You are on page 1of 1

Tajuk : Bahaya Nyamuk Nyamuk Aedes merupakan nyamuk yang berbahaya.

Kitaran hidup nyamuk bermula daripada peringkat telur, kepompong, larva dan bertukar kepada nyamuk dewasa. Nyamuk Aedes hanya mengambil masa seminggu sahaja untuk membesar. Nyamuk Aedes boleh membiak di dalam rumah atau di luar rumah. Selalunya, nyamuk akan membiak di dalam kolam mandi dan takungan air. Selain itu, nyamuk juga membiak di dalam botol dan tayar yang bertakung air, di pinggan pelapik pasu bunga dan sebagainya. Aedes merupakan sejenis nyamuk yang membawa virus denggi. Antara tandatanda seseorang itu telah dijangkiti seranggan denggi ialah mengalami deman kuat yang mengejut dan berlarutan, terasa sakit-sakit tulang, otot dan sendi, biji mata menjadi sakit dan pendarahan pada kulit. Seseorang yang tiada vaksin dalam badan akan mudah diserang penyakit demam denggi ini. Langkah pencegahan dari membiarkan nyamuk membiak ialah kita seharusnya membuang air dan mencuci pinggan pelapik pasu, sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. Kita juga perlu menutup tadahan air dengan rapi atau memasukkan ubat jentik-jentik di dalam takungan air mengikut kuantiti yang dibenarkan. Selain itu, kita juga harus membaiki paip yang bocor agar air tidak bertakung dan menghalang pembiakan nyamuk. Tayar yang buruk dan tidak digunakan harus ditanam. Tuntasnya, kita haruslah menjaga kebersihan, contohnya mengadakan gotongroyong ataupun mengadakan kempen untuk mencegah pembiakan nyamuk. Kita juga haruslah meluangkan masa pada hujung minggu untuk membersihkan halaman dan kawasan rumah. Kita semua haruslah mempunyai sikap tanggungjawab diri sendiri dan kebersihan kawasan rumah kita.

You might also like