You are on page 1of 19

SMK SERI KENANGAN,SEGAMAT

PENDIDIKAN ISLAM
3(0%8.$$1.27$ 0(.$+
NAMA:NURJAZREENA BINTI ZULKEFLI KELAS:3RK4

GURU:

,6,.$1'81*$1
PENGHARGAAN OBJEKTIF ISI KANDUNGAN 3-14 1 2

Pembukaan Kota Mekah Kronologi Peristiwa Selepas Pembukaan Faktor Kejayaan Pembukaan Kesan Pembukaan Iktibar

RUMUSAN

15-16

  3(1*+$5*$$1

Assalamualaikum WBT. Alhamdulilah. Bersyukur saya ke hadrat Allah kerana dengan limpah dan kurniaNya,dapat saya menyiapkan tugasan folio Pendidikan Islam ini dengan sempurna. Terima kasih saya ucapkan kepada keluarga saya yang banyak memberi dorongan,nasihat serta pendapat dalam menyiapkan tugasan ini. Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada guru mata pelajaran Pendidikan Islam saya yang memberi tugasan ini bagi memenuhi masa lapang cuti sekolah saya

dengan aktiviti yang bermanfaat. Ucapan terima kasih juga saya tujukan kepada pihak-pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung. Sekian, terima kasih. 1

2%-(.7,)
    OBJEKTIF PENULISAN SECARA UMUM Mengisi masa lapang cuti sekolah murid-murid dengan aktiviti bermanfaat Menunjukkan kreativiti murid-murid

OBJEKTIF PENULISAN SECARA KHUSUS

Memberi pendedahan awal terhadap tajuk yang akan dipelajari Markah tugasan akan dimasukkan dalam permarkahan ujian Penilaian Kurikulum1(PK1)
1 2

Perjanjian Hudaibiah ialah perjanjian damai yang membawa kepada gencatan senjata antara Rasullulah dan Kaum Musyrikin. Antara isi Perjanjian Hudaibiah ialah qabilah Arab bebas memberi kesetiaan sama ada kepada pihak Rasullulah atau pihak Musyrikin.

Bani Bakar memberI kesetiaan kepada Musyrikin Mekah dan meminta bantuan mereka untuk memerangi Bani Khuzaa ah yang memihak kepada Rasullulah. Bani Bakar yang dibantu Musyrikin Mekah menyerang perkampungan Khuzaa ah dan membunuh 20 orang Khuzaa ah.

Berita serangan itu telah diketahui oleh Rasullulah dan hal itu telah menyebabkan baginda amat marah. Serangan itu telah mencabuli Perjanjian Hudaibiah. Rasullulah mengambil keputusan untuk menyusun strategi secara sulit bagi menghadapi serangan kaum Musyrikin Mekah. Pembukaan Mekah atau Fathu Makkah berlaku pada Ramadhan tahun kelapan Hijrah.
4

1.KEMUKAKAN 3 TUNTUTAN PADA MUSYRIKIN QURAISY


Rasullulah menghantar utusan membawa 3 tuntutan kepada Musyrikin Quraisy: 1)membayar diah (pampasan) kepada waris Bani Khuzaa ah yang terbunuh. 2)mengutuk perbuatan Bani Bakar membunuh Bani Khuzaa ah 3)berperang dengan tentera Islam Kaum Musyrikin telah memilih pilihan yang ketiga. Namun,ada juga pemimpin Musyrikin yang tidak setuju,iaitu: 1.Abu Sufyan bin Harb 2.Al A bbas bin Abdul Mutalib

2.MENDIRIKAN KHEMAH
Setelah Musyrikin memilih untuk berperang,Rasullulah mengarahkan 10 ribu tentera Islam bersiap dan berangkat ke Mekah. Dalam perjalanan,tentera Islam berhenti di Damarru Azzahrani dan mendirikan khemah lalu bermalam di situ.

3.MENYALAKAN UNGGUN API


Pada waktu malam,Rasullulah mengarahkan tenteranya menyalakan unggun api yang besar di khemah masing-masing. Hal ini untuk menimbulkan rasa gerun pada kaum Musyrikin di Mekah. Abu Sufyan bin Harb keluar meninjau apabila melihat kehebatan tentera Islam dari jauh. Dalam perjalanan beliau bertemu Al A bbas yang baru memeluk Islam lalu bertemu Rasullulah. Abu Sufyan dengan rela memeluk Islam di hadapan baginda.

4.TAWARAN KESELAMATAN
Pada pagi Jumaat,10 Ramadhan tahun kelapan Hijrah,Rasullulah masuk ke dalam Mekah dengan rasa tawadu . Baginda tunduk menyatakan rasa syukur atas kemenangan yang dikurniakan oleh Allah. Bagi penghormatan kepada Abu Sufyan yang baru memeluk Islam,Rasullulah mengisytiharkan 3 perkara: 1)sesiapa yang memasuki rumah Abu Sufyan akan selamat 2)sesiapa yang memasuki Masjidil Haram akan selamat 3)sesiapa yang memasuki rumahnya sendiri akan selamat Pengisytiharan itu menggemparkan kaum Musyrikin dan melunturkan semangat mereka untuk menentang Rasullulah.

Selepas pembukaan Mekah,Rasullulah telah melaksanakan beberapa perkara: 1.MEMUSNAHKAN BERHALA SEKELILING KAABAH Sebaik sahaja memasuki Kota Mekah,Rasullulah menuju ke Kaa bah dan memusnahkan 360 buah berhala di sekitar Kaa bah.Rasullulah menolak berhala dengan tongkat sehingga jatuh dan hancur. Kemudian,Rasullulah menyuruh para sahabat memusnahkan berhala yang selebihnya. 2.SOLAT SUNAT DI MAKAM IBRAHIM Rasullulah menunaikan solat sunat 8 rakaa t di Makam Ibrahim setelah melakukan tawaf di Kaa bah. 3.LAUNGAN AZAN BILAL Bilal bin Rabah diarahkan oleh Rasullulah untuk melaungkan azan di atas bumbung Kaa bah. Azan itu ialah azan pertama di Mekah. Kemudian,penduduk Mekah keluar beramai-ramai untuk mendengar ucapan Rasullulah. 4.MEMBERI UCAPAN PERTAMA KEPADA ORANG MEKAH Rasullulah menyampaikan ucapan ketika memegang jenang pintu Kaa bah. Antara isi ucapannya: Lailaha illallahu wahdah la syarikalahu, sadaka wa dah wanasaraa a bdah wahazamal ahzaba wahdah Wahai orang Quraisy,sesungguhnya Allah mencabut dari kamu kesombongan jahiliah dan sikap mengagung-agungkan keturunan. Semua orang berasal dari Adam, dan Adam berasal dari tanah.

Setelah itu Rasullulah membacakan ayat 13 dari Surah Al-Hujrat yang akhirnya bermaksud, sesungguhnya orang yang paling mulia di kalangan kamu ialah orang yang paling bertakwa. 5.MEMBERI PENGAMPUNAN KEPADA MUSUH Rasullulah mengisytiharkan pengampunan beramai-ramai kepada Musyrikin Mekah yang pernah memusuhi beginda. Baginda menyatakan: Apakah yang kamu sangka aku lakukan terhadap kamu? Mereka menjawab: Kami bersangka abik kepada tuan. Tuan orang yant mulia danputera orang yang mulia. Baginda kemudian bersabda: Pergilah tuan-tuan pulang,saya bebaskan tuan-tuan semua. 8

1.STRATEGI RASULLULAH Baginda bijak menyusun strategi sehingga melumpuhkan kekuatan kaum Quraisy. 2.SEMANGAT JIHAD UMAT ISLAM Semangat jihad umat Islam yang tinggi Berjaya membebaskan Mekah dari kekuasaan Quraisy. 3.PENDUDUK MEKAH TERTARIK DENGAN ISLAM Penduduk Mekah ramai memeluk Islam setelah melihat kekuatan dan perpaduan umat Islam di Madinah. 4.PERPADUAN UMAT ISLAM Strategi Rasullulah dapat dijalankan dengan baik kerana perpaduan dan persaudaraan yang kukuh di kalangan umat Islam. 5.PEMBESAR QURAISY MEMELUK ISLAM

Ramai pembesar dan panglima Quraisy memeluk Islam menyebabkan kekuatan Musyrikin Quraisy merudum. Antara pembesar yang memeluk Islam,ialah: a)Khalid bin Al-walid b)A mru bin Al-A s 6.TENTERA MUSYRIKIN MENJADI LEMAH Ramai pembesar dan panglima Musyrikin terkorban dalam peperangan menentang umat Islam.Hal ini melemahkan barisan ketenteraan Musyrikin. Antara mereka yang terkorban dalam Perang Badar ialah: a)Abu Jahal b)U tbah bin Rabia h 10

1.TANAH HARAM MEKAH MENJADI KAWASAN LARANGAN KEPADA ORANG BUKAN ISLAM

2.MASYARAKAT MEKAH HIDUP AMAN DAN BEKERJASAMA

3.DAKWAH ISLAM BERKEMBANG PESAT SEHINGGA KE SEMENANJUNG TANAH ARAB

4.PENDUDUK MEKAH MEMELUK ISLAM BERAMAI-RAMAI


12

1.BERUSAHA MEMPERTINGKATKAN DAKWAH ISLAM DENGAN PELBAGAI PENDEKATAN

2.MEMBERI KEMAAFAN KEPADA ORANG YANG SEDIA MEMPERBAIKI DIRI

3.MELAKUKAN SESUATU SECARA TERANCANG DAN TERSUSUN

4.MEMPERTAHANKAN MARUAH DIRI, MASYARAKAT DAN NEGARA

14

1. KEMENANGAN DAN KEJAYAAN UMAT ISLAM BUKAN HANYA TERLETAK KEPADA KEKUATAN FIZIKAL

2. RANCANGAN STRATEGIK DIPERLUKAN UNTUK MENCAPAI MISI DAN VISI YANG TELAH DITETAPKAN

3. UMAT ISLAM HARUSLAH SEDIA BERKORBAN DAN BERBAKTI DEMI KEPENTINGAN UMAT DAN AGAMA

4. PERPADUAN DIPERLUKAN UNTUK MEMASTIKAN SESEBUAH NEGARA MENJADI MAJU DAN BERDAYA SAING

16

You might also like