuh Julius Caesar mendakwa bahawa
mereka sedang memeliharakan Rom daripada penubuhan semula pemerintahan beraja).
Pertikaian antara Kelas Masyarakat
Hubungan antara golongan marhaen dengan golongan ningrat kekadang menjadi tegang
sehingga orang-orang marhaen berpisah daripada kota, dan membawa keluarga serta harta
boleh alih mereka untuk menubuhkan kem di atas bukit di luar dinding kota. Keengganan
mereka untuk bekerjasama lagi dengan golongan ningrat menyebabkan perubahan-perubahan
sosial. Hanya lebih kurang 15 tahun selepas penubuhan Republik pada 494 SM, golongan
marhaen berpisah dan memilih dua orang ketua yang diberikan gelaran Tribun.
Golongan marhaen mengangkat sumpah bahawa mereka tidak boleh 'mempersoalkan'
('menyentuh') Tribun semasa tempoh jawatan mereka, dan mereka akan bersatu untuk
membunuh sesiapa yang mengapa-apakan tribun mereka. Pemisahan kedua pada tahun 471
SM menyebabkan takrif undangan-undang yang lebih lanjut terhadap hak dan tanggungjawab
tribun, dan menambah bilangan tribun menjadi 10 orang. Pemisahan terakhir bertamat pada
tahun 287 SM, dan Lex Hortensia yang diluluskan memberikan undi Concilium Plebis atau
"Majlis Marhaen" kuat kuasa undang-undang. Adalah penting untuk memerhatikan bahawa
kuat kuasa undang-undang ini mengikat kedua-dua golongan ningrat dan marhaen, dan
sebenarnya menjadikan Majlis Marhaen sebagai badan yang utama untuk meluluskan
undang-undang Rom.
Pengembangan Rom ke Itali (340 - 268 SM)
Sepanjang abad ke-4 SM, orang-orang Rom bertempur satu siri perang dengan jiran-jirannya,
terutamanya dengan puak Sabine dan puak Samnium yang merupakan pesaing-pesaing utama
mereka di tanah besar Itali. Akhirnya, Rom menguasai Liga Latin, sebuah kerajaan campuran
yang terdiri daripada negara-negara kota di kawasan Latium, selepas Perang Latin. Liga itu
dibubarkan dan wilayahnya diletakkan di bawah kawalan hegemoni.
Semasa era ini, Rom dan negara-negara lain dalam Liga Latin, juga bertempur dengan kuasa-
kuasa asing, tetapi tidak selalu berjaya. Pada tahun 390 SM, orang Gaul dari Gallia Cisalpina
(Lembah Po moden) di bawah pimpinan Brennus menewaskan legion-legion Rom serta
menjarah Rom. Mereka memerlukan wang tebusan yang amat besar untuk memberhentikan
pemusnahan seluruh kota. (Seorang senator Rom membantah bahawa pemberat yang
digunakan untuk mengukur emas wang tebusan tidak tepat. Sebagai gerak balas, Brennus
mencampakkan pedangnya ke arah pemberat dan mengunggapkan kata-kata yang
termasyhur: "Vae Victis" — "Malang kepada pihak yang kalah").
Pada tahun 283 SM Pyrrhus dari Epirus tiba untuk membantu Tarentum, sebuah tanah jajahan
Yunani, terhadap orang-orang Rom. Pyrrhus dianggap secara meluas sebagai pemimpin
tentera yang terutama selepas Alexander Agung, tetapi walaupun selepas memenangi tiga
pertempuran, beliau tidak dapat menewaskan Republik Rom dan mengalami kerugian yang
amat besar. Pyrrhus dikatakan mengungkapkan frasa: "Lagi satu kemenangan sebegini dan
aku akan kalah" dan dengan itu, menciptakan istilah "kemenangan Pyrrhus". Pyrrhus
berundur untuk bertempur di Sicily dan Yunani dan oleh itu, memberikan orang-orang Rom
martabat tentera antarabangsa yang menarik perhatian kuasa-kuasa terbesar Yunani di Timur.
Melalui tanah-tanah jajahan dan negara-negara kota bersekutu, Rom mempunyai banyak
tenaga manusia yang dipergunakan sebagai bekalan perekrutan untuk legion-legionnya. Ini
membolehkan Rom untuk menubuhkan legion dengan mudah untuk meneruskan pertempuran
dalam keadaan-keadaan yang negara-negara lain akan menyerah. Rom juga menunjukkan
keengganan untuk menerima penewasan. Keazaman ini ditunjukkan dalam pertempuran-
pertempuran kemudian seperti Perang Phoenecia Pertama di mana tentera Rom, ketika
mengalami kerugian armada sebanyak 70% disebabkan ribut, membina semula seluruh
armada mereka dalam masa hanya dua bulan.
Lagi satu ciri Republik yang unik ialah caranya untuk memperlakukan orang taklukan.
Mereka yang ditaklukkan oleh Rom diberikan "perlindungan" dan sejenis bentuk
kewarganegaraan, serta hak-hak yang khusus di bawah undang-undang Rom. Mereka juga
dipertanggungjawabkan untuk kewajiban yang tertentu, terutamanya keperluan untuk
membekalkan askar-askar legion. Ini menghasilkan kesan dua kali ganda. Pertama, Rom
diberikan bekalan tenaga manusia untuk legion-legionnya daripada seluruh Liga Latin. Ini
membenarkannya untuk menurunkan angkatan tentera, satu demi satu, dan menolak sebarang
penewasan. Kedua, dengan mempunyai banyak tahap kewarganegaraan dan hak-hak di
bawah undang-undang Rom, perhatian orang-orang taklukannya ditumpukan pada pembaikan
hak-hak mereka dalam undang-undang Rom, serta pada pesaingan dengan negara-negara
jajahan yang lain untuk kedudukan dalam lingkungan pengaruh Rom, berbanding mencuba
melepaskan diri daripada penguasaan. Dasar "pecah dan perintah" menyebabkan orang-orang
taklukan menyerah secara sukarela kepada undang-undang Rom.
Menjelang 268 SM, orang-orang Rom telah menguasai kebanyakan Itali melalui rangkaian
yang terdiri daripada sekutu, negara kota tertakluk, tanah jajahan, serta garison yang
strategik. Pada masa itu, Rom bermula melihat pulau-pulau dan perdagangan kaya Laut
Mediterranean di sebalik sana Itali.
Penaklukan Barat: Perang-perang Punic
Pada tahun 264 SM, Carthage adalah sebuah tanah jajahan Phoenicia yang terletak di pantai
Tunisia moden, dan merupakan negara kota yang sangat kuat, dengan empayar perdagangan
yang kedua terbesar di Mediterranean barat selepas Rom. Sedangkan angkatan lautnya tiada
tandingan, negara kota itu tidak mempunyai seangkatan tentera darat yang tetap. Sebaliknya,
Carthage bergantung kepada askar-askar upahan yang digajikan untuk bertempur dengan
kekayaannya.
Sebaik sahaja Rom mengukuhkan kawalannya di Itali, Rom bertempur dengan Carthage
kerana mencuba memperluas pengaruhnya di Mediterranean. Rom dan Carthage bertempur
sebuah siri yang terdiri daripada tiga perang Punic ('Punic' ialah bahasa Latin untuk
'Phoenicia') antara 264 dan 146 SM. Kemenangan Rom terhadap Carthage dalam perang-
perang ini menyebabkan Rom menjadi negara yang paling kukuh di Eropah dan
Mediterranean, satu status yang Rom dapat mengekalkan sehingga pembahagian Empayar
Rom oleh Diocletian pada tahun 286 Masihi menjadi Empayar Rom Barat dan Empayar Rom
Timur.
Perang Punic Pertama (264 - 241 SM)
Perang Punic Pertama antara Rom dan Carthage bermula sebagai sebuah pertempuran
tempatan di Sicily antara Hiero II dari Syracuse, dan Mamertine dari Messina. Mamertine
membuat pertimbangan yang buruk ketika mereka memperoleh bantuan daripada angkatan
tentera laut Carthage dan kemudian mengkhianati mereka dengan rayuannya kepada Senat
Rom untuk menentangi Carthage. Angkatan Rom menghantar sepasukan garison untuk
menaklukkan Messina, dan Carthage yang amat marah memberikan bantuan kepada
Syracuse. Dengan kedua-dua kuasa tempatan kini terlibat dalam pertempuran, ketegangan
semakin bertambah buruk sehingga menjadi sebuah perang penuh untuk penguasaan Sicily
antara Carthage dan Rom.
Perang Punic Pertama pada dasarnya merupakan sebuah perang laut. Selepas kekalahan
perang darat yang begitu teruk di Perang Agrigentum, pimpinan Carthage memutuskan untuk
mengelakkan sebarang pertempuran darat yang langsung dengan legion-legion Rom, dan
memilih untuk menumpukan pertempuran mereka pada laut.
Mula-mulanya, angkatan tentera Carthage yang lebih berpengalaman dapat mengatasi
Angkatan Tentera Laut Rom yang tidak mahir (sila lihat Perang Kepulauan Lipari). Rom
bergerak balas dengan mengembangkan angkatan tentera lautnya dengan pesat (terdapat
pertikaian tentang adakah mereka dapat berbuat demikian dengan meniru kapal-kapal
Carthage yang ranap atau ditangkap): dalam tempoh dua bulan, angkatan Rom telah
mempunyai satu armada yang terdiri daripada melebihi 100 buah kapal perang. Oleh sebab
mereka mengetahui bahawa kapal-kapal mereka tidak mempunyai keupayaan yang setanding
dengan kapal-kapal Carthage, angkatan Rom menambah kepada kapal-kapal mereka sebuah
"jambatan serangan" yang dikenali sebagai corvus - "Raven". Jambatan ini akan
mencangkukkan kapal-kapal musuh dan menyebabkannya tidak dapat bergerak. Dengan ini,
askar-askar legion Rom akan naik kapal-kapal Carthage dan merampasnya dengan mudah.
Taktik ini menyebabkan kelebihan angkatan tentera laut Carthage (keunggulan pertempuran
kapal satu ke satu) tidak berkesan dan membenarkan infantri Rom yang unggul untuk
menyertai pertempuran-pertempuran laut. Bagaimanapun, corvus juga bersifat besar, sukar
digunakan, dan berbahaya, dan kemudiannya dihentikan secara berperingkat-peringkat ketika
angkatan tentera Rom semakin menjadi lebih berpengalaman dan lebih cekap dari segi taktik.
Selain daripada kekalahan yang membawa kecelakaan di Perang Tunis di Afrika, serta
pertempuran-pertempuran laut di Kepulauan Lipari dan Drepana, Perang Punic Pertama
merupakan satu siri kemenangan yang hampir tidak terputus-putus. Pada tahun 241 SM,
Carthage memeterai perjanjian keamanan yang memberikan Rom penguasaan yang penuh
terhadap seluruh Siciliy.
Pada tahun 238 SM, askar-askar upahan Carthage memberontak (sila lihat Perang Askar
Upahan) dan Rom mengambil kesempatan ini untuk merampas Pulau Corsica dan Sardinia
daripada Carthage. Sejak ketika itu, orang-orang Rom menggunakan istilah "Mare Nostrum"
– "laut kami" dan menguasai kawasan Mediterranean dengan berkesan. Angkatan-angkatan
tentera Rom dapat menghalang serangan amfibia terhadap Itali, dan menguasai laluan-laluan
perdagangan laut yang kaya dan penting, serta menyerang pesisir-pesisir yang lain.
Perang Punic Kedua (218 - 202 SM)
Permulaan keakhiran
Persengketaan ekonomi dan politik di Rom
Kejayaan-kejayaan tentera dan diplomatik Rom di sekitar Mediterranean mengakibatkan
tekanan-tekanan ekonomi dan politik terhadap negaranya yang tidak diramalkan. Sedangkan
persengketaan puak sentiasa merupakan sebahagian kehidupan politik Rom, kepentingan-
kepentingan kini adalah jauh lebih tinggi; seorang gabenor wilayah yang korup boleh
memperoleh kekayaan yang luar biasa; seorang komander yang berjaya hanya memerlukan
sokongan daripada legion-legionnya untuk memerintah wilayah-wilayah yang besar.
Mulai dari Perang-perang Punic, ekonomi Rom mula bertukar, dengan kekayaan ditumpukan
dalam tangan hanya beberapa puak yang berkuasa, dan menyebabkan ketegangan politik di
dalam Rom.
Kebanyakan daripada wilayah-wilayah yang baru ditaklukkan telah dirampas oleh keluarga-
keluarga yang kaya dan berkuasa. Selain itu, oleh sebab hanya lelaki-lelaki yang mampu
mempersenjatai diri berlayak untuk berkhidmat dalam legion-legion, kebanyakan askar Rom
datangnya daripada pemilik-pemilik tanah kelas menengah yang secara teori akan
mempertahankan tanah-tanah sendiri.
Dengan kempen-kempen tentera kini berlangsung selama bertahun-tahun, bukannya hanya
beberapa bulan, askar-askarnya tidak dapat kembali ke ladang masing-masing. Dengan
ladang-ladang mereka ditinggalkan sebagai tanah-tanah rang, keluarga-keluarga mereka
dengan cepatnya mula berhutang, dan tanah-tanah mereka diambil oleh pemberi hutang yang
biasanya merupakan pemilik-pemilik tanah kaya yang menggabungkan harta-harta ini untuk
dijadikan latifundia yang besar. Bekas askar-askar kelas menengah akan pulang daripada
kempen-kempen bertahun-tahun untuk mendapati diri telah merupakan seorang tanpa tanah
dan oleh itu, tidak dapat menyarakan keluarga mereka. Secara ironi, mereka tidak boleh
mendapat pekerjaan kerana kejayaan-kejayaan legion telah menyebabkan hamba-hamba abdi
menjadi satu sumber buruh yang jauh lebih murah.
Menjelang 133 SM, ketakseimbangan ekonomi Rom telah menjadi terlalu serius untuk
dibiarkan, tetapi ningrat-ningrat yang kaya serta keluarga-keluarga lama dalam Senat
mempunyai kepentingan diri untuk memeliharakan status quo. Pembaharuan tanah melalui
saluran-saluran tradisional kelihatan tidak merupakan satu prospek yang mungkin.
Pembaharuan Gracchus (133 - 121 SM)
Pada tahun 133 SM, Tiberius Sempronius Gracchus, seorang tribun, mencuba untuk
memperkenalkan pembaharuan tanah melalui pengagihan semula "tanah-tanah milik awam"
kepada askar-askar yang kembali tanpa tanah. Beliau mencadangkan penguatkuasaan satu
undang-undang Rom yang mengehadkan penggunaan tanah-tanah awam, tetapi biasanya
tidak diendahkan. Sedangkan berdasarkan alasan-alasan teknik, "tanah-tanah" ini dimiliki
oleh negara, tanah-tanah ini sering digunakan oleh pemilik-pemilik yang kaya, kebanyakan
mereka merupakan senator-senator. Di bawah penguatkuasaan undang-undang ini,
kebanyakan mereka akan menghilangkan "harta" mereka.
Oleh sebab Senat kelihatan tidak mungkin akan bersetuju dengan penguatkuasaan undang-
undang ini, Tiberius melangkau Senat, dan mencuba untuk meluluskan pembaharuannya
melalui Dewan Undangan Marhaen sebagai satu ketentuansuara, dengan menggunakaan
prinsip undang-undang Lex Hortensia. Walaupun ini merupakan sesuatu yang sah di sisi
undang-undang, perbuatan ini merupakan satu pencabulan adat resam politik, dan
menimbulkan kemarahan banyak ningrat. Senat Rom cuba menyekat Tiberius dengan
memberikan rasuah kepada tribun yang lain untuk memveto rang undang-undang ini. Tiberius
kemudian meluluskan satu rang undang-undang untuk menggulingkan rakan sekerjanya dan
dengan itu, mencabul prinsip kekolejan. Dengan veto ditarik balik, pembaharuan tanah
diluluskan. Senat yang naik berang enggan membiayai suruhanjaya tanah yang telah
ditubuhkan. Tiberius menggunakan Dewan Undangan Marhaen untuk memindahkan wang
daripada pendapatan Pergamon untuk membiayai suruhanjaya itu, dan mencabarkan kuasa
Senat terhadap kewangan negara dan dasar luar negara. Ketika kebenaran menjadi jelas
bahawa Tiberius tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk menghabiskan pembaharuan-
pembaharuan tanahnya, walaupun dengan sokongan politik dan ekonomi yang mencukupi,
beliau mengumumkan keinginannya untuk melanjutkan tempoh jawatan dan dengan itu,
mencabulkan prinsip ketahunan. Ningrat-ningrat habis sabar dan disebabkan ketakutan
bahawa Tiberius akan menjadikan diri sebagai penzalim, bertindak balas dengan membunuh
beliau bersama-sama dengan 300 orang pengikutnya di jalan raya Rom.
Hampir sepuluh tahun kemudian, adik lelaki Tiberius, Gaius Sempronius Gracchus, mencuba
untuk meneruskan pembaharuan-pembaharuan politik dengan menggunakan taktik-taktik
yang serupa. Beliau kelihatan lebih merupakan seorang demagog yang mencuba meluluskan
banyak undang-undang yang popular untuk memperoleh sokongan popular berbanding
menjadi seorang reformis politik dengan agenda yang khusus seperti abangnya. Beliau tidak
berjaya atau menjadi popular seperti abangnya tetapi sebaliknya, membuat banyak musuh
politik. Ketegangan-ketegangan politik yang semakin bertambah akhirnya meletus sekali lagi
dengan keganasan di Bukit Capitoline di mana Gaius Gracchus dan 3,000 orang pengikutnya
dibunuh.
Apa-apa sahaja tujuan-tujuan mereka, kerjaya-kerjaya politik adik beradik Gracchus telah
menyimpang daripada tradisi-tradisi politik Rom, dan memperkenalkan keganasan
gerombolan sebagai satu alat kehidupan politik Rom. Ini merupakan satu perubahan yang
Republik Rom tidak dapat memulihkan.
Lucius Cornelius Sulla Felix – potret denarius (duit syiling Rom) yang dikeluarkan oleh cucu
lelakinya
Cinna dibunuh oleh askar-askar sendiri ketika beliau mencuba berbaris mereka untuk
menghadapi legion-legion Sulla yang kembali dan oleh itu, meninggalkan Gnaeus Papirius
Carbo dan penyokong-penyokong Maurius yang lain untuk menentang kepulangan Sulla.
Pada tahun 83 SM, Sulla mendarat di Itali selatan, dan perang saudara Rom tercetus di
kawasan luar bandar Itali. Perang ini berterusan selama satu tahun setengah, tetapi legion-
legion Sulla (dibantu oleh Metellus Pius, Marcus Licinius Crassus dan seorang pemuda,
Gnaeus Pompeius Magnus) akhirnya menang, dan menawan kota Rom dalam Perang Pintu
Dinding Colline.
Sulla kemudian memulakan satu siri penyingkiran yang berdarah, dan mengenakan
proskripsi (proses untuk menonjolkan nama-nama orang yang dihukum mati dalam forum
Rom) terhadap musuh-musuhnya. Perbuatan ini membenarkan Sulla mengekalkan ketakutan
di kalangan mereka yang kini di bawah kuasanya dan mencegahkan sesiapa yang ingin
berkomplot terhadapnya disebabkan oleh ketakutan bahawa namanya akan termuncul pada
bila-bila masa dalam senarai-senarai yang terdasyhat. Orang-orang yang telah disenaraikan
dilucuti daripada semua hak dan perlindungan undang-undang mereka, dengan harta-harta
mereka (termasuk harta-harta keluarga) diimpaun, dan ganjaran diberikan untuk nyawa
mereka. Beribu-ribu orang Rom yang menentang Sulla, termasuk juga orang yang
mempunyai kekayaan yang didambakan oleh Sulla dan pengikut-pengikutnya, telah dibunuh
dengan kecam dalam tempoh dua tahun.
Sulla dilantik sebagai diktator – rei publicae constituendae causa – dan memulakan
penyusunan semula negara untuk mengembalikan kuasa kepada Senat Rom. Antara
pembaharuan-pembaharuan perlembagaan yang lain, Sulla:
• menyekatkan kuasa Dewan Perundangan Marhaen secara pesat;
• menggandakan saiz Senat Rom;
• memberikan kuasa veto kepada Senat terhadap dekri-dekri yang diluluskan oleh
Dewan Perundangan Marhaen;
• melucutkan kebanyakan kuasa Tribun;
• menyusun semula sistem undang-undang;
• menyekat tindakan gabenor-gabernor provinsi; dan
• mengembangkan Pomerium.
Selepas pembaharuan-pembaharuannya telah siap dilaksanakan, Sulla kemudian meletakkan
jawatan kediktatorannya pada tahun 80 SM, dan dipilih sebagai konsul bersama-sama dengan
Metellus Pius. Pada tahun 79 SM, beliau menarik diri secara langsung daripada kehidupan
awam, dan bersara di ladang-ladang desanya di mana beliau menulis kisah kenangannya (kini
hilang) sebelum meninggal dunia pada tahun 78 SM.
Republik Rom
Republik Rom
Struktur republik
Asal etnik
Toga ialah pakaian tipikal warganegara Rom. Wanita Rom (yang tidak dianggap sebagai
warganegara) dan orang-orang bukan warganegara Rom tidak dibenarkan memakai pakaian
ini.
Serupa dengan kebanyakan perkara mengenai Rom awal, asal-asal etnik orang Rom tidaklah
jelas. Berkediaman di sempadan Latium dan Etruria, adakah orang Rom merupakan orang
Itali kuno dari kawasan Latin yang dipengaruhi (sesetengah orang mengatakan bahawa
mereka ditakluk) oleh orang Etruria, ataupun mereka merupakan orang Etruria yang
dipengaruhi oleh orang Itali tidak dapat dipastikan. Bagaimanapun, terdapat kemungkinan
bahawa orang-orang Rom amat dipengaruhi oleh kedua-dua budaya ini, dan menggabungkan
aspek-aspek kedua-dua budaya ini.
Penduduk
Republik Rom terdiri daripada pelbagai kelas masyarakat, dengan setiap kelas mempunyai
hak, peranan, dan status yang berbeza di bawah undang-undang Rom.
Warganegara penuh Rom sentiasa merupakan lelaki-lelaki yang bebas dan berharta. Mereka
bersama-sama dengan keluarga mereka terbahagi kepada dua kelas sosial, iaitu ningrat dan
marhaen. Kelas ini adalah diwarisi berdasarkan keturunan masing-masing. Pada awal
Republik, golongan ningrat memonopoli semua jawatan politik dan mungkin juga
kebanyakan kekayaan negara, tetapi terdapat juga marhaen-marhaen yang kaya dan
berpengaruh pada tempoh pertengahan kedua dalam rekod-rekod republik. Begitu juga,
terdapat banyak keluarga ningrat yang hilang kedua-dua kekayaan dan pengaruh politik pada
tempoh pertengahan kedua ini. Menjelang abad ke-2 SM, perbezaan antara kedua-dua
golongan lebih bersifat dari segi keagamaan, kerana sebahagian besar kepaderian telah
dikhaskan hanya untuk golongan ningrat.
Hak-hak wanita Rom berbeza-beza secara meluas pada sepanjang sejarah Republik.
Bagaimanapun, mereka tidak diberikan kesemua hak warganegara; umpamanya, mereka tidak
dibenarkan mengundi atau menyandang jawatan kerajaan, walaupun mereka telah diberikan
hak untuk memiliki harta.
Masyarakat Rom juga mempunyai kelompok hamba abdi yang besar dan yang langsung tidak
mempunyai hak di bawah undang-undang Rom. Mereka dianggap sebagai harta dan boleh
diperlakukan dengan sewenang-wenangnya oleh pemilik mereka. Kematian seseorang hamba
abdi tidak dianggap sebagai jenayah terhadap seorang manusia. Bagaimanapun, seorang
hamba abdi yang bebas, iaitu bekas hamba abdi, diberikan sejenis bentuk kewarganegaraan
penuh Rom, tetapi mereka serta keturunan mereka selama tiga generasi tidak berhak
menyandang sebarang jawatan kerajaan [1].
Kewarganegaraan Rom juga dipergunakan sebagai alat dasar luar negara dan kawalan. Tanah-
tanah jajahan dan sekutu-sekutu politik diberikan sejenis bentuk kewarganegaraan Rom yang
bertaraf "rendah"; terdapatnya banyak peringkat kewarganegaraan dan hak undang-undang
yang bersenggat, antaranya Hak Latin. Harapan untuk kedudukan yang lebih baik dalam
"lingkungan pengarah" Rom, serta persaingan untuk kedudukan dengan jiran-jiran, telah
memeliharakan tumpuan kebanyakan jiran dan sekutu terhadap status quo budaya Rom,
berbanding mencuba mensubversikan atau menggulingkan pengaruh Rom.
Kerajaan
Topik-topik Kerajaan Rom
Kemaharajaan Rom
Republik Rom
Empayar Rom
Prinsipat Dominat
Empayar Barat Empayar Timur
Majistret biasa
• Praetor • Tribun
• Quaestor • Penapis
• Promajist • Gabenor
ret
• Aedil
Majistret luar biasa
• Magister • Diktator
Equitum
• Triumviri
• Tribun
• Decemviri
konsul
Jawatan, gelaran, dan gelaran kehormat
• Pontifex • Liktor
Maximus
• Magister
• Legatus Militum
• Dux • Imperator
• Officium • Princeps
senatus
• Praefectu
s • Maharaja
• Vicarius • Augustus
• Vigintise • Caesar
xviri
• Tetrarka
Politik dan undang-undang:
• Senat • Kekolejan
Rom
• Undang-
• Cursus undang Rom
honorum
• Kewarganeg
• Dewan- araan Rom
dewan
• Imperium
undangan
Rom sunting
Kerajaan republik Rom ialah sebuah sistem yang rumit yang bukan sahaja didasarkan pada
undang-undang tetapi juga pada adat resam serta tradisi, dan kelihatan mempunyai banyak
lebihan dalam sistemnya.
Dewan undangan dan majistret
Kerajaan republik, sekurang-kurangnya dari segi teori, berdasarkan pembahagian
tanggungjawab antara berbagai-bagai dewan undangan, dengan ahli-ahlinya (atau kumpulan-
kumpulan) mengundi tentang perkara-perkara yang dikemukakan dalam dewan masing-
masing. Dewan-dewan undangan ini termasuk:
• Dewan Undangan Curiata
• Dewan Undangan Centuriata
• Dewan Undangan Puak
• Dewan Undangan Marhaen
• Senat Rom.
Keahlian kepada dewan-dewan undangan ini terhad kepada faktor-fakor seperti kelas,
susunan, keluarga and pendapatan.
Banyak daripada dewan-dewan undangan ini mempunyai peranan yang khusus dan tertentu.
Umpamanya, Dewan Undangan Curiata mengurniakan Imperium kepada majistret-majistret
Rom. Bagaimanapun, salah dua daripad dewan-dewan undangan ini menguasai kehidupan
politik Republik, iaitu Dewan Undangan Marhaen, serta Senat Rom.
Orang-orang Rom mematuhi dua prinsip untuk majistret-majistret mereka: ketahunan, iaitu
pematuhan jangka masa setahun bagi setiap tempoh, dan kekolejan, iaitu pemegangan
jawatan yang sama oleh sekurang-kurang dua orang pada waktu yang sama. Umpamanya,
jawatan konsul yang merupakan jawatan tertinggi, sentiasa dipegang oleh dua orang bersama-
sama, dengan setiap konsul mempunyai kuasa veto terhadap sebarang tindakan oleh konsul
yang lain. Jika seluruh angkatan tentera Rom bertempur, angkatan itu diketuai oleh kedua-
dua konsul yang mengambil giliran harian untuk mengetuai angkatan tentera. Banyak jawatan
dipegang oleh lebih daripada dua orang; pada tempoh pertengahan kedua Republik,
terdapatnya lapan praetor dan 20 kuestor pada setiap tahun.
Jawatan diktator merupakan kekecualian yang tunggal terhadap prinsip ketahunan serta
kekolejan, dan jawatan penapis terhadap prinsip ketahunan. Pada masa kecemasan tentera,
seorang diktator tunggal akan dipilih untuk tempoh enam bulan bagi tujuan mengetuai negara
Rom secara tunggal. Pada tempoh yang tetap, tetapi bukan secara bertahunan, dua penapis
akan dipilih untuk tempoh 18 bulan setiap lima tahun.
Undang-undang dan "perlembagaan" Rom
Evolusi kerajaan republik
Semasa tempoh awal dan pertengahan Republik, Rom Senat yang mempunyai martabat yang
tertinggi kerana terdiri daripada golongan bangsawan (termasuk banyak bekas majistret) yang
mempunyai kekayaan dan pengaruh politik, adalah utama di negara.
Pada tahun-tahun akhir Republik, satu pembahagian berkembang dalam Senat dengan
kemunculan dua puak: Optimat dan Populares. Puak Optimat menyokong bentuk-bentuk
tradisi kerajaan Rom, sedangkan puak Populares merupakan mereka yang mempergunakan
fakta bahawa Dewan Undangan Marhaen mempunyai kuasa pelulusan undang-undang
(ketentuansuara) untuk mengejar pengaruh politik mereka di luar Senat. Oleh sebab Senat
menguasai kewangan negara, ini mengakibatkan pertikaian antara Senat dengan Dewan
Undangan Marhaen. Banyak ahli politik yang mempunyai cita-cita tinggi mempergunakan
pertikaian ini untuk memajukan kerjaya politik mereka, dan menonjolkan diri sebagai johan
untuk "tradisi Rom", atau untuk "Rakyat".
Tentera
Legion Rom merupakan tulang belakang kuasa tentera Rom. Rom mempergunakan legion-
legionnya untuk memperluas sempadannya sehingga menguasai kebanyakan Eropah dan
kawasan-kawasan di sekeliling Laut Mediterranean.
Legion Rom adalah jentera tentera yang terpiawai, teratur, dan terdisiplin, dan merupakan
salah satu daripada angkatan-angkatan tentera pertama yang menerima pemodenan di dunia.
Keberanian seseorang askar dianggap kurang penting berbanding peranan angkatan tentera
pada keseluruhannya. Pelengkapan, taktik, pembentukan, dan undang-undang tentera
distandardkan dan dilaksanakan dengan seragam. Tatacara untuk setiap perkara dari berlatih
dan berkawat sehingga bangunan kem disusun atur dengan cara yang tertentu. Tugas-tugas
diperuntukkan, dengan setiap unit dan orang memahami peranan dan tanggungjawab masing-
masing dalam angkatan tentera.
Republik awal tidak mempunyai angkatan tentera tetap. Sebaliknya, legion-legion dikerah
hanya jika perlu (istilah Legion berasal daripada istilah bahasa Latin, Legio, yang bermaksud
"perbarisan;" atau "levi"), dan dibubarkan selepas perang. Angkatan-angkatan tentera akan
dikerah dari Rom dan tanah-tanah jajahan yang bersekitaran. Setiap tanah jajahan
bertanggungjawab untuk membekalkan sebilangan askar yang tertentu. Secara teori, askar-
askar kerah hanya dipilih daripada golongan pemilik harta yang cukup kaya untuk
melengkapkan diri. Bagaimanapun, jika keadaan benar-benar memerlukan, keperluan ini
tidak diendahkan. Penggunaan cara ini menyebabkan Legion Rom tidak begitu mahal untuk
dibiayai oleh negara, dan memastikan bahawa legion-legion bukan sahaja bertempur untuk
negara mereka, tetapi juga untuk memeliharakan harta dan cara hidup mereka.
Pada tempoh pertengahan kedua republik (107 SM), Gaius Marius memperkenalkan
pembaharuan-pembaharuan Maruis yang sama sekali menukarkan bentuk Legion. Bukan
sahaja struktur dan taktik tentera Rom dikemaskinikan, tetapi tenteranya diubah menjadi satu
angkatan tentera tetap yang terdiri terutamanya daripada "askar-askar kerjaya" kelas bawahan
yang diambil untuk tempoh selama 20 tahun, dan dihadiahkan (secara tradisi, tetapi tidak
dijaminkan di sisi undang-undang) "geran tanah" pada akhir tempoh perkhidmatan mereka.
Ini menghasilkan kesan yang tidak ketara, tetapi penting, untuk menumpukan semula
kesetiaan askar legion yang kini bertempur bukan sahaja untuk Jeneral serta negaranya, tetapi
juga untuk "pensen" sendiri.
Setiap kali Rom menaklukkan tanah-tanah baru, kawasan itu akan diasingkan menjadi satu
atau lebih wilayah di bawah pentadbiran seorang gabenor Rom yang dipilih setiap tahun oleh
Senat. Gabenor itu dianugerahkan dengan pangkat promajistret, baik prokonsul atau
propraetor, bergantung kepada saiz dan kepentingan wilayah itu (sila lihat Wilayah Rom
untuk senarai pangkat-pangkat gabenor). Pada tempoh pertengahan kedua republik,
sebahagian tanah-tanah yang baru diperoleh sering kali dipergunakan untuk menamatkan
perkhidmatan bekas perajurit yang telah mencapai kelayakan untuk "geran tanah" mereka.
Cara ini bukan sahaja "membayar upah dan memberhentikan" askar-askarnya, tetapi juga
memberikan manfaat sampingan untuk menempatkan orang-orang Rom dengan adat resam
mereka, dan membawa budaya Rom kepada orang-orang taklukan baru: sejenis bentuk
"imperialisme budaya" di samping imperialisme tentera (sila lihat: Romanisasi budaya).
Empayar Rom
Empayar Rom
Empayar Rom pada kemuncaknya.
Cogan kata negara:
Senatus Populusque Romanus
Bahasa Latin: Senat dan Rakyat Rom
Maskot: Aquila (burung helang)
' '
Bahasa bahasa Latin, bahasa Yunani
rasmi
Ibu kota Rom; kemudian Milan,
Ravenna dan Constantinople
Kerajaan Pemerintahan beraja dengan
bentuk-bentuk Republik, dan
kemudiannya Autokrasi
Ketua Maharaja; selepas
negara pembahagian, terdapat
Maharaja Rom Barat dan
Maharaja Rom Timur
Majlis Senat Rom
perundingan
Kawasan Sebelum kejatuhan:
2.3 juta batu persegi
(5,900,000 km² pada
kemuncaknya
Bilangan Sebelum kejatuhan:
penduduk Anggaran berbeza-beza antara
55 juta hingga melebihi 120
juta
Penubuhan 2 September 31 SM
Pembubahan Empayar Rom Barat jatuh
pada 4 September 476, dan
Empayar Rom Timur
(Empayar Byzantine) jatuh
pada 29 Mei 1453.
Maharaja Augustus (27 SM-14)
Pertama
Maharaja Theodosius I (347-395), raja
Terakhir terakhir untuk seluruh
empayar, kemudian
pembahagian terakhir.
Maharaja Barat terakhir:
Romulus Augustus (475-476)
atau Julius Nepos yang
menuntut kedaulatan terhadap
Empayar Rom Barat, sehingga
kemangkatannya pada 480.
Maharaja Timur terakhir:
Constantine XI (1449-1453).
Negara Republik Rom
sebelum
Negara Empayar Rom Barat,
selepas Empayar Rom Timur
(Empayar Byzantine),
Empayar Frank, Empayar
Rom Holy.
Mata wang Solidus, Aureus, Denarius,
Sestertius, As
Liht juga
Rom Kuno
Kawasan di bawah penguasaan Rom ██ Republik Rom ██ Empayar Rom ██ Empayar Barat
██ Empayar Timur
Rom Kuno merupakan sebuah peradaban yang bertumbuh daripada sebuah komuniti
pertanian yang kecil yang diasaskan di Semenanjung Itali pada sekitar abad ke-9 SM. Dalam
tempoh dua belas abad kewujudannya, peradaban Rom beralih daripada sebuah pemerintahan
beraja kepada sebuah republik berasaskan gabungan oligarki serta demokrasi, dan kemudian
menjadi sebuah empayar autokratik yang besar. Empayar Rom menguasai Eropah Barat dan
seluruh kawasan yang mengelilingi Laut Mediterranean melalui penaklukan dan asimilasi.
Empayar Rom akhirnya merosot. Bahagian separuh barat empayar itu, termasuk Hispania,
Gaul, dan Itali, berpisah menjadi kerajaan-kerajaan yang merdeka pada abad ke-5. Empayar
timur yang diperintah dari Constantinople biasanya dirujuk sebagai Empayar Byzantine
selepas tahun 476, tarikh tradisi untuk 'kejatuhan Rom' dan permulaan Zaman Pertengahan
Awal yang juga dikenali sebagai Zaman Kelam.
Peradaban Rom seringnya digolongkan ke dalam "baharian klasik" bersama-sama dengan
Yunani, sebuah peradaban yang banyak mengilhami kebudayaan Rom Kuno. Rom Kuno
banyak menyumbangkan kepada perkembangan undang-undang, peperangan, seni,
kesusasteraan, seni bina, teknologi, dan bahasa di dunia Barat, dengan sejarahnya masih amat
mempengaruhi dunia pada hari ini.
Sejarah
Pemereintahan beraja
Menurut legenda, Rom diasaskan pada tahun 753 SM oleh Romulus dan Remus yang
dibesarkan oleh seekor serigala betina.
Menurut legenda, Rom diasaskan pada 21 April 753 SM oleh Romulus dan Remus, dua anak
kembar keturunan Aeneas, putera Troy. [1] Numitor dari Alba Longa, raja Latin, digulingkan
oleh Amulius, saudara kandungnya yang zalim dan Rhea Silvia, puteri Numitor, melahirkan
Romulus dan Remus. [2][3] Raja baru takut bahawa Romulus dan Remus akan menuntut takhta
dan oleh itu, merancang untuk membenamkan mereka ke dalam air sehingga mati. [3] Seekor
serigala betina (atau seorang isteri gembala, menurut sesetengah huraian) menyelamatkan
serta membesarkan mereka. Apabila mereka cukup tua, mereka mengembalikan takhta Alba
Longa kepada Numitor. [4][5]
Romulus dan Remus kemudian mengasaskan kota sendiri, tetapi Romulus membunuh Remus
dalam sebuah pergaduhan tentang siapakah yang harus menjadi raja pertama antara tujuh
orang raja Rom, serta juga nama siapakah yang harus dipergunakan untuk menamai kota itu.
[6]
Oleh sebab kota itu tidak mempunyai sebarang perempuan, legenda mengatakan bahawa
orang Latin menjemput orang Sabines ke sebuah perayaan dan kemudian mencuri anak-anak
dara mereka dan dengan itu, menyepadukan orang Latin dengan orang Sabines. [7]
Kota Rom bertumbuh daripada petempatan-petempatan di sekitar harungan Sungai Tiber
yang merupakan persimpangan lalu lintas dan perdagangan. [4] Menurut bukti arkeologi, desa
Rom ini mungkin diasaskan pada abad ke-8 SM, walaupun ia mungkin juga diasaskan di atas
Bukit Paltine sejak abad ke-10 SM lagi oleh puak Latin dari Itali. [8][9] Orang Etruria yang
dahulu menetap di utara Etruria kelihatan memantapkan kedudukan politik mereka di
kawasan ini menjelang akhir abad ke-7 dan membentuk sebuah golongan bangsawan dan
raja. Mereka jelasnya hilang kuasa di kawasan ini menjelang akhir abad ke-6 dan pada saat
ini, puak-puak Latin dan Sabine yang asal merekacipta semula pemerintahan mereka melalui
penciptaan sebuah republik, dengan lebih banyak sekatan terhadap kebolehan raja-raja
mereka untuk menggunakan kuasa. [10]
Empayar Byzantine
Βασιλεία Ῥωμαίων
Vasileía Romaíon
Empayar Rom Timur
Empayar
330 – 1453
Empayar Byzantine atau Empayar Rom Timur merujuk kepada Empayar Rom semasa
Zaman Pertengahan, dan pusatnya terletak di Konstantinopel yang sekarang dikenali sebagai
Istanbul di Turki. Walaupun empayar ini dikenali masyarakat barat sebagai Empayar Greek
kerana budaya dan populasinya, ia dikenali oleh rakyatnya sendiri sebagai Empayar Rom
atau Romania kerana maharajanya adalah dari maharaja berketurunan Rom dan menurut
dunia Islam, mereka adalah orang Rom.
Permulaan empayar (330-440 M)
Maharaja Constantine I memindahkan Empayar Rom ke bandar Byzantium dan menamakan
bandar tersebut Constatinople. Beberapa tahun kemudian, selepas bandar Rome diambil alih
oleh orang Jerman, keseluruhan Empayar Rom berpindah ke Constatinople, dan satu empayar
baru terbina. Empayar baru ini masih mengikut cara Empayar Rom kristian tetapi mempunyai
wilayah yang lebih kecil berbanding Empayar Rom lama.
Empayar bermasalah (476-717 M)
Peperangan di barat
Empayar Byzantine cuba untuk menakluk Rome dan Itali dari orang Jerman. Di antara tahun
500 ke 600 SM, mereka memenangi banyak peperangan dan menawan kembali Rome.
Kemenangan ini tidak kekal apabila orang Jerman menawan kembali Itali dan Rome. Lebih
memburukkan keadaan, orang Avar datang dan menawan Bulgaria dan Greece dari orang
Byzantine. Selepas beberapa peperangan, orang Avar menang dan mengambil utara Greece
dan Bulgaria. Mereka kemudiannya menggelar diri mereka sebagai orang Bulgar.
Peperangan di timur
Selepas Rome ditawan orang Jerman, Empayar Byzantine masih mengawal Mesir, Greece,
Palestin, Syria dan Turki. Tetapi, satu lagi empayar yang dikenali dengan Empayar Parsi,
mahu menawan kawasan-kawasan ini. Di antara tahun 476 ke 628 SM, Empayar Byzantine
dan Parsi berperang dan ramai yang terkorban. Peperangan berakhir dengan tewasnya orang
Parsi di Iraq, berdekatan dengan bandar lama Ninevah pada tahun 627 SM.
Malang bagi empayar apabila musuh baru muncul iaitu orang Arab. Empayar Byzantine yang
baru sahaja tamat berperang dengan orang Parsi tewas dalam banyak peperangan dengan
orang Arab. Palestin, Syria dan Mesir jatuh ke tangan Arab walaupun mereka dapat
mempertahankan Turki dan menyekat kemaraan orang Arab.
1025-1071
Selepas kemangkatan Maharaja Basil II, empayar diterajui oleh ramai maharaja yang tamak.
Mereka membazirkan wang negara dan mengurangkan jumlah tentera. Ini melemahkan
pertahanan empayar. Empayar juga tidak mempunyai tentera yang benar-benar ikhlas
berjuang tetapi hanya mahukan wang dan tentera ini lebih mahal untuk diupah.
Pencerobohan Turki (1071-1091)
Bangsa dari Asia Tengah yang menunggang kuda (kemudiannya dikenali sebagai bangsa
Turki) menyerang dan berjaya menawan seluruh Turki pada 1091. Tetapi empayar mendapat
pertolongan dari tentera salib dari Eropah ketika Perang Salib Pertama. Mereka bukan sahaja
mahu menolong empayar tetapi juga menawan kembali Jerusalem dari tangan orang Islam.
Empayar berjaya diselamatkan (1091-1185)
Empayar Byzantine selamat dengan pertolongan bangsa Eropah yang menawan kembali
separuh dari Turki. Empayar juga selamat kerana diperintah oleh tiga orang maharaja yang
berkebolehan secara berterusan.
Empayar Suci Rom (Bahasa Latin Sacrum Romanum Imperium /ˈsakrʊm roˈmɑːnʊm ɪm
ˈpɛɾɪʊm/) adalah penyatuan tanah yang didiami oleh puak-puak Jermanik sekitar Eropah
Tengah sewaktu Zaman Pertengahan sehingga 1806. Empayar ini dikuasai oleh Maharaja-
maharaja Suci Rom berketurunan Jerman. Nama ini datang dari kegemaran penguasa-
penguasa zaman pertengahan menyambung tradisi purba Empayar Rom dan mengesahkan
kekuasaannya itu sebagai kehendak suci tuhan di dalam pengertian agama Kristian.