You are on page 1of 26

Pengenalan: Sekolah merupakan sebuah institusi sosial yang memainkan peranan yang amat penting dalam merubah kehidupan

masyarakat. Sekolah adalah pengubah minda dan sekolah adalah penentu kepada budaya dan pembangunan sesebuah negara. Di sinilah tempat kita menuju wawasan. Di sini jugalah tempat kita membina bangsa kita. Negara tidak akan maju tanpa sistem pendidikan yang berkesan. Jikalau sistem pendidikan dan carta organisasi sahaja yang berkesan tetapi pengurusannya lembab, maka cita-cita negara, dan perbelanjaan yang begitu besar diperuntukkan oleh kerajaan hilang begitu sahaja dan cita-cita serta Falsafah Pendidikan Kebangsaan hanya tinggal terukir di pejabat atau bilik pengetua dan menjadi rujukan serta kajian ilmiah sematamata.

Sekolah seringkali diungkapkan sebagai sebuah institusi yang menyeluruh bagi segolongan manusia berkumpul dan bekerja bersama-sama untuk sesuatu tempoh masa yang tertentu. Organisasi seperti ini ditadbirkan secara formal. Oleh sebab sekolah merupakan sebuah organisasi, maka wujudlah suatu budaya yang tersendiri dan berkembang di sekolah. Budaya secara ringkasnya merujuk kepada ciri-ciri dan hasilan tingkah laku yang dipelajari oleh sekumpulan manusia daripada persekitaran sosialnya. Tylor (1871) menyatakan budaya sebagai keseluruhan yang kompleks yang mengandungi ilmu pengetahuan, kepercayaan, kesenian, moral, undang-undang, adat dan sebarang bentuk keupayaan dan kebiasaan yang diperolehi oleh seseorang sebagai ahli masyarakat.

Budaya merupakan apa yang terkandung dalam diri individu hasil daripada pengalaman interaksi sosial dengan masyarakat di sekeliling kita. Menurut T.Marimuthu (1990;96) budaya sekolah terdiri daripada nilai-nilai, kepercayaan, pengetahuan dan tradisi, cara berfikir dan tingkah laku yang semuanya berbeza daripada institusi sosial yang lain.

Ringkasnya , sekolah mempunyai suatu budaya yang tersendiri yang sememangnya berbeza daripada budaya institusi yang lain seperti institusi penjara atau hospital sakit jiwa. Ini kerana sekolah merupakan sebuah institusi sosial yang wujud dengan adanya para guru dan pelajar. Guru dan pelajar berinteraksi dalam menyampai, menyumbang dan menimba ilmu pengetahuan. Proses pengajaran dan pembelajaran tersebut telah melahirkan suatu budaya sekolah. Dalam erti

kata lain, budaya sekolah sebahagian besarnya adalah hasil daripada interaksi diantara guru-guru dan pelajar-pelajarnya.

2.

Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Kewujudan Budaya Sekolah:

Budaya sekolah selalunya kekal untuk satu tempoh yang tertentu. Budaya sekolah biasanya wujud melalui lima faktor:

2.1 Faktor pertama: Faktor pertama yang mempengaruhi kewujudan budaya sekolah ialah sekolah sebagai sebuah institusi formal, sekolah mewujudkan objektif dan peringkat tingkah laku tertentu di kalangan pelajar mengikut rangkaian peraturan dan undang-undang.

2.2 Faktor kedua: Sekolah merupakan sebuah organisasi berdasarkan waktu . Sekolah bermula dan tamat pada waktu yang telah ditetapkan . Oleh sebab itu pelajar yang datang lewat akan dikenakan tindakan disiplin atau didenda.

2.3 Faktor Ketiga: Sekolah juga merupakan institusi yang digred mengikut umur pelajar. Pelajar diasingkan mengikut umur dan sesetengahnya mengikut kebolehan dan keupayaan. Pelajar yang lebih umur tidak dibenarkan mengulang kelas. Di negara kita , seseorang pelajar hanya dibenarkan mengulang sekali sahaja dalam tempoh sembilan tahun persekolahan.

2.4

Faktor Keempat:

Upacara dan keramaian yang diadakan di sekolah seperti perhimpunan sekolah , upacara menaikkan bendera dan menyanyi lagu kebangsaan , lagu negeri dan lagu sekolah memberi pelbagai makna atau simbol kepada pelajar. Upacara lain ialah seperti hari ucapan dan penyampaian hadiah, hari sukan tahunan, pameran tahunan, lumba jalan kaki, pesta dan persembahan pentas. Semua upacara dan perayaan ini mengembangkan budaya sekolah yang membawa kepada stabiliti sekolah sebagai sebuah sistem sosial . Perkara lain yang telah menjadi

simbol atau lambang budaya sekolah ialah seperti pakaian seragam sekolah, lencana, tali leher, warna sekolah dan sebagainya.

2.5

Faktor kelima:

Dalam konteks yang lebih luas, budaya sekolah ditentukan oleh matlamat institusi berkenaan. Matlamat pendidikan ialah pemindahan budaya , sosialisasi golongan muda, menyerapkan pengetahuan dan kemahiran serta mengembangkan kebolehan pelajar. Sekiranya sekolah hanya memberikan perhatian kepada pemindahan pengetahuan dan kemahiran dengan tujuan lulus dalam peperiksaan, akan wujudlah subbudayanya yang berorientasikan akademik. Sebahagian besar sekolah di negara kita mempunyai budaya akademik yang amat kuat di samping subbudaya yang lain seperti olahraga, sukan, permainan dan persatuan.

Menurut Bantock (1973) pula budaya yang wujud di sekolah adalah akibat daripada dua faktor yang besar. Faktor yang pertama ialah masalah disiplin di sekolah. Semenjak dahulu lagi , pelajar yang nakal dan melanggar peraturan sekolah akan didenda manakala yang baik dan patuh kepada peraturan akan diberi ganjaran seperti puji-pujian dan sebagainya. Maka timbullah satu bentuk budaya yang dikenali sebagai budaya informal di sekolah berkenaan.

Faktor kedua yang mempengaruhi kewujudan budaya sekolah ialah peranan peperiksaan. Peperiksaan mendorong persaingan yang sihat di kalangan pelajar. Mereka berlumba-lumba untuk mencapai kecemerlangan , dan akhirnya mewujudkan suatu budaya sekolah yang formal . Pelajar mempunyai nilai dan persepsi yang positif, tetapi dalam proses bersaing dan berlumbalumba menimba ilmu , terdapat pelajar yang lemah, dan ketinggalan dalam pelajaran mereka. Maka wujudlah segolongan pelajar yang mempunyai nilai yang negatif. Mereka menimbulkan budaya pelajar yang tidak sihat di sekolah .

3.

Jenis Budaya Sekolah :

Budaya sekolah di Malaysia bolehlah diklasifikasikan kepada tiga jenis. Tiga jenis budaya yang menunjukkan corak kehidupan dalam budaya sekolah ialah : 1. Budaya Instrumental 2. Budaya Ekspresif 3. Budaya Moral 3.1 Budaya Instrumental:

Tujuannya ialah pengumpulan pengetahuan, kemahiran dan sikap yang diperlukan untuk lulus di dalam peperiksaan di samping menghasilkan pelajar dan warganegara yang baik dan sempurna. Dalam erti kata yang lain ialah, budaya ini mengutamakan matlamat masa hadapan para pelajar.

3.2 Budaya Ekspresif: Tujuannya ialah untuk memuaskan kehendak kreatif dan seni para pelajar . Aktiviti diadakan untuk mereka menghilangkan ketegangan , serta meluahkan tenaga tanpa sebarang kawalan daripada kakitangan sekolah.Contoh aktiviti ialah seperti menari, melukis, atau bermain muzik mengikut kecenderungan dan minat masing-masing. Tidak terdapat sebarang sekolah di Malaysia yang menekankan budaya ekspresif ini, tetapi terdapat beberapa buah sekolah di Britain dan Amerika Syarikat yang mengamalkannya. 3.3 Budaya Moral:

Tujuannya ialah untuk melahirkan pelajar bermoral yang berkemampuan membuat pertimbangan tentang beberapa tindakan atau tingkah laku yang betul atau salah. Sekolah menghukum setiap kesalahan dan memberikan ganjaran seperti hadiah kepada yang betul atau baik. 4. Aspek Budaya Sekolah: Dahlke (1958) membezakan tiga aspek yang luas dalam budaya sekolah. Tiga aspek tersebut ialah Peralatan (Instrumental) Dari aspek ini manusia membuat pilihan terhadap teknik melakukan sesuatu. Ia adalah alat untuk memperoleh objektifnya.

Peraturan (Regulative) Aspek ini merujuk kepada tindakan manusia dan penggunaan peralatan yang tertakluk kepada peraturan dan undang-undang. Mereka akan memberitahu apa yang harus dilakukan atu mesti dilakukan. Peraturan sekolah adalah ketentuan atau garis panduan yang dikenakan oleh pihak sekolah untuk mewujudkan disiplin di kalangan pelajar. Sejak 1956, Kementerian Pendidikan telah mengeluarkan surat pekeliling mengenai peraturan yang perlu dilaksanakan di sekolah yang meliputi peraturan pakaian seragam, potongan rambut, larangan merokok, lawatan sekolah, pembuangan murid daripada sekolah, penyalahgunaan dadah, peraturan tatatertib sekolah dan peraturan am.

Arahan (Directive). Daripada aspek arahan, para individu memperoleh nilai-nilai semerta, interpretasi mereka tentang hidup, dan matlamat yang mereka kerjakan.

Budaya sekolah seperti ini telah digunakan untuk melahirkan pelajar yang berjaya dan bertingkah laku mulia. Sebenarnya seluruh budaya sekolah dikuasai oleh nilai domain sekolah, yang berorientasikan akademik, sehinggakan anak-anak digolongkan kepada dua kategori yang luas, iaitu akademik dan bukan akademik.

5.

Budaya Sekolah Yang Formal dan Informal: Dalam membicarakan tentang budaya sekolah, Brembeck (1966), Ivan Reid (1978), Waller(1932), Sugarman (1967), dan beberapa orang ahli sosiologi yang lain telah mengenal pasti dua bentuk budaya yang dominan di sekolah, iaitu budaya formal dan budaya informal. Brembeck(1966:247) menghubungkaitkan budaya formal yang wujud di sekolah dengan perlakuan pelajar yang positif, iaitu ....culture may be defined as learned and shared behaviour. Sekolah dipercayai akan dapat menyampaikan nilai budaya sesuatu masyarakat kepada pelajarnya . Nilai tersebut ialah seperti kepercayaan terhadap negara , bahasa dan kesusasteraan, sejarah, tradisi, muzik dan seni, kepercayaan dan perhubungan antara manusia yang sopan dan hormat (1966:247)

Walaupun sekolah mewujudkan nilai yang bertentangan , namun Brembeck percaya nilai yang baik dan positif boleh disemai dan dipupuk, misalnya pelajar boleh diajar dan dilatih bekerjasama, sama ada mereka bertanding dalam sukan, ataupun bersaing dalam sesebuah kelab. Pendapat Brembeck ini disokong oleh Ivan Reid (1978:50) yang mengatakan, The

objective of the formal culture of school is to produce seccessful (achieving), well-behaved pupils. Common sense tells us that schools and teachers spend most of their time attempting to get pupils to behave in fairly closely prescribed ways (the ideal pupil role) in order to achieve.

Dalam perkataan lain , Ivan Reid juga bersetuju bahawa budaya formal sekolah akan dapat menghasilkan pelajar yang berjaya serta berkelakuan baik. Guru akan sentiasa berusaha ke arah mencapai matlamat tersebut. Sebaliknya , menurut Ivan Reid (1978:45) budaya sekolah yang tidak formal akan menghasilkan pelajar yang berbakat lain daripada academic ability, iaitu mereka akan menyerlah dalam fighting/sporting ability. Maksudnya ialah mereka lebih cenderung dalam bidang yang bukan akademik seperti sukan, permainan, persatuan, atau kerja amal. Mereka dikatakan mempunyai budaya sendiri yang dikenali sebagai pupil culture( Waller, 1932) atau sebagai youth culture (Parsons, 1942). Mereka selalu menimbulkan masalah disiplin di sekolah seperti merokok, ponteng sekolah, atau bergaduh. Oleh sebab itulah, mereka sering digelarsebagai pengacau ataupun samseng di negara kita. Golongan pelajar ini seringkali mempunyai klik sendiri, iaitu kumpulan-kumpulan sebaya yang suka melepak, meminati lagulagu pop dan rock, ponteng sekolah dan sebagainya. Pada keseluruhannya mereka ini lemah dalam bidang akademik. Pembinaan Persekitaran Bilik Darjah Yang Mesra Budaya Pengurusan fizikal bilik darjah bermaksud satu proses mendapatkan penyertaan, kerjasama dan campurtangan ahli untuk mencapai objektif organisasi atau kumpulan dalam sesuatu gerakerja. Proses yang dimaksudkan adalah merancang, mengelola, memimpin, mengarah dan mengawal. Bilik darjah merupakan medan perjuangan utama kerjaya seorang guru. Pengurusan bilik darjah yang dinamik adalah untuk pembinaan modal insan yang menjurus kepada pembinaan jasmani, emosi, rohani dan intelek. Ianya memerlukan pelbagai pengetahuan, kemahiran, prosedur, teknik dan strategi.

Persekitaran bilik darjah perlulah mesra budaya supaya suasana pembelajaran menjadi kondusif untuk murid pelbagai latar bangsa dan budaya. Ianya turut mengembangkan nilai sivik yang menjadi nadi bagi kehidupan masyarakat yang harmonis dan aman diperingkat nasional dan global. Antara nilai sivik yang di perlukan oleh masyarakat pelbagai agama, etnik dan budaya ialah hormat-menghormati, toleransi, kasih-sayang terhadap alam sekitar, kepatuhan kepada peraturan dan undang-undang dan semangat patriotik. Matlamat bagi guru adalah mewujudkan suasana pembelajaran yang mengalakkan interaksi dan intergrasi di kalangan murid, di dalam dan di luar bilik darjah.

5.1 Pengurusan Persekitaran Fizikal

Guru harus memiliki gaya kepimpinan, kemahiran merancang, kekekapan mengurus, kepelbagaian dalam pengajaran dan pembelajaran, kebijaksanaan interpersonal, kemahiran berkomunikasi, kemahiran kaunseling dan mampu mengendalikan teknologi maklumat dan komunikasi. Lemlekh (1988) menjelaskan bahawa pengurusan bilik darjah sebagai orkestra dalam kehidupan. Memerlukan pembentukan kurikulum, penyelenggaraan prosedur dan sumber pengajaran. Keutamaan ditumpukan adalah penyusunan suasana bilik darjah bagi memaksimumkan keberkesanan, pemantauan perkembangan murid serta pemikiran terlebih dahulu mengenai maslaah-masalah yang mungkin timbul.

Marzano (2003) menyatakan tindakan guru dalam bilik darjah mempunyai impak dua kali ganda dalam pencapaian murid berbanding polisi sekolah berkenaan kurikulum, penilaian kerjasama antara guru dan penglibatan masyarakat.

Peralatan asas bagi sesebuah bilik darjah adalah papan tulis, papan kenyataan, ruang yang selesa, meja dan kerusi untuk guru dan murid, almari, bahan bacaan, bahan bantuan mengajar serta dihiasi dengan kekeriaan dan kebersihan.

Susunan kerusi dan meja boleh memberikan kemudahan mengadakan aktiviti pembelajaran berpusatkan murid dan aktiviti berkumpulan; cahaya yang mencukupi serta peredaran udara sekukupnya.

Papan kenyataan yang dilengkapi jadual waktu, jadual bertugas, carta organisasi, pelan keselamatan, sudut matapelajaran, sudut bacaan, kata-kata motivasi, pengunaan laman web, computer dan CD serta LCD.

Kejayaan guru mengurus fizikal, sumber dan suasana bilik darjah yang kondusif bermakna guru berjaya membentuk budaya berdisiplin, kerjasama, sayang kepada keindahan alam sekitar, mematuhi setiap arahan, kehidupan berkualiti yang melambangkan sebahagian daripada keimanan.

Guru berperanan sebagai pencetus idea, pembimbing, fasilitator dan suasan pembelajaran yang berkondusif, menyeronokkan, bermotivasi, bermoral, kreatif, inovatif menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih berfokus.

Peraturan keselamatan dan amalan bilik darjah juga membantu mengawal dan mencorakkan tingkahlaku dan disiplin murid. Pelanggaran peraturan akan dibantu dengan memberi nasihat, amaran dan tindakan. Tindakan yang diambil hendaklah berbentuk mendidik dan bukannya menghukum.

Ruang dan pergerakan harus diurus lebih fleksibel. Kebersihan dan keindahan bilik darjah merupakan elemen meningkat nilai murni dalam diri seperti rasa bertanggungjawab, perasaan kekitaan dan berbangga dengan kelas sendiri.

5.2 Pengurusan Persekitaran Sosio-Emosi

Pengurusan sosio-emosi yang berkesan akan menjadi perangsang yang membangkitkan dan mengekalkan minat seseorang murid kearah mencapai matlamat termasuk minat, sikap dan tingkah laku terhadap pembelajaran mereka.

Woolfolk (1990) berkata motivasi atau kuasa dalaman akan membangkitkan, mengarah dan mengawal minat dan tingkah laku murid. Emosi murid harus diurus dengan berkesan supaya emosi mereka sentiasa stabil untuk meneruskan aktiviti dalam pembelajaran.

Guru boleh memberikan pujian dan galakkan kepada murid untuk terus terlibat dalam aktivitiaktiviti di bilik darjah. Penghargaan yang sesuai dengan penglibatan; ganjaran dalam bentuk hadiah atau token ekonomi boleh diberikan kepada murid. Peneguhan positif penting untuk menambah kebarangkalian gerak balas daripada murid.

Peneguhan negatif yang diberi boleh membawa kesan yang tidak menyeronokkan.

Guru harus mengurus emosi murid dengan berkesan supaya mereka dapat menerima hakikat terhadap kekuatan dan kelemahan mereka. Murid perlu belajar menerima diri, orang lain dan semulajadi sekara seadanya.

Mereka yang stabil emosi akan mempunyai minat yang mendalam, di senangi kawan, menerima demokrasi sekara terbuka, suka berjenaka dan paling utama mampu menanggung konflik yang berlaku.

Emosi murid harus di urus dengan penuh bijaksana supaya mereka tidak berada dalam kebimbingan. Emosi harus di urus dengan berkesan untuk membangkit naluri ingin tahu dan mengelak dari mereka berputus asa.

Emosi harus di urus dengan cara hubungan positif; guru harus mengamalkan kepimpinan demokrasi dengan tidak terlalu mengongkong murid; perlu mengambil berat keperluan fisiologi dan akademik murid dengan pengajaran mengunakan pendekatan asertif dan berpusatkan murid.

Hubungan positif sesama rakan kelas perlulah dibina; mereka harus diberi peluang bersosial dan mengutamakan semangat kerjasama dan memahami emosi rakan.

Murid boleh mengunakan bahan mainan bagi menjelaskan perasaan dan menyelesaikan masalah sosio-emosi. Nilai-nilai murni, keyakinan, inisiatif pergaulan diri dan inisiatif pergaulan serta persefahaman perlu dikembangkan bagi mengalakkan menghasilkan keputusan yang bertanggungjawab dan berkesan.

5.3 Perhubungan Antara Kelompok Etnik

Linton (1945) menyatakan kebudayaan adalah segala yang dipelajari dan di ulangi dalam sesebuah masyarakat iaitu warisan sosial ahli-ahli masyarakat. Mesra bermaksud suatu

hubungan erat yang terjalin antara individu di dalam sesuatu masyarakat.

Mesra budaya ini merupakan suatu budaya yang dipersetujui oleh semua ahli dalam suatu komuniti dan mereka mengiktiraf budaya itu sebagai suatu amalan yang murni. Generasi muda wajar membaca dan memahami serta menghayati roh perlembagaan negara dan kontrak sosial yang diamalkan dinegara ini.

Golongan muda disarankan memahami Perlembagaan Persekutuan yang menjamin hak setiap rakyat Malaysia, sekali gus meneruskan kejayaan pembinaan negara dan menjaga perhubungan etnik.

Kementerian Pengajian Tinggi mewajibkan pelajar tahun satu mengikuti kursus Hubungan Etnik sejak Oktober 2004. Modul Hubungan Etnik ialah unsur tradisi Perlembagaan Malaysia iaitu bahasa kebangsaan, agama persekutuan, kedudukan istimewa orang Melayu, bumiputera Sabah dan Sarawak.

Orientasi sosial di dalam bilik darjah menentukan apa yang patut diamalkan dan apa perkara yang tidak sepatutnya di lakukan di dalam bilik darjah; ini termasuklah orientasi sikap dan tanggungjawab, orientasi belajar, orientasi pengunaan masa dan orientasi penyesuaian dan pergaulan.

Tajuk pembelajaran berkaitan kepelbagaian budaya masyarakat harus dipilih dan setiap murid perlu diberi peluang untuk berorientasi dan berbincang tentang perayaan masing-masing. Penerapan budaya dan nilai murni dari etnik yang berlainan dapat di serapkan di dalam objektif pembelajaran.

Guru harus adil, tidak bersikap pilih kasih, berat sebelah dan sentiasa peka terhadap budaya murid tanpa mengira latar belakang mereka; dan guru tidak boleh merendahkan dan memburukkan walau apa pun etnik mereka.

Aktiviti dan program yang dirancangkan tidak harus menyentuh isu-isu sensitive yang mampu mengguriskan perasaan mana-mana pihak. Guru hendaklah menerapkan nilai murni, kepentingan

perpaduan, bertolak ansur dan bekerjasma dalam mengekal keamanan dan kesejahteraan tanpa mengira etnik atau warna.

5.4 Pengurusan Pengajaran dan Pembelajaran

Pengurusan pengajaran dan pembelajaran adalah aspek terpenting yang perlu diberi perhatian serius agar pembaziran waktu tidak akan berlaku. Pelan tindakan strategik bagi mata pelajaran yang diajar perlu disediakan dan aspek kekuatan, kelemahan, peluang dan halangan hendaklah disertai dengan perancangan lima tahun dan perancangan untuk tahun semasa selaras dengan perancangan strategik sekolah.

Peningkatan profesionalisme guru di lihat dalam aspek kebolehan mencorak kualiti pengajaran, kebolehan menyusun organisasi pembelajaran, kebolehan mencorak iklim dalam kelas dan mencorak perkembangan murid. Guru berperanan sebagai pendidik, pemudahcara, pemimpin, pembimbing, penilai, perancang, perunding dan pendorong kearah kekemerlangan murid.

Guru perlu bijaksana dan teliti dalam perancangan, pelaksanaan, penyeliaan, penilaian dan rekfleksi. Guru juga perlu merancang kurikulum, sukatan, huraian sukatan, bukut teks, rujukan tambahan dan maklumat tambahan termasuk laman web.

Inovasi dan kreativiti pengajaran dan pembelajaran agar tidak beku dan kaku perlu diberi perhatian. Penyediaan perancangan kemajuan murid, merangka kerja tahunan, menyediakan ujian, penilaian dan pentaksiran.

Perancangan yang berkualiti menjamin peningkatan kuantiti dan kualiti dalam proses perkembangan pembelajaran serta hasilannya.

Pembelajaran yang bermakna melibatkan proses memahami, berfikir, berbincang, membuat pertimbangan, menganalisis, kognitif, bagi mengembangkan minda murid dan diperluas kepada kemahiran komunikasi, penyesuaian diri, kemahiran bersosial dan perkembangan tingkahlaku.

Prinsip umum pembelajaran ialah meningkatkan dan mengekalkan rasa kejayaan, meluaskan tahap intelektuan, kerohanian, kekuatan emosi, keteguhan jasmani, merangsang minat dan menghasilkan keseronokkan, memberi ruang dan peluang untuk mengatasi kelemahan, tidak menakut dan mengugut murid, tidak membiarkan kegagalan berterusan, pembelajaran yang realistik dan boleh dilakukan mengambil kira kemampuan murid.

Pembelajaran perlulah selaras objektif iaitu apa yang hendak dikuasai oleh murid dan mampu mencabar kebolehan murid bagi mengembangkan potensi mereka. Objektif yang dirancang perlulah tepat,jelas dan mampu dikapai oleh murid pelbagai budaya dan latar belakang.

Pengurusan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan akan menjayakan proses penyampaian ilmu pengetahuan,kemahiran,nilai dan sikap yang membawa kepada perubahan kepada tingkahlaku murid.

Teknik dan kaedah mestilah sesuai dengan kumpulan sasaran; isi dan aktiviti melibatkan interaksi murid pelbagai budaya.

perlulah

Pengesanan dan penilaian perlu dijalankan untuk memastikan penambahbaikan dijalankan dalam pengaajaran berikutnya. Bagi peringkat pelaksanaan, penyampaian pengajaran berdasarkan objektif yang dirancang perlulah dipatuhi, motivasi yang bersesuaian supaya mereka memahami perbezaan diantara mereka perlu dititikberatkan. Aplikasi sumber yang hendak digunakan mestilah selaras dengan kaedah dan teknik yang di pilih.

Semasa kelas dijalankan,adalah digalakkan murid bertanya dan bersoal jawab serta mempunyai perasaan ingin tahu. Interaksi yang aktif dikalangan murid hendaklah dijalankan. Guru perlu menjadi role model kepada pelajar.

Guru harus menjadi pengerak kepada pembelajaran berpusatkan murid. Perbezaan budaya harus menjadi pencetus minda dan motivasi kearah pembelajaran aktif, interaktif dan konstruktif.

Guru boleh membantu menyediakan bahan berasaskan teknologi, eletronik, bukan elektronik atau sumber lain. Murid terlibat dengan berkongsi pengalaman berasaskan tugas dan kejadian sebenar. Tugasan boleh dijalankan sekara koloborasi dan koperatif.

Pelaksanaan aktiviti dapat dilaksanakan dengan mengawal masa dan menyusun aktiviti sekara berkesan. Proses brain breaks atau ruang merihatkan minda juga perlu diberikan.

Pengurusan pengajaran pembelajaran perlu dirancang supaya murid saling bergantung antara satu sama lain secara positif, saling berinteraksi secara bersemuka dan memupuk semangat tanggungjawab individu ke arah pemprosesan berpasukan. Ini membolehkan murid menjadi lebih berani, yakin dan berwibawa dan melahirkan murid yang lebih rasional, beretika, hormatmenghormati, bantu membantu diantara satu sama lain.

Pengunaan instrument

yang ditetapkan oleh bahagian yang bertanggungjawab hendaklah

digunakan yang termasuklah fokus dan hasil pembelajaran, isi kandungan mata pelajaran, set induksi, perkembangan pengajaran dan pembelajaran, penilaian, rumusan, tugasan dan refleksi.

Set induksi merupakan suatu proses yang diperkenalkan pada minit pertama pengajaran dengan tujuan menarik perhatian dan mendorong murid mempengaruhi hasil pembelajaran.

Set induksi yang menarik dapat menarik minat mengenai tajuk yang ingin disampaikan dan memberi gambaran awal sebelum memulakan tajuk yang sebenar, mendorong murid untuk mengetahui isi pengajaran dan pemusatan mental murid kepada suatu konsep atau pendekatan.

Set induksi boleh disediakan dalam pelbagai bentuk dan kaedah yang menarik seperti tayangan seduutan filem, nasyid, pantun, puisi, persembahan atau lakonan, permainan, soal jawab, mempamer suatu bentuk atau objek, pernyataan kontrovesial, klip video suatu panorama, satu persoalan yang mencabar minda murid.

Set induksi hendaklah disediakan tentang apa yang dapat dikaitkan dengan hasil pembelajaran, isi pelajaran, mendorong minat murid terhadap tajuk dan dimulakan dalam keadaan murid sudah bersedia serta dalam jangkamasa satu hingga lima minit. Perkembangan isi pelajaran berlaku sekara berurutan dengan set induksi dan berlaku dalam tiga aras ;

i)

aras pertama adalah aras asas dan semua murid yang hendak di ajar hendaklah menguasai aras ini atau dikehendaki mengikuti program pemulihan seperti menyediakan soalan yang mudah, memahami nota ringkas guru

ii)

aras kedua adalah meneruskan perkembangan selanjutnya, guru membuat penilaian dan yang gagal dikehendaki mengikuti program pemulihan dengan pendekatan yang lebih sesuai.

iii)

aras ketiga adalah aras sehingga selesai dan di ikuti penilaian yang terakhir di hujung pengajaran dan pembelajaran

Perkembangan isi pelajaran bermula dari yang mudah kepada yang lebih kompleks; disusun mengunakan kaedah dan teknik pengajaran yang sesuai dengan kemampuan serta menarik minat murid untuk menghayati ilmu yang diterokai.

Aktiviti hendaklah dilaksanakan dalam masa yang ditetapkan dimana semua pelaksanaan dapat dinyatakan, difahami sementara sebahagian murid dapat menganalisa, membandingbeza dan dapat membuat penilaian.

Penyerapan dengan mata pelajaran lain termasuk prinsip Islam Hadhari, penggabung jalinan dengan tajuk-tajuk lain serta penerapan nilai harus diuruskan dengan bijaksana.

Pengajar perlu mengunakan pelbagai kaedah, teknik bagi meningkat penguasaan ilmu disamping menjana kemahiran berfikir, berkomunikasi, berinteraksi, menulis, berhujah, berimiginasi dan sebagainya bagi membentuk kemenjadian murid.

Kemahiran mengunakan sumber yang sedia ada seperti alat bantuan mengajar, bahan bantuan mengajar, kemudahan teknologi maklumat dan telekomunikasi, bahan rujukan dan maklumat tambahan dan sebagainya menjadi inspirasi guru untuk memudah dan mempercepatkan proses pengajaran dan pembelajaran.

Sumber pengajaran dan pembelajaran hendaklah relevan dengan hasil pembelajaran serta isi pembelajaran dimana sumber dapat mempercepatkan dan menjimat masa pembelajaran, menarik minat murid dan boleh disertai oleh semua murid. Maklumat dari sumber berkenaan adalah

tepat, pengolahan yang mudah difahami, senang digunakan dan boleh diubah dan sesuai dengan keadaan semasa.

Apabila seluruh potensi insan dibangunkan sekara integrasi atau bersepadu, bakal melahirkan insan yang berketrampilan yang mampu menyumbang segala kebolehan untuk kebaikan diri, masyarakat dan negara.

Hati adalah penentu dalam pembangunan insan kerana hati menjadi punca penggerak dan keinginan manusia dan dari hati juga lahirnya pertimbangan dan nilai sesuatu amalan. Hati perlu menjalani proses pendidikan supaya lahirnya hati yang bersih, baik dan bermanafaat.

5.5 Pedagogi Relevan Budaya dan Kepelbagaian

Pedagogi yang relevan menggunakan pelbagai strategi pengajaran dan pembelajaran supaya pembelajaran menjadi lebih bermakna kepada murid.

Penekanan diberikan kepada pengintegrasian pengetahuan, kemahiran asas serta nilai murni bagi perkembangan menyeluruh dari kepelbagaian kebolehan dan budaya murid.

Konsep kebudayaan dalam sosiologi, dikatakan cara hidup yang dipelajari, diubahsuaikan dan diturunkan dari generasi ke generasi. Dari sudut perspektif ahli fungsionalisme, sekolah dilihat berfungsi sebagai proses sosialisasi mendidik kanak-kanak mengikut kehendak masyarakat

mereka dan guru bertanggungjawab memenuhi keperluan murid tanpa prejudis. Konsep modal budaya merujuk kepada individu yang mewarisi dan memperolehi keupayaan bahasa dan budaya dari keluarga dan masyarakatnya.

Pierre

Bourdieu(1930) dalam kajiannya

menyatakan pencapaian persekolahan seseorang

individu adalah berkaitan rapat dengan latar belakang kebudayaan ibubapanya dan tahap pendidikan ibubapa mempengaruhi pencapaian persekolahan anak-anak mereka daripada kedudukan kerjaya mereka dalam masyarakat.

Diantara teknik dan kaedah yang boleh di gunakan adalah ;

Kaedah Direktif

i) ii) iii)

belajar melalui penerangan dan di ikuti oleh ujian kefahaman dan latihan fokus kepada kemahiran asas, latih tubi dan latihan kekekapan guru sebagai model

Kaedah

i)

mengunakan bahan media

Mediatif

ii)

diajar mengaplikasikan pengetahuan untuk menyelesaikan masalah, membuat keputusan, mengenalpasti andaian dan menilai andaian

Kaedah Generatif

i) ii)

mengalakan menjana idea kritis dan kreatif murid dijangka dapat membuat pertimbangan untuk meneruskan budaya yang relevan

Kaedah Kontekstual

i)

boleh diaplikasikan dalam amalan pedagogi supaya budaya yang relevan dengan murid dapat diterima

ii) iii)

dapat mengaitkan bahan pengajaran dan pembelajaran kepada situasi sebenar boleh dikaitkan dengan pembelajaran eksperential iaitu pengalaman hidup sebenar

Kaedah Metakognitif

i)

memberi peluang untuk memikir tentan proses pembelajaran, rancangan pembelajaran, pemantauan dan penilaian kendiri

ii)

murid akan berbincang tugasan dan dapat mempraktikkan strategi semasa latihan praktikal

Kaedah Konteks Luar

i) ii) iv)

memerlukan aktiviti dijalankan dan dilakukan diluar bilik darjah guru bertindak sebagai fasilitator murid akan menjalankan aktiviti penyelesaian dan akan melaporkan sekara bertulis selepas aktiviti

Kajian Depan

Masa

i) ii)

membolehkan murid mengambil bahagian mencipta penciptaan masa depan membantu murid berfikiran jauh

Kaedah Koperatif

i) ii) iii) iv) v)

murid dapat berbincang sekara kumpulan dan harmonis dapat belajar bekerjasama dan berinteraksi di antara murid akan menjadi menarik kerana penglibatan aktif melatih meningkatkan akauntibiliti diri dan bertanggungjawab sesama ahli kemahiran dan interaksi sosial dapat dipupuk

Pembelajaran Koloboratif

i) ii) iii) iv)

dapat bekerjasama erat diantara dua pihak atau lebih berusaha bersama mencapai matlamat pembelajaran melibatkan kumpulan murid berusaha mencapai prestasi cemerlang keberkesanan pembelajaran dapat di tingkatkan

5.6 Pedagogi Kelas Bercantum

Di wujudkan apabila bilangan murid dalam satu tahun persekolahan adalah kurang dari 15 orang. Sesebuah kelas Tahun 1, Tahun 2 dan Tahun 3 dikantum jika bilangan murid tidak mencukupi.

Kelas bercantum juga wujud dalam sesebuah sekolah yang bilangan muridnya kurang dari 145 orang. Bilangan guru besar dan guru pula tidak melebihi 5 orang.

Guru akan mengaajar lebih dari satu tahun persekolahan sekara serentak dalam kelas bercantum. Bangunan sekolah terdiri dari pondok-pondok kekil dan biasanya kurang lengkap.

Guru mengajar sekara berkumpulan dan berpusatkan murid; tujuannya adalah membolehkan murid aktif dan memenuhi keperluan mereka yang mempunyai pelbagai kebolehan.

Murid akan mengikuti mata pelajaran mengikut aktiviti yang diperingkat mengikut tahap pencapaian mereka; sekara langsun dapat diberi peluang untuk memberikan pendapat kepada rakan sekelas walaupun dari pelbagai kekerdasan yang berbeza.

Guru juga mengunakan kaedah perbincangan, yang melibatkan perbualan antara guru-murid dan murid-murid didalam sebuah kelas. Perbincangan boleh sekara keseluruhan kelas yang biasanya diketuai dan diarahkan oleh guru atau perbincangan sekara kumpulan kekil yang diketuai murid.

Guru perlu bijak melaksanakan kelas cantum kerana terdapat aras perbezaan yang agak ketara dalam diri murid; kelemahan mengunakan pedagogi yang sesuai akan menjejaskan dan merencatkan minat murid.

5.7 Sosiologistik

Sosiologistik adalah gabungan perkataan sosio dan linguistik yang menunjukkan bidang ilmu adalah perpaduan sosiologi dan linguistik. Perbahasan pokok dalam ilmu adalah masyarakat dan bahasa.

Sosiolinguistik adalah ilmu interdisiplin yang membincangkan dan menyusun teori tentang perhubungan masyarakat dan bahasa yang dituturkan dalam komunikasi seharian.

Maksud masyarakat dalam ilmu linguistik adalah mencakupi kajian mengenai pihak yang terlibat dalam interaksi kelompok besar dan kekil, fungsi kelompok, pertembungan antara kelompok, sektor sosial, perhubungan dan perbezaan dari segi bahasanya.

Maksud istilah bahasa mencakupi gagasan seperti perbezaan kod-kod antara bangsa seperti bahasa Melayu, Indonesia, Arab, Inggeris dan lain-lain.

Ragam regional dari satu kod adalah seperti bahasa Melayu Malaysia, Singapura, Brunei, Thai Selatan, Kelantan, Kedah dan lain-lain.

Ragam kelompok sosial adalah seperti bahasa golongan bangsawan, kelas tinggi dan rendah dan ragam stailistik melibatkan situasi rasmi, santai, intim dan sebagainya. Kesemuanya ini diamati dengan memberi perhatian kepada ciri pola bunyi dan sebutan, kosa kata, ciri tatabahasa atau tahap makna iaitu semantik.

Sosiologi adalah ilmu yang mempelajari struktur masyarakat dan proses kemasyarakatan termasuk di dalamnya perubahan-perubahan masyarakat. Sosiologi adalah ilmu kemasyarakatan

yang mutlak dan abstrak yang memberi pengertian umum, rasional dan emperikal serta bersifat umum (Soekanto 1982:50).

Linguistik adalah ilmu yang mengkaji bahasa sebagai bentuk lisan dan tulisan; linguistik memiliki rumus yang menjelaskan system, rasional, emperikal dan kesimpulan sebagai pemberian daripada kenyataan struktur, penggolongan dan rumus-rumus bahasa termasuklah pernyataan kekekualian.

Bahasa itu sendiri adalah alat untuk berkomunikasi dalam proses sosialisasi, yang diberi pemerian sekara formal dan abstrak atau kadang-kadang kaku oleh linguistik.

Linguistik khususnya di Amerika menurut Fishman (1968:7) sehingga pertengahan pertama abad kedua puluh adalah disiplin normal yang hamper sejajar dengan matematik yang abstrak. Bidang ini memberi tumpuan ke atas analisis struktur bahasa dan pendekatan psikologis dan sosiologis dianggap berbahaya dan menyesatkan.

Pada pertengahn 1960an pula, penemuan kembali antara kedua bidang ilmu ini, dan kesedaran baru khususnya dalam kalangan ilmuan Amerika akan hubungan yang tidak boleh di pisahkan antara perilaku bahasa dan perilaku sosial (Loveday, 1982:2).

Istilah sosiolinguistik baru muncul dalam karya Haver C. Currie yang menyarankan supaya di selidiki perhubungan antara perilaku ujaran dengan status sosial ahli masyarakat (Dittmar, 1976:127).

Dell Hymes (1962) menyebut sosio-lingusitik sebagai etnografi pertuturan.

Lima perkara yang dapat disimpulkan mengenai istilah sosiolinguistik adalah : 1. Mereka yang meminati bidang mempelajari metod dan alat yang digunakan dalam kelompok sosial di panggil ethnomethodologis. 2. Dell Hymes mengutarakan konsep sosiolingusitik sebagai kekekapan berkomunikasi

3. Variasi dan aneka bahasa dihubungkan dengan kerangka sosial para penuturnya 4. Pemanfaatan unsur-unsur bahasa dalam politik adalah sasaran kajian sosiolinguistik terutamanya bagi menentukan bahasa asing untuk diajar disatu negara. 5. Aspek sosial dalam bilingualisme dan multilinguisme adalah penting seperti codeswitching.

Tujuh dimensi dalam penyelidikan sosiolinguistik yang dirumuskan oleh Dittmar (1976:128) dalam konferens di UCLA , 1964 ialah : i) ii) iii) iv) v) vi) vii) identity sosial penuntut identity sosial pendengar yang terlibat dalam proses komunikasi lingkungan sosial tempat peristiwa perbincangan berlaku analisis sinkronik dan diakronik terhadap dialek social penilaian sosial yang berbeza oleh penutur akan bentuk perilaku penutur tingkatan aneka atau ragam linguistic penerapan praktikal daripada penyelidikan sosiolinguistik

Sosiolingusitik adalah kajian interdisiplin yang mempelajari pengaruh budaya terhadap suatu bahasa yang digunakan. Bidang ini melibatkan interaksi sosial dan bahasa sesuatu budaya.

5.8 Penilaian Berasaskan Budaya

Guru perlu melaksanakan penilaian terhadap murid berasaskan budaya yang sesuai dengan situasi di dalam kelas berkenaan. Antara perkara yang perlu di beri perhatian adalah aturan dan kedudukan fizikal kelas dalam kumpulan dengan kaum yang berbeza. Murid perlu diberi peluang melakukan aktiviti bersama kaum yang berbeza, boleh memperkenalkan adat dan kaum yang ada; penerapan nilai kerjasama dalam subjek akan memudahkan proses penilaian terhadap murid.

Penilaian terhadap nilai yang diamalkan merupakan garis panduan, tindakan dan pola tingkah laku yang diingini. Nilai yang dipilih dan diamalkan dapat mencorakkan perkembangan tingkahlaku yang baik dan menjamin keharmonian bilik darjah. Nilai mencakupi satu dimensi tingkahlaku sosial yang luas dan memberi kesan kepada hubungan suasana bilik darjah, sikap dan tanggungjawab, dorongan kejayaan dan lain-lain.

Penilaian terhadap aspek disiplin boleh mempengaruhi suasana dan persekitaran bilik darjah yang efektif mencerminkan adanya disiplin dalam kalangan guru dan murid.

Nilai hidup berdisiplin bermula dari bilik darjah yang bertujuan membentuk individu yang bertanggungjawab dan dapat meneruskan amalan cara hidup yang baik. Disiplin juga meliputi dimensi moral dan akhlak yang mencorakkan sahsiah dan tingkah laku yang baik dan terpuji tanpa mengira latar belakang budaya murid.

Budaya belajar murid yang dinamik akan meluaskan ruang ekspresi, perbincangan, penyelidikan, pembacaan, penyelesaian masalah, mengasah pemikiran kritikal dan mencorakkan murid bersifat kreatif dan seronok di samping dapat menguasai kemahiran tertentu. Bilik darjah yang berkesan menawarkan pelbagai peluang pembelajaran untuk membantu setiap murid mengembangkan potensi, minat dan bakat yang berbeza.

Penilaian terhadap aspek psikologi murid meliputi kesan pelbagai pengaruh budaya keatas perkembangan dimensi mental, sosial, moral dan psikologi bilik darjah. Psikologi yang membina keyakinan dan keberanian boleh mendorong satu pembentukan sahsiah dan tingkah laku yang baik di bilik darjah. Guru diminta membentuk sikap murid terhadap over-dependency atau terlalu bergantung kepada guru atau orang lain untuk belajar dan mendapatkan maklumat.

Orientasi sosial bilik darjah akan menentukan apa yang patut diamalkan dan apakah yang tidak sepatutnya dilakukan di dalam bilik darjah. Ini termasuklah orientasi sikap dan tanggungjawab, orientasi belajar, orientasi pengunaan masa dan orientasi penyesuaian serta pergaulan mereka. Orientasi akan menentukan iklim bilik darjah yang akan mempengaruhi pembelajaran murid.

Fungsi organisasi ialah meningkatkan pengawalan sosial dengan mementingkan kepada keseragaman, kestabilan dan kepatuhan. Keadaan yang tidak kondusif seperti sesak, memberi kesan seperti tidak selesa dan bising, kurang perhatian individu, pengabaian terhadap murid lemah dan iklim dan suasana bilik darjah yang tegang.

Faktor streaming mengikut kebolehan boleh memberi impak psikologi yang luas terutama ke atas harga diri, keyakinan dan rasa kejayaan dalam kalangan murid.

Kesan Budaya Sekolah: Budaya sekolah yang terlalu menekankan pencapaian akademik telah menimbulkan beberapa masalah di kalangan remaja. Masalah remaja bolehlah dikategorikan ke dalam tiga golongan iaitu; a) Aktiviti akademik (pencapaian yang tinggi dan murid yang lembap), b) Pelanggaran peraturan tatatertib (perosak akhlak dan pengacau), c) Masalah emosi ( takut dan menarik diri).

Budaya sekolah yang formal yang terlalu berorientasikan akademik. Ramai pelajar yang berasal daripada keluarga yang taraf sosioekonominya rendah tidak berupaya memenuhi permintaan yang tinggi daripada budaya akademik ini. Seluruh struktur dan organisasi sekolah dibentuk ke arah membantu pelajar agar lulus dalam peperiksaan dengan kelulusan yang baik.

Untuk meninggikan taraf dan mutu usaha akademik, pelajar dibahagikan ke dalam jurusan mengikut kebolehan. Guru yang paling berpengalaman ditempatkan dalam jurusan yang pelajarnya berkebolehan lebih tinggi. Akibatnya , pelajar yang lemah diabaikan. Apabila membahagikan jurusan mengikut kebolehan pelajar (dinilai daripada ujian kelas) di peringkat sekolah rendah, pelajar daripada keluarga yang berada yang telah menghadiri pelajaran prasekolah akan diasingkan dan mereka akan terus memperoleh kejayaan yang membanggakan, manakala mereka yang daripada keluarga miskin akan menjadi semakin lemah tahun demi tahun. Inilah salah satu daripada sebab mengapa sekumpulan murid masih belum dapat mengikuti pelajarannya setelah enam tahun bersekolah.

Kesimpulan: Secara simplistik, ciri-ciri yang di anggap tergolong di bawah budaya sekolah ialah budaya ilmu, budaya insan yang kamil seperti yang dihasratkan oleh Falsafah Pendidikan Kebangsaan, budaya kepimpinan, budaya kerja, budaya komunikasi dan seterusnya budaya bilik darjah. Budaya sekolah yang sihat itu ialah ciri-ciri budaya dan sub-budaya yang dapat menyumbangkan kepada perwujudan dan pertumbuhan sekolah sebagai institusi pendidikan dengan erti kata yang sebenarnya, yang mana dapat membantu merealisasikan segala yang tersurat dan yang tersirat di dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

You might also like