You are on page 1of 26

Kerja kursus Geografi Tingkatan tiga

Tajuk: Amalan Kitar Semula Di Kuala Berang,Hulu Terengganu, Terengganu.

peNgHargAan<
Alhamdulillah, saya telah dapat menyiapkan folio saya dalam tempoh yang telah ditetapkan. Jutaan terima kasih diucapkan kepada Puan Hajah Zainab selaku pengetua yang telah membenarkan saya menjalankan kajian ini diluar kawasan sekolah. Terima kasih juga diucapkan kepada guru yang saya hormati, Pn. Zaiton Majid, kerana telah banyak memberi tunjuk ajar dan bantuan kepada saya. Tidak ketinggalan juga ibu saya, serta keluarga yang banyak memberi maklumat dan sokongan kepada saya. Seterusnya , saya juga menghargai cadangan menarik yang saya terima dari rakanrakan saya berkenaan kajian saya pada kali ini.

peNdaHulUan>
Saya telah memilih tajuk amalan kitar semula di kuala berang bagi memenuhi keperluan kerja kursus geografi saya pada tahun ini. Saya memilih kawasan kuala berang sebagai kawasan kajian kerana saya juga merupakan salah seorang penduduk tetap di kawasan ini. Tajuk amalan kitar semula ini amat menarik minat saya untuk mengkaji mengenainya disebabkan oleh kempen-kempen kitar semula yang sedang giat dijalankan di seluruh negara sejak akhir-akhir ini. Di samping itu, saya juga amat berbesar hati kerana dapat melakukan kajian mengenai kitar semula ini sekaligus dapat menyemaikan semangat cintakan alam sekitar dalam diri saya sendiri. Saya bersama rakan-rakan sekelas telah mengambil masa selama dua bulan untuk menyiapkan tugasan ini.

oBjEktif kaJian<
Antara objektif kajian yang saya dapati bagi kajian ini adalah seperti berikut : mempelajari konsep kitar semula. mengenal pasti jenis-jenis bahan yang dapat di kitar semula. mengetahui kepentingan amalan kitar semula. mengenal pasti halangan dalam menjalankan amalan kitar semula. menerapkan nilai atau unsur patriotisme dalam dapatan kajian.

kaWasAn kaJian>
Kawasan yang saya pilih untuk melakukan kajian ini ialah kawasan Kuala Berang yang terletak di daerah Hulu Terengganu,Terengganu Darul Iman. Daerah Hulu Terengganu mempunyai Keluasan 387,462.6 hektar dan mempunyai kira-kira 155 buah kamnpung. Pandang darat fizikal bagi kawasan ini ialah kawasan ini terletak di atas tanah pamah yang subur. Kuala Berang merupakan sebuah kawasan yang terletak di tengah negeri Terengganu. Kawasan ini juga terletak kira-kira 40 KM dari kuala Terengganu dan merupakan satu-satunya kawasan yang tidak mempunyai pantai di Terengganu tetapi kaya dengan kehijauan Flora dan Fauna serta taman rekreasi. Kuala Berang berada dalam latitud 5.0667 dan longitudnya 103.0167. Kuala Berang juga terkenal dengan sejarah Batu Bersurat yang telah ditemui di kawasan Padang Tara, ditepi Sungai Tara, di kampung Buloh, Kuala Berang, Hulu Terengganu pada tahun 1887. Berdasarkan buku sejarah Cina bernama "Ling Wai-Tai Ta",Kuala Berang merupakan sebuah bandar pelabuhan yang terkenal di kalangan pendagang sekitar abad ke-12.

Peta kawasan kajian

>Peta kawasan Kuala Berang

>Peta daerah Hulu Terengganu

>peta Malaysia<

Dapatan kajian<
konsep kitar semula
Kitar semula ialah proses mengolah semula bahan buangan untuk menghasilkan barangan yang baru. Kitar semula mengurangkan bahan buangan, mengurangkan penggunaan bahan mentah baru, menggurangkan penggunaan tenaga, mengurangkan pencemaran udara (dari pembakaran), dan pencemaran air (dari tapak perlupusan) dan mengurangkan pengeluaran gas rumah hijau berbanding penghasilan barang baru dari bahan mentah. Kitar semula adalah komponen utama bagi pengurusan bahan buangan moden dan komponen ketiga bagi "Pengurangan pembaziran, Guna semula, Kitar semula" hieraki buangan

Jenis bahan yang dapat di kitar semula


Kertas Kertas sering digunakan bagi tujuan kitar semula. Kertas yang boleh dikitar adalah seperti kertas surat khabar,majalah,buku lama serta surat-surat lama yang telah terpakai. Di kawasan kajian,penduduk mengumpul surat khabar lama dan menjualnya kepada pihak yang berkenaan. Logam Bahan logam merupakan bahan yang mempunyai peratusan kitar semula yang tinggi kerana faktor harganya yang lebih tinggi daripada bahan-bahan lain. Antaranya ialah tin minuman,logamlogam daripada perlatan elektrik yang sudah tidak digunakan dan besi daripada basikal terpakai turut digunakan bagi tujuan kitar semula. Getah Contoh getah yang boleh dikitar semula ialah tiub getah basikal,tayar kereta,hos air dan pelampung. Mengikut kajian yang telah saya lakukan,getah hanya mempunyai peratusan kitar semula sebanyak 14% berbanding bahan-bahan yang lain.

Plastik Plastik turut digunakan dalam aktiviti kitar semula. Antara bahan plastik yang dikitar semula ialah botol plastik,beg plastik,cawan plastik dan bekas makanan. Kayu Dewasa ini,banyak pokok balak ditebang bagi mendapatkan kayunya untuk dijadikan papan. Penerokaan berleluasa. Fenomena ini telah menyebabkan pelbagai masalah seperti banjir lumpur dan tanah runtuh. Justeru,kitar semula sangat diperlukan bagi mengelakkan perkara buruk daripada terus berlaku. Antar kayu yang dapat dikitar semula ialah perabot kayu terpakai,batang penyapu atau papan-papan terpakai.

Jadual dibawah menunjukkan peratusan bahan yang dikitar semula di Kuala Berang: Jenis bahan Kertas logam kaca plastik getah Peratus 29% 31% 10% 16% 14%

Peratusan bahan yang dikitar semula di Kuala Berang


31% 29%

kertas getah kaca plastik logam

16%

14% 10%

Amalan kitar semula


Menjual dan membeli barangan yang dapat dikitar semula Bagi kawasan kajian iaitu Kuala Berang,penduduk mengitar semula barangan-barangan seperti logam,kertas surat khabar lama,plastik dan perabot. Kebiasaannya mereka akan mengumpul barangan yang hendak dikitar semula dan menjual barang-barang tersebut kepada pihak yang terbabit. Aktiviti seperti ini juga memberi pendapatan sampingan kepada penduduk. Guna semula Amalan mengguna semula barang-barang terpakai seperti beg plastik membeli-belah yang diguna semula untuk mengisi bahan buangan sangat digunakan secara meluas. Air juga boleh diguna semula dengan menggunakan sisa air dari mesin basuh untuk mencuci lantai atau kereta. Amalan guna semula ini dapat dilihat dengan jelas di Kuala Berang kerana peduduk di kawasan ini sudah lama mengamalkannya. Amalan ini sangat berkesan di samping dapat menjimatkan perbelanjaan harian.

Memberi sumbangan kepada pihak lain Di Kuala Berang,penduduk juga mengamalkan amalan memberi barangan yang tidak diperlukan lagi kepada jiran-jiran,keluarga atau golongan miskin yang lebih memerlukan. Amalan ini amat murni serta dapat memupuk semangat kejiranan dan juga kasih sayang dikalangan masyarakat setempat. Penghasilan barang baru Penghasilan bahan baru daripada barangan terbuang turut diamalkan oleh masyarakat di sini. Barang-barang terbuang juga dapat dijadikan sebagai perhiasan,tempat penyimpanan,pasu bunga dan sebagainya. Amalan ini turut dijadikan hobi bagi mengisi masa lapang terutamanya bagi kaum hawa. Berdasarkan pemerhatian saya,di kawasan ini juga terdapat golongan remaja yang meminati kraftangan yang dihasilkan daripada bahan terbuang. Kebiasaannya mereka berkumpul dan melakukan aktiviti ini beramai-ramai pada waktu lapang. Hal ini patut dijadikan contoh kerana dapat mengeratkan hubungan silahturahim serta mengisi masa lapang dengan perkara yang berfaedah.

Kepentingan kitar semula


Menjimatkan kos Bagi jangka masa yang panjang, mengitar semula adalah lebih menjimatkan kos berbanding dengan aktiviti menyelenggara tapak pelupusan sampah. Kos bagi menyelenggara tapak pelupusan sampah adalah amat tinggi. Jika amalan kitar semula diamalkan,sampah yang perlu dilupus akan berkurang. Hal ini akan memanfaatkan kita kerana caj untuk pelupusan sampah dapat dikurangkan. Mengurangkan pencemaran Pencemaran alam sekitar yang berpunca daripada longgokan bahan buangan di dalam tong sampah, lori atau tapak pelupusan sampah dapat dikurangkan dengan aktiviti kitar semula. Amalan mengitar semula dapat mengurangkan ancaman alam sekitar seperti pencemaran air bawah tanah dan pencemaran udara. Pencemaran tersebut juga dapat menyebabkan penyakit-penyakit yang berbahaya seperti taun,demam denggi,asma dan sebagainya. Oleh itu,kita sebagai warga Malaysia perlu memainkan peranan penting bagi mengekalkan kesejahteraan negara. Justeru,amalan kitar semula amat penting bagi menjamin kesejahteraan negara agar pencemaran dapat dikurangkan serta penyakit juga dapat dielakkan.

Memupuk sikap berjimat cermat Di samping mengurangkan pencemaran,kitar semula juga dapat memupuk semangat berjimat cermat dalam diri kita. Sebenarnya kitar semula bukan sahaja menjimatkan malah juga dapat menjana pendapatan kita. Jika kita menjadikan kitar semula sebagai amalan,kita pasti dapat menjimatkan pelbagai perkara lebih-lebih lagi semasa dalam kegawatan ekonomi. Oleh itu,sikap berjimat cermat perlulah disemai dalam diri setiap warga Malaysia. Menambah pendapatan Biasanya masyarakat gemar mengumpul dan menjual baranganbarangan terpakai untuk dikitar semula. Selepas itu mereka pasti memperoleh wang bergantung pada jumlah yang dijual. Penyataan ini menunjukkan bahawa aktiviti kitar semula ini dapat menjana pendapatan kita. Bagi golongan yang tidak berkemampuan, aktiviti ini amat penting kerana menjadi sumber pendapatan bagi mereka. Menjimatkan penggunaan sumber Ramai yang tidak sedar bahawa kita sebenarnya membuang sumber yang amat bernilai. Kitar semula sebenarnya dapat menjimatkan penggunaan sumber yang terdapat di negara kita

dengan amalan kitar semula. Contoh-contoh penjimatan melalui amalan kitar semula ialah seperti berikut: i) Dengan mengitar semula 1 tin aluminium anda seumpama menjimatkan penggunaan tenaga elektrik 3 jam televisyen. ii) Jika kertas dapat dikitar semula secara maksimum anda dapat mengurangkan 4,360 tan sampah sehari yang bersamaan 78,000 batang pokok. Untuk menghasilkan satu tan kertas, sebanyak 17 pohon terpaksa ditebang. Mengitar semula kertas akan mengurangkan bilangan pokok yang perlu ditebang. Kita perlu memelihara hutan kerana merupakan pembekal oksigen dan udara yang bersih untuk diri kita. iii) Dengan mengitar semula 1 botol kaca anda seumpama menjimatkan penggunaan tenaga elektrik mentol lampu 100 watt selama 4 jam. iv) Mengitar semula kaca menurunkan suhu lebur untuk kaca baru sambil menjimatkan sehingga 32% tenaga yang diperlukan untuk pengeluaran kaca. Hal ini jelas menunjukkan bahawa kitar semula dapat menjimatkan sumber semulajadi negara. Kita sebagai rakyat Malaysia perlulah menghargai alam sekitar yang menjadi khazanah yang sangat berharga buat kita.

Masalah dan halangan amalan kitar semula

kurang pusat pengumpulan

kurang kerjasama

kurang pengetahuan

masalah & halangan kitar semula

harga terlalu rendah

Kurang pengetahuan Masih ramai lagi masyarakat di Malaysia yang tidak tahu tentang amalan kitar semula. Penduduk tidak didedahkan dengan lebih meluas mengenai amalan kitar semula yang juga mempunyai banyak kelebihan di samping dapat menjimatkan. Pihak kerajaan seharusnya mencari inisiatif bagi menambah pengetahuan masyarakat mengenai kitar semula.

Kurang pusat pegumpulan Pusat pengumpulan memainkan peranan penting dalam meningkatkan amalan kitar semula di kalangan masyarakat. Di kawasan kajian saya iaitu kawasan Kuala Berang masih belum mempunyai pusat pengumpulan bahan-bahan untuk dikitar semula. Masalah ini telah menyebabkan penduduk sukar menjalankan aktiviti kitar semula.

Kurang kerjasama Bagi sestengah kawasan,penduduk kurang memberi kerjasama serta menganggap amalan ini satu perkara yang remeh. Hal ini sememangnya tidak wajar kerana amalan kitar semula memberi banyak banyak faedah serta kebaikan kepada kita. Kebiasaannya kita melihat tiga jenis tong sampah yang dikhaskan untuk jenis-jenis bahan tertentu. Sampah-sampah perlu diasingkan terlebih dahulu sebelum dibuang mengikut jenis sampah seperti yang dilabelkan pada tong sampah tersebut. Perkara ini adalah bagi memudahkan proses kitar semula berlaku. Namun begitu, masih lagi terdapat golongan yang tidak memberikan kerjasama yang sewajarnya kerana membuang sampah sesuka hati tanpa mengikut cara yang betul.

Harga terlalu rendah Harga yang terlalu rendah juga menyebabkan amalan kitar semula tidak mendapat sambutan yang menggalakkan daripada masyarakat. Contohnya sekilogram kertas kini dijual dengan harga RM 0.30 sahaja. Harga tersebut seolah-olah tidak berbaloi jika dibandingkan tenaga yang digunakan bagi mengumpul bahan tersebut. Hal ini menyebabkan masyarakat tidak berminat dengan kitar semula. Tuntasnya,anggota masyarakat sepatutnya perlu mempunyai semangat kerjasama agar setiap apa yang dilakukan bersama akan menjadi lebih sempurna. Dalam kontaks kitar semula,masyarakat perlulah memberikan kerjasama agar amalan murni ini dapat diteruskan dengan jayanya.

Langkah-langkah untuk mengatasi masalah dalam melaksanakan kitar semula


Kempen Mengadakan kempen-kempen mengenai kitar semula perlu diperbanyakkan lagi bagi menyedarkan masyarakat mengenai pentingnya kitar semula kepada individu,masyarakat mahupun negara. Contohnya seperti kempen 3R yang telah dijalankan kirakira setahun lalu. Namun kempen itu tidak diberi pendedahan secara meluas menyebabkan masih ramai lagi yang tidak tahu mengenai kempen tersebut. Kempen-kempen seperti ini perlu dijalankan secara besar-besaran agar matlamat kempen tercapai dan berkesan.

Gotong-royong Aktiviti gotong-royong membersihkan persekitaran serta mengumpul barang-barang terbuang untuk dikitar semula juga berkesan bagi menggalakkan amalan kitar semula dalam masyarakat. Aktiviti ini juga dapat membersihkan kawasan persekitaran serta

dapat mengelakkan daripada pembiakan nyamuk-nyamuk pembawa penyakit sperti aedes yang menyebabkan demam denggi. Di samping itu,amalan bergotong-royong juga dapat mengeratkan hubungan silahturahim serta dapat memperbaiki hubungan yang telah renggang. Jika amalan ini berterusan,kita juga dapat mengekalkan kebersihan persekitaran. Cuba bayangkan jika seluruh rakyat Malaysia mengamalkan amalan ini, sudah tentu negara kita akan tergolong dalam golongan negara-negara terbersih di dunia. Hal ini sekali gus membuatkan negara luar akan memandang tinggi terhadap negara kita.

Meyediakan pusat pengumpulan Pusat pengumpulan barang-barang yang hendak di kitar semula perlu ditambah kerana jumlah pusat pengumpulan barangan kitar semula masih kecil. Kerajaan perlu menambah lagi pusat pengumpulan tersebut agar aktiviti mengitar semula dapat dijalankan dengan lebih giat. Di kawasan kajian saya juga masih belum mempunyai pusat pengumpulan barangan kitar semula yang menyebabkan kegiatan kitar semula di Kuala Berang masih kurang meluas.

Pendidikan Saya juga mencadangkan supaya pihak yang berwajib dapat menerapkan maklumat-maklumat mengenai kitar semula di dalam pendidikan di sekolah-sekolah. Para pelajar juga wajar didedahkan mengenai amalan ini dengan lebih terperinci. Hal ini dapat menggalakkan amalan kitar semula dalam kalangan pelajar dan guru di samping menyemaikan semangat cintakan alam sekitar.

RUmuSaN<
Kajian ini telah memberi peluang kepada saya untuk mengkaji mengenai amalan kitar semula yang terdapat di kawasan Kuala Berang yang juga merupakan tempat saya membesar sejak kecil lagi. Berdasarkan kajian saya kitar semula ini merupakan satu amalan yang harus dipupuk dan disemai dalam kalangan rakyat Malaysia. Sekiranya kita mengamalkan kitar semula, banyak sumber semulajadi seperti hutan dapat diselamatkan disamping alam sekitar turut terpelihara. Melalui kajian ini juga,saya telah mempelajari banyak perkara serta dapat meningkatkan lagi semangat cintakan alam sekitar dalam diri saya sendiri. Sikap bertanggungjawab dan cintakan tanah air perlu ada dalam setiap diri rakyat Malaysia supaya seruan kerajaan untuk mengamalkan amalan kitar semula mendapat sokongan daripada segenap lapisan masyarakat. Tuntasnya, amalan kitar semula amat penting bagi menjamin kesejahteraan hidup kita serta dapat menjaga alam sekitar kurniaan Allah SWT ini dengan lebih sempurna.

rUjukAn<
Sumber internet 1. http://smkpenghulusaad.wordpress.com/2010/03/13/contohkerja-kursus-geografi-pmr-201 2. http://www.scribd.com/doc/26192440/KERJA-KURSUSGEOGRAFI-2010 3. http://www.pmn.gov.my/terengganu/Pembangunan%20Usahawan /SejarahHTrg.htm 4. http://www.scribd.com/doc/21052877/PERSPEKTIF-RUANGGEOGRAFI-TERHADAP-MUKIM-KUALA-BERANG

Atlas 1. Atlas Moden Malaysia dan Dunia (1997). Ed. 2. Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Orang sumber 1. Julaini bt Mohd Hasbullah,710702115344,755 Rumah Murah Jalan Pusara,21700 Kuala Berang,Hulu Terengganu,Terengganu.

Buletin 1. Jolly Lee Shiat Mei,2002. Kurangkan Pembuangan

Sampah,Lebihkan Kitaran Semula,Buletin Perlindungan Pengguna,bil 6.


Buku teks 1. Kwah Ah Seng,Habibah Hj Lateh,Tan Koh Lim. 2004. Buku

teks Geografi Tingkatan 3,PTS Publication Sdn. Bhd.

You might also like