You are on page 1of 7

JANGKAAN HASIL

Papan serat berketumpatan sederhana (MDF) Papan MDF berketumpatan nominal 750 kgm3 yang diperbuat daripada tandan kosong kelapa sawit. Tandan kosong daripada kilang minyak telah disiat dan dipendekkan sebelum diproses kepada gentian yang sesuai untuk MDF. Dua kaedah penyediaan gentian telah dijalankan iaitu melalui proses basah dan proses kering. Objektif kajian ini adalah untuk menentukan kesan penyediaan gentian pada ciri-ciri papan. Secara amnya, papan yang diperbuat daripada gentian yang diperolehi melalui proses kering memberikan ciri-ciri mekanikal dan fizikal yang lebih baik.

Papan serat ketumpatan sederhana atau MDF diperbuat daripada serpihan kayu hijau, yang dikukus, ditapis, dikurangkan kepada gentian, dikeringkan dan dicampur, biasanya dengan resin urea formaldehid dan wax. Gentian yang disediakan adalah udara felted untuk membentuk tikar tebal serat yang dimampatkan di bawah suhu terkawal dan tekanan untuk membentuk papan antara 3 mm dan 25 mm tebal dengan struktur denda homogen melalui ketebalan. Panel yg dicampur dgn pasir dan gergaji untuk saiz selesai.

Umumnya, kekuatan dan kekukuhan serat tumbuhan bergantung kepada jumlah kandungan selulosa dan sudut spiral yang memberikan lekatan kepada mikrofobil dalam dinding sel dengan lajur serat tersebut. Struktur dan ciri serat asli juga bergantung kepada usinya. Ini kerana kajian awal mendapati bahawa kekuatan sesuatu serat berkadaran terus dengan masa.

Dalam tahun 2002, 3.6 juta ha tanaman kelapa sawit menghasilkan 11.9 juta tan untuk menghasilkan mnyak kelapa sawit dan 90 juta ton bagi bahan buang kelapa sawit yang terdiri daripada pelepah pangkasan, tandan kosong kelapa sawit dan batang pohon kelapa sawit.

Di Malaysia mempunyai 3.5 juta hektar kawasan yang ditanam dengan kelapa sawit. Dalam tahun 2001, Malaysia telah dapat menghasilkan 11.8 juta tan minyak sawit mentah dan 1.53 tan minyak isirong sawit. Pengeluaran minyak sawit merupakan aktiviti terpenting dan penyumbang kepada hasil eksport Malaysia yang paling utama. Sisa-sisa yang dikeluarkan oleh industri kelapa sawit adalah :

Sisa Pepejal

Industri kelapa sawit Malaysia adalah diantara penyumbang utama sisa-sisa organik pepejal dan cecair. Adalah dianggarkan sebanyak 23 - 25% daripada berat setiap tan tandan buah sawit adalah tandan kosong yang merupakan sisa pepejal utama kilang. Lain-lain sisa pepejal yang dikeluarkan oleh industri ini adalah serabut buah sawit (mesokap), tempurung, batang dan pelepah. Batang dan pelepah adalah juga merupakan sisa yang dihasilkan daripada ladang. Batang dan pelepah ini terhasil dengan banyaknya daripada aktiviti penanaman semula ladang kelapa sawit. Manakala pelepah terhasil daripada aktiviti pencantasan semasa penuaian buah.

Sisa Cecair

Sisa cecair yang dihasilkan oleh industri kelapa sawit adalah efluen kilang kelapa sawit (POME). Ia dihasilkan daripada proses pemerahan dan penulenan minyak sawit. Sisa ini kaya dengan nutrien tumbuhan dan digunakan secara meluas bagi meningkatkan kesuburan tanah ladang sawit.

Ciri-ciri Sisa

Sisa-sisa kelapa sawit yang dinyatakan di atas kecuali POME adalah merupakan bahan lignoselulosa yang terdiri daripada bahan-bahan selulosa dan lignin. Bahan lignoselulosa ini merangkumi bahan-bahan yang berunsurkan tumbuh-tumbuhan.

Produk Terdapat banyak industri berasaskan bahan lignoselulosa di Malaysia pada masa kini. Industri perabot dan kertas adalah salah satu daripada industri yang berkaitan. Penghasilan papan-papan serpai bagi menggantikan komponen-komponen kayu bagi perabot adalah yang paling aktif dijalankan di Malaysia. Bahan mentah utama bagi industri perabot dan papan serpai di Malaysia adalah kayu getah.Sumber kayu getah diperolehi daripada pokok getah yang tidak produktif lagi yang ditebang dan dijual ke kilang-kilang tersebut. Adalah diramalkan bahawa akan berlaku situasi di mana kayu kayu getah ini akan berkurangan ke tahap yang kritikal dan industri berkaitan akan mengalami kekurangan bahan mentah dan terpaksa mencari bahan alternatif atau gantian untuk industri mereka.

Penyelidik-penyelidik di Malaysia telah mengesyorkan bahan mentah yang mungkin sesuai bagi menggantikan kayu getah ialah sisa-sisa lignoselulosa daripada industri kelapa

sawit khasnya tandan- tandan kosong kelapa sawit yang amat banyak dikeluarkan setiap hari daripada kilang-kilang kelapa sawit. Menggunakan bahan ini sebagai alternatif kepada kayu getah bukan sahaja dapat mengatasi masalah kekurangan bahan tetapi juga dapat mengurangkan pencemaran alam sekitar sekaligus mendapat pulangan daripada sisa-sisa tersebut. Oleh itu, banyak projek penyelidikan telah dijalankan bagi membuktikan bahawa bahan lignoselulosa ini sesuai untuk pembuatan papan serpai dan kertas. Selain daripada produk yang disebutkan tadi, sisa-sisa tersebut juga boleh dibuat produk-produk lain seperti kompos dan tikar sungkupan untuk tanaman dengan ciri-ciri yang agak berlainan daripada kegunaan menyungkup secara tradisional.

Kimia Gentian Bahan Lignoselulosik


Dalam kebanyakan kes, analisis kimia dimulakan dengan pengekstrakan sampel. Semasa pengekstrakan, kandungan ekstraktif dan bahan tak larutditentukan. Pengekstrakan boleh dijalankan dengan menggunakan pelarut organic contohnya diklorometana, kloroform, atau metal tertier butil eter (MTBE). Kebanyakan bahan resin yang wujud dalam kayu boleh melarut dalam pelarut ini. Jika sampel merupakan bahan yang berberat molekul tinggi, maka pelarut yang lebih kuat boleh digunakan sebagai tetrahidrofuran(THF). Walaubagaimanapun, pelarut ini sukar didapatkan dalam bentuk yang tulen. Ia juga perlu dikendalikan berhati-hati kerana ketoksikannya. Untuk meneruskan pemelarutan, sesuatu sampel yang dikehendaki, ia bolehlah dirawat di dalamkebuk ultrasonik. Bahan-bahan terlarut boleh dianalisis menggunakan pelbagai kaedah yang berbeza. Untuk mendapatkan gambaran komposisi yang lebih terperinci, sampel perlu dipecahkan. Pemecahan sampel mengikut berat molekul boleh dijalankan dengan kromatografi penyingkiran saiz. Mengikut prosedur pemecahan, sampel dibahagikan kepada monomer, oligomer, dan polimer. Sebelum proses pemecahan, sampel perlu diterbitkan, contohnya, bergantung kepada pemetilan menggunakan

diazometana dalam campuran dietil eter dan metana (Neimo,1999).

Bagi mendapatkan maklumat terperinci tentang sesuatu bahan, kaedah gas kromatografi (GC) boleh digunakan. Satu kelebihan GC ialah ia boleh diubahsuai dengan mudah untuk analisis kuantitatif. Sebelum proses analisis, sampel perlu melalui beberapa perkara bagi membolehkan ia dianalisis. Selalunya sampel perlu diterbitkan, contohnya bagi menukarkan komponen-komponennya kepada pengubahsuaian meruap yang memadai (Neimo, 1999).

Selulosa Menurut Smook (1992), selulosa merupakan bahan yang menentukan sifat-sifat

gentian dalam tumbuhan dan membolehkan penggunaannya dalam pembuatan kertas.

Selulosa adalah satu karbohidrat yang terdiri daripada elemen-elemenkarbon, hidrogen dan oksigen. Seperti yang diketahui, elemen hydrogen dan oksigen adalah sama seperti kandungan dalam air. Selulosa juga merupakan polisakarida yang mengandungi banyak unit glukosa. Formula kimia bagi selulosa ialah (C6H10O5)n, di mana n merupakan nombor bagi unit pengulangan glukosa atau darjah pempolimeran (DP). Nilai n adalah berbeza berdasarkan sumber selulosa dan perbezaan rawatan yang diterima seperti dalam Jadual 2.3. Kebanyakan gentian pembuatan kertas mempunyai nilai purata berpemberat DP dalam julat 600-1500.

Lignin Lignin terbentuk oleh pengeluaran air daripada gula untuk menghasilkan struktur

aromatik. Tindakbalas ini adalah tidak terbalikkan. Terdapat banyak monomer yang mungkin untuk lignin, dan jenis lignin dan perkadarannya bergantung kepada sumber semulajadi.

Seperti yang telah dijangkakan sisa biogisim kelapa sawit bakal menjadi sisa pertanian yang terbanyak di masa akan datang. Oleh itu pihak industri sawit kini dalam usaha mencari langkah-langkah menuju kearah sisa sifar dan mesra alam. Sisa kelapa sawit berpotensi sebagai sumber alternatif kepada kayu getah dalam industri perkayuan. Hasil penyelidikan yang dijalankan keatas sisa-sisa kelapa sawit kini telah diberi lebih penekanan keaarah pengkomesialan produk. Teknologi pemprosesan Dalam penghasilan gentian kelapa sawit, teknologi jentera atau mesin telah dibangunkan khusus untuk memproses biojisim kelapa sawit bagi mengeluarkan gentiannya. Ini melibatkan gabungan beberapa jentera, sesuai dengan jenis biojisim dan kegunaan gentian bagi penghasilan produk nilai tambah.

Pelupusan konvensional sisa-sisa

Kaedah-kaedah yang diambil bagi melupuskan sisa-sisa pepejal bagi tandan kosong di kilang sawit adalah secara pembakaran untuk dandang kilang bagi menjana tenaga untuk operasi kilang. Selebihnya dibakar secara terkawal untuk menghasilkan abu dan sebahagian lagi dihantar ke ladang sebagai bahan sungkupan.

Walaupun terdapat sistem bagi pelupusan sisa-sisa ini, namun pengeluaran yang berterusan daripada proses pemerahan di kilang menjadikan sisa-sisa ini yang ditinggalkan

bersebelahan kilang sementara diambil tindakan selanjutnya. Longgokan ini selalunya menjadi punca pencemaran alam sekitar di mana ia mengeluarkan bau yang busuk dan menjadi habitat makhluk perosak seperti kumbang, kulat, cendawan dan ular yang boleh merosakkan tanaman ladang. Jadi cara yang lebih cekap mesti dikenalpasti bagi membolehkan sisa-sisa ini dilupuskan atau diguna semula secara teratur. Pembuatan produk-produk sampingan daripada sisa-sisa ini di samping memelihara alam sekitar dapat juga memberikan pendapatan sampingan kepada penduduk ladang.

Gambar menunjukkan pemeliharaan aam sekitar yang sedang terkawal

Analysis of variance on the EOPB (empty-oil palm bunches) pulp yield and fiber dimensions (i.e. fiber length, fiber diameter, fiber wall thickness, and lumen diameter)

F-hitung (F-calculated) Sumber db keragaman (df) (Source of variation) Rende men pulp (Pulp yield) Panjang Diameter serat (Fiber serat (Fiber length) diamater) Diameter Lumen (Lumen diameter) Tebal dinding serat (fiber wall thickness)

Total 19 Perlakuan/Tre 9 atment (Perendaman alkali ? tanpa perendaman/A lkali immersion vs. 10 no immersion) Sisa (Residual) -Rata-rata (Means) -Satuan (Unit) -Koef. keragaman (Coeff. of variation), % -

1,45tn

4,49**

2,91*

6,16^^

7,48**

62,74 % 14,54

0,4165 mm 16,71

12,65 mm 21,31

8,07 mm 26,93

4,58 mm 22,16

Keterangan (Remarks): tn = tak nyata (not significant); * = nyata pada taraf (significant at the level) 5%; dan/and ** = nyata pada taraf (significant at the level) 1%

Analysis of variance on density, water absorption, thickness swelling, and other physical mechanical properties of MDF F-hitung (F-calculated) db (df ) Kera pata n (Den sity) Penyera pan Air (Water absorpti on) Pengemba ngan tebal (Thickness swelling) Ketegu han rekat internal (Interna l bond) Modulu s patah (Modul us of rapture) Modulus elastisitas (Modulus of elasticity) Kekuatan memegang sekerup (Screwholdi ng power)

Sumber Keseragam an (source of variation)

Jumlah perawatan (alkali immersion vs. No

19 9

3.25 *

3.32*

3.55*

6.39**

4.12**

5.27**

3.56*

immersion)

Sisa (residuals) -Rata-rata (Means) -Satuan (Unit) -Koef. keragaman (Coeff. of variation), % Keterangan (Remarks): tn = tak nyata (not significant); * = nyata pada taraf (significant at the level) 5%; dan/and ** = nyata pada taraf (significant at the level) 1% Sebagian besar sifat MDF dapat dikatakan memenuhi syarat standard FAO (Hoadley, 1980). Sedangkan yang tidak/belum memenuhi adalah penyerapan air dan pengembangan tebal yang lebih tinggi, dan sebahagian kekuatan lebih rendah daripada syarat tersebut. Diharapkan hal tersebut dapat diatasi dengan penggunaan bahan penolak air (waterrepellent agents) dan lebih banyak bahan perekat. 10 0.70 g/cm 3 8.73 116.52 % 7.82 38.70 % 14.82 26.88 g/cm2 21.31 173.5 kg/cm2 16.93 9734 kg/cm2 24.13 24.26 kg 18.91

Percubaan pembuatan MDF dari tanda kosong kelapa sawit (TKKS) perlu diteruskan untuk memperoleh hasil optimum dan memenuhi standard. Sekiranya hasilnya dikhaskan kepada masyarakat atau industri skala kecil atau sederhana, berkemungkinan kos pembuatannya tidak terlalu mahal.

You might also like