You are on page 1of 22

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

MEI / 2011

HBML 4203 KESUSASTERAAN MELAYU

NO. MATRIKULASI NO. KAD PENGNEALAN NO. TELEFON E-MEL

: : : :

711212065190002 711212065190 019-4314247 zulaifah@oum.edu.my

PUSAT PEMBELAJARAN

KEDAH LEARNING CENTRE

HBML 4203 KESUSASTERAAN MELAYU ISI KANDUNGAN Bil 1.0 2.0 Pendahuluan Definisi Kesusasteraan melayu 2.1 Kandungan Muka Surat 2 3 3 4

Kesusasteraan Melayu tradisional.

2.2 Kesusasteraan Melayu Moden

1.2.1 1.2.2 1.2.3 1.2.4


3.0

Novel Cerpen Drama Sajak


5 6

Aliran-Aliran Kesusasteraan
3.1 3.2 3.3 3.4 3.5 3.6 3.7 -

Klasikisme Romantisisme Realisme Naturalisme Absurdisme surelisme Keislaman

8
8 - 11 11

4.0 5.0

Sastera dan Masyarakat Fungsi dan Peranan


Analisis Karya 5.1 - Biodata Penulis 5.1.2 Antara Karya Hebat Penulis 5.2 - Latar Belakang Novel Tulang-Tulang Berserakan 5.3 Sinopsis Novel 5.4 - Bahasa dan Seni 5.5 Idea dan Ideologi 5.6 Semangat nasionalisme 5.7 - Nilai-Nilai Kemanusiaan 5.8 Konsep Wira Moden

12 13 14 15 16 17 18 19 20 -21 1

6.0

Penutup Bibliografi / Rujukan

HBML 4203 KESUSASTERAAN MELAYU

1.0 Pendahuluan Kesusasteraan memainkan peranan yang penting dalam kehidupan manusia. Dewasa ini, hubungan kesusasteraan dan masyarakat amat saling berkait rapat. Di Malaysia sendiri, bidang kesusasteraan melayu berkembang dan menjadi satu wadah pagi para pengkarya melahirkan sesuatu mesej dan tujuan bagi disampaikan kepada umum. Pelbagai genre dan jenis kesusasteraan telah dihasilkan sama ada bentuk tradisional mahupun kesusasteraan moden. Namun, mutakhir ini, karya-karya kesusasteraan moden telah berkembang biak bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Bermula zaman Abdullah Munsyi ke sebelum merdeka hinggalah pascamerdeka, telah lahir ramai pengkarya kesusasteraan dengan hasil karya masing-masing bagi menyampaikan mesej mengikut aliran pemikiran dan kecenderungan masing-masing. Dikatakan pelopor kesusasteraan Melayu moden dipelopori oleh Abdullah munsyi walaupun ada yang mempertikaikannya dengan menyatakan bahawa Hamzah Fansuri merupakan Bapa Kesusasteraan Melayu Moden kerana karya-karyanya yang tinggi mutunya dan mempunyai pengaruh dunia Islam. Sedangkan Abdullah Munsyi dikatakan begitu kerana karya-karyanya menggunakan gaya bahasa Klasik/ Tradisional dan berpijak di bumi nyata. Kesusasteraan melayu moden mempunyai pelbagai genre seperti sajak (puisi moden), cerpen, novel,esei, kritikan, Biografi dan drama. Kecenderungan para ahli sastera menghasilkan karya mereka bergantung kepada minat dan keupayaan mereka menghasilkan karya mengikut jenis aliran pemikiran yang mereka terpengaruh mengikut peredaran zaman dan era mereka. Di Malaysia, ungkapan Seni untuk Seni dan Seni untuk Masyarakat diperdebatkan oleh para sarjana sastera dalam menentukan hala tuju kesusasteraan Melayu. Tumpuan kertas kerja ini adalah terhadap Sasterawan Negara iaitu Usman Awang atau nama penanya Tongkat Warrant merupakan salah seorang pemuka kesusasteraan melayu moden yang mempunyai karya daripada pelbagai jenis genre kususasteraan. Dari sajak, novel, cerpen, novel hinggalah kepada karya jenis Drama telah beliau hasilkan. Pelbagai mesej sosial dan ketuhanan disampaikan melalui karya-karya beliau mengikut aliran pemikiran beliau. Salah satu karya tunggalnya novel beliau ialah novel Tulang-Tulang Berserakan merupakan karya yang akan dianalisis bagi menjelaskan salah satu pemikiran beliau dan aliran ang beliau pegang sebagai salah seorang Pemuka Kesusasteraan Melayu di Negara Malaysia yang beliau cintai dan jelas ditunjukkan dalam karya beliau ini.

HBML 4203 KESUSASTERAAN MELAYU

2.0 Definisi Kesusasteraan Melayu Definisi kesusasteraan telah diberi dengan pelbagai tafsiran oleh para sarjana. Namun, menurut Hashim Awang, beliau menyatakna bahawa kesusasteraan sebagai ciptaan seni yang disampaikan melalui bahasa1. Dari sudut etimologi pula, kesusasteraan merupakan cantuman perkataan su dan sastra dalam bahasa Sanskrit. Apabila menerima imbuhan apitan ke...an ia telah menjadi kata nama terbitan yang membawa makna semua bentuk karya bernilai seni dan berguna. Sehubungan itu, bagi mencapai maksud yang sebenar, kesusasteraan didefinisikan sebagai kesemua hasil seni yang disampaikan melalui bahasa dan ditujukan kepada khalayak. Manakala khalayak itu merupakan pembaca bagi karya yang ditulis dan penonton untuk drama. Manakala Istilah Kesusasteraan Melayu boleh ditakrifkan dengan merujuk kepada Karya-karya kesusasteraan yang ditulis dalam bahasa Melayu. Kesusasteraan melayu terbahagi kepada dua iaitu kesusasteraan melayu tradisional dan kesusasteraan Melayu Moden.

2.1 Kesusasteraan Melayu tradisional. Kesusasteraan Melayu Tradisional terbahagi kepada dua iaitu, Prosa dan Puisi. Prosa pula terbahagi kepada dua iaitu naratif dan bukan naratif. Prosa naratif pula terdapat dalam benttuk lisan dan bentuk tulisan. Dalam prosa Naratif Lisan pula ia terbahagi kepada tiga genre beradasarkan cirri-ciri tertentu iaitu, Mitos, laggenda dan Cerita Rakyat. Cerita Rakyat terbahagi kepada tiga iaitu, cerita Jenaka, Cerita Binatang dan Cerita Dongeng. Manakala Cerita dongeng pula terdiri dari cerita Lipur Lara dan Cerita Teladan. Pengaruh yang terdapat dalam naratif Tulisan ialah Pengaruh hindu dan Pengaruh Islam. Pengaruh Hindu biasanya terdapat dalam Sastera Panji. Manakala pengaruh Islam terdapat dalam genre Sastera Transisi. Pengaruh Islam memperngaruhi genregenre seperti sastera Hikaya, Sastera Sejara dan Sastera Epik. Sastera Epik pula terdapat dalam dua subgenre iaitu Epik kebangsaan dan Epik Melayu-Islam. Bagi Prosa Tulisan Bukan Naratif pula, ia dikategorikan kepada Sastera Kitab, Sastera Ketatanegaraan, Sastera undang-undang dan Sastera Sufi. Selain itu, puisi Melayu Tradisional pula terbahagi kepada dua jenis iaitu Naratif dan bukan Naratif.
1

Modul Oum HBML 4203 Kesusasteraan Melayu, oleh Dr harun Jaafar, versi Disember 2009, cetakan ke enam 2011.

HBML 4203 KESUSASTERAAN MELAYU

2.2 Kesusasteraan Melayu Moden Terdapat beberapa genre yang digunakan dalam Kesusasteraan melayu Moden. Genre-genre tersebut ialah : 2.2.1 Novel Perkataan berasal dari perkataan Novella dan dipinjamkan dari saduran bahasa Inggeris. Oleh itu, Istilah Novel merupakan satu cereka yang berbentuk prosa dan disampaikan dengan cara yang begitu kompleks dari segi plot, watak-watak dengan jumlah yang banyak bagi menghidupkan cerita, persoalan-persoalan yang dikemukakan juga banyak dan pelbagai serta suasana latar yang beraneka dari segi latar Masa. Tempat dan Masyarakat. Jumlah perkataan yang banyak dan dalam bab-bab dalam novel juga dalam jumlah yang banyak berbentuk relatif dari semua sudut.

2.2.2

Cerpen Singkatan daripada Cerita pendek. Sebab itulah ceritanya tidak panjang akan tetapi tetap benrbentuk relatif. Walau bagaimana pun ia tidak sepanjang novel. Ia dianggap sebagai sebuah cereka relatif pendek dan berkisar mengenai perkara pokok yang ingin diutarakan oleh pengarang. Persoalan yang dikemukakan, watak-watak lebih fokus dan tidak terlalu kompleks.

2.2.3

Drama Drama merupakan teks/naskah yang dipentaskan dan dilakonkan. Ia mempunyai ciri-ciri seperti mempunyai aksi, konflik dan berlaku pada ketika itu sahaja dan tidak berulang-ulang. Terdapat pelbagai jenis drama iaitu, jenis Tragedi, komedi, Tragi-komedi, Opera, Pantomin dan Bangsawan. Drama boleh dipentaskan tanpa dialog dan hanya menggunakan gerak-geri dan memek muka sahaja tetapi difahami penonton apa yang hendak disampaikan.

2.2.4

Sajak Disebut juga sebagai Puisi Moden. Mula dipelopori oleh Punggok. Ditulis secara berangkap dan ada kalanya mempunyai pengaruh puisi tradisional terutama dari segi rima akhirnya. Ia juga ditulis dalam bentuk bebas dan eksperimen. Mempunyai nada tertentu seperti Romantik, Malankolik,
4

HBML 4203 KESUSASTERAAN MELAYU

Patriotik, Sinis dan Protes. Kebiasaannya Sajak bertemakan Patriotik, Ketuhanan/Keagamaan, Alam, Sosial/Kemasyarakatan dan kekeluargaan. Ia Merupakan satu genre yang semakin berkembang dan amat popular dalam kalangan masyarakat di semua peringkat sosial dan umur.

Selain dari genre-genre yang dibincangkan ini, kesusasteraan juga mempunyai genre seperti Biografi dan Esei. Penulisan esei juga popular dalam kalangan masyarakat termasuk pelajar-pelajar sekolah dan Universiti. Manakala Biografi biasanya ditulis oleh orang-orang yang tertentu kerana bentuk penulisannya yang agak komleks dan panjang serta memerlukan kajian yang mendalam. Ia merupakan catatan hidup seseorang terutamanya mengenai tokoh-tokoh tertentu.

3.0 Aliran-Aliran Kesusasteraan Menurut Hamzah-Asraf " orang yang mengatakan bahawa aliran kesusasteraan mengikut lunas yang suatu sahaja maka anggaplah itu sebagai insan yang tidak percaya adanya perubahan yang dibawa zaman di dalam hal fahaman saya , "Seni untuk Seni" saya menjawab dengan ringkas: "Seni untuk Masyarakat" kedua-duanya sastera, kedua-duanya mungkin berjasa (Hiboran, 30 Disember 1950: 22)2 Kebiasaannya pengarang menggunakan pelbagai cara dan berpegang kepada hanya satu haluan pemikiran untuk melahirkan segala yang dihajatinya ke dalam sesebuah karya. Haluan pemikiran atau hala tuju itulah yang dinamakan aliran. Oleh sebab itu, terdapat pengarang yang memilih untuk:

i. ii. iii. iv.

Berterus terang; Menggunakan cara halus dan kasar; Menumpukan perhatian kepada keindahan; dan Mementingkan isi semata-mata3

2 3

PENGHAYATAN SASTERA STPM, Pengkritik pada Era Asas 50, (Bahagian Akhir) Oleh OTHMAN PUTEH Modul Oum HBML 4203 Kesusasteraan Melayu, oleh Dr harun Jaafar, versi Disember 2009, cetakan ke enam 2011.

HBML 4203 KESUSASTERAAN MELAYU

3.1 Klasikisme Klasik berasal daripada kata classic di dalam bahasa Inggeris yang bermaksud sesuatu yang bermutu dan tinggi nilainya. Kata classics pula merujuk kepada karya sastera yang agung terutamanya karya-karya zaman Greek dan Latin. Classical bermaksud pengelasan karya atau penilaian terhadapnya berasaskan kesetandingan nilainya dengan karya pada zaman yang telah disebutkan. Classicism bermaksud gaya yang didasarkan kepada tamadun berkenaan sebagai modelnya. Sumber lain mentakrifkan klasik sebagai sesuatu yang memiliki kedudukan yang diakui dan tidak diragukan. Jika dirujuk kepada kesusasteraan, klasik bererti karya yang tinggi nilainya dan sering dijadikan tolok ukur atau karya sastera zaman kuno yang bernilai kekal. Klasikisme bererti peniruan langgam seni (kebudayaan mahupun kesusasteraan) Yunani dan Romawi kuno, yang ditandai dengan pengutamaan bentuk, kesederhanaan dan penguasaan emosi seperti yang berlaku pada abad ke-18 Masihi. Berdasarkan keterangan di atas, dapat dirumuskan bahawa klasikisme merupakan satu aliran yang berpegang kepada pemikiran bahawa karya sastera mestilah mengutamakan bentuk, isi dan penuh dengan emosi. Aliran ini juga sangat mementingkan nilai yang terkandung di dalam sesebuah karya. Sehubungan itu, pengarangnya patuh kepada konvensi sastera yang sedia ada, tidak kira sama ada prosa mahupun puisi. Jika karya itu serangkap pantun misalnya, konvensi pantun mesti dipatuhi, isinya telah dikenal pasti, dan matlamatnya juga telah ditentukan.

3.2 Romantisisme Aliran penulisan karya sastera ini memfokuskan kepada perasaan. Konsep itu muncul di Eropah sebagai reaksi kepada rasionalisme. Aliran ini beranggapan bahawa fikiran manusia terbatas. Oleh sebab itu, intuisi (gerak hati) diperlukan untuk menanggap rahsia alam ini. Tafsiran sedemikian dikaitkan dengan karya yang bergelumang dengan perasaan. Perasaan itu merupakan ungkapan romantis, sedih dan pilu (melankolis) terhadap orang yang dikasihi. Namun demikian, perasaan tersebut tidak terhad kepada kekasih sahaja malahan juga kepada negara dan Tuhan.

3.3 Realisme Aliran penulisan karya sastera ini menumpukan perhatian kepada gambaran atau penggemblengan isu masyarakat dan muncul di Barat pada tahun 1930. Di Malaysia
6

HBML 4203 KESUSASTERAAN MELAYU

dan Singapura, aliran ini diamalkan oleh pengarang dan penyair ASAS 50. Kesemuanya memperjuangkan keadilan sosial. Oleh sebab itu, persoalan utama yang melatari karya mereka ialah isu kemasyarakatan. Antaranya ialah darurat, ketidakadilan sosial, politik dan nasionalisme. Akibat daripada kecenderungan untuk memihak kepada politik dan idea-idea sosialis, muncul satu cabang baru dalam realisme, iaitu realisme sosialis. Para pengarang yang berpegang kepada cabang realisme ini memberi kemenangan kepada golongan miskin dan tertindas. Di Malaysia, Kassim Ahmad menulis kritikan sastera berasaskan realisme sosialis.

3.4 Naturalisme Pada peringkat awal, aliran penulisan karya ini dipegang oleh para pelukis. Lukisan yang terhasil menggambarkan sesuatu objek di dalam bentuk sebenarnya. Apabila aliran ini dibawa masuk ke dalam penghasilan karya sastera, para penulis yang mendukunginya mengemukakan karya yang isi dan persoalannya benar wujud di dalam masyarakat, terutamanya kepincangan yang berlaku di dalam masyarakat. Penggemblengan aliran ini kita temui di dalam kumpulan cerpen yang berjudul Dua Zaman. Harus diingat bahawa cerpen yang terkumpul dalam kumpulan tersebut dihasilkan oleh penulis ASAS 50.

3.5 Absurdisme Aliran penulisan karya ini lahir sesudah eksistensialisme. Manusia seolah-olah kehilangan segala-galanya selepas Perang Dunia Kedua. Situasi tersebut membentuk kekosongan dalam jiwa manusia, tidak terkecuali jiwa para pengarang. Dengan demikian, muncullah keluh-kesah di dalam jiwa pengarang. Lalu muncullah karyakarya yang bertentangan dengan kenyataan, tidak masuk akal dan mustahil.

3.6 Surealisme Surealisme muncul di dalam dunia kesusasteraan akibat daripada pelaksanaan psikoanalisis Freud yang berhubung dengan kejiwaan manusia. Karya-karya yang mengaplikasikannya menjurus kepada aspek tidak rasional dalam kehidupan manusia, iaitu aspek bawah sedar.

HBML 4203 KESUSASTERAAN MELAYU

3.7 Keislaman Aliran ini muncul di Malaysia akibat tercetusnya polemik sastera Islam. Menurut aliran ini, karya sastera yang terhasil perlu mengikut lunas Islam. Di samping itu, karya yang terhasil perlu melukiskan kejernihan hidup orang bertakwa dan menggambarkan ketidaktenteraman orang yang menjauhi Islam4 4.0 Sastera dan Masyarakat Fungsi dan Peranan Umum sering memperkata tentang kesusasteraan, hal itu tidak dapat dipisahkan dengan manusia dan masyarakat. Sastera hidup kerana adanya hubungan ini. Erti kesusasteraan kepada kehidupan manusia dilihat dalam dua sudut pandangan, iaitu sudut pandangan yang lama dan yang baharu, sesuai dengan hakikat sastera itu sendiri yang berkembang dari segi bentuk, jenis, dan fungsinya. Sastera berkembang mengikut perubahan zaman dan tuntutannya. Keadaan ini memberi kesan terhadap erti sastera kepada kehidupan manusia. Oleh itu sastera dan masyarakat boleh saling ada kaitan seperti berikut : a) Ada yang menyatakan bahawa Seni dan sastera merupakan satu wadah yang amat penting dalam mengungkapkan tahap kemanusiaan kita yang sedia ada. Ketinggian sesuatu tamadun dan peradaban manusia bergantung kepada tahap ketinggian keusasteraan dan keseniannya. Pemikiran, falsafah serta pencapaian sesuatu bangsa dan peradaban telah melalui proses yang panjang dan berabad lamanya. Kesemuanya diungkapkan dalam karya-karya seni dan sastera dalam bentuk penulisan puisi dan prosa atau dilukis dan dipahat.

b) Sastera dan seni juga dikatakan sebagai perakam kemajuan masyarakat. Hal ini berlaku kerana para sasterawan berada di tengah-tengah proses sosial. Oleh itu. Mereka akan menulis bagi meyakinkan khalayak akan sesuatu idea dan menampilkan perspektif dan visi masing-masing. Menurut Dr Shaharuddin Maaruf, (Mantan Ketua jabatan Pengajian Melayu, Universiti Nasional Singapura) sastera merupakan gelanggang persaingan idea dan nilai. Di sinilah setiap kelompok mengajukan aliran pemikirannya. Dalam masyarakat berasaskan sains dan teknologi seperti di Malaysia, kehadiran sastera sangat bererti. Tanpa sastera, masyarakat maju kehilangan unsur penting kehidupannya. Hakikat ini ditegaskan oleh John Naisbitt,
4

Modul Oum HBML 4203 Kesusasteraan Melayu, oleh Dr harun Jaafar, versi Disember 2009, cetakan ke enam 2011

HBML 4203 KESUSASTERAAN MELAYU

melalui bukunya yang bertajuk High Tech High Touch, mengatakan bahawa ada teknologi (high tech) yang memabukkan manusia kerana mencengkam semangat manusia dan meningkatkan pencarian manusia tentang makna atau kepastian. Hasilnya, manusia berada dalam keadaan yang kompleks, dan sering pula terperangkap dengan hubungan yang bersifat paradoksikal antara teknologi dengan usaha mencari makna5.

c) Sastera sebagai seismograf kehidupan. Sasterawan Negara Profesor Emeritus Dato Dr Shahnon Ahmad (1991) menegaskan sastera bukan sahaja mencatatkan tetapi menganalisis perihal
manusia dan masyarakat. Melalui sastera, banyak yang dapat dipelajari. Bagi Shahnon, sastera sangat diperlukan untuk melengkapkan nilai sesuatu masyarakat. Melalui sastera, masyarakat juga dapat mempelajari sejarahnya untuk memperbaik kehidupan mereka.

d) Sastera meliputi semua aspek kehidupan manusia secara meluas.


Allahyarham Datuk Dr. Usman Awang, menyatakan bahawa Sastera ialah satu bentuk seni yang menggunakan bahasa. Melalui bahasa, keperihalan manusia dan kemanusiaan dibangunkan dengan penuh kesedaran tentang mesej dan keindahan. Laras bahasa sastera berbeza daripada laras bahasa harian dan sains. Pemilihan kata yang teliti, unsur bunyi yang dijaga rapi, dan irama yang tersusun indah membawa pembaca menikmati bahasa sastera.

e) Sastera dapat menjadikan pembaca memahami kehidupan dengan lebih berfalsafah. Hal ini Bermaksud, pemcaba dapat menerima keperihalan tentang manusia dan masyarakat yang kadangkala sukar untuk di mengertikan oleh fikiran rasional. Sememangnya kehidupan manusia ini penuh dengan kemungkinan yang tidak terduga dan sastera mampu menjelaskannya. Pengarang ialah manusia kreatif yang memiliki kemampuan berfikir, berimaginasi, dan berbahasa untuk menghasilkan karya, sama ada puisi, novel, cerpen, ataupun drama.

http://www.theborneopost.com/2011/06/22/kepentingan-sastera-dalam-masyarakat-1malaysia/ 9

HBML 4203 KESUSASTERAAN MELAYU

Manusia dan masyarakatnya ialah bahan mentah yang sangat penting kepada pengarang. Keperihalan manusia dan masyarakat menjadi ilham kepada pengarang untuk berkarya. Maka, karya dilihat sebagai cermin masyarakat yang melalui proses pemilihan, pentafsiran, dan penilaian pengarangnya. Lantaran itu, karya sastera sangat menarik untuk dibaca bukan sangat hanya itu cermin kehidupan, tetapi juga sebagai pandangan alternatif kepada apa-apa yang kita lihat dan fikirkan tentang manusia dan masyarakatnya.

f) Sastera membawa dunia baharu kepada pembaca dan dunia ini memperkaya pembaca dalam konteks emosi dan intelek. Sastera berupaya memberikan pendidikan kepada emosi dan intelek pembaca. Pendidikan yang mampu dibawa oleh sastera ialah satu pengertian lama tentang erti sastera, tetapi masih relevan erti sastera kepada kehidupan manusia. Masyarakat yang maju ialah masyarakat yang mampu berfikir tentang kehidupan dan sastera bererti kerana memiliki kemampuan ini. g) Sasterawan Negara Profesor Emeritus Dato Dr. Shahnon Ahmad, menyatakan bahawa kesusasteraan berperanan sebagai satu cabang kesenian yang berteraskan cinta. Cinta di sini maksudnya cinta kepada keindahan dan cinta kepada kebenaran. Karya kesusasteraan dicipta oleh para sasterawan untuk membangunkan peribadi manusia supaya cinta akan keindahan dan cinta akan kebenaran.

h) Sastera sebagai rakaman dan renungan interaksi insan seni dengan masyarakat dan masalah mereka. Sasterawan Negara Datuk (Dr) A. Samad Said (1997 menyatakan setiap karya yang tercipta, sedikit sebanyak mendekatkan insan seni itu kepada sebahagian kecil cakerawala Tuhan yang luas, di samping menggarapkannya dengan sesama makhluk yang sama-sama mencari dan sama-sama menikmati dan

10

HBML 4203 KESUSASTERAAN MELAYU

sama-sama terhukum oleh getar kehidupan. Oleh latar dan pengaruh itu, sastera mestilah berkhasiat untuk batiniah dan minda manusia.6

5.0 Analisis Karya Karya yang dipilih untuk dianalisis merupakan salah satu karya dari Sasterawan Negara iaitu Usman Awang atauu dikenali dengan nama penanya Tongkat Warrant.Karya ini merupakan satu karya Kesusasteraan melayu Moden dalam genre Drama. Karya tersebut ialah novel Tulang-Tulang Berserakan.

5.1 Biodata Penulis Novel Allahyarham Dr. Dato Usman Awang semasa hayatnya, beliau terkenal sebagai seorang penyair hebat dan ahli drama yang prolifik. Antara nama pena beliau yang termasyhur Tongkat Warrant, Adi Jaya, Atma Jiwa, Setiabudi,. Beliau diberi nama Wan Osman Wan Awang tetapi menukar namanya kepada Usman Awang. Tokoh ini dilahirkan pada 12 Julai 1929 di Kampung Tanjung Lembu, Kuala Sedili, Kota Tinggi, Johor Darul Ibunya, Halimah, meninggal dunia sewaktu beliau kecil lagi. Ayahnya seorang nelayan yang mencari dan menjual rotan pada waktu musim tengkujuh. Usman Awang menerima pendidikan setakat darjah enam Sekolah Melayu sahaja. Faktor kemiskinan tidak mengizinkannya mengecap kejayaan yang lebih baik. Beliau pernah menuntut di daerah Kuala Sedili (1936), Mersing (1937) dan Bandar Maharani (1940). Ketika Jepun melanda Malaya pada tahun 1942, Usman Awang memerah keringat sebagai seorang anak tani di Segamat. Tidak lama kemudian beliau menjadi buruh paksa Jepun selama enam bulan di Singapura. Beliau berjaya melepaskan diri dan pulang ke Segamat. Beliau pernah menjadi budak pejabat di Pejabat Tali Air Segamat. Kemudian memasuki Pasukan Polis Jepun (Botai), tetapi selepas beberapa minggu menjalani latihan, pihak Jepun menyerah kalah. Selepas itu, Usman Awang menjadi anggota polis apabila Inggeris kembali memerintah semula pada tahun 1946. Beliau menjalani latihan di Johor Bahru sebelum menjalankan tugasnya di Melaka.

http://www.theborneopost.com/2011/06/22/kepentingan-sastera-dalam-masyarakat-1malaysia

11

HBML 4203 KESUSASTERAAN MELAYU

Pada tahun 1951, beliau berhijrah ke Singapura dan bekerja sebagai pembaca pruf di Melayu Raya selama enam bulan. Beliau kemudian menjadi seorang pemberita. Sesudah itu beliau bekerja di Mingguan Melayu sebagai sidang pengarang. Pada tahun 1952, Usman Awang mendapat tawaran bekerja di Utusan Melayu sebagai sidang pengarang akhbar Utusan Kanak-Kanak. Beliau diangkat menjadi pengarang Utusan Zaman dan majalah Mastika selepas itu. Pada tahun 1962, Usman Awang bekerja di Penerbitan Federal selama lapan bulan. Kemudian beliau berkhidmat sebagai sidang pengarang di Dewan Bahasa dan Pustaka. Jawatan pertamanya ialah sebagai sidang pengarang untuk majalah Dewan Bahasa. Kemudian beliau menjadi pengarang majalah Dewan Masyarakat, Dewan Sastera, dan Dewan Budaya. Bermula pada Mei 1982,beliau menjadi Ketua Bahagian Pembinaan dan Pengembangan Sastera sehingga bersara pada bulan Julai 1985.

5.1.2 Antara Karya Hebat Usman Awang mula mencipta nama dalam dunia persuratan Melayu moden dengan penulisan sajak. Sajak-sajaknya sentiasa segar, kukuh serta akrab dengan akar budi Melayu dan perikemanusiaan. Lantaran keistimewaan yang ada dalam sajaknya yang menarik, ia acap kali menjadi pilihan anak-anak sekolah juga masyarakat awam dalam sebarang upacara mendeklamasi sajak. Namun, banyak lagi karya-karya beliau dalam pelbagai genre dan sesungguhnya beliau hanya mempunyai satu karya novel sahaja. Antara sajaknya yang cukup popular ialah Pak Utih, Ke Makam Bonda, Nasib Buruh, Bunga Popi, Gadis Di Kuburan, dan Salam Benua. Manakala satu-satunya novel penulisannya yang masyhur sehingga kini ialah Tulang-tulang Berserakan. Begitu juga dengan cerpennya yang hebat seperti Untuk Malaya Merdeka, Turunnya Sebuah Bendera, Kami Yang Terlibat dan sebagainya. Di samping itu, drama beliau yang bertajuk Muzika Uda dan Dara, Degup Jantung, Malam Kemerdekaan, Tamu Di Bukit Kenny, Matinya Seorang Pahlawan Jebat, Serunai Malam turut dipentaskan.7

Petikan esiswa Ogos 2009

12

HBML 4203 KESUSASTERAAN MELAYU

5.2 Latar Belakang Novel Tulang-Tulang Berserakan 1. Tajuk Novel : : : Tulang Tulang berserakan Dato Usman Awang (Sasterawan Negara Ke- 3) UA Enterprise Sdn Bhd, 2006: 290 halaman

2. Penulis 3. Terbitan

5.3 Sinopsis Satu-satunya novel karya beliau yang berkisar antara pengalaman hidupnya sebagai seorang anggota polis yang bertugas di negeri Melaka pada Zaman Darurat yang penuh dengan keganasan, pembunuhan, penderitaan, ketakutan dan

kesengsaraan hidup rakyat. Yang menjadi pokok ceritanya ialah perjuangan sepasukan Polis Hutan atau Jungle Squad menentang pengganas Komunis yang bersembunyi di sebalik hutan belantara. Akan tetapi jika diteliti dengan lebih luas, nyata benar Usman Awang mengisahkan persoalan yang besar iaitu perikemanusiaan yang universal sifatnya. Mesej kemanusiaan ini disampaikan menerusi watak utamanya, Leman seorang anak muda yang memiliki rasa kemanusiaan yang sangat unggul. Sejarah hitam yang melanda Tanah Melayu pada bulan Jun 1948 telah menyebabkan perkembangan politik di antara pelbagai fahaman yang seterusnya membawa kepada pengisytiharan darurat seluruh negara. Ekoran daripada pengisytiharan di seluruh negara, pemerintah Inggeris telah mengambil kesempatan untuk terus menekan pemimpin-pemimpin politik yang progresif kerana beranggapan bahawa mereka membahayakan pemerintahannya. Rentetan daripada peristiwa darurat, satu pasukan khusus untuk menentang tentera-tentera komunis di hutan-hutan telah dibentuk kebanyakkannya anggota polis yang baru tamat latihan di Depol, Johor Bahru dan pasukan ini dinamakan sebagai Jungle Squad (polis hutan). Antara tugas mereka ialah meronda di hutan belukar untuk menjejak saki-baki gerila komunis. Sewaktu menempuh segala dugaan dan cabaran pada zaman inilah beliau mula membuahkan segala perasaannya di atas kertas dengan pena yang tajam. Kesedaran ini telah menjadi penentuan kerjaya beliau sebenar yang tersemat di hatinya.

13

HBML 4203 KESUSASTERAAN MELAYU

5.4 Bahasa dan Seni Setiap cabang kesenian dapat kita pandang sebagai suatu bahasa (Luxemburg dkk, 1986: 47). Oleh kerana itu, dalam membaca karya-karya Usman Awang, hubungan bahasa dan seni harus dilihat sebagai satu gejala dan faktor penting yang mendominasi semua karya Sasterawan Negara ini. Hipotesis ini diberi penekanan sekali lagi, bahawa hubungan bahasa dan seni sangat sesuai dipertimbangkan dalam semua karya Usman Awang, justeru daripada gejala inilah ia bakal membawa kita kepada pemikirannya yang asasi. Pemikiran primer yang kemudiannya dapat diklasifikasikan sebagai sebuah ideologi. Aspek kebahasaan menjadi asas penting penelitian ini, bagi memungkinkan kelihatan ciri-ciri romantis dan nasionalisme yang dimiliki sasterawan Usman Awang. Ini kerana menerusi aspek kebahasaan yang digunakan oleh seseorang pengarang itu kita akan dapat melihat sejauh mana hakikat seni dan pemikiran yang terbungkus di dalamnya. Dalam dunia puisi, Usman Awang barangkali dianggap sebagai penyair yang kaya dengan simbolisme. Hal ini kerana bahasa yang digunakan Usman Awang banyak bersandarkan simbol dan kiasan yang dalam, jika dilihat dari aspek struktur bahasa Melayu. Sebagai contoh kekreatifan ddan keindahan bahasa yang beliau gunakan seperti : 1. Kedua-duanya ketawa perlahan. Angin malam yang bersatu dalam kesuraman hutan itu menyapu-nyapu perlahan muka mereka. Seorang kawannya yang baring telentang dialaskan baju hujan yang tipis lembut itu benar-benar telah tertidur. Dengkurnya perlahan dibawa angin. (hlm. 176)

2. Belum tengah malam lagi tetapi embun sudah dirasakan menyerapi baju mereka. Suara ungka terdengar lagi, panjang, berhiba-hiba dan sayup-sayup jauh di suatu tempat yang tidak diketahui di tengah hutan itu. (hlm. 177)

3. Bulan merangkak terus perlahan-lahan dengan tidak disedari mereka. Angin hutan yang tajam merembas terus dan tubuh-tubuh yang kedinginan itu bergetar diusapinya. (hlm. 181).
14

HBML 4203 KESUSASTERAAN MELAYU

5.5 Idea dan Ideologi Pengarang cuba menyampaikan ideologi dan ide beliau melalui gambaran peristiwa berdasarkan dialog dan watak-watak yang dikemukakan dalam novel ini. Hal ini dapat diperhatikan melalui watak Leman yang dibentuk dan dilentur peribadinya dengan rapi oleh pengarang, manakala watak Mahmud dan Majid juga mempunyai signifikasinya yang tersendiri, berdasarkan motif dan kecenderungan masing-masing. Hal ini boleh didapati mulai Bab 4, pemaparan kisah yang romantik dan dramatik, dimulai dengan peristiwa perarakan sempena Kongres Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM). Di sinilah Leman yang kebetulan bertugas menjaga keamanan bersama seorang lagi kawannya diperlihatkan mulai tertarik (terpengaruh?) dengan perjuangan politik. Ini kerana tokoh-tokoh politik itu berbicara tentang kekuatan orang Melayu, dari sudut sejarah, walaupun isi pidato tokoh pertama dalam kongres itu agak kabur (dikaburi) oleh pengarang, selain mengatakan kuasa Melayu hendaklah diteruskan (Rahman Shaari, 2008: 5). Bagi memperlihatkan ideologi dan tujuan tersebut, kita boleh dapati dari dialog-dialog berikut : Menurut sejarah turun-temurun kita bangsa Melayu dari sejak kejatuhan Empayar Melayu ialah menebus dan membela hak keadilan pusaka kita tiga serangkai: Bangsa, Nusa dan Agama. Inilah tiga pokok dasar perjuangan kita terus-menerus dari pangkal lalu ke hujungnya Orang itu meneruskan pidatonya. Ucapan itu mengalun, meninggi dan merendah, tergetar di udara dan kemudian meresap ke hati pendengar termasuk anak-anak muda polis yang dengan diam-diam mengikutinya.

Di atas robohan kota Melaka, Kita bangunkan jiwa merdeka; Bersatu-padulah seluruh baka, Membela hak, keadilan pusaka. (hlm. 48-49).

15

HBML 4203 KESUSASTERAAN MELAYU

5.6 Semangat Nasionalisme Dalam hal ini, pengarang berjaya memperlihatkan semangat nasionalisme sekaligus kebencian terhadap penjajah yang menjadi penguasa mereka. Semangat itu mengalir secara tanpa sedar dari kalangan anggota polis, walaupun mereka berada di pihak pemerintah yang merasa curiga dengan PKMM. Dengan kata lain, pengarang berjaya menimbulkan kesedaran di kalangan anggota polis yang tidak berkepentingan itu untuk membantu dan bersimpati dengan perjuangan PKMM merebut kemerdekaan daripada penjajah Inggeris yang menjadi tuan mereka masa itu! Perasaan simpati polis (Leman) pada pejuang kebangsaan sangat tinggi. Hal ini terbukti pada kesudiannya berbual dengan Anuar, pemuda PKMM yang ditahan di lokap, juga perbualannya dengan Mahmud. Dialog perbualan tersebut ialah : Pasal apa ditangkap? Mahmud bertanya lagi. Leman menggeleng-gelengkan kepalanya: Aku pun tak tahu. Macam mana kau tadi, berapa yang ditangkap? Mahmud bertanya lagi. Dua, tetapi aku kasihan tengoknya. Orang Melayu itu, Leman menghalakan muncungnya ke arah orang Melayu yang berambut sikat ke belakang bergelombang, ada anaknya dua orang. Budak-budak itu menangis memeluk lutut bapanya. Sedihlah! Mahmud mengangguk-anggukkan kepalanya. Aku juga gitu. Tetapi budak muda itu tak ada bini lagi. Emaknya meraung. Ah, kalau kau tengok tadi macam nak menangis. Aku ingat arwah mak aku, mata-mata yang gempal itu membayangkan perasaannya. (hlm 85-86).

5.7 Nilai-Nilai Kemanusiaan Usman Awang merupakan seorang yang sangat terkenal sebagai seorang yang memperjuangkan nilai-nilai kemanusiaan dalam setiap karyanya. Hal ini mungkin terjadi kerana pengalaman beliau sebagai anggota polis dan sanggup berhenti sebagai polis kerana tidak sesuai dengan jiwanya. Dalam novel ini, kritikan halus pengarang terhadap nilai-nilai kemanusiaan dan kekuasaan dapat dilihat pada beberapa insiden atau peristiwa Wak Stop yang
16

HBML 4203 KESUSASTERAAN MELAYU

berpuas hati dengan keadaan hidupnya, mendapat tempat tinggal (berek polis) semasa Mahmud dan Leman melawat ke rumahnya. Kritik terhadap penguasa ini diluahkan pengarang dalam gaya yang romantis. Ini adalah sebagai sebahagian ciri-ciri nasionalisme-romantis yang meletakkan landasan atau garis kebersamaan, tanpa mengira kelas dan status sosial. Gambaran tersebut boleh kita dapati melalui garapan berikut : Dan ini sewajarnya. Mata-mata seperti Wak Stop tidak memikirkan apa-apa, dia sudah cukup senang menerima keadaan itu dan dia sendiri tidak pernah belajar untuk membantah setiap keadaan yang ditermanya. Jiwanya sudah kering untuk mempertimbang soal layanan yang diterimanya. Segalanya dianggap sebagai sesuatu yang wajar, yang layak dan yang mesti diterima. Tidak ada yang lain lagi selain kepatuhan dan sifat kesetiaan seorang mata-mata yang sejak bertahun-tahun memberikan usianya, seluruh usianya, untuk setia dan patuh. Tidak ada kepahitan di dalam dirinya dengan keadaan itu sebab kepahitan itu telah tertanam jauh dalam kehidupannya sehingga dia tidak melihat dan merasakannya lagi. Dia benar-benar sudah di dalamnya, bersatu dan sudah tidak mengenal apa-apa selain kewajipan yang dipikulkan kepadanya. (hlm. 95) Selain itu, Tentang baju hujan polis yang tidak sesuai, pengarang memerikannya sebagai berikut: Baju ini benar-benar seperti kepak burung saja. Dan baju ini tidak pernah mereka gunakan untuk menutup badan ketika hujan, sebab mereka terlalu payah berjalan memakai baju hujan dengan barang-barang di belakang dan senjata bercerancang. Dan baju hujan itu pun tidak ada ertinya bagi mereka kerana pakaian hijau mereka sudah biasa basah di badan dan kering di badan dan basah lagi, baik oleh peluh, oleh lumpur, oleh arus sungai dan sawah mahupun oleh hujan. Jadi baju hujan itu dengan sendirinya menjadi tikar alas tidur di hutan atau di ladang-ladang getah. (hlm. 180)

17

HBML 4203 KESUSASTERAAN MELAYU

5.8 Konsep Wira Moden Pengarang cuba mengenengahkan pemikiran konsep wira moden dalam novel ini dan lari dari mitos dan khayalan. . Hal ini dapat kita kesan dalam satu perbualan Leman dengan Encik Badar. Leman telah meluahkan isi hatinya terhadap nasib yang menimpa Laksamana Bentan apabila dianggap durhaka oleh Raja, kerana mahu menegakkan kebenaran. Selepas dia mati terbunuh, kuburnya terbiar tanpa mendapat perhatian sesiapa pun. Pada hal dia adalah wira atau pahlawan bangsa. Leman pernah bermain-main di kubur itu di Kota Tinggi semasa kanakkanak. Dengan lantang Leman menjelaskan kepada Encik Badar, bahawa Laksamana Bentan itu pahlawan rakyat, dan dia amat sedih kerana kuburnya tak dibela. Dialog yang digambarkan oleh pengarang ialah: Suka tengok lakonan Laksamana Bentan? tanya tuan punya Star Opera itu lagi. Suka. Tetapi saya sedih. Ya, ceritanya memang sedih. Kasihan bininya. Itu menunjukkan kezaliman seorang raja. Bukan itu saja yang saya sedih. Tetapi saya lebih sedih kalau menengok kuburnya. Oh! Man sudah pergi ke sana? Saya anak Kota Tinggi. Patutlah. Tetapi saya tak pernah ke kuburnya. Macam mana? Nisannya hanya tinggal sebatang saja. Kuburnya tak berbela. Tak jauh letaknya dari sungai. Orang menganggapnya derhaka kepada raja. Tetapi kalau saya, itu bukan derhaka, Leman menyatakan isi hatinya. Kalau saya dia pahlawan. Dia pahlawan Rakyat. Encik Badar tersenyum mendengar kata-kata Leman. (hlm. 127)

18

HBML 4203 KESUSASTERAAN MELAYU

6.0 Kesimpulan Secara umumnya sebagai kesimpulan, apa yang boleh kita perkatakan, berdasarkan analisis deskripsi bahasa yang digunakan pengarang, menurut A Rahim Abdullah, maka dapat dikatakan bahawa nasionalisme Usman Awang adalah nasionalisme yang terbalut segala rupa kasih sayang kepada sesama manusia, terhambur segala kebencian dan kutukan kepada kolonialisme, penentangan terhadap segala bentuk kekejaman dan kezaliman! Manakala Noor Azam menjelaskan, novel Tulang-Tulang Berserakan mengisahkan pengalaman salah satu pasukan Polis Hutan di Melaka pada zaman darurat zaman hitam yang penuh dengan keganasan, pembunuhan, penderitaan, ketakutan dan kesengsaraan hidup rakyat. Yang menjadi pokok ceritanya ialah perjuangan Polis Hutan menentang pengganas komunis akan tetapi persoalan yang lebih besar, iaitu perikemanusiaan yang universal sifatnya, yang mesejnya disampaikan menerusi watak utamanya, Leman (2006: x1). Sementara Mohd. Yusof Hasan (2006: 243) menganggap TTB membawa persoalan perjuangan, ideologi, tindak tanduk, gambaran suasana, manusia-manusia, pengorbanan, tempat dan masa, pengalaman, isu-isu kehidupan dan sebagainya, melalui bahasa dan stail yang berunsur estetika dan keindahan. Dalam usaha menyedarkan masyarakat pada era itu, Usman Awang menumpukan agar orang muda menjadi orang yang celek budaya, tidak hanyut oleh slogan perjuangan yang sia-sia. Demikianlah wacana kreatif yang dihadirkan dalam menyedarkan masyarakat seluruhnya. Mereka harus dapat membaca tanda-tanda budaya yang tersirat di dalam masyarakat dan kekuasaan bangsanya sendiri. Analisis novel ini sebenarnya telah dibuat oleh para sarjana dan dibuat dari pelbagai sudut bidang keilmuan masing-masing. Apa yang boleh diperkatakan ialah, Usman Awang merupakan seorang pengkarya yang kaya dengan nilai-nilai kemanusiaan, berterus terang tetapi berlapik dengan bahasa yang romantis kerana tebal budaya melayunya. Mesej-mesej yang disampaikan kaya dengan pelbagai simbol, kiasan dan ditujukan kepada khalayak secara halus.

19

HBML 4203 KESUSASTERAAN MELAYU

Rujukan Usman Awang (2006). Tulang-tulang Berserakan. Petaling Jaya: UA Enterprise Sdn Bhd. A Rahim Abdullah Estetik, Ideologi dan Semiotik Melayu dalam Novel Tulang-tulang Berserakan Karya Usman Awang. Pensyarah Kanan di Fakulti Penulisan ASWARA sejak tahun 2001. Mengenali Usman Awang, Utusan Malaysia, 10 julai 2008. Usman Awang : Pengungkap Zaman Luar Biasa, Berita Harian, rabu, 2006. Seni, Sastera dan Budaya dalam Cerminan Masyarakat*oleh Mohamed Imran Mohamed Taib imran@thereadinggroup.sg (Makalah ini merupakan teks ucapan pembukaan dalam acara Bilang Puisi: Antara Eja dan Lafaz, anjuran The Reading Group dengan kerjasama National Library Board dan Cokelat Productions; 12 Januari 2008 di Perpustakaan Masyarakat Bedok.) Artikel Sastera: Sastera Melayu Radikal Menongkah Kemapanan SM Zakir , Oleh S. M. Zakir. ERTI KESUSASTERAAN KEPADA KEHIDUPAN MANUSIA, Dewan sastera September 2005.SOHAIMI ABDUL AZIZ. PENGHAYATAN SASTERA STPM , Pengkritik pada Era Asas 50, (Bahagian Akhir)Oleh OTHMAN PUTEH. Rahman Shaari: 1994. Kritikan Sastera Melayu: Pendekatan dan Pemikiran. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Peranan Sastera Sebagai Perakam Kemajuan Masyarakat, Azhar Ibrahim Alwee.[ Artikel ini telah disiarkan di Berita Harian, 20 Disember 2007.] SASTERAWAN NEGARA USMAN AWANG: DARIPADA PERSPEKTIF WANITA, Norhayati Ab. Rahman, http://hasmahmm.blogspot.com/2008/07/wanita-dalam-persepsi-danpemikiran-usa.html Kepentingan sastera dalam masyarakat 1Malaysia, Posted on June 22, 2011,Wednesday http://www.theborneopost.com/2011/06/22/kepentingan-sastera-dalam-masyarakat1malaysia/ Sastera dan kehidupan, Posted on Februari 5, 2011 by Zaid Zaidel Jamil http://mindainteraktif.wordpress.com/2011/02/05/sastera-dan-kehidupan/ http://www.snusmanawang.com/buku/ http://muhdnasruddin.wordpress.com/artikel-sastera-sastera-melayu-radikal-menongkahkemapanan-sm-zakir/ BIOGRAFI DATO DR. USMAN AWANG http://penyair.wordpress.com/2009/07/31/biografi-dato%E2%80%99-dr-usman-awang/
20

HBML 4203 KESUSASTERAAN MELAYU

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0515&pub=Utusan_Malaysia&sec= Sastera&pg=sa_02.htm

21

You might also like