You are on page 1of 30

1.

PENDAHULUAN

Kokurikulum merupakan pelengkap kepada kehendak dan kepentingan kurikulum formal sekolah. Aktiviti kokurikulum menyediakan pelbagai peluang kepada palajar menambah, mengukur dan mengamalkan kemahiran, pengetahuan dan nilai-nilai yang telah dipelajari di dalam bilik darjah. Pada asasnya, kurikulum sekolah dan kokurikulum merupakan dua komponen

yang mempunyai hubungan yang rapat dan saling memberi peneguhan antara satu sama lain dalam sistem pendidikan. Sumbangan kokurikulum bukan setakat mengisi kepentingan perseorangan semata-mata tetapi yang nyata kecemerlangan tersebut jika digemblengkan akan memberi suatu sumbangan yang bererti dalam pembinaan masyarakat seimbang dan kemakmuran negara.

Oleh itu aktiviti kokurikulum adalah merupakan sebahagian daripada bidang pendidikan dan kurikulum asas dan setiap sekolah adalah bertanggungjawab untuk merancang dan melaksanakan program aktiviti kokurikulum yang bersesuaian dan selaras dengan visi dan misi Kementerian Pendidikan.

Buku panduan dasar ini juga menerangkan tentang aplikasi kegiatan kokurikulum terhadap pelajar dan program yang dijalankan oleh pihak sekolah. Dengan adanya penekanan terhadap pelaksanaan aktiviti

kokurikulum ini diharapkan akan menjadi panduan kepada para guru untuk menerapkan aktiviti kokurikulum ke dalam program sekolah. Secara tidak langsung, aplikasi-aplikasi tersebut akan mewujudkan satu anjakan

paradigma terhadap guru-guru dalam kegiatan kokurikulum pada masa akan datang.

Anjakan

paradigma

ini

perlu

kerana

dalam

usaha

untuk

mempertingkatkan martabat kokurikulum di sekolah, satu pendekatan baru harus diperkenalkan oleh pihak pentadbir/pemimpin sekolah dan penyelaras kokurikulum.

Adalah penting bagi sekolah memastikan bahawa pelajar mempunyai perseimbangan antara aktiviti kokurikulum dengan pendidikan akademik formal, dan menyertai aktiviti kokurikulum demi nilai-nilai intrinsiknya dan minat.

Penegasan tentang kepentingan aktiviti kokurikulum dilaksanakan di sekolah-sekolah sejajar dengan penyelarasan dalam usaha

melaksanakannya. Kokurikulum dititikberatkan memandangkan bahawa pelaksanaan gerak kerja yang berkesan akan memberikan sumbangan yang positif terhadap perkembangan jasmani, rohani, mental dan juga emosi pelajar tadi dalam memberi didikan sempurna kepada pelajar. Setiap pelajar mempunyai kebolehan dan potensi yang tertentu dalam bidang rohani, kognitif, afektif dan psikomotor.

Persoalannya sejauh manakah pihak sekolah mengambil tindakan untuk menyemai minat dan mengembangkan potensi serta menjadikan kokurikulum sebagai suatu yang menyeronokkan. Di sini pihak sekolah perlulah mengkaji apakah bentuk aktiviti atau program yang benar-benar pelajar minati disamping memberi ilmu kepada mereka. Dalam pelaksanaan program kokurikulum tersebut, waktunya perlulah fleksibel agar dapat disesuaikan dengan kewajipan-kewajipan lain bagi pelajar dan guru. Pandangan para pelajar perlu juga diambil kira kerana aktiviti ini melibatkan mereka secara langsung. Dengan ini, kejayaan kokurikulum bergantung kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau sebaliknya.

Dengan adanya buku ini ianya akan dapat dijadikan sebagai panduan untuk membantu pihak-pihak yang terlibat secara langsung dengan kegiatan kokurikulum dalam merancang dan merangka program kokurikulum yang lebih baik, berkualiti dan efektif terutamanya di peringkat sekolah-sekolah rendah, menengah dan maktab-maktab seluruh negara.

2.

TUJUAN DAN MATLAMAT

Kokurikulum mempunyai matlamat yang jelas dalam memenuhi fungsi pendidikan itu sendiri. Matlamat pendidikan kokurikulum sebenarnya

mempunyai perkaitan rapat dengan Pelan Strategik Kementerian Pendidikan 2007-2011. Ini bermakna kokurikulum dibentuk untuk melahirkan pelajar yang seimbang dari segala aspek dan mampu memenuhi keperluan masyarakat serta negara pada masa akan datang dan mengembangkan potensi pelajar ke tahap yang maksima.

Aktiviti kokurikulum sebenarnya diasaskan berdasarkan falsafah bahawa semua pelajar perlu mempunyai keseimbangan jasmani, rohani, sosial dan mental. Para palajar juga diperchayai mempunyai minat, bakat serta kemahiran yang boleh dimajukan. Dalam falsafah kokurikulum turut menyatakan bahawa semua pelajar boleh dididik dan mempunyai kemahiran untuk mendidik diri sendiri dan orang lain. Malah, sekolah serta institusi yang bertanggungjawab perlu membantu para pelajar tersebut untuk

merealisasikan bakat dan potensi mereka.

Tujuan, matlamat dan objektif utama pendidikan kokurikulum secara ringkasnya ialah untuk mengajar dan melatih pelajar sesuatu kemahiran dan menanam nilai-nilai murni dan sikap bermasyarakat yang diterima, dan juga untuk mengajar pelajar merancang cara beriadah yang sihat dan selamat. Penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum diharap akan dapat

menjadikan pelajar sebagai warga negara yang bertanggungjawab, tahan lasak, mempunyai jati diri yang teguh sambil memberikan sumbangan bakti kepada negara, bangsa dan agama.

TUJUAN:

Mendokong hasrat Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang DiPertuan Negara Brunei Darussalam dalam memberi penekanan terhadap kesejahteraan pelajar terutamanya dari aspek

pembangunan belia.

Mendokong Visi Pendidikan Berkualiti Ke Arah Kemajuan dan Kemakmuran Negara dan Misi Menyediakan Pendidikan yang Menyeluruh Untuk Mencapai Potensi Yang Maksima Untuk Semua seperti mana dalam Pelan Strategik

Kementerian Pendidikan 2007 2011 dan selaras dengan matlamat kokurikulum itu sendiri.

Mewujudkan sumber tenaga manusia yang sihat dan cergas, berkebolehan dan rasional untuk membolehkan mereka ini menyumbang khidmat bakti kepada ugama, bangsa dan negara.

Memperkaya dan memperlengkapkan keupayaan pelajar secara menyeluruh untuk mencapai potensi yang maksima.

Meningkatkan

keyakinan

dan

jati

diri

pelajar

dalam

persaingan

dan

perkembangan dunia masa kini dan akan datang.

MATLAMAT

Untuk mencapai matlamat pendidikan secara menyeluruh dan seimbang bagi perkembangan pelajar dari aspek jasmani, rohani dan intelek serta emosi bagi memenuhi keperluan diri sendiri, keluarga, masyarakat dan negara amnya.

Untuk mengenalkan aktiviti-aktiviti rekreasi untuk mengisi masa lapang.

Mengajar kemahiran hidup seperti kepimpinan, kemahiran dan kemasyarakatan.

Memberi pengukuhan kepada pendidikan formal yang dipelajari dalam bilik darjah.

Menyemai perasaan muhibah, perpaduan dan integrasi nasional di kalangan generasi muda.

Untuk meningkatkan tahap disiplin pelajar dan diharapkan dapat mengurangkan masalah sosial remaja.

Menjadikan

sekolah

sebagai

satu

tempat

yang

menarik,

ceria

dan

menyeronokkan.

Menyemai nilai-nilai pendidikan dalam aktiviti kokurikulum

3.

RANGKAKERJA AKTIVITI KOKURIKULUM Aktiviti-aktiviti kokurikulum memainkan peranan yang penting dalam

perkembangan menyeluruh (holistic) pelajar-pelajar. Jika ianya diurus, dirancang dan dilaksanakan, aktiviti-aktiviti tersebut akan merangsang setiap pelajar untuk meminati sesuatu kemahiran sepanjang hayat, sebagai contoh, tidak kira ianya berbentuk sukan atau muzik. Ini akan membantu pelajar tersebut untuk mempunyai perkembangan yang seimbang apabila dewasa kelak. Semua aktiviti-aktiviti kokurikulum menitik-beratkan interaksi social, dan setiap aktiviti mempunyai objektifnya yang tersendiri. Sebagai contoh, sukan mengembangkan ketahanan, fair play dan team spirit kepada pelajar. Aktiviti kesenian dan kebudayaan mencerapkan perasaan kelembutan dan menghargai bangsa yang mempunyai adat resam dan yang berbagai budaya. Aktiviti pasukan beruniform pula bertujuan untuk pelajar menjadi warganegara yang berguna dengan menanamkan sifat tidak bergantung kepada orang lain dan semangat untuk berkhidmat untuk orang lain. Selain daripada menanamkan nilai-nilai murni, aktiviti-aktiviti kokurikulum juga mengenalkan pelajar kepada semangat keusahawanan (entrepreneurial), belajar

menghadapi risiko dan menghargai seni dan budaya, di mana semuanya

adalah penting bagi perkembangan yang menyeluruh atau holistik pelajarpelajar.

Seharusnya,

keseluruhan

rangkakerja

aktiviti-aktiviti

kokurikulum

seperti Rajah 1, adalah sesuatu yang komited untuk membina peribadi dan menanam nilai-nilai murni pada diri pelajar. Ianya menyumbang kepada kurikulum formal dalam mencapai matlamat pendidikan kokurikulum yang dihasratkan (Annex 1: ms:26). Penekanan terhadap nilai-nilai tersebut memberi makna terhadap peranan aktiviti-aktiviti kokurikulum dalam membina peribadi pelajar.

Prinsip Panduan

Membina peribadi, semangat berpasukan dan tanggungjawab Hendaklah luas dengan peluang untuk pengkhususan dan mengembangkan kemahiran Hendaklah responsif untuk menerapkan nilai kebangsaan Mempromosi integrasi sosial

Program Aktiviti Kokurikulum (Co-Curricular Activities Programme)

Program Pembangunan Jati Diri (Character Development Programme)

Keagamaan, Kesenian dan Kebudayaan

Sukan & Permainan

Pasukan Beruniform

Kelab dan Badan

Penyertaan Luar Sekolah

Keusahawanan

Kewarganegaraan

Keperibadian dan Kemahiran hidup bermasyarakat

Rajah 1: Prinsip Garis Panduan

Kategori-kategori dan kepelbagaian aktiviti-aktiviti dalam garis panduan dan penilaian sekolah adalah berperanan untuk menggalakkan penglibatan pelajar dalam aktiviti-aktiviti sekolah. Ini adalah untuk mempastikan semua pelajar dalam semua peringkat persekolahan samada di peringkat rendah atau menengah mengalami pendidikan yang berasaskan kepelbagaian yang akan menyediakan mereka dalam kehidupan yang sempurna.

Selain

dari

aktiviti-aktiviti

kokurikulum,

garis

panduan

juga

menggalakkan penyertaan pelajar dalam aktiviti-aktiviti pengkayaan seperti kursus kepimpinan, kem pengembaraan, bengkel etika sosial dan seminarseminar kemahiran-kemahiran hidup yang dibahagi-bahagikan dalam

Program Pembangunan Jati Diri (Character Development Programme). Jadinya, rangkakerja aktiviti-aktiviti kokurikulum diteguhkan lagi dalam mengembangkan minat pelajar bagi aktiviti rekreasi yang berpanjangan dan mengembangkan pengalaman-pengalaman pelajar.

4.

GARIS PANDUAN DASAR AKTIVITI KOKURIKULUM

4.1

Program

aktiviti-aktiviti

kokurikulum

direka

bentuk

dalam

lingkungan

pembelajaran kemahiran dan pengetahuan dan dapat mengukuhkan secara efektif atau berkesan nilai-nilai murni dalam diri pelajar yang diselaraskan dalam matlamat yang dihasratkan aktiviti-aktiviti dalam pendidikan di kokurikulum.

Perancangan

program

kokurikulum

sekolah-sekolah

hendaklah berpandukan prinsip-prinsip berikut: 4.1.1 Membina Peribadi, Semangat Berpasukan dan Rasa Tanggungjawab Aktiviti-aktiviti kokurikulum seharusnya menggalakkan pelajar dalam jurusan yang bermakna dan menyediakan peluang untuk membina peribadi dan kepimpinan dan mempromosi aplikasi kemahiran sosial dan semangat kerjasama. Dalam proses mempelajari sesuatu permainan sukan, kumpulan muzik atau dalam pasukan beruniform, pelajar belajar nilai-nilai disiplin, kerja berpasukan, tanggungjawab dan komitmen. Latihan-latihan tahan lasak dalam sukan melahirkan ketahanan dan kekuatan. Pelajar yang terlibat dalam pertunjukan kesenian dan kebudayaan serta tradisi akan melalui rutin yang sangat berdisiplin dan belajar nilai-nilai kerja berpasukan dan berkumpulan (team-work). 4.1.2 Luas dan Berpeluang Untuk Menjadi Mahir Seperti juga pelajar-pelajar didedahkan dengan berbagai mata pelajaran di sekolah, mereka juga sepatutnya ditawarkan dengan

berbagai aktiviti-aktiviti kokurikulum yang mendedahkan mereka dengan pengalaman-pengalaman yang berbeza dan menggalakkan untuk mencuba berbagai minat. Pelajar yang mempunyai minat yang tinggi atau sangat berbakat dalam sesuatu aktiviti seharusnya diberikan peluang untuk lebih memahirkan diri dan mengembangkan minat tersebut. 4.1.3 Responsif Terhadap Kemahiran Menanamkan Nilai-Nilai Kebangsaan dan

Sesetengah aktiviti adalah disesuaikan dengan menanamkan nilai-nilai kebangsaan dalam diri pelajar. Contohnya projek-projek komuniti atau kemasyarakatan menanamkan sikap tanggongjawab sosial dan kembara warisan (heritage trails) membantu pelajar mengembangkan rasa kenegaraan. Kemahiran-kemahiran asas seperti pertahanan awam dan pertolongan cemas boleh juga diajarkan melalui aktivitiaktiviti kokurikulum. 4.1.4 Mempromosi Integrasi Sosial Aktiviti-aktiviti kokurikulum seharusnya memberikan ruang bagi pelajarpelajar dari beberapa latar belakang untuk menyertai dan mengikuti aktiviti yang sama dan menjalani proses untuk saling mengenal antara satu dengan yang lain. Ini akan memperkayakan pengalaman sosial pelajar dan membolehkan mereka mendapat kefahaman yang lebih jelas mengenai spektrum masyarakat.

4.2

Untuk membolehkan pelajar mendapatkan pendidikan yang lebih menyeluruh, semua pelajar adalah hendaklah mengambil bahagian sekurang-kurangnya SATU aktiviti kokurikulum daripada Aktiviti Sukan dan Permainan; Pasukan Beruniform; Keagamaan, Kesenian dan Kebudayaan; dan Kelab atau Badan.

4.3

Sekolah hendaklah menawarkan berbagai jenis aktiviti bagi menampung berbagai minat pelajar. Aktiviti-aktiviti tersebut hendaklah jua konsisten dengan misi sekolah, dengan mengambil kira jumlah tenaga pengajar dan

prasarana yang terdapat di sekolah. Sekolah yang hendak menawarkan aktiviti baru hendaklah memaklumkannya kepada Jabatan Pendidikan Kokurikulum untuk mendapat kebenaran. Ini adalah untuk memastikan aktiviti-aktiviti tersebut adalah selaras dengan Dasar Kementerian Pendidikan.

4.4

Setiap sekolah hendaklah merangka rancangan program 20 hingga 24 minggu setahun yang dapat melibatkan pelajar dengan aktiviti sepanjang tahun. Bagi setiap aktiviti, ruang hendaklah diberikan untuk pelajar bagi mempelajari kemahiran asas dan bagi yang berbakat pula dapat

meningkatkan lagi prestasi dan mengembangkan kemahiran mereka.

4.5

Pelajar yang ingin menyertai aktiviti lain yang ditawarkan di sekolah boleh menukarnya pada awal tahun persekolahan.

4.6

Setiap sekolah hendaklah menubuhkan sekurang-kurangnya SATU Pasukan Beruniform. Pelajar yang menyertai salah satu Pasukan Beruniform terutama Kadet Polis dan Kadet Tentera tidak dibenarkan untuk menukar ke aktiviti lain hingga tamat persekolahan menengah melainkan atas sebab-sebab

kesihatan.

4.7

Penglibatan dan komitmen guru adalah sangat penting bagi keberkesanan pelaksanaan aktiviti-aktiviti kokurikulum. Kehadiran guru adalah penting bagi memastikan kesejahteraan dan keselamatan pelajar semasa mengikuti aktiviti-aktiviti kokurikulum selain daripada merangsang dan memandu mereka. Walau bagaimanapun jumlah jam atau masa bagi tugasan aktivitiaktiviti kokurikulum adalah bergantung kepada jenis aktiviti. Apabila guru diberi tugasan aktiviti-aktiviti kokurikulum hendaklah mengambil kira

pengajaran dalam bilik darjah dan tugasan yang lain. Kelas-kelas tambahan adalah tidak dikira sebagai tugasan aktiviti-aktiviti kokurikulum guru.

4.8

Nisbah guru dan pelajar adalah 1:20.

5.

KOMPONEN-KOMPONEN AKTIVITI KOKURIKULUM

5.1 5.2 5.3 5.4

Sukan dan Permainan Keagamaan, Kesenian dan Kebudayaan Kelab dan Badan Pasukan Beruniform

(Lihat senarai contoh aktiviti kokurikulum seperti dalam muka surat 11)

CONTOH SENARAI AKTIVITI KOKURIKULUM

Sukan & Permainan Pengembaraan & Rekreasi 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15. 16. 17. 18. 19. 20. 21. 22. 23. 24. 25. Badminton Bolasepak Futsal Bola Keranjang Jimnastik kayak/Kanu Hoki Bola Jaring Sepak Takraw Bola Lesut (Softball) Renang Ping Pong/Table Tennis Tenis Olahraga Bola Tampar Seni Mempertahan Diri Pengembaraan Berbasikal Senamrobik Krikit Rugbi Bowling Bowling Padang Snooker & Billiard Dan Lain-Lain 1. 2. 3. 4. 5. 6.

Pasukan Beruniform Kadet Tentera Kadet Polis Pandu Puteri Bulan Sabit Merah Pengakap Kadet Bomba dan Penyelamat

Keagamaan, Kesenian & Kebudayaan, Kelab 1. Koir 2. Muzik 3. Nasyid 4. Lagu Dakwah 5. Zikir/Rawi 6. Fardu Kifayah 7. Al-Quran 8. Tarian Tradisi 9. Drama 10. Gulingtangan 11. Hadrah 12. Seruling 13. Pancaragam Sekolah 14. Seni Khat 15. Fotographi 16. Tembikar 17. Anyaman 18. Permainan tradisi - Pasang - Congkak - Gasing 19. Dan Lain-Lain 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15. 16. 17. 18. 19. 20.

Aktiviti Tambahan (Kelab & Badan) Berkebun Ilmu Alam Sejarah Matematik Sains Sains Rumah Tangga Mengumpul Setem Teknikal Kelab Perhutanan Koperasi Sekolah Keselamatan Jalan Raya Kelab Kesihatan Catur Alat Pandang Dengar Khutub Khanah Komputer Bahas Pertukangan Kayu Memancing Dan Lain-Lain

6.

PRINSIP PELAKSANAAN AKTIVITI KOKURIKULUM

Untuk meningkatkan mutu dan keberkesanan aktiviti-aktiviti kokurikulum di sekolah-sekolah dan juga untuk meningkatkan dan meninggikan tahap penyertaan atau penglibatan penuntut, beberapa garis panduan dibuat seperti:Setiap penuntut di sekolah menengah dan maktab hendaklah memilih SATU kegiatan atau aktiviti seperti yang disenaraikan. Penuntut-penuntut bagaimanapun dibolehkan juga untuk melibatkan diri dalam aktiviti kedua jika mereka berminat akan tetapi aktiviti tersebut mestilah yang tidak membebankan. Setiap sekolah rendah, menengah dan maktab wajib menubuhkan sekurangkurangnya SATU pasukan beruniform:

Kadet Tentera Kadet Polis Pandu Puteri Pengakap Bulan Sabit Merah Kadet Bomba dan Penyelamat

7.

SKOP

7.1

Berbagai jenis program aktiviti kokurikulum yang ditawarkan hendaklah memenuhi kehendak dan keperluan minat, tahap kemahiran dan kebolehan pelajar dan juga tertakluk kepada kemampuan sekolah dari segi tenaga pengajar yang berkebolehan dan prasarana sekolah (ms:16).

8.

PEMILIHAN PROGRAM AKTIVITI / KEGIATAN

8.1

Pelajar-pelajar bolehlah memilih SATU aktiviti dari senarai yang mereka minati dalam program aktiviti kokurikulum sekolah. Jika mereka ingin untuk mengambil aktiviti kedua, mereka hendaklah memilihnya dari senarai Aktiviti Pilihan. Ini adalah untuk memastikan agar pelajar tidak dibebani oleh terlalu banyak penyertaan dalam aktiviti-aktiviti kokurikulum.

8.2

Sekolah dan maktab hendaklah menawarkan aktiviti-aktiviti yang dapat menarik minat pelajar disamping menawarkan skop untuk perkembangan minda dan pembelajaran yang membina.

8.3

Perancangan program aktiviti-aktiviti kokurikulum juga hendaklah mengambil kira terhadap kemampuan, tenaga pengajar, kesesuaian, kemudahan, prasarana yang terdapat di sekolah dan maktab.

9.

PERANCANGAN PROGRAM

9.1

Apabila membuat perancangan program aktiviti-aktiviti kokurikulum, sekolah atau maktab yang mempunyai jumlah pelajar yang sedikit adalah

dinasihatkan untuk tidak menawarkan terlalu banyak aktiviti jika tidak berkemampuan tetapi sekolah atau maktab yang mempunyai jumlah pelajar yang besar bolehlah menawarkan beberapa jenis aktiviti yang boleh memenuhi kehendak dan minat serta kebolehan pelajar

9.2

Sekolah atau maktab hendaklah merancang program 20 hingga 24 minggu setahun bagi setiap aktiviti, dengan mengambil kira waktu-waktu peperiksaan dan cuti penggal persekolahan. Program yang sebegitu rupa akan dapat mempastikan penglibatan yang berterusan sepanjang tahun dan

membolehkan perkembangan minat dan kebolehan pelajar yang sistematik.

9.3

Dalam merancang program aktiviti-aktiviti kokurikulum, sekolah atau maktab hendaklah membezakan antara aktiviti penyertaan dalam sekolah atau maktab (intra-school) dan pertandingan atau perlawanan antara sekolah atau

maktab (inter-schools). Penyertaan dalam sekolah adalah diberi lebih keutamaan kerana ianya membolehkan penglibatan yang aktif semua peringkat pelajar. Walau bagaimanapun, pertandingan atau perlawanan antara sekolah atau maktab adalah sangat digalakkan kerana ianya memberi peluang kepada pelajar untuk mengalami pengalaman dalam

pertandingan/perlawanan dan memotivasi mereka untuk meningkatkan tahap kemahiran. Ianya juga dapat membantu sekolah atau maktab untuk menaikan imej disamping meningkatkan kesepaduan dan moral sekolah/maktab.

9.4

Sekolah juga hendaklah merancang program yang bersesuaian bagi pelajarpelajar berkeperluan khas mengikut keupayaan dan minat mereka.

10.

PERUNTUKAN WAKTU AKTIVITI KOKURIKULUM

PERINGKAT

JUMLAH WAKTU

PERUNTUKAN MASA

Rendah Bawah

1 Jam

Rendah Atas

1 Jam 30 Minit

Menengah Bawah

1 Jam 30 Minit

Menengah Atas

1 Jam 30 Minit

Nota: Sekolah-sekolah hendaklah mempastikan setiap aktiviti direhatkan sewaktu masuk sembahyang dan disebelah petang diselesaikan sebelum masuk waktu sembahyang maghrib

11.

PENGENDALIAN PROGRAM

11.1

Dalam konteks pembahagian tugas dan tanggungjawab penyelarasan, pengawasan dan pengendalian aktiviti-aktiviti kokurikulum hendaklah

dibincangkan bersama guru-guru melalui konsultasi dan perundingan.

11.2

Garis panduan pembahagian tugas dan tanggungjawab:-

11.2.1 Aktiviti-aktiviti kokurikulum adalah sebahagian daripada tugas dan tanggungjawab rasmi guru-guru. 11.2.2 Setiap guru hendaklah mengambil salah satu daripada aktiviti kokurikulum dan mahir dalam aktiviti tersebut.

11.2.3 Bagi penyelarasan yang berkesan, nisbah guru:pelajar adalah dicadangkan 1:20. 11.2.4 Dalam pembahagian tugas dan tanggungjawab penyelarasan aktivitiaktiviti kokurikulum tersebut hendaklah diambil kira aktiviti

kokurikulum yang berat dan kurang membebankan.

11.2.5 Pengajaran

dalam

bilik

darjah,

penyelarasan

aktiviti-aktiviti

kokurikulum dan tugas-tugas lain di sekolah hendaklah diambil kira dalam pembahagian bebanan tugas guru berkenaan.

11.2.6 Pembahagian tugas dan tanggungjawab mengajar, aktiviti-aktiviti kokurikulum dan tugasan lain adalah di atas budi bicara Pengetua dan Guru Besar. 11.2.7 Tidak ada jangka waktu yang tetap bagi penyelarasan guru dalam aktiviti-aktiviti kokurikulum kerana ini bergantung kepada jenis aktiviti. 11.2.8 Kelas-kelas termasuk tambahan dalam atau tugas-tugas dan pentadbiran tidaklah

tugasan

tanggungjawab

aktiviti-aktiviti

kokurikulum.

11.2.9 Aktiviti-aktiviti kokurikulum yang memerlukan penggunaan tenaga yang lebih (fizikal) hendaklah dikendalikan pada sebelah pagi atau petang dimana cuaca tidak begitu panas melainkan aktiviti yang dibuat dalam bilik darjah atau dewan.

12.

FAKTOR PEMILIHAN AKTIVITI KOKURIKULUM

Dalam merancang program aktiviti-aktiviti kokurikulum sekolah, beberapa faktor harus diambil kira oleh sekolah/maktab seperti:

12.1

Kedudukan sekolah sama ada sekolah tersebut berada di luar bandar ataupun di dalam kawasan bandar dan berhampiran dengan kemudahankemudahan yang dipunyai oleh agensi kerajaan, pertubuhan-pertubuhan, dan sebagainya.

12.2

Kemampuan

kewangan

sekolah.

Adalah

sebaiknya

sekolah

memperuntukan jumlah kewangan yang berpatutan untuk pengurusan aktivitiaktiviti kokurikulum seperti bagi pembelian peralatan, penyewaan

kemudahan, bayaran perjalanan dan sebagainya.

12.3

Kemudahan-kemudahan yang sedia ada dan yang berdekatan supaya tidak terlalu banyak membuang masa ke tempat-tempat berkenaan.

12.4

Tenaga pengajar atau kepakaran guru atau ahli masyarakat adalah juga penting dalam menyusun aktiviti. Jika perlu, pengubahsuaian dibuat untuk memastikan aktiviti-aktiviti kokurikulum boleh berjalan. Latihan dan bantuan bolehlah didapatkan daripada Jabatan Pendidikan KoKurikulum dalam memberi tunjuk-ajar dan kursus yang berkenaan dengan pengurusan aktivitiaktiviti kokurikulum.

12.5

Pertandingan peringkat kawasan/kumpulan, daerah atau negara yang dianjurkan oleh bahagian-bahagian di Jabatan Pendidikan KoKurikulum, Kementerian Pendidikan. Ertinya perancangan program aktiviti-aktiviti

kokurikulum perlu mengikut jadual program pertandingan yang disediakan oleh Jabatan Pendidikan Kokurikulum supaya penyertaan pelajar boleh ditingkatkan dan pemilihan bagi perwakilan sekolah akan lebih teratur. Sekolah/maktab boleh merujuk kepada musim-musim dan tarikh-tarikh kejohanan diadakan bagi persediaan-persedian lebih awal.

13.

PROGRAM PEMBANGUNAN JATI DIRI DAN KHIDMAT MASYARAKAT

Program Pembangunan Jati Diri dan Khidmat Masyarakat dalam rangkakerja aktiviti kokurikulum menyediakan satu struktur untuk semua pelajar bagi aktiviti pengkayaan yang dirancang oleh sekolah.

Tujuan Program Pembangunan Jati Diri dan Khidmat Masyarakat adalah:-

untuk menanamkan nilai-nilai kebangsaan dan mengembangkan sifat kekitaan,

untuk menggalakkan dan merangsang pelajar yang berkeupayaan untuk menjadi kreatif dan fleksibel, boleh merancang dan membuat inisiatif, dan berkebolehan untuk menyelesaikan masalah,

untuk menyediakan pelajar dengan kemahiran dan pengetahuan yang membolehkan mereka untuk menjalani kehidupan yang bermakna, mempunyai hala tuju dan kesejahteraan,

untuk

mendedahkan

pelajar

kepada

bermacam

disiplin

dan

meluaskan pemikiran dan pandangan mereka,

untuk menjadi pelengkap kepada kurikulum formal dan aktiviti kokurikulum dalam mencapai matlamat pendidikan yang dihsaratkan.

13.3

Program Pembangunan Jati Diri dan Khidmat Masyarakat memberikan pelajar dengan aktiviti pengkayaan yang berbagai di bawah 3 domain iaitu:-

13.3.1 Keusahawanan (Enterprise) 13.3.2 Kewarganegaraan (Citizenship) 13.3.3 Kemahiran Peribadi dan Sosial (Personal and Social Lifeskills)

13.4

Sekolah-sekolah adalah diberi peluang untuk merancang program ini untuk menyesuaikan dengan keperluan pelajar. Sekolah boleh memutuskan apakah jenis program yang ditawarkan, berapa lama program dijalankan dan pelaksanaan program tersebut.

13.5

Sekolah hendaklah mendedahkan pelajar kepada 3 domain tadi. Di bawah diberikan contoh modul yang boleh dibuat dilingkungan 3 domain tadi;

KEUSAHAWANAN (Enterprise)

KEWARGANEGARAAN (Citizenship)

Kemahiran Peribadi & Sosial (Personal & Social Lifeskills)

Usahawan Muda Seminar Kerjaya

Hari Amal (Charity Day) Gotong Royong

Bengkel Apresiasi Kebudayaan Bengkel Kemahiran Komunikasi Bengkel Kemahiran Interpersonal Klinik Sukan Rekreasi Kelas Etika Sosial Ceramah Pengurusan Stres

Bengkel Kreativiti Ceramah Motivasi Bengkel Inovasi Persembahan Tradisi Seminar Kepimpinan Aktiviti Pendidikan Luar (Outdoor Education Activities) Kursus Outward Bound School Latihan Pemimpin Rakan Sebaya Bengkel Penyelesaian Masalah Kembara Warisan (Heritage Trails) Kembara Pendidikan (Learning Journeys) Hari Pelajar

14.

UJIAN KECERGASAN JASMANI

Ujian Kecergasan Jasmani ini adalah dikendalikan bersama dengan Jabatan Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan yang diselaraskan dengan pengajaran Pendidikan Jasmani.

14.1 14.2 14.3

Ujian adalah bagi semua pelajar dan guru. Ujian hendaklah dijalankan sekurang-kurangnya 1 kali setahun. Data-data ujian adalah untuk perancangan program kecergasan dan kesihatan.

15.

SUKAN TAHUNAN ANTARA RUMAH-RUMAH

15.1

Sekolah-sekolah hendaklah mengadakan Sukan Tahunan Antara RumahRumah sekali setahun

15.2

Semua guru dan pelajar hendaklah terlibat dalam pengendalian sukan tahunan.

15.3

Memberi peluang kepada sekolah untuk mengenalpasti pelajar yang berbakat dan berpotensi bagi perwakilan sekolah ke kejohanan-kejohanan sukan antara sekolah-sekolah.

16.

SUKAN TAHUNAN ANTARA SEKOLAH

Jabatan Pendidikan Kokurikulum, Kementerian Pendidikan adalah jabatan yang bertanggungjawab bagi penganjurannya.

Sekolah-sekolah akan dilantik untuk menjadi Tuan Rumah bagi pengendaliannya melainkan Kejohanan Olahraga dan kejohanan-kejohanan lain yang tidak ada Tuan Rumah.

Pegawai-pegawai teknikal hendaklah dilantik dari kalangan guru-guru sekolah selain daripada pegawai-pegawai daripada Jabatan Pendidikan KoKurikulum. Kejohanan adalah mengikut peringkat umur seperti jadual di bawah: 17. 17.1 Sekolah Rendah Umur 12 Tahun dan Ke Bawah Sekolah Menengah dan Maktab Bahagian B Umur 15 tahun dan Ke Bawah Bahagian C Umur 16 Tahun dan 17 Tahun Bahagian D Umur 18 Tahun Ke Atas

HARI REKREASI SUKAN SEKOLAH Sekolah hendaklah memperuntukan 2 kali setahun bagi pelajar bersukan di bawah pengawasan guru.

17.2 17.3

Masa yang diperuntukan adalah tidak kurang 2 jam. Sekolah-sekolah rendah, menengah dan maktab hendaklah menggunakan peruntukan waktu aktiviti-aktiviti kokurikulum yang ditentukan. Walau bagaimanapun sekolah-sekolah digalakkan menggunakan hari kelepasan awam atau di luar waktu kurikulum formal.

17.4

Sekolah-sekolah yang mempunyai jumlah pelajar yang ramai, Hari Rekreasi Sukan Sekolah bolehlah dibahagikan kepada 2 sesi iaitu sesi I bagi Menengah 1-3 dan sesi II bagi Menengah 4 5/6 mengikut keupayaan sekolah.

17.5

Sekolah hendaklah mengambil kira aspek keselamatan, kemudahan, peralatan dan pengawalan disiplin pelajar semasa mengikuti aktiviti kesukanan.

18.

PAKAIAN SEMASA KEJOHANAN-KEJOHANAN SUKAN

PELAJAR LELAKI Pakaian hendaklah mengikut kesesuaian bagi jenis sukan dan mengikut peraturan dan undang-undang sukan berkenaan seperti:1. Bolasepak 2. Badminton 3. Futsal 4. Olahraga 5. Sepak Takraw 6. Bola keranjang 7. Hoki 8. Rentas Desa 9. Ping Pong 10. Renang 11. Bola Tampar 12. Tenis 13. Gimnastik 14. Krikit 15. Bola Lesut (Soft Ball) 16. Rugbi 17. Lain-lain sukan

PELAJAR PEREMPUAN Pakaian hendaklah mengikut kesesuaian bagi jenis sukan dan mengikut peraturan dan undang-undang sukan berkenaan seperti:1. Bola Jaring 2. Badminton 3. Olahraga 4. Rentas Desa 5. Bola Keranjang 6. Bola Tampar 7. Hoki 8. Renang 9. Gimnastik 10. Tenis 11. Ping Pong 12. Bola Lesut (Soft Ball) 13. Lain-lain sukan

Jenis seluar tight adalah dibenarkan Seluar bawah paras lutut adalah asalkan pemain/atlit tersebut memakai dibenarkan asalkan ianya bukan dari seluar pendek jenis yang ketat atau tight. Sebelum memulakan perlawanan atau perlumbaan olahraga, pemain/atlit hendaklah memakai tracksuit lengkap (baju dan seluar) dan hanya dibuka sebelum memulakan perlawanan atau perlumbaan. Kasut yang dipakai hendaklah bersesuaian dengan jenis sukan dan mengikut peraturan dan undang-undang sukan berkenaan. Bagi acara olahraga, jika sekiranya atlit tersebut tidak mau memakai kasut atau spike, adalah dibenarkan. Kasut yang dipakai hendaklah bersesuaian dengan jenis sukan dan mengikut peraturan dan undang-undang sukan berkenaan. Bagi acara olahraga, jika sekiranya atlit tersebut tidak mahu memakai kasut atau spike, adalah dibenarkan.

19.

KESELAMATAN DAN KESEJAHTERAAN

Sekolah hendaklah mempastikan bahawa perkara-perkara berikut ada terdapat di sekolah:

19.1 19.2 19.3 19.4 19.5

First-Aid kit Guru-guru yang terlatih dalam pertolongan cemas. Bilik rawatan Perlindungan insurans berkelompok Peralatan aktiviti kesukanan dan aktiviti-aktiviti lain diperiksa sebelum digunakan.

19.6 19.7

Prasarana yang selamat dan selesa. Menyediakan prosedur khas bila berlaku sesuatu kecemasan.

20.

BIDANG TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB JAWATANKUASA AKTIVITI KOKURIKULUM SEKOLAH

20.1

Peranan: 20.1.1 Merancang, kokurikulum. 20.1.2 Menyediakan peralatan dan kemudahan. menyelaras dan melaksanakan aktiviti-aktiviti

20.1.3 Menggalakkan penyertaan orang luar dalam program aktiviti-aktiviti kokurikulum seperti menjadi jurulatih sukan dan permainan. 20.2.4 Memupuk semangat kemasyarakatan setempat dan mengeratkan lagi pertalian antara pelajar-pelajar, guru dan ahli masyarakat. 20.1.4 Mengawal dan menilai program yang dijalankan.

20.2

Bidang tugas 20.2.1 Pengetua / Guru Besar. i) ii) Mempengerusikan jawatankuasa. Mempastikan segala perancangan aktiviti-aktiviti kokurikulum berjalan dengan baik. iii) Membimbing kecekapan kokurikulum. iv) Menilai program aktiviti-aktiviti kokurikulum. dan guru memberi galakan bagi meningkatkan aktiviti-aktiviti

melaksanakan

program

20.2.2 Timbalan Pengetua / Penolong Guru Besar. i) Membantu Guru Besar/Pengetua dalam melaksanakan tugastugas tersebut di atas. ii) Mewakili Guru Besar/Pengetua jika perlu.

20.2.3 Guru Kanan KoKurikulum. i) ii) iii) Menyelaras dan menyelia semua aktiviti-aktiviti kokurikulum. Merancang dan mengagih tugas kepada guru-guru. Membantu Guru Besar/Pengetua dalam perancangan dan pelaksanaan aktiviti-aktiviti kokurikulum.

20.2.4 Guru Penyelaras KoKurikulum. i) Menentukan penglibatan pelajar dan guru dalam aktiviti-aktiviti kokurikulum. ii) Menentukan dan memilih aktiviti-aktiviti kokurikulum yang dijalankan di sekolah. iii) Merekodkan semua aktiviti-aktiviti kokurikulum.

20.2.5 Guru Pengawas / Jurulatih / Ketua Rumah. i) Mengawas dan melatih pelajar-pelajar dalam aktiviti-aktiviti kokurikulum. ii) Memilih pelajar-pelajar yang akan mewakili sekolah dalam pertandingan dan perlawanan dan sebagainya. iii) Merekodkan penyertaan dan pemarkahan pelajar dalam aktivitiaktiviti kokurikulum. iv) Membantu guru penyelaras dalam penyeliaan aktiviti-aktiviti kokurikulum yang berkenaan.

21.

ANUGERAH KECEMERLANGAN KOKURIKULUM

21.1

Penilaian dalam aktiviti-aktiviti kokurikulum keseluruhannya termasuk ujian kecergasan jasmani akan direkodkan dalam rekod kemajuan pelajar dan sijil khas tamat persekolahan dan juga dalam surat akuan testimonial bagi mendapatkan pertimbangan dan sokongan dermasiswa dan pekerjaan dan sebagainya.

21.2

Penganugerahan dan ganjaran yang akan diberikan adalah bergantung kepada tahap pencapaian yang dicapai oleh sekolah, pelajar, dan pasukan dalam aktiviti kokurikulum secara keseluruhan.

21.3

Penganugerahan juga akan diberikan kepada guru yang menjadi pelatih atau jurulatih kepada pelajar atau pasukan yang cemerlang dan berjaya di peringkat kebangsaan, serantau dan antarabangsa.

21.4

Sekolah

yang

cemerlang

dalam

aktiviti-aktiviti

kokurikulum

secara

keseluruhan pada tahun berkenaan akan menerima anugerah Sekolah Cemerlang Kokurikulum dan mendapat ganjaran mengikut jumlah yang ditentukan oleh Kementerian Pendidikan sebagai insentif berpandukan kriteria-kriteria yang akan di sediakan

22.

KEMASUKAN KE UNIVERSITI DAN BIASISWA / DERMASISWA

Penilaian aktiviti-aktiviti kokurikulum yang dibuat oleh sekolah bolehlah digunakan sebagai pertimbangan dan sokongan tambahan bagi pelajar memasuki Institusi Pengajian Tinggi dan universiti-universiti berkenaan serta mendapatkan pekerjaan.

23.

UMUM

Kerjasama dari Pengetua-Pengetua adalah sangat-sangat diharapkan dalam pelaksanaan dasar ini dengan mengambil kira garis panduan yang telah diberikan. Adalah lebih berkesan, tekal dan selaras jika salah seorang guru dilantik untuk bertanggungjawab menjadi penyelaras kepada program aktiviti kokurikulum ini. Sekolah-sekolah akan dapat memantau dan memberikan laporan penyertaan dan penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum dengan memasukkannya ke dalam rekod dan testimonial pelajar.

Annex 1 MATLAMAT PENDIDIKAN KOKURIKULUM (DESIRED OUTCOMES OF CO-CURRICULAR EDUCATION)

Sekolah Rendah

Sekolah Menengah & Maktab Diakhir tamat persekolahan menengah, penuntutpenuntut semestinya

Tingkatan 6

Diakhir tamat persekolahan peringkat rendah, muridmurid seharusnya

Diakhir tamat persekolahan tingkatan 6, penuntutpenuntut seharusnya

dapat membezakan antara benar dan salah, baik dan buruk belajar untuk berkongsi dan mendahulukan orang lain dapat menjalinkan persahabatan dengan orang lain mempunyai perasaan ingin tahu mengenai beberapa perkara boleh memikirkan tentang diri sendiri dan ekspresi diri membina cara hidup sihat mencintai Negara Brunei Darussalam

mempunyai integriti moral menghargai dan prihatin terhadap orang lain boleh bekerjasama dan menghargai setiap sumbangan berusaha dan inovatif

mempunyai jati diri dan tegas mempunyai perasaan tanggungjawab sosial memahami apa yang perlu untuk memberi perangsang dan memotivasikan orang lain mempunyai sifat keusahawan dan kreatif boleh berfikir sendiri dan secara kreatif sentiasa berusaha mencari kecemerlangan mempunyai semangat juang memahami apa yang perlu untuk memimpin Negara Brunei Darussalam

mempunyai asas yang kukuh untuk pendidikan yang lebih tinggi percaya tentang kebolehan diri menghargai estetika memahami dan mempercayai Negara Brunei Darussalam

AKTIVITI KOKURIKULUM SEKOLAH RENDAH, MENENGAH & MAKTAB (BORANG KEDATANGAN) Nama Aktiviti:______________________________________________________ Darjah/Tingkatan: 1 / 2 / 3 / 4 / 5 / 6 Nama Guru Pengawas: _____________________________________
No 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 Nama Penuntut Dh/ Tkt L/P Rumah
1 2 3 4

Kedatangan Bagi Tahun: _________________________ Hari/Masa Aktiviti: __________________________ T/Tangan Guru : ____________________________
Tarikh / Minggu
5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20

You might also like