You are on page 1of 7

1

EDUCATION of ELAKSAMANA

PASARAN MONOPOLI
Disediakan oleh : Mohamad Aiyad Bin Ramli PPISMP Kajian Sosial/BI/BM Semester 3/2010 901023-03-5205

DEFINISI
Merupakan sebuah pasaran yang mengandungi seorang penjual (firma tunggal) yang sedang menghasilkan sesuatu keluaran yang tidak mempunyai pengganti hampir dan wujudnya halangan bagi penjual lain untuk memasuki ke dalam pasaran

PENJUAL TUNGGAL

Pekerja x bebas dapat keluar dan dapat kerja di industri ini

TIADA KEBEBASAN KELUAR MASUK DALAM INDUSTRI MONOPOLI

KELUARAN TIADA PENGGANTI HAMPIR

CIRI-CIRI PASARAN MONOPOLI

PENGIKLANAN TIDAK PENTING

FIRMA MERUPAKAN PENENTU HARGA

Created by elaksamana@yahoo.com All Right Reserved Presented 2010

EDUCATION of ELAKSAMANA

Wujudnya ekonomi mengikut bidangan

Halangan undang-undang SEBAB WUJUD MONOPOLI

Pemilikan faktor pengeluaran semua jadi

Halangan kewangan dan tingkat teknologi tertentu

Tingkat tekonologi terlalu tinggi Spt sawit yg hnya dtnam d malay kerna tnah sesuai Kerajaan haling dari buka syarikat baru

KELUK PERMINTAAN MONOPOLI

Oleh sebab firma monopoli adalah pengeluar tunggal, maka keluk permintaan bagi industri juga merupakan keluk permintaan bagi firma. Firma monopoli berupaya mempengaruhi tingkat harga pasaran. Keluk permintaannya bersifat cerun ke bawah dari kiri ke kanan dan tidak anjal.

Created by elaksamana@yahoo.com All Right Reserved Presented 2010

EDUCATION of ELAKSAMANA

PENENTUAN OUTPUT KESEIMBANGAN


(PENDEKATAN KOS SUT & HASIL SUT)

Firma monopoli akan memaksimumkan tingkat keuntungan apabila menghasilkan keluaran

Titik Keseimbangan

Pada output yang kurang daripada Q1 , hasil sut melebihi kos sut - Pengeluar yang rasional akan terus menambahkan output sehingga MC=MR. Bagi output Q1 pula, keluk MC berada di atas MR pengeluar akan mengurangkan tingkat output sehingga kos sut sama dengan hasil sut.

KESEIMBANGAN MONOPOLI DALAM JANGKA PENDEK

UNTUNG LEBIH NORMAL

UNTUNG NORMAL

WUJUD DALAM 3 KEADAAN

UNTUNG KURANG NORMAL/RUGI

Created by elaksamana@yahoo.com All Right Reserved Presented 2010

EDUCATION of ELAKSAMANA

UNTUNG LEBIH NORMAL

Untung

Titik Keseimbangan

y Smua keluk kne berada di atas titik keseimbangan. y Keluk AC di bwh keluk AR

Pasaran monopoli akan menikmati untung lebih normal jika hasil purata (AR) melebihi kos purata (AC) pada tingkat keluaran keseimbangan.

Berdasarkan rajah keluk : firma monopoli mencapai keseimbangan di E apabila hasil sut sama dengan kos sut pada tingkat keluaran Q dan harga keseimbangan P.

Pada tingkat keluaran Q, hasil purata (AR) sebenar AQ, maka jumlah hasil ialah OPAQ. Manakala kos purata ialah BQ, maka jumlah kos ialah OCBQ. Ini menunjukkan untung perunit keluaran ialah AB (AQ - BQ) dan jumlah keuntungan sebesar CPAB yang diwakili oleh kawasan berlorek.

KESIMPULAN - Firma monopoli akan menikmati untung lebih normal dalam jangka pendek syarat MC = MR = dan AR > AC.

Created by elaksamana@yahoo.com All Right Reserved Presented 2010

EDUCATION of ELAKSAMANA

UNTUNG NORMAL

Titik Keseimbangan
y Smua keluk kne berada di atas titik keseimbangan. y Keluk AC bsentuh titik keseimbangan

Firma monopoli akan memperolehi untung normal jika hasil purata sama dengan kos purata pada tingkat keluaran keseimbangan.

Berdasarkan rajah, firma monopoli mencapai tingkat keseimbang apabila keluk kos sut bersilang dengan keluk hasil sut di titik E (MC=MR). Pada titik E, harga keseimbangan ialah P dan kuantiti keseimbangan Q.

Pada keseimbangan ini, hasil purata (AR) adalah sebesar AQ, maka jumlah hasil ialah OPAQ. Kos purata (AC) juga adalah sebesar AQ, maka jumlah kos juga OPAQ, ini ditunjukkan oleh keluk kos purata yang menyentuh keluk hasil purata di titik A. Oleh yang demikian, jumlah hasil sama dengan jumlah kos. Ini menyebabkan firma monopoli hanya memperoleh untung normal sahaja.

KESIMPULAN - Firma monopoli akan menikmati untung normal dalam jangka pendek dengan syarat MC=MR dan AR=AC.

Created by elaksamana@yahoo.com All Right Reserved Presented 2010

EDUCATION of ELAKSAMANA

UNTUNG KURANG NORMAL

Rugi

Titik Keseimbangan

y Smua keluk kne berada di atas titik keseimbangan. y Keluk AC di atas keluk AR

Monopoli akan mengalami untung kurang normal atau kerugian jika hasil purata (AR) kurang daripada kos purata (AC) pada tingkat keluaran keseimbangan.

Firma monopoli mencapai keseimbangan apabila kos sut sama dengan hasil sut di titik E, firma monopoli akan menghasilkan keluaran sebanyak Q dengan harga keseimbangan P.

Pada tingkat keluaran Q, kos purata (AC) ialah BQ, maka jumlah kos sebesar OCBQ. Hasil purata pula ialah AQ, maka jumlah hasil adalah sebesar OPAQ. Oleh sebab kos purata melebihi hasil purata (AC>AR) atau jumlah kos melebihi jumlah hasil, maka firma mengalami untung kurang normal sebanyak PCBA yang diwakili oleh kawasan berlorek.

KESIMPULAN - Firma monopoli akan mengalami untung kurang normal dalam jangka pendek dengan syarat MC = MR dan AR<AC.

Created by elaksamana@yahoo.com All Right Reserved Presented 2010

EDUCATION of ELAKSAMANA

KESEIMBANGAN MONOPOLI DALAM JANGKA PANJANG

SMC = Short Maginal Cost LMC = Long Maginal Cost

y Pd pringkat awal firma rugi kerna modal tggi sbb import teknologi yg tinggi. y Dalam jangka masa pnjng firma akn dpt untung normal dan tak lama lepas tu firma akn dpt untung lebih normal.

Firma harus membuat penyesuaian kepada lojinya jika mendapat untung kurang normal dalam jangka pendek sehingga mendapat untung normal dalam jangka masa panjang. Jika tidak operasi perlu ditutup. Berdasarkan rajah; firma monopoli mencapai tingkat keseimbangan di titik E1 dalam jangka pendek, iaitu apabila keluk kos sut (SMC1) bersilang dengan keluk hasil sut (MR) dengan firma sedang menggunakan saiz loji SAC1. Tingkat keluaran keseimbangan ialah Q1 dan harga keseimbangan ialah P1 . Pada tingkat keluaran Q1, firma monopoli sedang menikmati untung lebih normal sebanyak kawasan (P1ABC1) di mana hasil purata AQ1 melebihi kos purata BQ1 (AR>AC).

Dalam jangka panjang, monopoli akan menyelaraskan pengeluarannya, iaitu dengan membesarkan saiz lojinya supaya tingkat keluaran dapat ditingkatkan dengan beroperasi pada loji SAC2. Pada loji SAC2 firma monopoli mencapai keseimbangan di E (SMC2 = MR = LMC) dengan harga dan tingkat keluaran keseimbangan di P2 dan Q2. Pada keluaran Q2, hasil purata sebesar A1Q2 dan kos purata B2Q2. Oleh sebab hasil purata melebihi kos purata, maka firma monopoli akan terus menikmati untung lebih normal sebanyak C2P2A1B2. Untung lebih normal ini adalah lebih besar berbanding dengan untung lebih normal jangka pendeknya (P1ABC1). Walaupun saiz loji SAC2 bukannya saiz loji dengan kos purata terendah (LAC minimum), tetapi pada E2, kos sut jangka pendek adalah sama dengan kos sut jangka panjang yang juga sama dengan hasil sutnya. KESIMPULAN - Dalam jangka panjang, firma monopoli mencapai keseimbangan apabila : SMC = LMC = MR.
Created by elaksamana@yahoo.com All Right Reserved Presented 2010

You might also like