You are on page 1of 6

Nurul Fatiha Abd Hamid

Nurul Fatiha Abd Hamid

Nurul Fatiha menjadi pengulas sukan semasa SUKMA 2008 di RTM 1 Latar belakang Nama lahir Nurul Fatiha Abd Hamid Lahir 13 April 1986 (umur 25)
Alor Star, Kedah, Malaysia

Pekerjaan

Atlet gimnastik (bersara), Pengacara, Pembaca Berita Bahagian Sukan

Tahun aktif 1993 - 2007 Laman web Laman Friendster Rasmi [1], Laman Myspace Rasmi[2]

Nurul Fatiha Abd Hamid (lahir 13 April, 1986), merupakan seorang atlet gimnastik artistik yang mewakili Malaysia pada kejohanan Sukan Asia Tenggara dan Sukan Komanwel juga kejohanan gimnastik yang lain. Nurul Fatiha dilahirkan di Alor Star, Kedah, Malaysia. Nurul Fatiha kini sedang menyambung pelajarannya di Universiti Putra Malaysia dan bekerja sebagai pengacara dan pembaca berita di RTM.

sunting] Kerjaya
Pembabitan Nurul Fatiha di dalam sukan gimnastik ini bermula sejak tahun 1993. Nurul Fatiha telah tersenarai di dalam peserta 12 terbaik dari ratusan pelajar di seluruh Malaysia untuk

menyertai Program Jaya'98. Program pemilihan itu dijalankan oleh jurulatih dari Rusia untuk mencari bakat-bakat baru bagi program pembangunan sukan negara. Menurut Nurul Fatiha, dia tidak mengetahui apa-apa langsung tentang sukan gimnastik dan terpaksa bermula dari asas. Tetapi, setelah didedahkan dengan sukan ini dengan lebih mendalam, Nurul fatiha semakin meminati sukan ini dan terus mengaktifkan diri dalam sukan gimnastik ini. Atas kesungguhan yang ditunjukkan oleh Nurul Fatiha, dia mula diserapkan ke dalam pasukan junior kebangsaan pada tahun 1993.

[sunting] Pendidikan
Berikut adalah senarai dimana Nurul Fatiha bersekolah:

1994 - 1998: Sekolah Rendah Kebangsaan Convent (1) Bukit Nanas 1999 - 2003: Sekolah Sukan Bukit Jalil 2004 2006: Pra-Universiti KPM-MSN di Sekolah Sukan Bukit Jalil 2006 2010: Universiti Putra Malaysia dalam jurusan Ijazah Komunikasi (B. Comm) Major Penyiaran 1 Pingat Emas, 1 Pingat Perak dan 1 Pingat Gangsa pada SUKMA 1998 di Selangor 1 Pingat Emas, 2 Pingat Perak dan 3 Pingat Gangsa pada SUKMA 2000 di Pulau
Pinang

[sunting] Pencapaian

1 Pingat Emas, 2 Pingat Perak dan 1 Pingat Gangsa pada SUKMA 2002 di Sabah 3 Pingat Emas pada Sukan Sea 2001 di Kuala Lumpur, Malaysia 2 Pingat Emas pada Sukan Sea 2003 di Hanoi, Vietnam 1 Pingat Emas, 1 Pingat Perak dan 1 Pingat Gangsa pada Sukan Sea 2005 di Manila, Filipina 2 Pingat Gangsa pada Sukan Sea 2007 di Korat, Thailand

[sunting] Di Luar Gimnastik


Selain daripada terbabit dalam Sukan Gimnastik, Nurul Fatiha juga terbabit menjadi pengacara, model iklan dan juga pengulas sukan (semasa masih bergiat dan selepas bersara). Antara program yang menampilkan Nurul Fatiha ialah:

Model Iklan Maxis 2001 Model Iklan Milo Hos rancangan Sukan.com RTM 1 2005 Hos Jemputan rancangan Remaja TV3 Pengulas Sukan RTM Sukma 2006 Kedah Pengulas Sukan RTM Sukma 2008 Terengganu Wartawan Sukan Silver Sports Pengacara Majlis Penutup Sukan Kolej Universiti Putra Malaysia 2007 Pengacara Majlis Pembukaan Sukan Kolej UPM 2008

Hos Jemputan rancangan Zon Aktif Astro 2008 Pengacara Majlis Perlawanan Futsal Varsiti Kosmo 2008

[sunting] Anugerah
Antara anugerah yang telah dimenangi oleh Nurul Fatiha sepanjang pembabitan beliau dalam sukan gimnastik:

Best Kuala Lumpur Gymnast 1997-2006 Tunas Harapan Sukan Komanwel 1998 Olahragawati Kuala Lumpur bawah 12 Tahun 1998 Olahragawati Harapan Kuala Lumpur 2000 Anugerah Khas Cemerlang Sempena Sukan Sea Kuala Lumpur 2001 Anugerah Penghargaan Kementerian Pendidikan Malaysia sempena Sukan Sea 2001 Kuala Lumpur Anugerah Warna Penuh Sekolah Sukan Bukit Jalil 2001 Anugerah Khas Individu Sekolah Sukan Bukit Jalil 2001 Anugerah Warna Penuh Sekolah Sukan Bukit Jalil 2003 Anugerah Khas Individu Sekolah Sukan Bukit Jalil 2003 Anugerah Puteri MSSM-MILO 2003 Anugerah Penghargaan Kementerian Pendidikan Malaysia sempena Sukan Sea 2003 Vietnam Anugerah Khas Individu Sekolah Sukan Bukit Jalil 2005 Anugerah Penghargaan Kementerian Pendidikan Malaysia sempena Sukan Sea 2005 Filipina Anugerah Penghargaan Khas Universiti Putra Malaysia 2006 Anugerah Penghargaan Kementerian Pendidikan Malaysia sempena Sukan Sea 2007 Thailand Anugerah Penghargaan Khas Universiti Putra Malaysia 2007

[sunting] Persaraan
Pada tahun 2007, Nurul Fatiha mengambil keputusan untuk bersara dari lapangan gimnastik untuk menumpukan sepenuh perhatiannya terhadap pelajaran.

[sunting] Pengacara
Selepas bersara dari bidang gimnastik, Nurul Fatiha kini menceburi bidang penyiaran. Nurul kini merupakan pengacara di RTM bagi rancangan Info Sukan dan Gelanggang @ 1.

[sunting] Trivia
Nurul Fatiha merupakan anak bongsu dari 3 adik-beradik. Nurul mempunyai seorang abang dan seorang kakak.

Di kalangan kenalan, Nurul Fatiha selesa di panggil sebagai Nurul. Panggilan manja Nurul Fatiha dalam keluarganya ialah Ayun. Pengalaman paling manis buat Nurul Fatiha ialah berjaya memasuki pusingan akhir pada Kejohanan Piala Dunia di Shanghai pada tahun 2007 dalam acara palang bertingkat. Pengalaman yang paling Nurul Fatiha tidak dapat lupakan ialah dia mengalami kecederaan lutut yang agak serius menjelang Sukan SEA 2003. Setelah membuat imbasan pada lutut Nurul, doktor tidak membenarkan bertanding. Namun begitu, Nurul tetap hendak turut bertanding. Doktor memberikan amaran dan tidak akan bertanggungjawab jika terjadi apa-apa ke atas Nurul Fatiha. Nurul terpaksa menurunkan tandatangan pada borang AOR (At Own Risk). Akhirnya, Nurul Fatiha berjaya membawa pulang 2 Emas dari pertandingan tersebut. Nurul Fatiha bercita-cita untuk menjadi pembaca berita sukan,ataupun penerbit rancangan sukan. Nurul muncul sebagai pengacara SUKMA 2008 secara langsung bersama-sama pengacara sukan lain yang berpengalaman seperti Hasbullah Awang,Harmi Taazim dan Shaukei Kahar.

MANILA, Dec 1,2005 (Bernama) -- The Malaysian artistics gymnastics camp continued their sterling performance, winning another gold and a silver on the third day of the gymnastics competition being held at the Rizal Memorial Sports Complex here. Thursday, senior gymnast Nurul Fatiha Abdul Hamid won the gold in her pet event, the uneven bars and narrowly missed winning the floor exercise. The men had earlier won two gold in the team and individual all around event. In the uneven bars, the judges gave Nurul Fatiha the highest score of 8.137. Singapore's Nicole Tay Xi won the silver with 7.937 marks while Nguyen Thuy Duong of Vietnam with 7.937 had to settle for the bronze. However, Nurul Fatiha was quite disappointed that Nicole beat her by only 0.012 marks for the gold in the floor exercise. In that event, Nurul Fatiha obtained 8.200 marks while Nicole posted 8.212. Bronze fell to Vietnam's Phan Thi Ha Thanh who collected 8.000 marks. "I knew I would not have any problems in winning the gold in the uneven bars but the loss by such a narrow margin in the floor exercise makes it really hard to accept," she told Malaysian journalists when met afterwards. Youth and Sports Minister, Datuk Azalina Othman Said was present to share the joy of the occasion. Meanwhile, national gymnastics coach Du Hongwei said the team overall had shown a good performance and believed the women' artistics competitors were capable of winning as realised by Nurul Fatiha. "The girls have done their very best, especially Nurul. The other gymnasts also have shown good performances although it is their first time taking part in SEA Games," said Du. Besides the gold and silver won by Nurul Fatiha, the women's squad also won the bronze medal in the team artistics gymnastics event on Tuesday.

Nurul Fatiha layak ke babak akhir walau cedera


DOHA Gimnas Nurul Fatiha Abdul Hamid berjaya melayakkan diri ke peringkat akhir individu keseluruhan hari ini selepas dia menduduki tempat ke-18 dalam persembahan semalam walaupun mengalami kecederaan semasa persembahan pertamanya. Dia jatuh dua kali semasa persembahannya di atas tiang imbang, acara pertama dalam apparatus dan dilihat terhincut-hincut turun dari pentas semasa papan markah memaparkan catatan markah 11.900. Behagian lutut hingga ke betis kirinya kemudian dibaluti, namun beliau dilihat menanggalkan balutan itu sebelum masuk semula ke gelanggang untuk persembahan lantai. Nurul Fatiha bagaimanapun memperolehi 11.850 mata bagi persembahan itu dan 11.900 mata untuk vault, serta 12.050 untuk uneven parallel bars, untuk memperolehi jumlah pungutan 47.700 mata. Kelompok 24 individu teratas layak untuk peringkat akhir keseluruhan hari ini. Oleh kerana hanya lapan individu dengan markah terbaik apparatus layak ke peringkat akhir, Nurul Fatiha gagal melangkah lebih jauh lagi ekoran kedudukan ke23 dalam uneven bars, ke-25 dalam persembahan lantai, ke-28 dalam balance beam dan ke-31 pada vault. Pemenang pingat emas Sukan SEA pada persembahan uneven bars yang pada mulanya tidak disenaraikan ke Doha, merupakan satu-satunya atlet wanita dari Malaysia dalam pasukan gimnastik artistik. Gimnas China He Ning dan Zhou Zhuoru, kedua-duanya memperolehi 59.050 mata untuk muncul peserta dengan pungutan mata terbanyak, manakala rakan senegara Pang Panpan memperolehi 58.250 mata untuk tempat ketiga.

You might also like