You are on page 1of 5

Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan 2008 Universiti Teknologi Malaysia, 22-23Oktober 2008

Kesan Penglibatan Aktiviti Ko-Kurikulum Terhadap Tahap Kemahiran Insaniah Di Kalangan Pelajar Tahun Akhir
Fauziah Abu Hasan a, Wan Abd. Aziz Wan Mohd Amin b, Nur Amirah Amiruddinc
a

Prof Madya Dr, Universiti Malaysia Terengganu b Dr, Universiti Malaysia Terengganu c amirah@umt.edu.my

Abstrak Kualiti secara umumnya boleh didefinisikan dalam berbagai kategori seperti kecemerlangan, transformasi atau fitness for purpose. Dalam konteks pendidikan tinggi, Lee Harvey (1995) telah menggariskan beberapa komponen kualiti untuk dijadikan ukuran dan salah satunya ialah kualiti pelajar. Salah satu pengukuran kualiti pelajar yang selalu digunakan adalah keupayaan mereka memenuhi keperluan pasaran kerja semasa. Hal ini berkait rapat dengan isu pengangguran yang mana graduan dikatakan tidak memenuhi keperluan industri kerana kurang menguasai kemahiran insaniah. Justeru itu, satu kajian dijalankan untuk mengukur tahap kemahiran insaniah pelajar tahun akhir Universiti Malaysia Terengganu (UMT) bagi sesi 2006/2007 sebagai persediaan sebelum menempuh alam pekerjaan. Kajian ini melibatkan 1267 pelajar tahun akhir sesi 2006/2007 dari pelbagai jurusan pengajian iaitu sains tulen dan sains sosial. Data di analisis menggunakan perisian SPSS secara analisis deskriptif dan inferensi. Kajian ini juga melihat perkaitan antara kemahiran insaniah yang dimiliki pelajar dengan penglibatan secara aktif dalam ko-kurikulum. Hasil kajian menunjukkan pelajar kurang menguasai kemahiran keusahawanan dan kemahiran yang memerlukan mereka menggunakan minda secara kreatif dan inovatif. Hal ini mungkin berkait rapat dengan dapatan kajian yang menunjukkan pelajar tahun akhir kurang aktif dalam penglibatan aktiviti ko kurikulum. Tidak dinafikan kemahiran insaniah boleh diperolehi oleh pelajar melalui bilik kuliah atau sewaktu pengajaran dan pembelajaran sedang berlangsung, namun begitu terdapat juga kemahiran insaniah yang boleh diperolehi melalui penglibatan secara aktif dalam aktiviti ko-kurikulum sebagai contoh kemahiran kepimpinan dan kerja berpasukan.

Kata Kunci : Fitness for purpose, Kemahiran Insaniah, Ko-kurikulum hidup berasaskan kepentingan nilai ilmu. Dalam merealisasikan matlamat tersebut, modul kemahiran insaniah telah diperkenalkan. Ia mendokong matlamat pengajian tinggi untuk menghasilkan graduan yang berpengetahuan dan kompeten dalam bidang pengajian serta berkemampuan untuk menggunakan pengetahuan kepada amalan. Hal ini juga berkait rapat dengan kadar pengangguran di kalangan graduan universiti yang merupakan satu isu yang hangat diperkatakan. Statistik menunjukkan peningkatan kadar pengangguran daripada 3.0 peratus pada suku tahun keempat 2007 kepada 3.6 peratus pada suku tahun Pertama 2008. Peningkatan ini disebabkan oleh penurunan bilangan penduduk yang bekerja sebanyak 140,300 orang (1.3%) dan peningkatan bilangan penganggur sebanyak 64,600 orang (19.4%). Terdapat beberapa faktor yang menjadi punca graduan ini gagal mendapat pekerjaan. Antara faktor yang sering diperkatakan oleh pihak majikan ataupun syarikat, termasuk yang selalu disiarkan oleh media ialah kelemahan kemahiran generik atau kemahiran insaniah. Kemahiran generik merupakan satu kemahiran yang penting dalam dunia pekerjaan. Terdapat pelbagai jenis kemahiran generik yang 1

1.

Pendahuluan

Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) telah dilancarkan oleh Perdana Menteri pada 29 Ogos 2007. Ia menyediakan gagasan kukuh dan prasarana yang diperlukan untuk pembangunan minda kelas pertama menerusi persekitaran mesra ilmu, pro intelektual dan kualiti berasaskan pencapaian. Pelan Strategik ini dirangka untuk memenuhi keperluan transformasi pengajian tinggi dalam melahirkan modal insan yang mempunyai minda kelas pertama dan menjadikan Malaysia sebagai hab kecemerlangan pengajian tinggi antarabangsa. Minda kelas pertama tidak akan terbentuk dalam persekitaran yang sinonim dengan budaya hedonisme, dan rasuah. Maka program integriti diberi tumpuan termasuklah di peringkat IPT. Minda kelas pertama juga tidak akan bercambah jika ukuran ilmu hanya diasaskan kepada jenis sijil dan tahap kelayakan akademik semata-mata. Persekitaran yang merangsang pembangunan minda kelas pertama mengariskan ukuran ilmu dan pencapaian kepada kegigihan, iltizam, sumbangan konkrit dan gaya

Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan 2008 Universiti Teknologi Malaysia, 22-23Oktober 2008

didefinisikan penting dalam pekerjaan. Antaranya ialah hasil kajian yang telah dijalankan oleh Frederick T.Evers, Drs. James C. Rush, Iris Berdrow, 1996 ke atas pelajar universiti dan graduan yang telah bekerja di Kanada, mendapati 4 dimensi kemahiran kecekapan yang menjadi kayu ukur iaitu kemahiran untuk menjana perubahan dan inovasi yang terdiri daripada kemahiran merangka konsep, kreatif , berwawasan dan kemahiran mengendalikan risiko. Dimensi kedua ialah pengurusan sumber manusia dan gerak kerja yang terdiri daripada kemahiran kepimpinan, kerjasama dan sebagainya. Dimensi ketiga ialah kemahiran berkomunikasi yang melibatkan komunikasi secara lisan dan kemahiran interpersonal. Dimensi yang terakhir ialah pengurusan diri yang melibatkan kemahiran menyelesaikan masalah, ketahanan diri dan pengurusan masa. Ko kurikulum merupakan satu cara untuk mengatasi masalah ketidakmampuan pelajar dalam menguasai kemahiran insaniah. Penglibatan pelajar dalam ko kurikulum menyumbang kepada penerapan kemahiran insaniah seperti kemahiran kerja berpasukan, kemahiran kepimpinan dan kemahiran berkomunikasi. Hasil kajian olej Shamsaadal Sholeh Saad (2004), Mohamad Ismail Mohamad Yunus (2004) dan Hishamuddin Mohd (2003) menyatakan, pelajar pusat pengajian tinggi perlu terlibat dalam aktiviti ko kurikulum untuk membina kemahiran komunikasi. Tambahan pula ko kurikulum dikatakan sebagai pelengkap kepada kurikulum dan dapat membantu potensi pembangunan diri individu seperti yang dijelaskan oleh Walker (2003), Keystone Central School District (2002), Switzer (2002) dan National Academy Foundation (2001) Rohanida Ab. Manaf dan Mohd. Sofian Omar Fauzee (2002) juga menyatakan bahawa aktiviti kokurikulum dapat memberikan latihan awal dari segi kepimpinan, sahsiah dan kemasyarakatan di kalangan pelajar. Shamsaadal Sholeh Saad (2004) dan Mohamad Ismail Mohamad Yunus (2004) menyatakan melalui kokurikulum, remaja diajar menjadi pemimpin, mematuhi peraturan dan etika, berkomunikasi, membuat keputusan, menyelesaikan masalah, bekerja dalam kumpulan di samping menyemai nilai-nilai yang positif seperti berdisiplin. Salmah (1992) yang membuat kajian tentang keberkesanan kegiatan Kokurikulum meliputi bidang sukan, permainan dan kelab di Universiti Sains Malaysia mendapati bahawa penglibatan pelajar telah mempengaruhi tahap kecergasan, peningkatan kemahiran, kepimpinan individu dan taraf pencapaian akademik yang lebih cemerlang. Dapatan kajian lepas menunjukkan kepentingan ko-kurikulum yang memberi sumbangan kepada penerapan kemahiran insaniah terutamanya kemahiran kerja berpasukan, kemahiran kepimpinan dan kemahiran berkomunikasi.

1.

2.

untuk mengenalpasti tahap kemahiran insaniah di kalangan pelajar tahun akhir UMT bagi sesi sesi 2006/2007 untuk meninjau perkaitan antara kemahiran insaniah yang dimiliki pelajar dengan penglibatan dalam ko-kurikulum

3.

Metodologi Kajian

Kajian ini dijalankan kepada sejumlah 1267 pelajar tahun akhir sesi 2006/2007 dari pelbagai jurusan pengajian iaitu sains tulen dan sains sosial. Pelajar dikehendaki menjawab soal selidik yang mengandungi soalan yang berkaitan dengan maklumat peribadi, instrumen kemahiran insaniah yang berpandukan buku Modul Pembangunan Kemahiran Insaniah (Soft Skills) untuk Institusi Pengajian Tinggi Malaysia yang telah diedarkan di semua IPTA untuk rujukan dan penglibatan ko kurikulum pelajar yang bermaksud keaktifan pelajar untuk mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti kokurikulum di universiti sama ada dalam bidang unit beruniform, sukan dan persatuan. Dalam kajian ini, melalui jawapan pelajar sama ada mereka memegang jawatan atau tidak memegang jawatan dalam sukan, persatuan dan unit beruniform.

4.

Hasil Kajian dan Perbincangan

2.

Objektif Kajian

Di antara objektif utama kajian ini adalah 2

Jumlah responden yang terlibat dalam kajian ini adalah 1267 orang dengan bilangan lelaki 26.5% dan perempuan 73.5%. Bilangan pelajar Melayu adalah majoriti iaitu 82.9% diikuiti dengan bangsa Cina 10.1% , bangsa India 4%. dan lain-lain bangsa 3%. Hasil kajian juga mendapati majoriti responden adalah terdiri daripada pelajar tahun akhir Fakulti Sains dan Teknologi (FST) seramai 564 orang, diikuti pelajar tahun akhir Fakulti Pengurusan Ekonomi (FPE) dengan bilangan 342 orang. Sementara itu bilangan pelajar tahun akhir Fakulti Agroteknologi dan Sains Makanan (FASM) yang terlibat dalam kajian ini ialah 207 orang manakala bilangan pelajar tahun akhir Fakulti Pengajian Maritim dan Sains Marin (FMSM) ialah hanya 154 orang. Pelajar tahun akhir UMT didapati kurang terlibat secara aktif dalam aktiviti ko-kurikulum. Ini berdasarkan dapatan kajian yang menunjukkan 57% daripada responden kajian berperanan sebagai ahli biasa persatuan atau kelab. Hanya 17% responden kajian yang terlibat secara aktif dengan memegang jawatan penting atau menerajui kepimpinan kelab atau persatuan. Namun begitu 16 % responden kajian ialah berperanan sebagai AJK kelab atau persatuan. Walau bagaimanapun masih terdapat segelintir pelajar 10% yang tidak melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum yang dianjurkan oleh pihak universiti. Bagi ukuran tahap kemahiran insaniah yang telah dimiliki oleh pelajar tahun akhir UMT sebagai

Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan 2008 Universiti Teknologi Malaysia, 22-23Oktober 2008

persediaan sebelum melangkah ke alam pekerjaan, kajian mendapati pelajar lebih menguasai kemahiran kerja berpasukan dan etika dan moral professional (min 4.15) berbanding kemahiran insaniah yang lain. Di samping itu juga dapatan kajian menunjukkan pelajar tahun akhir UMT kurang memiliki kemahiran keusahawanan (min 3.58) dan kemahiran pemikiran kritis dan penyelesaian masalah (min 3.89)
Jadual 1: Tahap Kemahiran Insaniah yang dimiliki Kemahiran Insaniah Kemahiran Berkomunikasi Pemikiran kritis dan penyelesaian masalah Kemahiran kerja berpasukan Pembelajaran sepanjang hayat dan pengurusan maklumat Kemahiran keusahawanan Etika dan Moral Profesional Kemahiran Kepimpinan Min 4.03 3.89 4.15 3.94 3.58 4.15 4.03 Sisihan Piawai 0.41 0.45 0.45 0.49 0.70 0.50 0.55

Hasil kajian mendapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi semua kemahiran insaniah dengan pelajar berbangsa Melayu dan bukan Melayu.
Jadual 3: Tahap Kemahiran Pelajar Mengikut Bangsa Bangsa Kemahiran Insaniah Kemahiran Berkomunikasi Pemikiran kritis dan penyelesaian masalah Kemahiran kerja berpasukan Pembelajaran sepanjang hayat dan pengurusan maklumat Kemahiran keusahawanan Etika dan Moral Profesional Kemahiran Kepimpinan N= Melayu 4.03 0.41 Bukan Melayu 4.04 0.43 Nilai t -0.38

3.88 4.16

0.46 0.52

3.92 4.17

0.46 0.65

-1.01 -0.12

3.95 3.57 4.15 4.03

0.49 0.70 0.49 0.55

3.92 3.54 4.15 4.01

0.51 0.70 0.54 0.58

0.79 0.59

4.1 Perbezaan Kemahiran Insaniah dengan Profil Demografi a. Tahap Kemahiran Pelajar Mengikut Jantina

0.11 0.49

891.00

184.00

Hasil kajian mendapati terdapat perbezaan signifikan bagi semua tahap kemahiran insaniah yang dimiliki oleh pelajar lelaki dan perempuan kecuali bagi kemahiran berkomunikasi, kemahiran kerja berpasukan dan etika dan moral profesional.
Jadual 2:Tahap Kemahiran Pelajar Mengikut Jantina Jantina Nilai t Lelaki
4.07 3.97 4.18 0.47 0.51 0.49

c.

Tahap Kemahiran Mengikut Fakulti

Dapatan kajian yang diperolehi juga telah menunjukkan terdapat perbezaan signifikan bagi semua tahap kemahiran insaniah di antara fakulti kecuali bagi kemahiran kerja berpasukan dan kemahiran kepimpinan.
Jadual 4: Tahap Kemahiran Mengikut Fakulti
Fakulti FST 4.03 FPE 4.05 FASM 3.96 FMSM 4.1 Nilai F 3.37*

Kemahiran Insaniah
Kemahiran Berkomunikasi Pemikiran kritis dan penyelesaian masalah Kemahiran kerja berpasukan Pembelajaran sepanjang hayat dan pengurusan maklumat Kemahiran keusahawanan Etika dan Moral Profesional Kemahiran Kepimpinan N=

Perempuan
4.02 3.86 4.14 0.39 0.43 0.44 1.926 3.883** 1.236 Kemahiran Insaniah Kemahiran Berkomunikasi Pemikiran kritis dan penyelesaian masalah Kemahiran kerja berpasukan Pembelajaran sepanjang hayat dan pengurusan maklumat Kemahiran keusahawanan Etika dan Moral Profesional Kemahiran Kepimpinan

3.85

3.94

3.87

3.95

3.92*

3.99

0.57

3.92

0.46

2.071*

4.14

4.18

4.11

4.2

1.75

3.7 4.19 4.08 336

0.72 0.53 0.57

3.54 4.13 4.01 931

0.68 0.48 0.54

3.494** 1.686 2.019*

3.87 3.52 4.07 3.99

4.02 3.75 4.22 4.08

3.94 3.52 4.21 4.01

4.01 3.54 4.21 4.08

8.17** 8.78** 8.6** 2.34

b. Tahap Kemahiran Mengikut Bangsa

N=

564

342

207

154

Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan 2008 Universiti Teknologi Malaysia, 22-23Oktober 2008

4.2 Perbezaan Tahap Penguasaan Kemahiran Insaniah dengan Penglibatan dalam KoKurikulum Ujian ANOVA yang telah dijalankan untuk meninjau perbezaan antara penglibatan ko-kurikulum dengan kemahiran insaniah yang dimiliki oleh pelajar tahun akhir. Keputusan kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan bagi semua kemahiran insaniah melalui penglibatan pelajar dalam aktiviti ko kurikulum. Rujuk jadual 6.

berpasukan Pembelajaran sepanjang hayat dan pengurusan maklumat Kemahiran keusahawanan Etika dan Moral Profesional Kemahiran Kepimpinan

Tidak terlibat Kepimpinan Tidak terlibat

0.28

0.00

Kepimpinan Tidak terlibat Kepimpinan Tidak terlibat Kepimpinan Tidak terlibat

0.45 0.24 0.48

0.00 0.00 0.00

Jadual 7 : Post Hoc Tahap Kemahiran Pelajar Penglibatan dalam Kokurikulum Ahli Tidak Ketua AJK Biasa Terlibat Min Min Min Min Bagi menentukan tahap penglibatan pelajar dalam kokurikulum yang berbeza secara signifikan, ujian Post Hoc ANOVA Tukey telah dijalankan dan hasil ditunjukkan di Jadual 7. Hasil kajian menunjukkan terdapat perbezaan min yang tinggi bagi penglibatan pelajar dalam memegang jawatan kepimpinan berbanding pelajar yang tidak terlibat dalam sebarang aktiviti ko-kurikulum bagi semua kemahiran insaniah. Situasi ini menggambarkan penglibatan pelajar dalam aktiviti ko-kurikulum membantu penerapan kemahiran insaniah dan keputusan ini menyokong dapatan Ahmad esa et al (2007) yang merumuskan graduan politeknik dapat menguasai kemahiran generik setelah mempelajarinya menerusi kokurikulum dan secara tidak langsung dapat memenuhi keperluan pihak industri di Malaysia.Kajian oleh Che Aziz Jaafar dan Aminuddin Yusof (2002) dan Zabidah Salihin (1993) juga membuktikan penglibatan dalam persatuan, kelab dan badan-badan kebajikan dapat membangunkan kemahiran bersosial, bercampur gaul, berhubung mesra dan perhubungan awam. Sumarni Dahrir dan Borhan Yusof (2002) juga menegaskan bahawa ko-kurikulum berperanan membina kemahiran interpersonal serta perkembangan sahsiah pelajar. Justeru itu, daripada pandangan dan kajian terdahulu adalah jelas, kokurikulum sememangnya dapat membantu menerapkan kemahiran insaniah kepada individu yang menyertainya.

Kemahiran Kemahiran Berkomuni kasi Pemikiran kritis & penyelesaia n masalah Kemahiran kerja berpasukan Pembelajar an sepanjang hayat dan pengurusan maklumat Kemahiran keusahawa nan Etika dan Moral Profesional Kemahiran Kepimpina n N=

Nilai F

4.17

4.12

3.88

20.07**

4.04

3.99

3.8

3.74

19.61**

4.32

4.23

4.1

3.98

20.74**

4.07

4.02

3.9

3.79

12.76**

3.77

3.76

3.5

3.33

18.23**

4.27

4.2

4.1

4.04

8.47**

4.29 212

4.16 203

4 714

3.82 123

34.18**

5.

Kesimpulan

Jadual 6 : Tahap Kemahiran Mengikut Penglibatan dalam Ko Kurikulum

a.

Mengikut Penglibatan Pelajar Dalam KoKurikulum

Kemahiran

Kemahiran Berkomunikasi Pemikiran kritis & penyelesaian masalah Kemahiran kerja

Penglibatan dalam KoKurikulum KepimpinanTidak terlibat KepimpinanTidak terlibat Kepimpinan

Perbezaan Min

Sig

0.29 0.30 0.34

0.00 0.00 0.00

Secara keseluruhannya, tahap kemahiran insaniah pelajar tahun akhir UMT adalah sederhana iaitu 78.9%. Namun begitu, mereka didapati kurang menguasai kemahiran keusahawanan dan kemahiran yang memerlukan mereka menggunakan minda secara kreatif dan inovatif contohnya memberikan idea yang kreatif sewaktu menyelesaikan sesuatu masalah. Hal ini mungkin berkait rapat dengan dapatan kajian yang menunjukkan pelajar tahun akhir kurang aktif dalam penglibatan aktiviti ko-kurikulum. Tidak dinafikan kemahiran insaniah boleh diperolehi oleh pelajar melalui bilik kuliah atau sewaktu pengajaran dan pembelajaran secara berlangsung, namun begitu terdapat juga kemahiran insaniah yang boleh diperolehi melalui penglibatan secara aktif dalam aktiviti ko-kurikulum. Ini menyokong dapatan 4

Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan 2008 Universiti Teknologi Malaysia, 22-23Oktober 2008

terdahulu mengenai kepentingan ko-kurikulum yang memberi sumbangan kepada penerapan kemahiran insaniah terutamanya kemahiran kerja berpasukan, kemahiran kepimpinan dan kemahiran berkomunikasi. Justeru itu, pembabitan pelajar dalam berpersatuan perlu digalakkan dan diberi penekanan khusus oleh pihak pengurusan universiti supaya dapat membuka dimensi pemikiran mereka dengan lebih luas lagi menerusi pertukaran idea antara mereka. Semangat berpasukan atau team work juga dapat dipupuk yang mana akhirnya golongan pelajar ini bukan sahaja dapat menambahkan keyakinan terhadap kemampuannya sendiri malahan juga dapat menerima pandangan dan buah fikiran rakan lain sekaligus percambahan idea ini dapat menghasilkan sesuatu yang lebih kreatif dan inovatif. Apa yang pasti penerapan kemahiran insaniah ini memerlukan proses yang berterusan dari masa ke semasa agar mampu merealisasikan agenda negara dalam melahirkan tenaga kerja yang berdaya saing serta mempunyai minda kelas pertama. Ini bertepatan dengan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang pernah menyebut bahawa golongan muda perlu memperkasakan diri serta tenaga muda mereka bersandarkan tiga paksi utama iaitu kepimpinan, kemahiran, dan keusahawanan (3K) bagi membangunkan Negara. Justeru itu, adalah menjadi tanggungjawab institusi pengajian tinggi dalam melahirkan graduan yang berinovatif, mempunyai kebolehan kognitif yang tinggi (berfikiran analitikal dan kritikal, berupaya menyelesaikan masalah dan penaakulan), menguasai pelbagai bahasa dan keupayaan berkomunikasi dengan berkesan serta celik teknologi, menghayati nilai-nilai murni sebagai asas kehidupan, dan mampu untuk memberikan sumbang bakti kepada masyarakat, negara dan dunia.

4. Harvey, L. & Green, D. (1993). Defining Quality. Assessment & Evaluation In Higher Education, 18:1 Pp 934. 5. Jailani b. Md. Yunos, Noraini bt. Kaprawi, Ahmad b. Esa, Persepsi Pensyarah Terhadap Penerapan Kemahiran Komunikasi Menerusi Kokurikulum di Politeknik, Jurnal Penyelidikan Pendidkan Jilid VII 2005. 6. Keystone Central School District (2002). Philosophy of Co-Curricular Activities http://www.kcsd.k12.pa.us/guides/hs/cocurr.html . 7. Laporan Suku Tahunan Penyiasatan Tenaga Buruh 2008, Jabatan Perangkaan Malaysia http://www.statistics.gov.my/filesburuh/download.ph p?cat=0&id_file=11 8. National Academy Foundation (2001). CoCurricular Enhancements. USA: NationalAcademy Foundation. http://nafnetwork.net/resources/NAFResourcesCenter /cocurricular 9. Rohanida Ab. Manaf dan Mohd. Sofian Omar Fauzee (2002). Kepentingan Kokurikulum Dalam Sistem Pendidikan. Dalam Mohd. Sofian Omar Fauzee, Aminuddin Yusof dan Borhan Yusof (2002). Kokurikulum Peranan Dan Implikasi. Kuala Lumpur: Utusan Publications and Distributors Sdn. Bhd. 10. Salmah Ayob. (1992). Keberkesanan Rancangan Kokurikulum Universiti Sains Malaysia: Kajian Penyelidikan, USM, Pulau Pinang. 11. Shamsaadal Sholeh Remaja Masa Kini dan Kertas kerja Seminar Kebangsaan 2004, 29-30 Malaya. Saad (2004). Konflik Cabaran Menanganinya. Pembangunan Keluarga Mei 2004, di Universiti

RUJUKAN 1.Ahmad Esa, M.Y. Abd Hadi Dan B. Mohd Salleh (2007) Peranan Ko-Kurikulum Di Politeknik Dalam Memenuhi Keperluan Pihak Industri Di Malaysia, Monograf Persidangan Pengajaran Dan Pembelajaran Di Peringkat Pengajian Tinggi 2007. 2. Che Aziz Jaafar dan Aminuddin Yusof (2002). Perlunya Ko-kurikulum Dalam Sistem Pendidikan Sekolah. Dalam Mohd. Sofian Omar Fauzee, Aminuddin Yusof dan Borhan Yusof (2002). Kokurikulum Peranan Dan Implikasi. Kuala Lumpur: Utusan Publications and Distributors Sdn. Bhd.. 3. Evers, F.T., & Rush, J.C (1996) The Bases Of Competence: Skill Development During The Transition From University To Work. Management Learning 27(3): 275-299.

12. Sumarni Dahrir dan Borhan Yusof (2002). Matlamat Dan Impli kasi Kokurikulum Terhadap Pelajar. Dalam Mohd. Sofian Omar Fauzee, Aminuddin Yusof dan Borhan Yusof (2002). Kokurikulum Peranan Dan Implikasi. Utusan Publications and Distributors Sdn. Bhd 13. Switzer, R. (2002). Co-Curricular Program. Busselton: Georgiana Molloy Anglican School. http://www.gmas.wa.edu.au/co-curriculum.htm. 14. Walker, V. N. (2002). Office of Co-Curricular Life. Sweet Briar: Sweet Briar College.http://sbc.edu/cocurricular/about/

You might also like